KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, August 12, 2016

dinturtle

Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba DiPerbodohkan ...



Kalau tak silap, baru ni ada Najib melancarkan sesuatu berkaitan dengan pendidikan rakyat, begitu juga dengan program Permata Rosmah yang kekadang mucul dengan pujian2 yang diterima. Semuanya bagus kerana menampakkan kesungguhan di pihak kerajaan mahu meningkatkan taraf pendidikan negara. 

Pendek kata - kerajaan mahu rakyat Malaysia supaya lebih cerdik.

TAPI kenapa bila saja isu 1MDB timbul, keadaan sebaliknya pula yang berlaku iaitu kerajaan dilihat bersungguh2 mahu rakyat Malaysia jadi bodoh ? 

Tak matching beb .... rakyat dididik supaya lebih cerdik. Bila rakyat semakin cerdik dan makin bijak menggunakan akal, mereka melihat dengan jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB ..... itu rumusan bilamana rakyat semakin bijak menggunakan akal, tapi kerajaan pula dilihat berusaha memperbodohkan rakyat.

Sepatutnya kerajaan yang lebih di depan, menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan yang bijak menangani isu2 seperti 1MDB.

Sudah terlalu banyak contoh2 kenyataan2 bengong yang dikeluarkan oleh pemimpin2 kita sejak akhir2 ini yang menunjukkan kepimpinan kerajaan sudah jauh ketinggalan dibelakang rakyat dalam konteks kebijaksanaan dalam menggunakan akal.

Saya ambil beberapa contoh yang baru -

Mkini
Huh ? Mamat ni cakap apa ? 

OKlah, Rakyat tidak bodoh  ok. Nyatakan dengan jelas bahawa MO1 itu adalah Najib.  Tak perlu nak berbelit2 lidah bermain dengan ayat2 'macam dia tapi bukan dia'. 

Serius beb, anda kelihatan macam badut di mata rakyat bila anda cuba bermain dengan cara ' macam dia tapi bukan dia' !

Semua bukti2 yang ada dalam dokumen DOJ begitu jelas menunjukkan bahawa MO1 itu adalah Najib. So .... just say it lah. Ni dah berminggu2 duk bermain isu Siapa MO1? .... BODOHNYALAH !

Bab samada Najib terlibat atau tidak akan disentuh kejap lagi

Mkini
Rakyat sepakat tidak berbelah bahagi dan langsung tidak ada pertikaian mengatakan MO1 itu adalah Najib. Tapi pemimpin2 Umno pula yang sengaja beri gambaran kononnya identiti MO1 itu satu misteri ..... memanglah MO1 itu satu misteri kepada orang2 yang tidak pandai menggunakan akal !

Yang bijak menggunakan akal hasil usaha kerajaan sendiri dah lama nampak dengan jelas siapa MO1.


Mkini
Huh ? Tingkat kebodohan kepimpinan Umno naik 3 takuk lagi ..... Ni semua berakar umbi dari point utama yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 Umno dalam menangani isu DOJ iaitu - Gambarkan tindakan DOJ sebagai satu campurtangan asing.

Ingat lagi tahun lepas, waktu2nya lebihkurang sekarang iaitu ketika bahagian2 Umno memulakan sesi sidang mereka. Ketika itu isu RM2.6 bil begitu panas dan pemimpin2 Umno perlu mencari satu alasan yang boleh disogokkan ke dalam kepala otak para perwakilan mesyuarat bahagian2  .... Selepas berbincang, mereka sepakat menggunakan alasan Derma Islam. 

Biasalah, orang Melayu ni sensitif sikit bab ugama. Apasaja berkaitan dengan Islam, kita agak lebih mudah menerima biarpun tidak masuk akal.

Maka keluarlah pelbagai alasan ... menentang ISIS la ( padahal ISIS tak wujud lagi waktu derma diterima ), menentang pengaruh Ikhwanul Muslimin yang di bawa oleh PAS la ( sekarang tak disebut dah sebab Umno cuba menagih simpati Pas ) ... pokoknya, gunakan alasan Derma Islam supaya isu RM2.6 bilion itu dapat diterima oleh ahli2 Umno.

Itu tahun lepas ..... tahun ini sempena menjelangnya mesyuarat bahagian2 Umno, maka sekali lagi pemimpin2 Umno berkumpul dan mencari satu lagi alasan untuk disogokkan ke dalam kerongkong ahli2 parti dalam menangani tindakan DOJ.

