KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, August 14, 2016

dinturtle

Cakap Najib Tentang Campurtangan Asing Bukan Ada Maksud Apa-Apa Pun ! - Menteri Luar Anifah

Hari ini bergema lagi laungan Tentang Campurtangan Asing di beberapa mesyuarat bahagian2 Umno. Boringnya ...... seperti yang saya tulis sebelum ini ( KLiK ), pemimpin2 Umno ini betul2 cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Setakat ahli2 Umno yang rela dibodohkan mereka, itu tak kisahlah, tapi bila disiarkan TV dan ditonton oleh rakyat .... terpanggil juga nak kongsikan satu berita ini yang langsung tidak mendapat tempat di kalangan balaci dan macai2 Najib walaupun kenyataan itu keluar dari orang Najib sendiri.


Mkini

 “AS menyiasat perkara itu kerana ada transaksi berlaku di negara mereka. Jadi setakat ini tidak ada campur tangan negara asing dalam hal ehwal negara kita,” katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Lama juga saya mencari artikel wawancara Utusan dengan Menteri Luar kita itu, rupa2nya di bawah tajuk = Ketepikan Dendam .... Antara lain Anifah berkata -

Macam kita minta AS, kita juga minta negara-negara lain menghormati sistem kehakiman dan perundangan kita. Jadi, kita perlu saling menghormati. Kita tidak boleh ada double standard. Macam mana boleh kita kata kamu salah jika tidak buat penyiasatan. Biarkan mereka siasat.

Itu pendirian Menteri Luar atau pendirian kerajaan kita terhadap tindakan DOJ. Tapi kenapa pendirian pemimpin2 Umno semasa berucap didepan ahli2 Umno LAIN bunyinya ? 

Menjawab soalan berkaitan kenyataan dari Najib yang menyentuh hal Campur Tangan Asing, Anifah berkata -

Memang apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri itu adalah dasar negara kita. Bukan ada maksud apa-apa. Pendirian Malaysia, kita tidak mahu terlibat dengan politik dalaman negara lain dan kita tidak mahu mengambil pihak dalam kemelut mereka. Kalau sekiranya kita dijemput, kita akan beri buah fikiran dan pertolongan yang sedikit sebanyak boleh membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku.


Laaaa...... rupanya Najib cuma bercakap secara umum mengenai dasar negara kita.  BUKAN ADA MAKSUD APA-APA. Tapi gambaran yang Najib dan macai2nya berikan adalah merujuk kepada tindakan DOJ !

So kena sebarkan ni - Bab Najib sebut tentang Campurtangan Asing itu BUKAN ADA MAKSUD APA-APA .... Najib cuma bercakap tentang dasar negara saja .


Ini adalah contoh SPIN yang sering kita baca itu .... Dengan rakyat pun pemimpin nak spin ? ?

Daripada menipu rakyat, kenapa tidak ulangi saja cerita Derma Ketua Kabilah Arab kepada Ketua Kabilah Umno ? Ke tak laku dah cerita begitu ?

                           *************************

Ini juga kenyataan yang menjurus ke arah Campurtangan Asing. Tapi memang kita pun setuju, jika ada dalang yang menyalurkan maklumat ke pihak luar yang memudaratkan negara, seharusnya dihukum. Tapi kalau penyaluran maklumat itu bertujuan menyelamatkan Malaysia ?

Mkini

OKlah direct to the point .... kita rujuk kepada tindakan Khairuddin dan Matthias yang beri maklumat dan buat pengaduan kepada pihak berkuasa luar tentang skandal 1MDB. 

Cuba anda fikirkan ..... sekiranya mereka berdua tidak berbuat demikian, apakah ada sebarang sebarang siasatan atau tindakan ke atas 1MDB ? Laporan Ketua Audit di OSAkan, AG kata takde salah laku, siasatan Polis susulan laporan PAC pun dah 4 bulan takde khabar satu pun, tidak ada sesiapapun yang ditangkap .... 

I tell you ... mujur Khairuddin dan Matthias bertindak sebagaimana yang mereka lakukan tahun lepas ! Hasil dari siasatan dari pihak luar lah maka kita rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku setakat ini dalam 1MDB. Itu pun mungkin banyak lagi yang bakal dibongkarkan ... oleh pihak luar. Pihak dalam negara dilihat lebih bersungguh2 nak tutup kes daripada nak siasat.

Oya, jangan lupa untuk bertindak ke atas dalang 1MDB yang telah merugikan wang rakyat berbilion2 ringgit ! Hingga aset2 strategik negara pun tergadai kepada pihak luar ... ini pun pengkhianat negara juga !

                                                     ****************************

Mkini
Ini point yang sering Najib dan cai2nya ulang .... memperlekehkan usaha Tun Mahathir  dan yang terkini Parti Bersatu, kerana bekerjasama dengan Dap @ Lim Kit Siang. So, bagus juga kalau saya jawab ...

Sebelum ini pun saya sering hentam Lim Kit Siang dan Dap. Saya tidak akan tarik balik penulisan saya itu. Saya masih tidak setuju dengan konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh Dap. Tapi antara Dap dengan Najib .... mana satu yang lebih mendajalkan bangsa dan negara ?

Dap setakat ini hanya BERCAKAP saja .... kuasa kerajaan yang menentukan dasar2 kerajaan masih di tangan Umno. Ada kita rugi ? Melainkan kalau kerajaan sendiri yang tunduk kepada tuntutan2 Dap.....

