KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, August 24, 2016

dinturtle

Bicara Rakyat Tun Mahathir Di Ketereh Jumaat 26 Ogos !



KHAS buat rakyat Kelantan khususnya disekitar Ketereh, Tun Mahathir akan membuat penampilan pertama selepas lebih 20 tahun tidak menjejakkan kaki di bumi Kelantan ! Tun Mahathir akan ditemani Muhyiddin dan Mukhriz ..... eh, macam team Bersatu jer ...

Ramai yang kecewa bilamana Tun terpaksa batalkan kehadiran di saat akhir semasa majlis Selamatkan Malaysia bulan April lalu. Mungkin ada hikmahnya .... kalau waktu itu begitu ramai yang mahu berucap dan waktu yang diberikan kepada Tun tidak lama, kali ini masa yang lebih panjang diperuntukkan untuk Tun menyampaikan amanatnya.





Bercakap dengan penganjur yang menamakan kumpulan mereka GMB ( Gerakan Melayu BerMaruah ) , Ayah Pa dan Tuan Mat, sokongan dan kerjasama diberikan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan majlis ini dan mereka yakin ramai yang akan hadir. Mereka mewakili rakyat Kelantan yang mahu bertemu dengan Tun Mahathir dan mendengar sendiri penjelasan dari Tun dan pemimpin2 lain mengenai isu2 semasa yang hangat dibicarakan rakyat ketika ini.

                       ****************************

Side story - Usaha2 membawa bekas2 pemimpin Umno ke Kelantan ini sebenarnya memberi faedah yang banyak kepada rakyat Kelantan ! Secara tiba2, muncul pelbagai program rakyat anjuran Umno yang dijadualkan pada hari yang sama di sekitar lokasi yang sama juga.  Setiap kali !

Contohnya persembahan dikir barat yang biasanya dikenakan caj, tetiba diadakan secara percuma ... peeergh ! Bantuan2 pun turun mencurah2 kepada rakyat... Umno Bahagian pun ikut sama jadi aktif dengan aktiviti2 rakyat dan ahli.

Apakata majlis seumpama ini diadakan setiap bulan di sekitar negeri Kelantan, untunglah seluruh rakyat Kelantan kan ....

Siapa kata Umno tak gentar dengan pengaruh pemimpin2 Bersatu ? Hampir setiap program yang dihadiri mereka, Umno setempat akan jadi kelam kabut. Tapi kalau pihak lain contohnya Pas atau Pkr yang buat majlis, tidak ada pula reaksi yang sama pada Umno.

Umno gentar dengan Bersatu ? Gentleman lah sikit ... berjiwa besar lah ... seperti kata bakal pekebun yang mahu bercucuk tanam selepas bersara jadi PM kelak. 

Hentikanlah perangai budak2 tu ... contohnya cabut banner majlis orang lain atau apajua tindakan sabotaj pada hari majlis. Anggota RELA yang mahu berkhidmat membantu masyarakat pun turut dipanggil balik pada hari majlis sepertimana berlaku di Jerantut baru ni ... majlis kenduri kahwin pakai RELA jaga trafik takde apapun ?


Memalukan Umno !

Diharap Umno Ketereh di bawah Annuar Musa akan lebih bersikap Gentleman. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 24, 2016 at 4:00 PM delete

salam bro..

umno 2.6 bilion mana reti malu lagi..songlap pun ok...siap ada blogger yang duk pertahan pasal 2.6 bilion ni katanay kalau 1 trilion pun apa dia kesah...haha...

takpelah...lain rasa dari yang pernah berforum dulu kat mykmu dulu2...

gie7

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 24, 2016 at 4:09 PM delete

salam bro. tk d atas maklumat d atas. siapa yg mampu n kelapangan d gesa utk hadir sama.

saya amat berharap pihak penganjur akan membawa tun m n ts muyid berceramah d pekan.

insya'allah saya sudah tentu akan berusaha utk hadir sama.

selaku anak kelahiran pekan, n jika d benar olih peganjur saya bersedia memberi ucapan pendek.

sekali lagi 'battle cry' saya masih kekal :-

"utk mengenyahkan rosmah drpd persada pemerintahan Negara, najib wajib d korbankan"

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
August 24, 2016 at 5:53 PM delete

mohon tuan Rahman agar dapat hubungi saya - emel dinturtle@hotmail.com atau pm saya di fb - https://www.facebook.com/din.penyu.1

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 24, 2016 at 6:34 PM delete

Tempat TS Annuar Musa tu. Jom kita gempur kubu kuat Umno di Kelate..yihaaaaa...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 24, 2016 at 10:36 PM delete

Bila buat di kuantan pekan rompin

Reply
avatar
August 26, 2016 at 11:21 PM delete

AsSlm..dlm perenggan pertama diberitahu lbh 20 th Tun x pijak bumi Kelantan? Tun ada ke Lemal dlm program di Sek Men Pnglima Raja, Lemal P Mas bbrp tahun lps..naik beca dgn Tok Pa msuk laman sekolah..

Reply
avatar