Dan mereka sepakat menggunakan line ini - Beri gambaran tindakan DOJ itu sebagai satu campurtangan asing.

Bijak .... secara tak langsung, jika ahli2 Umno terima tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing, dengan sendirinya mereka akan menolak semua dakwaan itu sebagai fitnah terhadap kepimpinan Melayu Islam yang diterajui oleh Umno Najib.

Oklah, saya tarik balik.... pemimpin2 Umno dan kerajaan bukan bodoh, Mereka bijak sebenarnya. Tapi kebijakan mereka digunakan untuk memperbodohkan rakyat terutamanya ahli2 Umno.

Untuk menjawab dakwaan 'campurtangan asing' perlukan satu lagi artikel tapi secara ringkasnya apa yang boleh saya jawab adalah -

1 - DOJ tidak sentuh pun 1MDB atau negara kita. DOJ hanya mahu dakwa mereka yang telah merompak wang 1MDB dan membelanjakan hasil rompakan itu di negara Amerika. DOJ tidak mahu negara Amerika dijadikan tempat lambakan hasil rompakan pencuri2 dunia. Sebab itu kesemua aset2 yang disenaraikan oleh DOJ adalah aset2 yang berada di negara Amerika saja. 

DOJ tidak sentuh langsung aset negara Malaysia malahan DOJ akan kembalikan harta rompakan yang dirampas itu kepada tuanpunya iaitu rakyat Malaysia !

2 - DOJ kata 4 orang yang dinamakan itu merompak duit 1MDB sedangkan 1MDB kata tidak ada duitnya yang dirompak. 

1MDB kata 1MDB dah bayar kepada pihak2 yang sepatutnya terima duit, dan apa yang berlaku kepada duit itu selepas dibayar bukan lagi masalah 1MDB. Maknanya, kalau duit itu dicuri dari Aabar BVI, maka itu masalah Aabar BVI lah.

Kelakarnya AG boleh pula kata dia nak ke Amerika semasa prosiding kes sebab pihak Amerika nak bagi duit ( pulangkan hasil rampasan ) .... pulak ? Mana satu ni ? 

Sepatutnya pihak kerajaan kena bertegas dan tetap dengan pendirian. Katakan bahawa itu bukan duit 1MDB sebab 1MDB tidak ada kecurian. Kalau DOJ nak pulangkan pun, maka pulangkanlah kepada Aabar BVI sebab duit itu dicuri dari Aabar BVI !

Adakah AG muka tak malu ada hati nak dapatkan balik harta rampasan yang bukan milik kita ?


Pihak kerajaan berulang2 kata yang pelbagai pihak dah siasat 1MDB dan semua kata 1MDB OK. Jangan lupa ..... semua pihak yang siasat itu juga ada berkata yang mereka tidak dapat akses kepada dokumen2 kewangan 1MDB yang berada di luar negara.

Dan siasatan DOJ pula banyak berkaitan dengan akaun2 di luar negara Malaysia .... o-oh...

3 - Dalam laporan DOJ ditunjukkan dengan jelas pergerakan wang yang dicuri itu, bagaimana wang2 itu boleh masuk ke akaun2 tertuduh termasuk ke akaun 4 orang yang nama mereka tidak disebut terutamanya akaun MO1 atau Najib.

ITU ISU SEBENARNYA yang kerajaan Umno bersungguh2 nak tolak !

Kerana jika dakwaan DOJ itu diterima, maka secara otomatik Najib terbabit dalam perompakan terbesar dalam sejarah dunia korporat. Semua alasan yang diberikan mengenai derma pak Arab lah, derma ketua kabilah lah ... semuanya itu satu PEMBOHONGAN. 

Jadi bagaimana cara kerajaan yang bijak menangani masalah ini tanpa memperbodohkan rakyat ? Caranya ialah melawan fakta/bukti dengan fakta/bukti sebelah kita. Bukannya melawan fakta dengan cakap kosong !

Mana bukti2nya yang menyokong duit yang diterima oleh Najib itu merupakan derma dari pak Arab ? Kalau DOJ boleh tunjukkan pergerakan wang ( money trail ) kenapa pihak kerajaan tidak boleh tunjukkan kepada rakyat pergerakan wang versi Najib pula ?

Lawanlah fakta DOJ itu dengan fakta Najib. 

Barulah menunjukkan yang kerajaan tidak cuba memperbodohkan rakyat. 

