KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, August 22, 2016

dinturtle

Kesetiaan Kepada Perjuangan Parti BUKAN Kepada Pemimpin Parti ! - Tun Mahathir



Di bawah adalah sedutan video dari sidang akhbar Bersatu semalam yang telah di edit mengikut isu2 tertentu.

Kesetiaan Kita Kepada Perjuangan Parti Bukan Kepada Pemimpin Parti



KLiK untuk ke Youtube

Pemimpin datang dan pergi ... kesetiaan ahli2 ialah kepada parti dan perjuangan parti BUKAN kepada pemimpin. Jauh sekali apabila pemimpin jelas menyeleweng dan sekarang ini dituduh dengan berbagai2 tuduhan yang memburukkan imej negara.

..... hajat kita ( parti baru ) nak jadi kerajaan ... sudah tentu kita terpaksa berlawan dengan Umno. Kerana Umno sekarang bukan Umno dulu. Umno sekarang hanya terhad kepada memperjuangkan nasib Najib. ...

.. sebuah parti bukan semata2 kerana ia menjadi satu badan. Kita tubuh parti kerana perjuangan. Perjuangan itu yang diutamakan bukan parti. Tetapi apabila perjuangan itu diketepikan maka terpaksalah kita memisahkan diri daripada parti yang tidak tentu haluan itu.


Dana Politik dan Rasuah




KLiK untuk ke Youtube

Rasuah berlaku di mana2 saja, hanya tahap yang menjadi penting. Rasuah sudah menjadi satu amalan biasa, satu yang hampir diresmikan .. maka kita akan dapati negara kita ini tidak boleh dipercayai sama sekali. Segala2nya bergantung kepada suapan. 

Sebab itu kita perlu berperang dengan rasuah ini. Rasuah yang kita dapati sekarang diasaskan oleh kepercayaan DS Najib bahawa Cash Is King. Bermakna Rasuah Itu Raja !

Sebab itu dalam pilihanraya kecil baru2 ini, mereka secara terbuka memberi wang kepada pengundi dan memberi alatan rumah kepada pengundi2 ... Secara terbuka.

Tidak ada rasa malu lagi berkenaan dengan amalan rasuah oleh pihak kerajaan !


Dana Politik adalah satu yang diperlukan. Tapi perlu dilakukan secara terbuka. Mesti masuk tabung parti BUKANnya masuk dompet peribadi ! Najib terima 2.6 bilion ringgit  dalam akaun peribadi untuk disimpan secara rahsia dan untuk dibelanjakan sesuka hati. Sekarang Najib kata dia dah pulangkan sebahagian dana itu ... kepada siapa dia pulangkan ? Apa buktinya ?

Daripada laporan DOJ, dana itu datang dari 1MDB.

Dana politik ini patut diselia oleh undang2 jika boleh. Tapi apa yang penting adalah Ketelusan.



Kerjasama Bersatu Dengan Dap Dan Parti2 Lain




KLiK untuk ke Youtube

Untuk isu2 tertentu, kita bersepakat. Contohnya Dap menyokong gerakan Deklarasi Rakyat walaupun saya adalah musuh utama mereka selama 60 tahun !  Tapi bukan dalam semua isu kita bersetuju.

Salah satu isu utama yang Dap dan semua parti lain turut bersetuju adalah Najib Must Go ! Kerana orang ini telah merosakkan imej negara sebagai antara 10 negara paling korup di dunia. Dan Menteri Kewangan yang paling hampeh. Semua ini adalah penemuan pihak luar, bukan oleh kita.

So ... ada perkara yang kita sepakat dan ada yang kita tidak sepakat. Perkara sama juga ada dalam BN semasa saya jadi PM dulu.  Tapi mana2 yang kita sepakat, kita akan bekerjasama.


