KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, August 29, 2016

dinturtle

Benarkah Tun Mahathir Mohon Maaf Kerana Pinda Perlembagaan ?

Kali ini saya ulas sedikit apa yang ramai baca sebagai Tun Minta Maaf kerana meminda perlembagaan seterusnya mengekang kuasa YDP Agong. Kelakar bila baca para balaci dan macai Najib menyindir2 kenyataan maaf Tun itu sepertimana tajuk artikel Chedet 4 hari lepas ( Apology ).

Contohnya Teuku Adnan yang dilaporkan Mkini -

"Saya pun tak faham Dr Mahathir.

"Dulu dia buat (pinda perlembagaan untuk hadkan kuasa sultan), dia juga suruh kita sokong.

"Sekarang ni bila dia tengok benda ini tak memihak kepada dia, dia kata dia salah," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Kononnya Teuku Adnan nak kata yang Tun Mahathir ni jenis yang flip flop macam Najib, sering ubah2 kenyataan mengikut kepentingan diri. 

Begitu juga balaci2 dan cai2 Najib yang lain, riuh rendah menyindir Tun yang dikatakan telah meminta maaf, seolah menyesal tindakannya dahulu itu.

Terlebih dahulu saya nak tanya - Anda dah baca ke belum artikel Chedet berkenaan ? Ada dua versi Melayu dan Omputih. Faham tak apa yang Tun tulis itu ?

Ahli2 Umno memang semua sedia maklum mereka agak kurang membaca sebab itu amat mudah nak diheret ke mana2 saja contohnya kumpulan yang sokong Baju Merah mahu lawan Bersih, padahal ramai yang hadir tidak tahu apa2 pun isu sebenar berkaitan DOJ atau 1MDB ( KLiK )

Otak beku belaka. Sebab itu senang sangat diperdaya oleh kepimpinan Umno kononnya DOJ juga turut berkomplot nak tumbangkan kerajaan Melayu, nak bunuh Melayu.

Samalah dengan tafsiran mereka mengenai artikel Apology Chedet. Saya percaya mereka hanya baca tajuk saja dan bila lihat artikel itu panjang, terus otak beku mereka jadi kejang. Tak boleh nak baca apatah lagi cuba memahami apa yang Tun cuba sampaikan.

Saya boleh bayangkan Tun Mahathir tersenyum melihatkan para balaci Najib melompat2 dek kerana perkataan Mohon Maaf yang dijadikan tajuk artikel itu.


Cuba fahami perenggan pertama artikel Tun itu -

1. Saya ingin memohon maaf kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Kononnya disebabkan pindaan ini, maka Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru telah dapat dikuatkuasakan walaupun tidak mendapat tandatangan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

KONONNYA .... ? Baca pula perenggan terakhir ....


23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Tun sebenarnya bukan meminta maaf kerana tindakannya membuat pindaan perlembagaan tersebut tapi Tun mohon maaf kerana membiarkan tindakan itu terbuka kepada tafsiran berbeza !


Selain dari dua perenggan itu, keseluruhan artikel Apology merupakan SATU PENJELASAN kepada tindakan beliau meminda perlembagaan itu. Tun menjelaskan pindaan yang beliau buat itu TIDAK TERMASUK 30 perkara yang tersenarai dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri.


Maknanya BUKAN SEMUA perkara PM dan kerajaan boleh redah begitu saja tanpa memohon persetujuan dari YDP Agong.

Ini termasuk kuasa mengisytiharkan darurat sepertimana yang cuba dirampas oleh Najib melalui Akta MKN 2016


7. Selain tidak menjadi keperluan, Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru yang memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

8. Jelas sekali Akta Majlis Keselamatan Negara ini, menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.

11. Apabila Kerajaan mengenepikan permintaan Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta Majlis Keselamatan Negara diperhalusi dan disemak semula, maka jelas sekali pindaaan tersebut tidak mematuhi Perlembagaan. Oleh itu Akta Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang.

BUKAN SEMUA perkara YDP Agong perlu mendapat persetujuan atau nasihat daripada PM. Perkara2 itu adalah HAK MUTLAK YDP Agong dan untuk kerajaan mengambilalih hak ke atas perkara2 tersebut, persetujuan dari Majlis Raja2 dan YDP Agong perlua diperolehi terlebih dahulu.

Dan perkara2 itu TIDAK terangkum dalam apa yang dipinda oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Begitu juga dengan hak YDP Agong untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicaranya. 

16. Yang di-Pertuan Agong jelas sekali mempunyai hak untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan Yang di-Pertuan Agong, maka calon tersebut terpaksa berhenti daripada menjadi Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon yang baru.

Tun Mahathir turut menyebut soal Laporan Ketua Audit yang mana mengikut perlembagaan -


(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan- laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.


bacalah artikel Chedet itu perlahan2 dan saya percaya, anda juga akan turut bersetuju bahawa Tun Mahathir sebenarnya BUKAN memohon maaf kerana tindakannya dulu yang telah meminta perlembagaan TAPI Tun mohon maaf kerana tindakannya itu terbuka kepada SALAH TAFSIRAN  seperti yang sedang dilakukan oleh Najib.