1MDB diilhamkan oleh Najib. Sepanjang 1MDB aktif meminjam dan membelanjakan wang, tidak ada siapa di pihak luar 1MDB termasuk kabinet, diberikan maklumat. Hanya setelah sarat dengan hutang dan tidak ada tempat lain lagi nak pinjam, barulah kabinet diberitahu.

Ingat lagi bulan Mac tahun lepas ketika pihak 1MDB dan juruodit Deloitte dipanggil untuk beri taklimat ? Selepas taklimat itu, kabinet telah beritahu kepada rakyat yang mereka berpuashati dengan penjelasan Deloitte yang menyatakan semuanya berkaitan 1MDB adalah OK.

( Sekarang Deloitte telah tarik balik laporan audit mereka ke atas 1MDB ekorang tindakan DOJ ..... kenapa kabinet yang sama langsung tidak bersuara ? Adakah pihak Deloitte dan KPMG dan Ersnt and Young yang ketiga2nya merupakan juruodit terbesar dunia juga bersekongkol dalam 'campurtangan asing' ? Akaun 1MDB banyak yang tidak kena - Itu adalah FAKTA ! )

Setakat itu .... adakah sebarang campurtangan luar ? Tidak ada kan ......

Jadi yang membangkrapkan 1MDB sehingga tidak mampu lagi nak bayar bukan saja hutang tapi bunga hutang adalah pihak dalam 1MDB sendiri.  

Yang terpaksa jual aset2 negara kepada pihak luar hanya untuk bayar hutang 1MDB adalah angkara pihak dalam 1MDB sendiri .... tidak ada kaitan dengan campurtangan luar.


SKANDAL 1MDB ADALAH ANGKARA RAKYAT MALAYSIA SENDIRI.

Ketika ini pelbagai pihak berkuasa luar sedang menyiasat skandal 1MDB kerana urusniaga 1MDB turut melibatkan negara2 luar. Negara2 luar hanya menyiasat apa yang berlaku dalam negara mereka saja. 

Siapa yang campurtangan dalam urusan negara lain ?

Isu IPIC-1MDB ..... Pihak mana yang 'menyusahkan' ? IPIC dilihat banyak membantu 1MDB. Bermula dengan menjadi penjamin kepada 1MDB, mengambilalih hutang 1MDB ( sudah tentu semuanya ada pulangan yang lumayan buat IPIC ) ... tapi yang bikin masalah adalah 1MDB.


1MDB yang tidak melakukan 'due diligence' sebelum membuat pembayaran kepada Aabar BVI yang diwakili oleh dua orang penipu yang juga merupakan eksekutif IPIC. 

Duit siapa yang kena tipu ? 1MDB.

Jadi siapa yang kena tipu ? 1MDB lah ..

1MDB yang kena tipu berbilion2 ringgit tapi 1MDB mahu letakkan tanggungan penipuan itu ke atas IPIC ! ?

OK, kes tipu Aabar BVI ini bolehlah kita katakan satu campurtangan luar yang mungkin ya atau tidak, turut mengaitkan pihak 1MDB yang bersekongkol sama.

Tapi kenapa kerajaan Umno langsung tidak bersuara marahkan pak2 Arab sebagai orang luar yang disyaki telah menipu duit 1MDB ? Ada bunyi ? Tidak ada kan .....

Begitu juga dengan Jho Low .... yang ini amatlah menghairankan. Langsung tidak ada suara bantahan atau amarah dari kerajaan Najib terhadap perbuatan Jho Low menipu duit 1MDB ! 

Ooooops... lupa, duit 1MDB tak kena curi.  

Tapi kenapa dalam jawapan dalam kes timbang tara IPIC-1MDB, pihak 1MDB seolah cuba mengaitkan IPIC sama sebagai bertanggung jawab dalam 'kehilangan' 26 bilion ringgit duit 1MDB ?

Mana satu ni .... HILANG ATAU TIDAK HILANG DUIT 1MDB  ? Jika tidak hilang, adakah 1MDB mahu tuduh IPIC sebagai menipu ? 

Banyak kait mengait sebenarnya isu DOJ ni ..... ia tidak semudah itu mahu mendakwa semuanya sebagai campurtangan asing. Masih banyak yang belum didedahkan lagi. Jaga2lah pemimpin2 Umno .... masa akan menjerut leher anda dengan segala alasan2 dangkal yang cuba anda bodohkan rakyat ketika ini.

Oya, adakah MO1 atau Najib terlibat ?

