KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, August 4, 2016

dinturtle

Dialog Yang Tak Ingin Kita Dengar Dari Anak2 ..... Angkara Najib, 1MDB dan Jho Low

Waaaahhh ... sedapnyaaaa ..... cokelat mahaaaaal.... nak sikit
Nah, ambillah... banyak lagi aku ada.

Hei, mana ko dapat duit banyak ? Ko biasa mana ada duit
Eleh, aku balik sekolah tadi aku jumpa duit atas jalan. Aku ambillah

Fuyooooooo ... berapa ?
100

Waaaaah ....... Banyaknya ! Kat mana ? Kat mana ?
Kat parking cikgu

Entah2 duit cikgu mana2 yang jatuh tak ? Salah tu ... berdosaaaa ....
Sapa kata salah ? Mana ada berdosa ?

Cikgu cakap, kalau jumpa duit, kita kena tanya dulu siapa yang ada hilang duit. Mana boleh pakai ambil terus. Entah2 duit cikgu tercicir tak ? Salah ko ambik. Polis boleh tangkap tau !
Apa pulak polis tangkap ? Hari tu aku dengar Cikgu Bijan cakap kat Cikgu Asmah kat bilik guru, dia kata AG kata kalau kita jumpa duit, kalau kita tak tahu siapa punya atau siapa yang bagi, kita boleh belanja. Tak salah.

Tapi ko kena cari dulu kot2 ada sapa2 yang hilang duit....
Tak payah susah2 tanya .... cikgu Bijan cakap AG cakap kita boleh belanja duit tu. Tak payah tanya siapa punya. Tak payah bayar balik pun !

E-eh, siapa AG ?
Entah .... monster kot

Tapi .... kan Ustaz ada kata, kalau kita ambil duit yang bukan kita punya, hukumnya haram
Apa pulak ? Kalau aku jumpa maknanya dah jadi duit aku la. Kenapa haram pulak ?

Tapi Ustaz kata haram !
Tapi Cikgu Bijan kata Mufti kata kalau AG kata tak salah, Mufti pun kata tak salah

Tapi .....
Sapa lagi besar ....  Ustaz ke Mufti ?

Mufti lah ..... aaa....Mufti tu sapa ?
Tu ... yang sebut bila nak Raya tu ....

Ooooo .... Mufti la lagi besar sebab dia boleh cakap bila nak Raya. Ustaz tak boleh ... 
Ustaz kalau nak jadi Mufti, Ustaz kena ambil periksa dulu. Kalau pass baru boleh jadi Mufti. Mufti lah lagi besar !

Ustaz tipu lah ....
Isssh tak baik cakap Ustaz tipu. Ustaz tak tahu kot. Belum ambil periksa

Meh aku satu coklat .... hmmm .... Maknanya kalau aku jumpa duit kat rumah, maknanya aku bolehlah ambil ?
Bolehlah kot .. Cikgu Bijan kata AG kata kalau jumpa duit, tak perlu tanya siapa punya atau siapa bagi. Kita jumpa makna kita punya lah !

Ehhh ... tu Cikgu Asmah datang kan ?
Eh, kenapa muka cikgu Asmah cantiklah ... biasa hodoh tak berapa cantik

Cikgu Bijan kata Cikgu Asmah kata semalam dia ambil Nyut Nyut
Oooooo..... Cantik nya .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
August 4, 2016 at 9:43 AM delete

Kah kah kah...terbaik lawak..ni Din..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 10:28 AM delete

Hahaha...terkena batang hidung nyut nyut orang2 yang berkenaan.

Cuma si pemakan2 dedak bangang je buat2 bodoh pasal semua ni..

Reply
avatar
Abdul Aziz
AUTHOR
August 4, 2016 at 10:48 AM delete

Ustaz kalau nak jadi Mufti, Ustaz kena ambil periksa dulu. Kalau pass baru boleh jadi Mufti.
Mufti lah lagi besar !

Tiba-tiba ada suatu celahan dari seorang lagi kawan mereka, 'saya tak setuju, saya sayangkan ustaz.

Kenapa dengan kamu ni?
Kami tak fahamlah maksud kamu............

'Kalau nanti ustaz dah jadi mufti ustaz tak akan berani bercakap benar.............saya tak akan suka pada ustaz lagi.........(sambil berlari ketempat lain).

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 3:03 PM delete

Ha....Ha....Ha.....Din gua bagi 5 bintang kat lu!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 9:20 AM delete

Terbaik

Reply
avatar