KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, August 4, 2016

dinturtle

Parti Baru ... Apa Pandangan Anda ? ( Golongan Balaci Dan Macai Tak Payah Komen )


Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi berlangsung dengan sempurna. Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat. Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara!

Kenyataan di atas saya copypaste dari FB Muhyiddin


Apakah mereka yang di atas itu merupakan penaja dan seterusnya bakal menjadi barisan kepimpinan parti baru itu ? ( Datuk Khairuddin tak hadir kot )

Selain dari tiga orang yang memang kita kenal sebagai pemimpin politik veteran ( kira Mukhriz pun veteran jugalah ... ), yang lain semuanya muka baru.

Kita difahamkan keahlian parti baru ini untuk Bumiputera saja. Muhyiddin jadi Presiden dan Tun Mahathir jadi Pengerusi ( Chairman )

Hanya untuk yang atas pagar dan yang pro Tun Mahathir ( golongan balaci dan macai tak perlu komen ) - Apa pandangan anda ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

58 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 6:21 PM delete

Alhamdulillah. Moga matlamat didokong bersama. Saya akan keluar UMNO & bersama parti baru ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 6:27 PM delete

Ya aku macai dan balaci,ada aku kesah.Kalau ikut sejarah,tak ada serpihan UMNO yang berjaya sebab tradisi mkn dedak mmg kuat.Parti ni pun sekejap sahaja. Jangkahayat najib pun bukan lama.Dah 63thun umur dia.Samada penyamun baru akan ganti,atau UMNO berkubur dan penyamun parti lain sambung.Sama jer.Semua play safe dan cari makan.Rakyat jugak yang kena.Nak ajak kembali pada yang sepatutnya pun susah sebab ulamak pun nak cari makan dgn ugama...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 6:32 PM delete

aku sokong tun..itu je aku blh cakap..i love you tun

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 6:32 PM delete

Mungkin penubuhan ini utk bumiputra supaya dlm bergabung akan di ikuti dgn parti yg berbilang kaum? Jika itu hasratnya satu cadangan yg baik.

Sebenarnya kita tidak boleh mengasingkan bangsa lagi kerana negara kita adalah negara yg majmuk. Ada pelbagai kaum yg menunjangi jalur gemilang. Keadilan mesti diberikan kepada semua kaum yg menjadi rakyat malaysia ,disamping mengekalkan hak bumi. Masih relevan kah itu?
Contohnya isteri saya berketurunan cina. Parti mana yg harus di daftarkan sebagai ahli? Anak2 pula mcm mana? Apakah status isteri dan anak2 saya? Yg PASTI rakyat Msia.

Halatuju ini mmg diakui amat penting dan bakal mencorakkan kisah baru. Memandangkan hari ini parti yg diberi mandat telah tersimpang jauh dari matlamat asal dan perjuangannya. Apa pun perjelaskan lebih lanjut perlu,baru rakyat jelas dan faham sebabnya selain dari penolakkan kepada parti yg sedia ada.

Yg utama adalah RAKYAT. Apa yg akan disembahkan buat rakyat hingga rakyat tidak mampu utk menolaknya.

Apa pun jutaan terima kasih kerana masih ada yg berjuang menentang kemungkaran.
Buku baru,cerita baru dan semangat baru. PASTI BOLEH.

Perjuangan sedang dan akan berterusan demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 6:38 PM delete

Bro Din, saya dan isteri tak sabar nak join nih!
Umno boleh jalan daa...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 6:51 PM delete

Jom ramai-ramai keluar UMNO dan daftar ahli parti baharu Tun Mahathir Muhyiddin Yassin! Melayu berani ubah!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:06 PM delete

Saya dari lembah pantai akan sertai juga alhamdulillah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:07 PM delete

Assalamualaikum. Saya tak pernah menganggotai mana2 parti politik dr dahulu. Insyallah saya akan bermuhasabah utk membuat keputusan yg terbaik. Bagaimanapun saya mohon matlamat bukan utk semata2 mengganti parti yg sedia ada tetapi dgn matlamat yg lebih besar

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:11 PM delete

terbaekkk

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:20 PM delete

Jangan ROS buat leceh untuk register parti baru ni sudahlah...

Reply
avatar
Rozai CBR
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:26 PM delete

Aku sokong penubuhan ini, cuma aku buat masa ni masih lagi setia dgn UMNO walaupun pemimpinnya adalah aku benci, namun undi itu adalah penentu segalanya. So tunggu dan lihat.

Saya yg bukan pemakan dedak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:33 PM delete

Parti baru atau lama tidak penting tapi virtues pemimpin2 yg mengemudi parti itu lah yg paling utama. Kalau true statesmans yg mewarnai hala tuju parti dan mempunyai integriti tinggi...para pengikut dia akan follow suit. Saya harap aura Tun M berupaya menarik ahli2 UMNO yg bersih...ketua2 cawangan dan melayu atas pagar utk menyertai perjuangan membela bangsa utk generasi akan dtg. Jgn lagi diberi ruang atau peluang anasir2 perosak bangsa menyusup dalam parti, solidify element2 check and balance dlm parti agar distribution of power dapat diseimbangkan dan terkawal...no more absolute power in a single hand. Saya yakin Tun M akan pasti berhati2 dlm merangka framework parti baru ini dgn mengambil kira kelemahan2 yg terjadi kepada UMNO. Harapan saya golongan muda2 yg cerdik akan menyertai beramai2...

