KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, August 3, 2016

dinturtle

DOJ US Vs AG Malaysia - FAKTA Lawan CAKAP KOSONG

Pejabat Peguam Negara ( AG ) ada mengeluarkan senarai 17 soalan di dalam laman webnya ( KLiK ) bagi menjelaskan isu DOJ. Saya copypaste kan soalan dan jawapan no 17 yang pihak AG berikan. Kalau baca sepintas lalu pun kita dapat rasakan yang pejabat AG menjawab bagi pihak Najib.




Dakwaan dari DOJ cuma menyebut Malaysian Official 1 tapi kenapa pihak AG dalam jawapannya merujuk kepada Akaun Peribadi Najib ? Akaun Khas Presiden ? Tujuan politik ? 

Bersungguh benar pejabat AG menjawab bagi pihak Najib dalam jawapan di atas ..... Adakah AG tanpa sedar telah mengaitkan Malaysian Official 1 dengan Najib ?

Di bawah turut diperincikan 3 pemindahan wang yang disebut oleh DOJ serta penjelasan dari pihak AG ..... Jawapan2 AG semuanya merujuk kepada akaun Najib !

Walaupun nama Najib tidak disebut tapi SIAPA LAGI KALAU BUKAN NAJIB ?





Melalui jawapan di atas, kita dapat rumuskan bahawa bukti yang dipegang oleh AG bagi mempertahankan Najib adalah -

1 - Surat dari penderma

Wow ! Penyata2 Bank dan segala dokumen transaksi  VS  Surat dari Penderma dan pada AG, Surat Penderma itu mengatasi segala bukti2 lain !

Bagaimana kalau Surat Penderma itu adalah surat palsu ? Yang sengaja direka untuk menunjukkan kononnya wang yang diterima itu adalah derma ? 

2 - Pertemuan SPRM dengan keluarga penderma ( kerabat diraja Arab )

Yang ini saya harap pihak SPRM dapat tampil beri penjelasan tentang pertemuan itu. 

Mengambilkira apa yang didedahkan oleh pihak DOJ tentang pergerakan dana yang berasal dari 1MDB hingga masuk ke akaun Najib, adalah penting untuk diyakin kepada rakyat Malaysia bahawa semua itu tidak benar. Rakyat Malaysia perlu yakin bahawa Penderma itu WUJUD dan lebih baik kalau dapat ditunjukkan pula aliran wang dari pihak penderma kepada akaun Najib untuk dibandingkan dengan aliran wang yang ditunjukkan oleh DOJ.

Dari situ kita dapat pastikan SUMBER ASAL wang itu .... adakah dari 1MDB atau dari akaun Penderma.

Mengambilkira apa yang telah didedahkan DOJ, tidak cukup dengan hanya kenyataan bahawa SPRM telah berjumpa Penderma. Mungkin saja Penderma itu seorang Penipu yang berlakon sebagai Penderma. 

Rakyat perlu diyakinkan dengan Bukti Kukuh ( Hard Evidence ) bukan sekadar cerita tanpa bukti.


Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. DOJ atau SPRM / AG ?



2 - Kenyataan Menteri Luar Arab

Menteri Luar Arab TIDAK ADA beri sebarang kenyataan yang jelas tentang kewujudan penderma itu. Kenyataan beliau terbuka kepada pelbagai tafsiran pro dan con. 

Apakata kita minta Menteri Luar Arab itu atau mana2 pegawai resmi bagi mewakili kerajaan Arab supaya mengeluarkan satu kenyataan yang JELAS DAN TANPA BOLEH DIRAGUI akan kewujudan Penderma dan sumber dana dari Arab itu.

Contohnya - Ya, kami sahkan Penderma itu wujud dan namanya ...... dan kami sahkan dana itu merupakan derma.

Kerajaan Arab Saudi turut dilibatkan dalam jawapan AG di atas seperti tertulis - Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti.


3 - Derma politik 

Setakat ini TIDAK ADA BUKTI ditunjukkan yang dana2 itu diberikan untuk tujuan politik. Apa yang ada cuma CAKAP2 KOSONG. 

Malah akaun Umno sendiri tidak ada menunjukkan sebarang pemindahan masuk wang dari sumbangan Presiden.

So, mana buktinya yang dana yang telah digunakan itu sebenarnya digunakan bagi tujuan politik ?

Apa yang tersebar dalam media hanyalah perbelanjaan mewah melampau kedua pasangan Najib Rosmah dan anak mereka Reza.

Rakyat perlukan BUKTI KUKUH ( Hard Evidence ) bukan cakap2 kosong.


Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. Wang Songlap atau Derma Politik ?



Satu lagi yang tidak disebut adalah pengakuan dari Zahid Hamidi yang berkata beliau ada menemui keluarga penderma. Tapi kenapa setelah 2 minggu berlalu sejak kes DOJ ini, Zahid langsung tidak tampil untuk mempertahankan cerita pertemuannya dengan keluarga penderma ?

Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. DOJ atau Zahid ?


