KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, August 19, 2016

dinturtle

3 Tahap Patriotisma Dari MO1 ..... Pertahankan Maruah Negara dan Diri Tak Termasuk Ke ?

Mkini

MO1 menggariskan 3 tahap patriotisme kepada rakyat -
- bersama berganding bahu
- membantu yang memerlukan
- usaha serta pengorbanan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan hatta pergorbanan nyawa sekalipun.

Yang ketiga itu saya nak komen sikit ....mempertahankan kedaulatan ya ..... lebihkurang macam mempertahankan maruah lah kan ...

Sampai mati ya ......

Hahahahahahahahha ........

Bukan ketawakan kenyataan itu tapi mentertawakan MO1 yang menyebutnya. Banyaklah dia punya pertahankan maruah negara dan rakyat  ....

Ketika ini negara kita ditertawakan seluruh dunia gara2 1MDB dan MO1. Malaysia dikenali sebagai negara Kleptokrasi iaitu sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang mencuri harta negaranya sendiri !

Apa yang MO1 telah lakukan bagi mempertahankan maruah negara ? Belum kira maruah diri dan keluarganya sendiri ?

KENAPA TIDAK ADA KENYATAAN PROTES RESMI DARI KERAJAAN DI ATAS APA YANG DIDAKWA OLEH DOJ sepertimana yang diucap oleh pemimpin2 Umno kepada ahli2 dan orang kampung ?

Kenapa hanya gah didepan orang kampung dan di depan orang2 Umno saja, berani menyalak menyalahkan tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing kepada kedaulatan negara tapi di pihak kerajaan langsung tidak ada notis bantahan ?

Apakah pemimpin2 Umno sedang berlatih bagaimana hendak jadi pembangkang di mana mereka hanya tahu menyalak saja seolah2 mereka bukan kerajaan ? Padahal mereka juga yang jadi kerajaan .... kan ?

Malah sehingga kini MO1 tidak pernah komen pun tentang dakwaan DOJ mengenai persekongkolan MO1 dalam skandal haram 1MDB ..... satu dunia kata MO1 adalah adalah MO1 tapi MO1 sendiri TIDAK BERANI @ PENAKUT untuk mengaku apatahlagi menafikan dirinya adalah MO1.

Undang2 SPRM yang jelas ( KLiK ) pun boleh jadi kabur bila kena kes MO1.

Begitu juga maruah dan integriti badan2 berkuasa yang terlibat dalam siasatan 1MDB yang telah menjadi bahan lawak dunia ...... semua negara yang ada kelibat 1MDB sedang menyiasat transaksi2nya yang meragukan dan beberapa negara sudah pun mengumumkan tindakan undang2 berkaitan transaksi2 itu .... TAPI di negara kita di mana berpusatnya 1MDB, Peguam Negara telah menggunakan kuasa vetonya dengan membersihkan 1MDB dari sebarang salah laku !

1MDB semuanya OK !  Tapi laporan ketua audit negara diOSAkan ....... sementara laporan juruaudit luar yang telah diluluskan sebelum ini pula telah ditarik balik atau tak boleh pakai....  Tak ke lawak tu ?

Di mana hormatnya kerajaan MO1 kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang2 Negara ?

Semuanya dilanggar gara2 MO1, 1MDB dan Jho Low....

Korban nyawa konon ..... piiiraaaah ! 

PS - Teringat Nothing To Hide hehehe ....

                                                **************************

Jangan lupa kes Nawawi yang telah menghina YDP Agong dengan menyamakan baginda dengan MO1. Selain dari repot polis yang dibuat oleh Anina dan beberapa orang lagi, kenyataan paling pedas datang dari Muhyiddin - KLiK FB

Dia tulis omputih la pulak .... terjemahannya boleh dibaca di Umno mesti dikebumikan jika gagal pertahan Raja-raja Melayu.


Di mana suara orang2 Melayu Umno dalam kes Nawawi ini ? Kenapa tidak dipertahankan mamat tu ? Anda setuju atau bantah kebiadaban Nawawi itu ? Nyatakanlah pendirian anda ! Kenapa diam ?


Perkasa turut bertindak menyerahkan memorandum kepada YDP Agong menggesa tindakan diambil ke atas Nawawi dengan menarik balik gelaran datuk beliau. Juga menggesa pihak Polis segera bertindak ke atas laporan2 yang telah dibuat. ( Mkini )


                                             ***********************************

Laporan yang ini saya tidak pasti samada turut ditujukan kepada MO1 dan Nawawi ....

Astroawani

“Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada di peringkat Bahagian, Negeri dan atas, kita kena jaga tingkah laku kita.


Ada pembetulan di situ, Zahid ...
 
Itu duluuuuuu ..... ketika kebencian kepada sesetengah pemimpin itu baru bermula. Waktu itu bolehlah dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


Tapi bilamana Umno dilihat mempertahankan pemimpin2 yang rosak itu, rakyat mula membenci Umno kerana bersekongkol.

Sekarang Umno dilihat dah jadi 40 penyamun .... bukan saja Ketua Penyamun bersalah tapi kesemua penyamun turut bersalah kerana bersekongkol menyamun. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 6:50 PM delete

Sekarang ni Najib bercakap apapun maupun terpekik,dah tak ambil kisah lansung apa yang dia katakan,pemimpin yang sudah menipu banyak kali dan pentadbiran sangat lemah apa yang nak diharapkan. Berharap sangat Najib ni diturunkan secepat mungkin,merosakkan masa depan negara.

Nampak saja muka dia kat Tv sudah menjadi kepastian kalih ke channel lain.Dulu sokong sekarang NO MORE!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 6:53 PM delete

Kalau MO1 punya gebang, kira camni lah. "Do what i told you to do, not what i did".

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 7:40 PM delete

Undur Mohd Najib Oiiii
Berambus Najib

KERIS

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
August 19, 2016 at 10:27 PM delete

Salam brother Din...

"Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada diperingkat Bahagian, Negeri dan atas. Kita kena jaga tingkah laku kita."

Agak betul kenyataan beliau, sedikit je la betulnya. 3 juta sahaja ahli UMNO, ramai lagi melayu yang dulu memang sokong & undi BN even they bukan ahli UMNO pun. Jangan lupa fakta ini. Ini juga 'pandangan jauh' Tun M till memaksa diri merempuh situasi kini even pada usia 91 tahun.

Berkenaan bahagian, cawangan, pemuda, puteri, ajk UMNO kini terang-terangan sifat/agenda mereka ini boleh dilihat di kedai mamak tiap pagi untuk sarapan percuma, makan tengah hari percuma, makan malam percuma, etc pun percuma. Mereka ini bila terima $50 then jadi 'kelepet' till $25 jadinya. Brother Din sure faham maksudnya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 10:49 PM delete

The end is near. mO1 dah hamper jadi moi.

Reply
avatar