Tapi Najib ....? Anda boleh jawab sendiri ( nak kena tulis satu lagi artikel pula kalau nak jawab )

Ini satu lagi perbandingan menarik -


Tidak dinafikan Jho Low terlalu jauh lebih cute berbanding Kit Siang. Mulut Jho Low pun pastinya lebih manis dengan Kita Siang. 

Selain dari hanya melalak saja di Parlimen dan mengeluarkan kenyataan2 berbaur perkauman, apa yang kita telah rugi dek perbuatan Kit Siang ? 

Bandingkan dengan Jho Low .... 

Rakyat Terengganu bernasib baik tidak tergadai hasil royalti minyak masa depan untuk entah berapa tahun dek sebab Jho Low .... Terimakasih kepada Sultan Mizan dan Mat Said yang tidak tunduk kepada mulut manis Jho Low.

Tapi Jho Low tetap juga songlap duit rakyat Malaysia berbilion2 ringgit melalui 1MDB  !

Siapa yang LEBIH SIAL ?

Ada pernah Najib berbunyi tentang Jho Low sejak terbukti Jho Low songlap duit 1MDB ? Ada mana2 pemimpin Umno yang marahkan Jho Low ?

Kerjasama dengan Dap hanyalah untuk menyelamatkan Malaysia dari Najib dan Umno yang mempertahankan Najib. Tidak bermakna Bersatu akan tunduk kepada Dap.

Well .... seperti yang pernah saya tulis dulu, apa bezanya antara MCA / Gerakan dengan Dap selain dari mulut manis ? Perjuangan mereka sama saja .... cuma satu diluar kerajaan dan satu lagi dalam kerajaan. Desakan tetap dibuat dan Umno tunduk tetap juga tunduk.

Pendek kata - Antara Najib dengan Kit Siang, siapa yang lebih memudaratkan bangsa dan negara ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 11:48 PM delete

well said DIN

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
August 14, 2016 at 11:49 PM delete

Eh apa hasilnya tindakan KBAB yg nk menentusahkan ketulenan dokumen 1MDB yg dh bocor tu ya? Ke hasil siasatan tu pun dh diOSAkan jugak..

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 15, 2016 at 2:08 AM delete

semua institusi2 Negara sama ada tidak berkeupayaan atau memilih utk berdiam diri atas sebab2 hanya mereka sendiri yg tahu.

olih demikian rakyat marhean terpaksa lah bergantung harapan kpd agensi2 luar Negara.

kita harus berasa malu kpd jiran2 kita Singapura n Indonesia yg lebih berkesan n beriltizam utk membenteras rasuah n salah guna kuasa.

mengapa kah keadaan saperti demikian ? jawapan nya senang saja ! ketua2 mereka adalah lah bersih.

d Malaysia 'leaders can virtually get away wth murder. when cornered, they always at all times shielded themselves wth d race card'.

kita bolih lihat cara mereka sengaja melencongkan fakta dlm mesyuarat2 bhg n cawangan yg sedang giat berlansung sekarang.

ini lah 'reality' dlm Negara ku Malaysia sekarang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 15, 2016 at 7:31 AM delete

Memang cantek kupasan Din, antara Najib dan LK Siang siapa yang songlap duit
kita hari-hari dengan GST ??

Hidup BERSATU!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 15, 2016 at 8:05 AM delete

Din..yg pasal salur info tu..rasanya lebih merujuk pd bos2 sprm yg baru bersara baru2 ni...kan diaorg ada buat press conference selepas doj punya press conference tu...mengatakan ada kerjasama dgn pihak berkuasa US ttg siasatan 1MDB tu kan...
Abis...kertas laporan SPRM dibakulsampahkan dek AG malaysia...pass ke luar la, apa lagi...habis terburai...padan muka MO1...satu sen pun x guna...

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
August 15, 2016 at 8:43 AM delete

Laura Justo(Xavier Justo's wife): Her True Story

https://www.youtube.com/watch?v=-DmnI34HwdY

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
August 18, 2016 at 12:29 AM delete

UMNO sudah kehabisan modal . Untuk menyedapkan telinga pengikut pengikut dia serta juga untuk menakut nakutkan rakyat , di buatlah andaian tindakan DoJ US seperti campurtangan asing .

Tidak ke si badut si badut UMNO ini sedar dan Nampak , ada ke US mengeluarkan arahan terhadap Malaysia ?? Ada kah US menghantar pegawai pegawai dia orang ke Malaysia ?? tidak ada .... yang ada hanya punaisihat punaisihat luar yang di jemput khas untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Perdana Menteri Malaysia paling bahlol ,tolol , bangang yang bertaraf PM kangkong . Punaisihat punaisihat ni di bayar gaji yang tinggi olih kerajaan Malaysia guna duit rakyat !!

Sedar ke badut badut UMNO yang Najib melelong satu persatu asset Negara ke Negara luar terutama Cina . Tidak ke tindakan ini saperti menjual Tanah bumi Malaysia secara langsung . Tidak hairan apabila duta Cina bolih bagi "warning " terhadap Negara ini supaya tidak "ill treatment " kaum Cina Negara ini .

Apa punya PM lah yang Malaysia ada hari ini .. ???

Reply
avatar