KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, August 23, 2016

dinturtle

Apakah Pengurusan 1MDB MangkukHayun Atau Mereka Terpaksa Jadi MangkukHayun ?

Sinar
Pengurusan 1MDB mangkuk hayun ? Hahahahaha .....Rakyat yang faham tentang skandal 1MDB dah lama sebut, malah lebih teruk dari mangkuk hayun lagi.  Kerana 1MDB tak berguna satu sen pun kepada rakyat dan negara ! 1MDB HAMPEH !

Cuma bila seorang Menteri sendiri yang sebut, apatah lagi Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga 1MDB juga memangkukhayunkan 1MDB, kenyataan itu pastinya menarik perhatian rakyat.

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

Adakah Johari nak katakan yang pihak pengurusan yang sebelum ini dijulang sebagai yang terbaik untuk mengemudi 1MDB sebenarnya tidak layak ? Tapi ...... SIAPA YANG LANTIK MEREKA ?

Sekarang kita dah tahu banyak cerita tentang 1MDB ( walaupun masih banyak yang disorokkan ) dan kita tahu bagaimana pihak pengurusan telah BERULANGKALI melanggar arahan pihak lembaga pengarah ( KLIK ) dan kesemuanya melibatkan transaksi2 yang akhirnya menjadi isu2 utama skandal 1MDB, contohnya kerjasama 1MDB-Petrosaudi, berkaitan pembelian IPP, Goldman Sachs, berkaitan Aabar BVI, berkaitan penggunaan dana tidak mengikut tujuan pinjaman dibuat ....  BERULANGKALI berlaku .... tidakkah itu suatu yang pelik ?

Dah nampak kemangkukhayunannya pengurusan yang ada, tapi dikekalkan juga ? Kemudian diulang lagi, dan lagi ... so siapa yang periuk hayun ?

KECUALI sememangnya ditagih kemangkukhayunan itu ada pada pengurusan 1MDB ? Kerana dari awal lagi 1MDB ini sudah ditarget untuk menjadi lubuk emas kepada pihak2 yang tidak bertanggungjawab.

Makanya, MangkukHayun itu adalah satu kriteria utama untuk berada dalam pengurusan 1MDB.


"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan,"


Well .... apakah Johari dah lupa perkara 117 ? ( di mana setiap transaksi besar perlu mendapatkan kelulusan Pengerusi Penasihat @ Menteri Kewangan @ PM )

Sebaik mana pun pengurusan tapi dengan adanya kuasa veto 117, mereka terikat. Tidak timbul soal keuntugan bisnes atau adakah satu2 keputusan itu sudah melalui due diligence, semuanya kena akur kepada 117.

So .... nampak bijak kan Johari dengan kenyataannya di atas ..... Dalam menghentam pengurusan 1MDB, yakni mengikut arus pendirian rakyat, waktu sama Johari melencongkan tumpuan kemarahan rakyat daripada Najib, orang yang seharusnya bertanggungjawab penuh dalam skandal 1MDB.


"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau,"

Nampak kan ? 

Tapi untuk memangkukhayunkan pengurusan 1MDB, adakah Johari ada bukti ? Jika ada, maka selidiklah siapa sebenarnya yang menjadi dalang atau siapa sebenarnya yang menjadi perencana skandal 1MDB itu.

Kalau dalam urusan duit ada money trail ( jejak wang )nya, begitu juga dalam urustadbir sesebuah organisasi atau syarikat, akan ada jejak authority nya.

Siasatlah kenapa pengurusan 1MDB itu boleh jadi mangkukhayun ? Kemungkinan besar mereka terpaksa jadi mangkukhayun sebab ada periuk hayun yang mengarahkan mereka !

Bijak Johari ni .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

16 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 4:39 PM delete

SALAM

bro kena ingat dia salah seorang mt umno 2.6 bilion..dia naik bila najib buang tsmy n dsaa...apa maknanya tu...

mukhriz pernah kata mt tak lagi berfungsi selepas dari itu..masa tu mukhriz masih boleh masuk tapi banyak yes man..

apa nak buat..takkan nak lawan bos bro...umno 2.6 bilion perlu d pertahankan ape cite pun...pasal gst mana rakyat bawah dia pernah bising...dia kata gst takde masalah pun maknanya semua ahli umno 2.6 bilion boleh berguru dengan dia camne nak terang pasal gst...

gie7

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 23, 2016 at 5:03 PM delete

1mdb digunakan sebagai "front" saja. Kalau kita lihat 1mdb mendapatkan loan yg begitu besar nilainya tanpa sebarang kertaskerja kerana goldman sach yg menyediakan.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
August 23, 2016 at 5:21 PM delete

Salam Bro

Pengurusan 1MDB memang mangkuk hayun...
Pengerusi Lembaga Penasihat...tukang hayun
Pemegang Kuasa artikel 117...Baldi Hayun


Najib...MO1
Johari!...dengan statement kamu tu...kamu layak ke duduk kat MOF?...nak jaga kewangan dan ekonomi negara?...Kamu pun seropa baldi hayun!...hang dok junjung teloq Najib kehulu kehilir tu apa bendanya? Cuba cakap macam manusia "Normal"...ada asas dan guna AKAL...Ko jangan nak tunjuk kejantanan dengan statement "BODOH" macam si Nawawi dan Mat Maslan.

