KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, August 14, 2016

dinturtle

Dulu Pahlawan Bugis, Sekarang Halilintar .... DOJ Batuk Je Tak Cukup Tanah Lari !

Biar halilintar membelah bumi ..... hahaha.... bab cakap retorik serah kat Najib ! Tertunggu juga Najib nak ungkit balik darah pahlawan Bugisnya, sejak Nothing2Hide tahun lepas, Najib seakan dah lupa asal usulnya. Kapal layar ada kat mana dah sekarang ? Takkan kena rampas DOJ juga ? Rasanya dalam senarai harta rampasan DOJ tak ada disebut kapal layar Bugis ....

Mkini
"Janganlah ganggu saya, saya bertanggungjawab terhadap 30 juta rakyat. Biar halilintar membelah bumi, saya tidak akan berundur walau seinci...tidak berundur, tidak menyerah.

"Kita berada di landasan yang betul dan benar. Kalau ada yang tidak betul, kita betulkan bersama tapi jangan sampai meruntuhkan institusi politik kita," 

Dah dekat sebulan sejak DOJ gegarkan dunia dengan dakwaan Najib selaku MO1 yang terlibat sama dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia, iaitu turut menerima habuan RM2.6 bilion dari duit 1MDB yang sepatutnya dijadikan modal membangunkan TRX.

Hanya orang bodoh saja yang tidak kenal siapa MO1, seperti kata Rahman Dahlan. Tapi kepada orang2 bodoh yang masih kata MO1 itu bukan Najib, bacalah perenggan dari DOJ ini -




... in August 2013, a sum of USD620 million (RM2.03 billion) was returned by ( MALAYSIAN OFFICIAL 1 ) .....

DOJ merujuk kepada perenggan 4 kenyataan media AG pada 26 Januari lalu yang berbunyi -

4. Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.


Itu selain dari beberapa definasi lain yag diberikan DOJ iaitu MO1 adalah pegawai tertinggi kerajaan Malaysia, berkuasa dalam 1MDB dan punya pertalian dengan Reza Aziz. Patutlah Rahman Dahlan pun setuju mereka yang masih tidak kenal siapa itu MO1 adalah BODOH.

Namun di sebalik kata2 retorik Najib yang gah bunyinya, apa yang rakyat nampak adalah seorang pemimpin yang PENAKUT, seorang pemimpin yang mengelak dari berdepan dengan dakwaan dari DOJ itu.

Ya, Najib MO1 tidak didakwa di Amerika tapi dalam saman DOJ itu jelas mengaitkan beliau dalam skandal kewangan 1MDB !

Tidak pernah walau sekali pun Najib tampil mempertahankan dirinya dari dikaitkan dengan dakwaan DOJ itu. Sepatutnya Najib tampil berkata - Ya, saya adalah MO1 tapi saya menafikan ada menerima wang bersumberkan dana 1MDB. Tarik balik dakwaan itu dan mohon maaf atau saya akan saman !

Apa yang kita dengar adalah cubaan keanak2an dari Najib dan macai2nya untuk mengaitkan tindakan DOJ itu sebagai satu campurtangan asing. 

Tak pun, ikut cara Tun Mahathir dulu ..... sepertimana yang disebut oleh Rahman Dahlan sebelum ini ( KLiK ) bagaimana Tun Mahathir telah menempelak fitnah WSJ di New York semasa Persidangan Bangsa2 Bersatu tahun 1986 dulu !

Begitu juga dengan AG ..... jelas dakwaan DOJ itu menafikan kenyataan beliau pada 26 Januari yang membersihkan Najib dari sebarang salahlaku berkaitan RM2.6 bilion, tapi ada kita dengar AG keluarkan kenyataan protes kepada kerajaan Amerika khususnya DOJ ?

Merujuk kepada kenyataan Najib di atas -

"Kita berada di landasan yang betul dan benar. Kalau ada yang tidak betul, kita betulkan bersama tapi jangan sampai meruntuhkan institusi politik kita," 


Maka .... BETULKANLAH KEADAAN !  Tapi jangan heret rakyat Malaysia bersama anda. Ini adalah masalah peribadi anda, maka perbetulkanlah.

Masa dapat duit, sorang2 ...... senyap2 jer pi belanja sakan. Itupun sampai sekarang tidak ada satu pun bukti dikemukakan Najib tentang perbelanjaan menggunakan dana itu. Sekarang bila dah kantoi, pandai pula nak heret parti Umno, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, konon itu adalah masalah kita semua .... piiiraaaaah !

Oya, Najib kata RM2.03 bilion telah dipulangkan ..... YA, memang BENAR duit sebanyak itu telah dikembalikan kepada syarikat Tanore di Falcon Bank. Tapi apa buktinya yang duit itu dikembalikan kepada penderma ?

DOJ mengesahkan pemulangan wang itu tapi DOJ juga kata Tanore adalah milik Eric Tan Kim Loong dan Eric bersama Jho Low dibukti melalui dokumen2 dan penyata2 kewangan, telah membelanjakan wang yang ada dalam akaun Tanore untuk membeli pelbagai aset mewah yang mana kebanyakan yang berada di Amerika sedang disita oleh DOJ.