Umno dengan sendirinya tak mungkin menang dan mentadbir negara kita ini. Tahun 2013, Umno cuma memenangi 88 kerusi, tidak cukup untuk mentadbir. Jadi Umno terpaksa mengadakan kerjasama dengan parti2 yang lain.( untuk tubuhkan kerajaan )

Kita tidak tolak untuk kerjasama dengan parti2 lain. Kerana kalau nak menang, adalah lebih baik kita tidak berlawan sesama sendiri.

Tujuan kita dalam parti ini ialah untuk mencapai kemenangan dan mengambil bahagian dalam sebuah kerajaan. Kita akan timbang dan cari titik persafahaman antara parti2 yang berganding dengan kita.


Kenapa Tidak Tanya Kenapa Umno Tidak Ada Ahli Bersekutu ?




KLiK untuk ke Youtube.

Parti kita adalah parti Inklusif, kita tidak bataskan keahlian kepada Melayu atau Bumiputera Sabah Sarawak, sebab itu kita masukkan fasal Ahli Bersekutu. 

Saudara tidak tanya kenapa Umno tidak ada ahli Bersekutu ? Atau MCA ? Atau MIC ? Atau Gerakan ?

Dalam konteks ini bermakna Parti Bersatu lebih terbuka. Malahan mengikut peruntukan dalam perlembagaan ini, sesiapa yang jadi ahli bersekutu, mereka masih boleh menyumbangkan idea. Tidak semestinya dengan memegang jawatan. Mereka boleh diberikan peluang untuk dalam kedudukan mana2 bahagian dalam parti untuk mereka berikan sumbangan demi kebaikan negara.

Jadi itu lebih inklusif, lebih terbuka dan kita bersedia menerima sesiapa saja tanpa mengira latar belakang kaum.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 22, 2016 at 10:20 PM delete

Saya menyokong parti besekutu! Saya berharap lembaran baru parti ini akan turut juga menghapuskan amalan & budaya VIP yg menebal dlm budaya leadership melayu. Kurangnya kemajuan glc2 kita adalah byk disebabkan budaya ini & ciri2 kepimpinan melayu yg out dated. Islam pd gaya & cakap2 mulut aje!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 23, 2016 at 8:10 AM delete

Hari2 tengok tv3 suku dah cukup pendedahan keburukan UMNO ni.Cuma setengah pemimpin yg bijak tu nampak berhati2 bila bercakap.Yg kebanyakkan tu tak boleh pakai dan masih nak mengampu.Semua fakta2 dah di barai kan,tapi masih nak menipu.So memang diorang ni dalam self destruction mode,thanks to tv3 suku...hihihihi

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
August 23, 2016 at 1:52 PM delete

Salam Bro

Tepat sekali kata kata Tun. Kita ambil pengajaran dari sejarah.
Sewaktu Nabi Muhammad AS wafat...para sahabat berkata (lebih kurang begini): Kalau yang mereka sayangi itu Muhammad, maka Muhammad telah tiada...tapi kalau yang disayangi itu Islam dan ajaran Nabi Muhammad ianya tetap berterusan walaupun Nabi Muhammad telah tiada.

Perjuangan Parti tetap utuh walau pemimpin datang dan pergi. Penyokong dan pewaris parti mesti mempertahankan dan mendahulukan perjuangan parti dan bukan pemimpin...terutama pemimpin yang membelakangkan dan merosakan asas perjuangan parti tersebut...dan juga pemimpin yang ternyata korup.

Hari ini ada berita yang menarik berkenaan Najib. Nampaknya beliau telah memikirkan apa yang akan dibuatnya selepas tidak menjadi Perdana Menteri...Beliau akan mengisi masa lapangnya dengan mencabut rumput dikebun sayur atau menonton perlawanan bola di TV...(Bukankah itu kegiatan seharian para penghuni penjara?)...mudah mudahan...ameeen.

The Star 23/08/2016
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/23/i-wont-meddle-says-najib-pm-plans-to-do-gardening-or-watch-football-instead-of-harassing-successor/

Reply
avatar