KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, August 1, 2016

dinturtle

Kes DOJ Beri Maklumat Baru , AG kena buka balik siasatan - Hanif Khatri


Secara ringkas, tidak ada peruntukan perlembagaan atau pun mana2 akta di Malaysia yang menghalang Peguam Negara daripada membuka semula kertas siasatan berhubung dengan 1MDB. Walaupun secara resminya pada bulan Januari tahun ini, Peguam Negara telah mengumumkan berhubung dengan kertas siasatan SPRM bahawa kononnya tidak ada mana2 jenayah yang ditampilkan melalui siasatan tersebut terhadap YB Perdana Menteri.

Itu bulan satu 2016.



 KLiK untuk ke Youtube


Apabila keluarnya kertas kausa ( Cause papers ) , pengumuman agensi kerajaan Amerika Syarikat maka pejabat peguam negara bertanggungjawab sebagai satu pejabat peguam negara yang efisien dan professional untuk mengarahkan pembukaan semula kertas siasatan untuk mengkaji samada ada apa2 maklumat baru, bukti baru yang mungkin tidak terdedah kepada agensi kerajaan Malaysia yang wujud di dalam dokumen Amerika Syarikat.

Untuk perkara ini, saya percaya pejabat peguam negara sepatutnya dengan sendirinya berhubung terus dengan pejabat peguam negara Amerika Syarikat.untuk bekerjasama memperolehi maklumat tersebut.

Kita tak perlu kata bahawa masih belum ada permintaan daripada Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan kita. Soalnya bukan pasal Amerika Syarikat nak bekerjasama dengan kita atau tidak. Soalnya adakah kita nak bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menyiasat isu 1MDB ni ?

 Apakah rakyat Malaysia mempunyai maklumat secara resmi daripada agensi Malaysia berhubung dengan kemelut 1MDB ? Mana dia ?

Satu2nya sekarang yang kita ada, adalah dokumen dari negara luar. Jadi, salahkah rakyat Malaysia untuk mengetahui masalah negaranya sendiri, merujuk kepada dokumen2 ini yang disahkan sebagai dokumen sah oleh pihak jabatan kehakiman negara tersebut ? Untuk mengelakkan kerunsingan rakyat Malaysia

Itu sebab saya maklumkan tadi menjadi tanggungjawab peguam negara Malaysia untuk menulis, menghubungi atau menalipon  rakan sejawat daripada Amerika Syarikat untuk bekerjasama buka balik fail siasatan.

PS - Tonton juga Bahagian 1 -  
 

Hanif Khatri - Definasi2 Malaysian Official 1 Jelas Merujuk Kepada Najib !


Bahagian 2 - 

Jika MO1 Tidak DiDakwa Di Amerika, Tidak Bermakna MO1 Tidak Terbabit Kesalahan - Hanif Khatri

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
August 3, 2016 at 9:50 PM delete

Jangan harap AG akan buka balik siasatan.

Reply
avatar