Dalam kes DOJ memanglah Najib tidak didakwa, hanya anak tirinya saja yang didakwa sebab yang dituduh belanjakan hasil rompakan 1MDB itu di Amerika adalah antara lainnya Reza Aziz.  

Tapi kenapa DOJ susah payah nak juga sebut pergerakan wang ke dalam akaun MO1 atau Najib ?  Sebab ia juga merupakan sebahagian dari kes yang DOJ siasat. Pergerakan wang itu ada dalam dokumen2 yang ada pada DOJ. 

Lapuran DOJ cuma menjelaskan apa yang berlaku. Begitu peranan orang dalam 1MDB yang memungkinkan skandal pencurian itu berlaku, 

Makanya Najib kena jelaskan KENAPA nombor akaunnya ada dalam repot DOJ dan KENAPA dia terima wang haram yang begitu banyak ...... sama dengan nilai wang yang didakwa sebagai derma pak Arab.

Itu yang Najib kena tampil perjelaskan..... bukannya buat bodoh dan menuduh semuanya sebagai campurtangan asing. 

                                                         ************************

Terbaru Bank BSI yang nak jual sahamnya terpaksa menanggung kerugian RM577 juta bila harga sahamnya jatuh ..... gara2 terlibat dengan 1MDB.

Mkini

Adakah pakar2 ekonomu dan perbankan negara maju juga akan dituduh sebagai bodoh kerana percaya kepada dakyah pihak luar terhadap 1MDB ?

Yalah ... hanya pemimpin2 Umno saja yang bijak sebab masih percayakan Najib, 1MDB dan Jho Low. Orang lain diseluruh dunia semua bodoh ... baik pakar2 ekonomi, pihak berkuasa negara luar, 3 syarikat juruodit gergasi dunia,  semuanya bodoh kerana percaya dakyah yang disebarkan. 

                                                         ****************************

Ini yang terbaru dari MO1 -

Mkini
“Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau.


Hahahaha .....BEZANYA BESAR lah ..... disebalik tohmahan kepada pemimpin lama ( Tun Mahathir ) itu banyak infrastruktu dibina tapi disebalik tohmahan kepada Najib - TIDAK ADA SATU APAPUN YANG DIBINA !

                                 *********************

Akhir kata, meminjam dari kata2 dari blog rakan -


Bila Dato Najib kata kepada ahli UMNO, ianya benar- jangan lindungi dia, lindungi UMNO daripada orang seperti nya. Jika UMNO itu terdiri dari orang Melayu dan agama mereka Islam, mereka tidak boleh menyokong pencuri, tidak boleh mempertahankan pemimpin yang sentiasa berbohong, yang pecah amanah, yang rasuah dan pemimpin yang jahat dan buruk. Parti seperti ini tidak boleh mewakili bangsa Melayu. Kerana bangsa Melayu bukan bangsa yang mencuri, tidak amanah, sentiasa berbohong dan seumpamanya. ( senapangsakti

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

23 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 5:35 PM delete

Buat report ke PDRM dan SPRM ada unsur rasuah dlm laporan DOJ. SPRM dan PDRM mesti mendakwa MO1 ke muka pengadilan kerana mendapat manfaat dari transaksi 1MDB. Tak perlu namakan Najib tetapi MO1, Biar Polis dan SPRM yg kenalpasti siapa MO1 ini. Lepas tu media dan org ramai boleh bertanya dan member tekanan pada KPN dan Ketua SPRM utk umum siapakah Mo1 dan bawa ke muka pengadilan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 7:12 PM delete

Negara akan rosak dan hancur kalau terus kekalkan kepimpinan UMNO BN sekarang. Akal seluruh ahli ahli UMNO dari peringkat atasan hinggalah ke level ternawah telah pun dibonsaikan oleh duit haram atas pelbagai nama dan projek spt BR1M, Derma Islam, Bantuan Wang ke Mekah, Bantuan Bermusim dan sebagainya. Era Najib Razak menelanjangkan betapa amalan rasuah ditahap kritikal dan wang digunakan untuk menaja program program berunsur Islam sebagai topeng untuk menutup kerja kotor disebalik tabir. Najib dan regimnya kini sedang bermnati matian untuk membeli golongan alim dan agama kerana pengaruh golongan ini kalangan Melayu2 luar bandar yang taksub atas apa saja yang bernama agama, ustaz dan lebai lebai. Golongan agama dan para ustaz ini yang selama ini tidak pernah mendapat sumbangan besar dari sumber haram Najib bagaikan tikus jatuh ke dalam guni beras, menganggap ini bagaikan rahmat dan akhirnya melupakan soal jenayah mega yang telah dilakukan Najib dan regimnya. Sumber dan rezki haram telah turut membonsaikan akal golongan yang selama ini tergambar putih dan mereka lupa bahawa Najib Razak sedang mewarnakan kanvas putih itu dengan warna dan corak yang dikehendakinya. Lalu puak taksub ustaz dan agama di kalangan melayu luar bandar makin seronok dan leka kerana warna putih yang sering di depan mata mereka telah bercorak warna warni dan indah hasil sumber haram yang kini dianggap halal atas nama agama dan Islam. Maka Najib dilihat makin suci dan bersih berbanding pimpinan sebelumnya. Hebat Najib Razak ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 7:43 PM delete