Ko nak kena hayun kut?...mai sini...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 5:45 PM delete

Najib tidak bersalah, dan dia diperdayakan kununnya wang yang dia terima tu derma dari Raja Arab Saudi. Kalau dia tahu, duit yang tak betul dia tak kan ambil. Tu yang selepas dia tahu, wang tu di pulangkan kembali. Sebab itu beliau mengarahkan mereka2 yang di namakan dalam DOJ tu membersihkan nama mereka..Wallahualam

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 6:21 PM delete

Salam Din

Biasa la puak2 propa nie...mula2 hentam....pastu 'ending statement' ayat cover Najib xterlibat...

Saya syor tidak sesuai panggil MO1 la saudara din...panggil MH1 plak..stand for Mangkuk Hayyun 1....

#SelamatkanMalaysia

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 6:57 PM delete

Menteri Johari ni tak payahlah nak MANGKOKHAYUN kan pengurusan 1MDB saja tapi melupakan peranan utama PERIUKHAYUN yang membenarkan semua ini berlaku. Nampak sangat Menteri Johari ni spesis sama saja atau tak lebih tak kurang dan sesuai sekali digelar BELANGAHAYUN. Pundek depa!!!. Dulu cakap 1MDB tak ada masalah, tak hilang duit, semuanya steady...hanya fitnah kata depa. Bila seluar dan spenda dah makin nak terlondeh, dah mula nak cari scape goat pula. Memang jenis haram jaddah puak puak ni. Pastikan puak puak haram jaddah ni tak terlepas dari hukuman nanti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 8:28 PM delete

Yeayyyy!!!...mari kita pakat gelakkan menteri2 makan dedak dgn statement bangang.Din,ko kumpul kan semuanya,senang kita gelakkan sampai PRU nanti...dah nasib diorang nak sangat jadi orang bodoh.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 9:04 PM delete

Mamat nilah sebenar2nya mangkok hayun,baru dua tiga hari je jadi menteri penuh dah mula tunjuk sifat dia yang sebenar.Aku sejak dari awal2 lagi dah tak suka siMamat ni....kesian KCD sebelum ni dok tolong promote kebaikan dan keikhlasan Mamat ni dalam blog dia.Ternyata sia2 saja ,Mamat ni dah makan dedak dah!!.....jom sama2 kita hentam Mamat ni ramai2 selepas ni.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 10:24 PM delete

Interesting angle..
In that case somebody purposely put 2.6B. Why ?
To suck in PM into the scam ?
Blackmail ?
If that is the case ..
Why nobody caught & charged for blackmailing MO1 ?
Why keep maintaining it was derma money , given 'sincerely', but was returned back .


Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
August 23, 2016 at 11:42 PM delete

Maaf Tuan Din, saya amat tidak setuju si Jo ni dikatakan bijak.

Kalau menteri itu bijak sudah pasti dia tak akan ada dalam kabinet yang menyokong penuh si mangkuk hayun tu.

Malulah sikit pada aktivis2 muda yang begitu berani hendak tangkap MO1 (@ mangkuk hayun) tu.

Taraf menteri mangkuk hayun saja ni!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 24, 2016 at 12:07 AM delete

wanga dipulangkan dengan menaja orang umno pergi mekah..
makan tatak habih itu loit..atak manyak lagi maa

Reply
avatar
46Sekupang
AUTHOR
August 24, 2016 at 7:19 AM delete

Mengapa menteri yang memangkukhayun pengurusan 1MDB dan menyatakan Najib tak tahu apa/tak salah tidak mengambil tindakan undang2 keatas mereka supaya rakyaat Malaysia memperolehi berita sebenar.Jangan berkukuk saja,semua kis yang dibawa kemakamah tentang 1MDB tidak sampai pun kemakamah dengan macam2 dalih bagi menyekatnya.Selagi makamah tidak memituskan sama ada salah atau tidak dengan itu rakyaat akan merasa kecewa.Adakan makamah yang totaly free dari ganguan syaitan.Saya pun rasa Najib tidak bersalah sebagaimana Menteri cakap tetapi siapakah tok dalang yang memainkan peranan dibelakang Najib supaya pekara2 ini terjadi.Sarankan kapada menteri mari kita cari tok dalang ini.Malangnya perundangan negara ini totaly mati bagi kis 1MDB.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 24, 2016 at 9:09 AM delete

BARU sekarang nak kata mangkukhayun?

bukan ke selama ni rakyat yang celik, patriotik dan berani dah katakan 1mdb memang bermasalah? tapi apa kata najeeb mangkukhayun dan konco2 mangkukhayunnya? semua ok...semua di landasan benar.. memang mangkukhayun punya najeed dan penyokong2nya!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 24, 2016 at 9:42 AM delete

Mangkuk hayun? Mangkuk ni hasil tangan manusia... jadi mangkuk ada manusia yg buat! Siapa manusia tu? Kalau yg menyiasat pun mangkuk hayun, mangkuk sama mangkuk!
Yg keluarkan statement pun geng mangkuk hayun, disuruh oleh pembuat mangkuk hayun jadi mangkuk cuci tangan! Ha Ha Ha...dari kang kung ke bangsat ke mangkuk yg konon nak bercucuk tanam bila bersara!
Pak Lah mana? Kata Malaysia nak bangkrap kalau ikut cakap Tun M. Dah jd kembang semangkuk?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 12:45 PM delete

Dulu kita respect juga kat dato Jo ni atas beberapa isu yg diprrjuangkan nya.sprt isu mesin Judi dll .Tapi sayang kredibiliti beliau tercemar dek kenyataan terbaru beliau berkaitan IMDB ni yg di lihat tak berapa cerdik. Apatah lagi beliau lulusan akauntan
tak kan beliau tak boleh menilai isu ni??

Reply
avatar