Semalam berlangsung dengan jayanya majlis Bicara Rakyat Bersatu di Jerantut anjuran Pahang Bersatu. Walaupun bermula agak lewat kerana para pemimpin yang hadir juga mahu menonton perlawanan badminton akhir Olimpik bersama rakyat, lebih 2 ribu warga Jerantut memenuhi jalan di depan pejabat Amanah di mana majlis diadakan.
Pemimpin Bersatu yang hadir adalah Muhyiddin dan Mukhriz sementara Amanah diwakili oleh Salahuddin Ayub. Turut sama adalah Presiden Pahang Bersatu, Wan Ahmad Shahrir.
Menarik ucapan dari Salahuddin dan Mukhriz, tapi paling panas adalah ayat ini dari Muhyiddin -
..... apa tak rugi, MAS pun rugi, Perwaja pun rugi, jadi 1MDB rugi biasalah. Tak sama tuan2 .... Yang itu rugi perniagaan, yang ini rugi wang dicuri !
Siapa curi ? Datuk Seri Najib curi duit kita !
KLiK untuk ke Youtube
Direct, takde kias2 lagi dah ..... perkara yang sememangnya menjadi bualan harian rakyat, tidak hairanlah kenyataan itu mendapat tepukan dan sorakan dari hadirin.
Amacam Najib ? Ni dah kira cabar depan2 ni .....
Makin lama Najib berdiam diri dan mengelak dari mempertahankan diri dari segala pertuduhan berkaitan 1MDB, semakin direct dan berani tuduhan ditujukan kepada beliau.
![]() |
Menonton Badmintan Olimpik Akhir Bersama Rakyat Sebelum Ceramah |
13 comments
Write commentsNajiblis kata dia tidak curi tetapi mengamslkan dasar Sebattiyyah atau Sebatjelah!!!
ReplyMemang betul pun.Cuma yg lain takot2 nk cakap sebab nnti kena saman jer...tapi sekarang mungkin payah benar nak bawak pi mahkamah dan dah banyak kali hari selasa, apa nak takot lagi.Kalau pi mahkamah lagi senang kena terbarai semua kot.Org cakap MO1 tu agung dan report polis pada ex-BNM,MACC dan Ex-AG tu pun boleh drop cam tu jer.So agaknya apa nak ditakotkan lagi.Lepas ni belasah all out kot.Masak la macai2 nak jawab balik..lepas tu masak pulak macai nak melayan kak Ros...lagi ramai la macai tunjuk bangang lepas ni mcm latest org Langkawi tu.Aduhai kesian betul.Nasibla badan,sendiri mau jadi orang bodoh.
Replybuat pertama kali nya saya memang hajat nak pergi mendengar ceramah mlm tadi. namun olih kerana kereta saya sudah uzur, takut tersekat masa menaiki banjaran titiwangsa.
Replysungguh pun demikian saya tlh mendengar nya melalui u tube. syabas d ucapkan kpd penganjur.
sebagai anak kelahiran Pekan, saya akan berusaha utk mengikuti ceramah2 d sana.
banyak yg bolih saya kongsi mengenai pengalaman/permerhatin saya terhadap tun razak;najib n rosmah.
jika d benarkan, saya bersedia berucap d depan hadiran d sana.
slogan saya senang saja ie "utk mengenyah kan rosmah drpd persada pemerintah, najib wajib d korbankan"
Salam Bro
ReplyNajib mengaku sebagai Firaun.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/21/dont-cross-the-line-dr-m-told-pm-bid-to-wipe-out-umno-intolerable/
"TUMPAT: Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak has told former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad not to cross the line as it is unIslamic.
Najib, who is also Prime Minister, said Dr Mahathir’s actions were akin to attempting to bring Umno’s house down.
“Even God instructed the prophet Moses to advise the Pharoah properly, not to transgress and did not instruct Moses to bring down the Pharoah government."......bla bla lagi.
Najib...jadi ko mahu menerima nasib seperti Firaun?...ditelan laut...sekarang ni tak adelah lagi manusia yang punya mikjizat membelah laut macam Nabi Musa AS...Tapi kita yakin akan tiba masanya nanti ko akan tenggelam dalam kesombongan dan kebongkakan ko sendiri.
Najib...kamu tu ternyata munafik...bahasa omputih nya "Hypocrite"...bikin tak serupa cakap...Jangan sebut cerita nabi nabi...ayat ayat suci AlQuran dan hadis segala...kamu mencemar segala kesucian dan kemurnian.
Teruskanlah kebongkakan dan keangkuhan kamu.
Akan tiba masanya...kamu tersungkur kerananya.
Kena tayangkan wolf of wall street kat org kampung & PAS. Bagi ternganga tengok lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan melakukan adengan seks.
ReplySiapa bikin & labur.....kah kah kah....kena tunjuk gambar kredit Najib berdoa kat kaabah!!!
Kpd bapak raman jpc saya sentiasa mengikuti komen babak waima di lain2 blog.
ReplyTabek spring kpd bapak. Komen bapak lekat di hati membakar semangat. Tkasih.
1MDB hantam duit negaro buat csr hantar jkkkp pergi haji, beri hadiah mesjid terbaik...
ReplyKat overseas buat filem sex Wolf of Wall,Street n buat berjudi, buat berclubbing ngan filem stars n bermewah ngan kapal mewah...
Rakyat ternganga untuk bayar htg 1MDB....
Kes 1MDB ni telah twrjualnya tanah strategik tudm@bandar mesia n endra ipp ke china komiNis....
Ahli2 umno, dok ingat ke brim n brimmmm... ade yg berjubah n berketayap putih... buat ade share dalam filem sex melalui 1MDB...
nasib bauk DOJ US yg konokan jhlow n riza aziz... namun begitu ramai yg umno ttp umno dok tadah dedak belako....
Saya setuju kita tunjukkan kpd org kampung makcik pakcik felda, felcra, risda tayangan filem Wolf of Wall Street terbitan Riza Shahriz ini. Barulah terjojol mata org kampung tengok siapa sebenarnya anak tiri Najib ini - penerbit filem lucah. Itu belum lagi masuk bab duit cucian dari hasil haram kasino judi arak seks (Qubaisi @ rangkaian Hakkasan nightclub) yg digunakan oleh Najib untuk haji hajah kan org kampung. Allahuakbar apa yg kau dah buat ni Najib???
ReplyMasalahnya najib takut nak saman muhyidin sbb nanti fakta didedahkan habislah.
ReplyTerima kasih tv3 suku.Tiap mlm saya ikut liputan dan ucapan pembesar UMNO dan Najib dlm Tv3 suku.Sambil mengesat air liur kat mulut(geli la ada pemimpin mcm ni)semua yg keluar hanya retorik dan tidak ada ulasan/jawapan pun.Patut la macai pening kepala camana nak tutup bangkai,bau pun dah busuk sekampung. Lagi banyak cerita diorang,lagi pasti saya tidak undi UMNO next PRU. Sekarang UMNO dah pasti jadi liabiliti untuk org Melayu.Kalau masih nak lawan tetap lawan bak kata Najib,then let it be in next PRU.
ReplySokong en rahman jpc
ReplyKERIS
Betulah ..duit rakyat dicuri
ReplyRakyat majoritinya tahu..dan.menanti dengan tabah sabar...guling najib bn umno
Sekarang sudah pukul 9.15 pagi di Los Angeles. Perbicaraan DOJ tentang MO1, Riza Aziz, Jho Low sedang berlangsung ke?
Reply