Ada Hadis yang menyebut...Kita mesti mentaati pemimpin walau pun dia melakukan perkara yang zalim...selagi dia mendirikan SEMBAHYANG. Jadi kalau ikut kan Islam kita kena taat dengannya. Cuma kalau kita ikut Demokrasi yang kita ngaku kita sebagai Islam tapi tetap menganuti Demokrasi yang tak ujud dalam Islam....aku no komen.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 8:11 PM delete

Masing2 nak tunjuk pandai, malangnya akhirnya umum tahu Dan sedar bahawa mereka2 dah jadi bodoh oleh kerana Niat tak betul Dan bercakap bohong serta nak jual temberang. Mereka juga beranggapan bahawa rakyat Akan lupa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 8:30 PM delete

Terbaik Encik Din. Senang faham. Kalau lah boleh di siarkan di surat khabar. Supaya orang kampung tau. Depa caya ke tak caya lain hal. Tapi at least maklumat itu sampai pada mereka dan mereka boleh menilai nya. Orng kampung bukan nya bodoh.

Reply
avatar
izad12
AUTHOR
August 12, 2016 at 8:40 PM delete

beza antara tohmahan dan kebenaran adalah pada buktinya.

mana bukti mahathir sebagai perompak negara?ada akaun bank atas namanya yang menerima berbillion2 wang dari syarikat negara?

bagaimana dengan najib pula?sekadar tohmahan atau telah ada bukti hasil penyiasatan pihak berkuasa dalam dan luar negara?

satu lagi cubaan membodohkan rakyat oleh najib...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 9:46 PM delete

Cuci duit curi di negara Uncle Sam, pakai bank-bank diorang, company-company diorang, institusi-institusi kewangan di sana, kemudahan pembankan di sana, wire facilities di sana, belanja mewah, berjoli, kumpul, sorok duit dan harta di sana pastu bila Kerajaan Amerika ambil tindakan bawah bidang kuasa diorang, mengikut lunas undang-undang diorang kau selar mereka sebagai 'campur tangan asing'?
Kau ingat kitaorang ni bodoh sangat ke? Walaupun kami tidak belajar tinggi, tidak attend universiti di Oxford, tapi kami tidaklah begitu mudah untuk mempercayai tohmahan-tohnahan yang tidak ada berasas sedemikian rupa.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
August 12, 2016 at 10:34 PM delete

Ramai yang tidak faham maksud taat itu. Mereka ingat taat itu sama seperti ikut buta tuli. Dan mereka tafsirkan apa yang pro Tun lakukan adalah sebagai derhaKa atau melawan pemimpin.
Kita semua TAAT kepada kerajaan dan pemimpin. Apa jua dasar dan keputusan kaLau kita tak setuju, kita nyatakan namun kita tetap akur.bukankah akur itu taat ?
Usaha menukar PM dilakukan mengikut undang2. Tidak ada usaha ke arah guling PM. Kita minta undi tak percaya, kita desak , kita suarakan .... semua itu adalah mengikut demokrasi yakni tanpa paksaan.
Itu bukan derhaka. Kita cuma mahu yang terbaik buat rakyat namun kita masih taat kepada pemimpin dan kerajaan.
Jika taat itu saudara maksudkan sebagai ikut buta tuli saja, kenapa diadakan PRU ? PRU juga jalan kepada rakyat untuk menyatakan pilihan .... adakah itu sama dengan derhaka ?