21. Seperti yang saya katakan dari awal lagi, pindaan kepada Perlembagaan yang menyebabkan persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan bukanlah secara menyeluruh. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih lagi diperlukan jika Akta yang dicadangkan menyentuh kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Dan Akta Majlis Keselamatan Negara jelas memberi kesan ke atas kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat, yang mana kuasa tersebut tidak lagi bermakna. Untuk Akta ini, persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.


                                        ******************************

Najib ada berikan responnya kepada kritikan Tun Mahathir -

"Saya telah tegaskan bahawa keputusan yang saya ambil ketika memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 adalah demi keselamatan negara," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter hari ini.

"Ada yang tuduh saya ingin guna kuasa dan Akta ini untuk kepentingan diri.

"Namun rakyat perlu ingat, setiap keputusan yang dibuat kerajaan tidak pernah bersifat peribadi.

"Apa yang lebih penting adalah melindungi rakyat serta kedaulatan negara daripada sebarang ancaman," kata beliau. ( Sinar )


Tapi Najib tidak terang dari segi mana yang Akta MKN itu digubal dengan meletakkan hak mengisytiharkan darurat kepada PM sebagai 'atas kepentingan negara' ?

Najib hanya mahu rakyat TERIMA BODOH apa saja tindakannya. Jangan banyak tanya, ikut saja !

Dengan ahli2 Umno bolehlah tapi dengan rakyat yang semakin cerdik dan pandai menilai, mereka mahukan penjelasan.


Dan bab beri penjelasan ini Najib ternyata lemah .... kenapa ek ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 29, 2016 at 8:02 AM delete

Kalau dia cerdik bini dia tak blh control dia la.

Reply
avatar
Joe Harry
AUTHOR
August 29, 2016 at 10:50 AM delete

Hahaha ungkapan maaf itu hanya sekadar "pembuka kata dalam menyindir"
BUKAN minta maaf kerana kesilapan.
Tapi telah diputar belitkan.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
August 29, 2016 at 2:16 PM delete

Salam Bro

What do you expect from UMNO ministers? Pengecut tak dak teloq. Bongok memang ciri ciri keutamaan untuk menjadi ahli UMNO...Lebih bongok dan banggang lebih cerah lagi masa depan...Kalau dah sah bongok pasti dapat jadi menteri.

Apa?...nak gaduh ke?...berani?...kami ada Tun M tau!...Kaki Gaduh Numero Uno...
Apa ko takut dengan "Orang Tua Nyayok dan Kaki Gaduh" ni?
Nazri...mana ko?...Tun M kaki gaduh nak ajak ko bertumbuk!

Memang sah..otak orang UMNO dah terendam dalam cuka getah...(orang kampong panggil "cuka getah" tapi kalau yang tak pernah tengok atau tak tau apo dia cuka getah tu...ianya adalah formic acid yang diguna untuk membekukan susu getah sebelum dimesin menjadi getah keping. Boleh kojol kalau diminum bro).

Munkin disetiap pehimpunan UMNO ada dihidang cuka getah ni bersama dedak....sebab tu semua otak orang UMNO dah beku....kecut dengan teloq teloq sekali.

Gasaklah ko UMNO...minumlah banyak banyak lagi...memang pon korang dah kojol.

Najib!...ko nak gaduh?...berani ko? Tun M dah turun gelanggang...ko bila nak datang?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 30, 2016 at 8:05 PM delete

Sebab caliphate al-jibby ini memang tak tau apa-apa pun tentang undang-undang apalah lagi. Yang al-jibby tahu hanyalah membalun sakan harta negara harta rakyat Malaysia. Balaci dan macai pun sama dungu. Sebab itulah pindaan Perlembagaan pun boleh salah tafsir, ikut tafsiran nujum pak blalang yang ada dalam UMNO. Serabut serabai jahanam jadinya bila monyet dan baghal yang memerintah.

Reply
avatar
August 31, 2016 at 2:48 AM delete

If u want to be a great leader, u must first become a great follower.
If u are a dumb follower, u ......?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 1, 2016 at 5:26 PM delete

salam

bro..tun gaduh dengan komunis kat johor je bro..tu pun ikut kiai salleh...kalau dengan komunis pun tun dah tak takut sangat ape ada dengan nazri...tak reti nak letak gambar tun dengan kiai salleh...gambar bertujuh tun duk kanan sekali dalam gambar...

mungkin din turtle boleh selidik nape budak kedah ni ada kat johor..dulu nak pergi johor bukan senang...camne tun boleh sampai ke sana...camne hubungan tun dengan kiai salleh...yang lain ialah anggota keselamatan yang mengiring kiai salleh

gie7


Reply
avatar
Rangga
AUTHOR
September 2, 2016 at 1:34 PM delete

Nape Najib jdi lemau??
Sobab eaa Najib menikahi Rosmah tu org Nogori Semilan.!!
Mako Najib keno la masuk SUKU..
Jdi yg tingal tu 3/4 laaa...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 3, 2016 at 12:21 AM delete

Puak belah sana tu bukan tak tahu Tun menyindir......tetapi mereka buat2 tak faham nak suruh Tun dan penyokong2 Tun semua sakit hati.Itulah tektik orang bodoh sombong, tak perlulah kita layan orang2 bengong macam Denan dan Hishamuddin tu!!....

Reply
avatar