KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, August 25, 2016

dinturtle

Bicara Rakyat Tun M Ketereh - Usaha Umno Sabotaj MEMALUKAN ! !

Baru je semalam saya minta Umno Ketereh supaya mengambil sikap Gentleman ketika majlis Bicara Rakyat Tun Mahathir berlangsung pada hari esok ( Jumaat 26/8 jam 9 malam ), dan jangan bersikap budak2 cuba mensabotaj majlis itu.

Ini yang terbaru diedarkan semalam oleh Umno Ketereh -


Tu dia... tukang2 karut tersohor dikumpulkan .... biasa konsert dikir macam ni akan dikenakan caj tapi kali ini percuma, siap ada hadiah cabutan lagi. Semuanya disusun disaat akhir.

Setakat buat majlis saingan pada hari sama dan waktu yang sama. OK lagi. Takde masalah .Biasa dah benda2 macam ni berlaku di mana2 program Tun Mahathir pun tapi orang tetap ramai untuk bersama Tun Mahathir.

Tapi kali ini benar2 tampak mahu mensabotaj majlis Tun secara terang tanpa segan silu lagi dah. Perhatikan kedudukan kedua lokasi melalui peta google earth di bawah -






Bersebelahan dengan jarak tak sampai 200 meter antara Mini Stadium ( majlis Tun ) dengan SK Seri Ketereh ( Dikir Barat ) !

Kita boleh bayangkan kekuatan loudspeaker yang akan puak Umno gunakan untuk persembahan Dikir mereka....  

Tidakkah itu bakal menganggu majlis Bicara Rakyat Tun Mahathir ! ?

Tidakkah itu boleh dilihat sebagai satu bentuk provokasi yang bakal mengundang sesuatu yang tidak diingini berlaku antara penyokong kedua belah pihak ?

Apakah sudah tidak ada tempat lain di Ketereh ( kalau nak buat juga di Ketereh ) untuk majlis Dikir Barat tanpa menganggu majlis orang lain ? 



Ada .... lihat peta yang lebih besar di atas. A adalah mini stadium ( Majlis Tun ), B adalah SK Seri Ketereh ( majlis Dikir ) dan C adalah SK Ketereh. 

Kalau nak buat juga di Ketereh kan ada sebuah lagi sekolah SK Ketereh (C) yang kedudukannya agak jauh sedikit dari lokasi majlis Tun ? Kenapa nak buat juga pada waktu sama dan bersebelahan dengan lokasi Tun sedangkan ada lagi lokasi lain yang serupa tidak jauh dari situ ? 

KECUALI memang niat Umno Ketereh sengaja mahu mensabotaj majlis Tun !

Takkan Umno Ketereh TAKUT pada Tun Mahathir, orang tua 91 tahun yang baling gelas pun tak pecah ? ?

Rasanya kalau dulu cara sabotaj begini sering dikaitkan dengan cara pembangkang tapi tak sangka pula kini Umno pula yang meniru cara kebudak2an itu.

Umno Ketereh MEMALUKAN !

Oya, siapa KB Umno Ketereh ? Bukankah Ketua Penerangan Umno iaitu TS Annuar Musa ? Malulah Annuar weh .....




Dan tolong jangan bagi alasan tidak tahu kerana sudah ada bukti yang menunjukkan Annuar TAHU mengenai majlis sabotaj ini.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

11 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 6:46 AM delete

Nampak sangat umno dah goyah aka takooooooot...haha

Ko buatlah apa pun umno ooi..dah ramai sangat yg jijik dengan kau!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 9:15 AM delete

Semoga majlis bicara rakyat dgn Tun berjalan lancar. Harap PA sistem bagus dan kalau boleh ada khemah tertutup. Supaya suara Tun dpt di dengar jelas.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 25, 2016 at 10:46 AM delete

tun m n sahabat2 perlu teruskan majlis. insya'allah ia nya akan berjaya sungguh pun akan terdapat sedikit gangguan. saya percaya perkara macam ini akan membuat tun n ts muyid lebih bersemangat.

bayangkan lah tahap kerja2 sabotaj yg akan mereka usahakan jika upacara yg sama d adakan d pekan/kuantan. apa pun rakyat jelata wajib mengetahui kepincangan serta 'kecurian' yg melanda Negara sekarang.

dlm perjuangan tiada ertikata takut atau mengalah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 12:06 PM delete

Mereka rasa tecabarlah tu...kata kuat sangat.Doakan semoga majlis ini berlangsung dengan lancar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 12:07 PM delete

salam

ketua penerangan memang macam tu...nama pun umno 2.6 bilion..nak kata apa lagi..kalau tak menipu fitnah sapu kebas bukan umno 2.6 bilion namanya...

orang tua nyayuk, orang gila jawatan...orang gila nak jadi pm...takut apa kalau orang ni datang kelantan...orang kelantan takkan gila nak dengar ceramah orang gila kuasa ni...baik pergi dengar dikir umno 2.6 bilion....

p/s-ada orang tulis nota ke tidak dekat flyers tu...

gie7

Reply
avatar
Hadi Abdullah
AUTHOR
August 25, 2016 at 12:46 PM delete

Suka atau tidak parti alternatif melayu akan memberi impak dan mendapat tempat di pesada politik malaysia.persoalannya adakah UMMO akan bangun dpd tidur dan teruskan gelagat lamanya yg makin menghiris hati org melayu atau bangun dlm keadaan kesedaran baru bahwa UMNO lebih penting dpd individu dlm umno dan umno tidal sanggup lagi menjadi korban kerana memikul beberapa/ramai biawak hidup...hidupnya mereka kerana biawak biawak ini telah berjaya menjadikan UMNO sebagai sarang.perlu diingatkan bangkai2 yg disorok dlm UMNO makin lama akan berbau jugak dan makin busuk hingga penghuni yg xbersalah pun xtahan berada dlm sarang ini.

Reply
avatar
Basikal tua
AUTHOR
August 25, 2016 at 1:19 PM delete

BUKAN Sahaja childish....... TAPI moronic.

Reply
avatar
RD.
AUTHOR
August 25, 2016 at 4:35 PM delete

Pencuri dan penyokong pencuri....mana tahu malu. Negara kapir kata malaysia di perintah oleh pencuri-pencuri, pun mereka tak terasa apa-apa. Itulah hakikatnya makna Kleptocracy. (Rule by thieves)

Mungkin kerana malu....Najib dan Rosmah dah mula tak mahu pergi US. Zahid & isteri pula dikerah ke PBB. Tarikh pendengaran kes civil DoJ pun hampir dengan dialog Keselamatan PBB.

Nampakgayanya...akhir tahun ini, Najib sekeluarga tidak akan pergi bercuti Krismas & bershopping-sakan ke Negara Kapir, seperti biasa. Bagus la. sekurang-kurangnya boleh la shopping di Arcade MARA atau Komplek MARA. Boleh juga peniaga Bumiputera atau Rakyat sendiri dapat tumpang rezeki yang melimpah-ruah tu.
Negara pun boleh jimat pertukaran WANG Asing.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 4:53 PM delete

Kasi tapau itu umno bn
Sikit hari lagi bankrap terbirai la
Hancur leburlah umno bn pok jibor

KERIS

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 25, 2016 at 4:54 PM delete

Kenalah panggil kawan mereka yang sanggup bertumbuk dengan TDM.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
August 26, 2016 at 8:22 PM delete

Apa lagi yang macai2 UMNO reti buat ??? Tarian gelek ??? Dikir barat ??? Harap2 tukang karut tersasul cerita kesah !MDB dan derma 2.6 billion .

Reply
avatar