Kerajaan tidak boleh salahkan rakyat yang buat pebagai tafsiran negatif susulan pendedahan DOJ itu. Di satu pihak ( DOJ ), dakwaan mereka disertakan dengan bukti2 kukuh serta jelas didedahkan pengaliran dana ( money trail ) sementara di satu pihak lagi ( pro Najib ), apa yang diberikan cuma CAKAP2 KOSONG yang tidak disertakan sebarang bukti kukuh.

Hanya satu saja cara untuk menangani isu ini iaitu dengan FAKTA.

Biarlah FAKTA LAWAN FAKTA ...... bukannya FAKTA LAWAN CAKAP KOSONG.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 3, 2016 at 2:16 PM delete

Yang paling tak puas hati pasai apa derma tu dipulangkan? Ada bukti ka dia pulang masuk akaun penderma tu? Kalau ada alasan yg munasabah mesti ada juga sebab derma tu diberikan ke najib. Kalau ada sebab makna kata ia bukanlah derma. Kalau ianya derma pasai apa pi pulang balik? Guna la derma tu utk mangsa rohignya ka, syria ka, kasi share satu dunia. Penin la depa ni.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 3, 2016 at 2:43 PM delete

sekali lagi saya ingin nyatakan bahawa najib 'sudah putus urat malu'.

tengok saja lakonan dia semasa persidangan WEIF d Jakarta.

dia buat muka hemoi saja sungguh pun semua d Indonesia n para jemputan tlh sedia maklum mengenai laporan mengenai perbuatan nya yg merampok khazanah Negara.

bukan itu saja, beliau sempat meminta kuasa luar tidak mencampuri masaalah dlm negeri Malaysia.

saya amat faham feil pak jokowi. dia tidak banyak bercakap tetapi saya yakin dia sedang mentertawakan lakonan najib yg sedang tersepit.

saya rasa kecewa sedikit kerana tun m tidak d jemput membentangkan kertas kerja d hadapan najib. mahu terkincit najib d buat nya. barang d ingat bahawa jokowi n ibu mega amat menghormati tun m.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 3, 2016 at 3:00 PM delete

Fakta Vs Auta. 1M-Auta-B.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 3, 2016 at 6:53 PM delete

Najib dan kerajaan UMNO-nya ingat rakyat masih boleh diperbodohkan. Patutlah mereka berkeras nak maintain polisi pendidikan yang sedia ada - supaya rakyat khususnya melayu kekal bodoh dan ketinggalan (tidak fasih bahasa inggeris, lemah matematik dan subjek sains), serta rakyat masih dibahagikan menurut bangsa kaum dan agama (melayu, cina, india) supaya perbedaan ini dijadikan alasan untuk perselisihan yang berterusan. Tujuannya - supaya UMNO-BN kekal berkuasa. Thanks to Akta MKN Najib, sekarang Najib boleh guna kuasa prerogatif beliau utk bermaharajalela lebih lagi. Hanya kuasa rakyat yang pantang undur saja mampu menyahkan PM yg liar bagai kuda dijangkiti rabies ini. Selain kuasa Tuhan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 3, 2016 at 8:28 PM delete

Takdirnya Allah swt menetapkan Najib jatuh, Datuk Sri Mustafar Ali boleh menggunakan kuasa Ketua Pengarah Imigresen untuk menyekat saspek sapek yang terlibat dalam 1MDB dari lari keluar negara. Mahkamah telah pun memutuskan sebagai hak mutlak bagi warganegara untuk keluar negara dan Ketua Pengarah Imigresen berkuatkuasa menyekat mana mana orang dari keluar negara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 3, 2016 at 8:31 PM delete

Mana ada malu lagi bila fizikal dan mental sudah dipengaruhi kesan ubat-ubatan anti-ageing yang diambil oleh B1 and wife. Hormonal change yang bisa buat sipenggunanya hilang semua rasa deria apatah lg malu. Ubat mahal beb, mana tak meroket sekali kesannya.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
August 4, 2016 at 2:02 AM delete

Najib bilang , jangan biarkan kuasa luar mencampuri urusan Negara ini . Campur tangan apa dan bagaimana yang di maksudkan olih dia ??

Cerita tentang penyitaan harta harta Riza Aziz , Jho Low ??? Semua itu berlaku di luar Negara lah ( jikalau macai macai dan para penjilat Najib ingin tau ) .

Money laundering yang di lakukan olih bebudak Jibon berlaku di US dan ini menyalahi undang undang dia orang . Itu lah sebabnya DoJ bertindak ingin menyita harta harta itu .

Tidak terdengar pun atau di nyatakan di dalam laporan DoJ bahawa FBI atau DoJ akan dating ke Negara ini untuk tujuan menyita kain baju , beg beg , kasut kasut serta barang kemas Rosmah yang bernilai juta juta .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 9, 2016 at 7:39 AM delete

Kleptokrasi bergelumang dalam demokrasi tidak akan menjadikan negara sebuah negara maju.Ianya umpama satu projek memperbodohkan rakyat.

Reply
avatar