Reply
avatar
August 12, 2016 at 10:44 PM delete

DOJ ditangan kananmu, TPPA ditangan kiri mu, aku tak tahu mana yg akan kau campakkan pada Kami,

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 12, 2016 at 11:22 PM delete

Tangkap mo1.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 13, 2016 at 12:10 AM delete

KM Melaka.....tahniah statement tuan cukup bernas......akan dikenang sampai anak cucu....sungguh bijaksana bijaksini!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 13, 2016 at 3:14 AM delete

Orang bodoh cuba mengajak orang lain ikut kebodohan mereka

Reply
avatar
August 13, 2016 at 8:13 AM delete

Silap tu ! "MEMANG DIA TAPI BUKAN DIA"

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
August 13, 2016 at 9:20 AM delete

masa kecil dulu selalu orang kata, masaalah berbangkit puncanya orang bawahan. Orang atasan betul cuma orang bawah ni kuat makan. Tapi sekarang yg atas makanberbillion bikin yg bawah ternganga.
Buat KM Melaka nasib baik kerajaan AS tak saman kau. Tak tau macamana akhbar US lapur berita yg US nak bunuh orang Melayu. Nasihatkan letak jawatan aje. Memalukan org Melayu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 13, 2016 at 12:27 PM delete

Tuan yg nak ikut prinsip islam, saya pun nak jugak. Dan saya letakan begini: Kalau ikut prinsip islam, ketua pun kena sedar sendiri letak jawatan kerana moral, agama dan etika dia sendiri. Dah jelas dia bersalah, tanggungjawab lah! Jgn asyik shift burden kat kita yg bodoh ni!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 13, 2016 at 1:07 PM delete

Statement2 pemakan dedak Najib mmg mengalahkan bau 'bangkai'. Idris Haron -- kamu pasang trafik light byk2 sudah lah!

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
August 13, 2016 at 6:13 PM delete

Malang sekali , Idris Haron bukan nya Harun Idris . Idris Harun di hokum kerana menyalahgunakan duit UMNO utk menaja perlawanan tinju ( ada ingat ? ) .

KM Idris Haron cuba mempertahankan Boss dia , MO1 , mencuri beribu ribu juta wang 1MDB . Kebelakangan ini tidak di sebut lagi 1MDB sebagai entity sendiri ... tetapi lebih kerap di sebut syarikat milik penuh MOF .. Faham tak apa di maksud kan itu ??????

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 13, 2016 at 10:36 PM delete

Apasal la KM ni tergamak memalukan orang Melaka.Tak bijak langsung statement2 Datuk ni.Mmg betul la orang cakap,kak Ros dah marah2 korang suruh backup laki dia.Tu yg terpaksa keluar statement kurang akal mcm ni.Camana la Datuk tergamak pakai title Ir dan Haji tu.Datuk tak ambik iktibar ke dari pengalaman kawan2 mcm Ahmad Maslan dan Husni yg terpaksa officially membodoh kan diri.Takkan Datuk nak jadi fall guy mcm diorang jugak?!!

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 14, 2016 at 9:57 AM delete

d bawah kepimpinan sekarang, UMNO sudah menjadi tenat.

saya yg sudah lanjut umur masih bersedia berusaha membantu membetulkan keadaan yg bercelaru.

tidak guna jika kita menghad kan diri dgn memberi komentar melalui blog saja tanpa melibatkan diri secara lebih bermakna.

saya tlh memohon menjadi ahli "bersatu" melalui pendaftaran 'on line'. siapa yg berminat bolih memohon melalui :-

www.pribumibersatu.ml

selamat berjuang!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 10:51 AM delete

Idris haron -- zoo melaka pun dah macam hidup segan mati tak Mau! Bagi kandang2 zoo tu pamerkan datuk2 & tan sri2 zaman Najib ni. Boleh buat pertunjukan lagi, habitat exhibit tu boleh dihias dgn contoh2 duit berbillion2...boleh tarik lebih ramai pelancong ke Melaka. Menteri pelancongan jgn lupa...boleh jadi main attraction. Kandang MO1 biarkan kosong sbb siapa yg tak nampak mmg bodoh! Monyet2 yg pun jgn lupa pakaikan baju merah!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 11:54 AM delete

Assalam Bro,memang sah PM kita bodoh dan bangang piang....

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
August 14, 2016 at 12:08 PM delete

mana dia belajar engineering ni. prinsip dan asas yg dia ada pun dh boleh runtuhkan sebuah jambatan yg baru separuh siap. silap kira daya tegasan dan terikan. hancur sebuah negeri

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 15, 2016 at 12:05 AM delete

Ulasan Tun M menemplak itu bukan wang derma dari Pak Arab memang satu bidikan tepat kena muka PM.

Reply
avatar