Hairan ..... adakah Jho Low menjadi proxy kepada MO1 untuk parking wangnya di merata dunia ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

17 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 12:02 PM delete

cukup2 lah incik din. jgn dihina lagi pemimpin kami. dia adalah anugerah dari tuhan utk kami. chia chia chia

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 12:26 PM delete

Tangkap MO1, tangkap pahlawan boogeys. Open new book for Malaysians. Goodbye UMNO-BN.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 12:28 PM delete

Bila halilintar membelah bumi kami harap kau Najib akan turut ditelan bumi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 1:32 PM delete

Din, apa yang MO1 ucapkan semua teksnya disediakan oleh macai-macai muda yang tidak tahu pun sejarah dan budi bahasa. Itu pasal Tun ajak berdebat secara langsung nak tengok apa fakta yang beliau boleh kemukakan untuk rakyat memberi pertimbangan. Silap-silap haribulan nama anak sendiri pun dia tak boleh ingat.
Dah tiada apa cakap dia ni yang boleh dipercayai
Satu lagi sdr Din dengan kepakaran dalam bidang kewartawanan dan blog saya mohon Sdr Din merekod segala kronologi kenyataan kenyataan pelik dari macai-macai sejak mula kes 1MDB timbul dalam mempertahankan MO1.Mana tahu orang-orang ini akan melompat ke Bersatu jika mereka rasa tersepit dan mengambil kesempatan di atas sikap orang melayu yang mudah lupa. Bila perlu nanti kenyataan kenyataan ini boleh dibaraikan semua untuk tatapan rakyat

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 14, 2016 at 2:06 PM delete

olih kerana mahu memenuhi nafsu serakah bini, najib tlh mencuri duit rakyat n kantoi big time.

kami tidak mahu awak menyerah kalah, tapi kami menuntut awak menyerahkan semula kpd kantong Negara wang rm4 billion yg awak pinjam drpd KWAP yg sampai sekarang tidak tahu kemana pergi nya.

n jgn sekali kali bayar hutang rm52 billion yg sebahagian besar nya tak dpt d kesan, dgn menggunakan wang rakyat.

apa yg awak dgn bini buat tidak akan saya maaf kan dunia akhirat.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 14, 2016 at 2:31 PM delete

sampai kiamat najib tidak akan menyahut cabaran tun kerana dia tahu bahawa dia akan d ratah hidup2. rosmah lebih licik n cerdik drpd laki dia. mungkin beliau bolih memberi sedikit tentangan.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
August 14, 2016 at 3:53 PM delete

Salam brother Din...

"Kita berada di landasan yang betul dan benar. Kalau ada yang tidak betul, kita betulkan bersama tapi jangan sampai meruntuhkan institusi politik kita."

Nak termuntah rasa read ungkapan tersebut. 'Kita' ini siapa? 'betulkan bersama' ini siapa yang bersama itu?

Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. So, jika sapi buat kita sakit perut then tak kan la nak heret lembu yang jadi punca sakit perut kita. Heret la sapi ini...

Reply
avatar
mustafa8785
AUTHOR
August 14, 2016 at 4:12 PM delete


tuan din,

lama dah tak komen dalam ruang disini, tapi disebabkan baris ayat tuan dibawah menjemput saya menulis sepatah dua,

#konon itu adalah masalah kita semua .... piiiraaaaah !

atas perenggan ni saya tak mampu nak tahan ketawa, hebat tuan din boleh membuat saya ketawa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 4:21 PM delete

Bro, teruskan beri fakta kpd bangkai bangkau bernyawa kot kot satu masa diberi semula hidayah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 7:02 PM delete

Sebelum halilintar membelah bumi aku doakan halilintar menyambar MO1 dulu kasi rentung!!! Sebab MO1 ni sudah memalukan Malaysia.......!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 7:08 PM delete

Pahlawan Bugis dah tak larat!!! Sebab dia mabuk laut....lama sangat belayar dengan kapal!!!Sian ke dia.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 10:28 PM delete

Yang ni buat saya tergolek ROTFL...Kapal layar ada kat mana dah sekarang ? Takkan kena rampas DOJ juga ? Rasanya dalam senarai harta rampasan DOJ tak ada disebut kapal layar Bugis ....
ooomph lah Encik Din kita. Aku suruh bini aku baca. Tersembur air milo dia.
RS

Reply
avatar
August 14, 2016 at 10:39 PM delete

Betapa tepat kata-kata nenek moyang terhadap cucu-cicit yang tak tahu malu: KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 10:48 PM delete

Bro Din, geram ada,menyampah apa tah lagi, menyirap darah tengok jibbo no tolo ni. Muka tebal tak tahu malu langsung. Setan betul dia ni..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2016 at 10:52 PM delete

landasan betul yg tak betul DREBA KERETAPI
Tergelincir
hari ini dlm sejarah khidmat keretapi ke kelantan sapai GUA MUSANG bajir besar d bwh rejim njib----fikirkan lah msg Allah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 15, 2016 at 1:37 AM delete

Pahlawan tahi kucing. Semalam majlis yahanana kau kat atas jalanraya sebelah bangunan sultan abd samad yang hadir semua BUDAK SEKOLAH TAHFIZ! Dari yg sekolah rendah ke sekolah menengah entah dari madrasah mana kau kumpul. Kesian budak2 ni kau pergunakan. TV1 kata orangramai yg hadir sekitar 50 ribu...hehehe 50 ribu nenek hang! Seribu orang budak sekolah tahfiz pun belum tentu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 15, 2016 at 10:06 AM delete

Pok jip kau sedar kah?
Telah 7petala lagit
7petala bumi menipu rakyat?

Kau nak letak dimana roh dan jasad kau nanti?

Ingatlah mati kau akan tiba
Sedarlah

Lepaskan semua kuasa dan kekayaan
Tiada satupun akan mendoakan kau kelak
Terseksa kau jasad dan roh?

Nescaya engkau takbur riak angkuh

Terimalah pembalasan di dunia atau akhirat selagi engkau lupa kuasa allah

Reply
avatar