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:34 PM delete

saya pun tak sabar nak pohon jadi ahli. saya dah pun berjumpa dgn ts muyid n berjanji utk membantu menggempur tempat kelahiran saya - Pekan.

utk menjatuhkan rosmah,kita wajib mengalahkan ds najib d kubu kuat dia.

insya'allah sya yakin usaha murni ini akan berjaya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 7:50 PM delete

Alhamdulilah... semoga mendapat keberkatan Allah...Aamiin.

Mulakan dengan bismillah..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:00 PM delete

inn sya Allah, saya akan jadi salah seorang pendaftar awal jadi ahli parti baru Tun M ni. Hidup Tun M!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:00 PM delete

Too bad, I thought Tun would have the foresight to have a political party for All Malaysian, unfortunately he seems to be too Racist. My family and I supported and signed for 'Save Malaysia' when Tun needed support he appealed to All Malaysian but alast a Racist is always a Racist. If you guys have to oppress other race to feel as the Tuan then let Malaysia continue in its Destruction. No Nation can prosper when built on racisim & oppression.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:07 PM delete

Klu bralih peti undi 1 n 2... jatuhlah najib..berkuburlah umno.. tpi kalau masa pru duk bertinju semua nk letak calon.. jadi 3-4 penjuru..bek xyah tubuh parti ni.. mcm bg menang free ke umno.. yg pasti undi popular bn lgi mnjunam

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:09 PM delete

Harap dapat disiapkan dengan barisan pemuda berilmu dan berpotensi utk berada di barisan hadapan sebelum ianya diisi oleh bekas2 ahli umno yang berduit mengalahkan ilmu. Kemungkinan akan ramai ahli umno akan lompat ke parti baru ini. Tapi sebahagiannya mungkin akan menjadikannya gagal apabila dedaknya tak mengikut selera mereka. Ratio ahli politik veteran dengan ahli politik muda perlulah melebihi 1:2. Pemimpin veteran perlu memberikan jaminan utk groom muka2 baru ni. Barulah kami pilih! Kalau dak kami maleh nak pi ngundi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:10 PM delete

Saya bekas umno. Akan saya sertai parti tun!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:31 PM delete

In sya Allah..7 undi BN akan beralih ke parti baru ini. Sekian

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 8:37 PM delete

Saya tidak berparti. Saya mengundi berdasarkan calon. Jika dulu saya pernah memilih calon BN dan PR, saya tidak teragak-agak untuk memilih calon parti 3M sekiranya parti ini membawa matlamat yang jelas di samping mempunyai perlembagaan yang kukuh yang menghadkan kuasa pemimpin. Sekiranya parti 3M hanyalah salinan Regim sedia ada, saya akan undi calon bebas/anak muda. Tiada lagi kompromi isu hak rakyat. Rakyat adalah Ketua!

Reply
avatar
August 4, 2016 at 8:50 PM delete

saya sekeluarga akan terus menyokong perjuangan tun dan rakan2, semoga parti baru ini akan berjaya menumbangan parti najib

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 9:03 PM delete

Harap semua berjalan lancar.InsyaAllah akan menjadi ahli bersama ahli keluarga yang lain.Sudah sampai ke tahap tidak boleh lagi menerima kemusnahan yang dilakukan oleh rejim Najib dan mereka di sekelilingnya.Negara umpama seperti tiada nahkhoda sekarang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 9:09 PM delete

Gua sokong tujuan penubuhan parti baru oleh Tun M cumanya biarlah parti itu hanya memjurus kepada bangsa melayu aja!!!!Rasanya banyak yang menyokong Tun M adalah rakyat Malaysia yang terdiri dari kepelbagaian kaum!! Mohon difikir-fikirkan agar rancangan penubuhan parti itu adalah untuk BANGSA MALAYSIA, RAKYAT MALAYSIA sebabnya jika bersatu, pasti parti akan teguh......jafi kepada Tun M yang aku hormati, tolonglah renung-renungkan pendapat aku ini, rakyat bawahan namun sayangkan kemakmuran MALAYSIA tercinta.....!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 9:09 PM delete

Sy difahamkan, parti baru BR ni hanya utk melayu dan bumiputera atas alasan jika dibuka kp semua bangsa, ada kemungkinan org melayu/bumiputera akan klua dan masuk ke BR. Ia akan mengeruhkan keadaan bersama parti pakatan harapan yg lain yg mmbuka kp semua bangsa.

Maka elok jgak ditumpukan kp hanya melayu/bumiputra agar mreka yg berada di dalam umno dn barisan nasional akan kluar dan masuk BR.

Inilah yg kita harapkan agar keadaan ini dpt menguatkan lgi pakatan hrpn agar dpt mengatasi bn di pru14 nanti. Pembangkaang vs bn. 1 lawan 1.

Perlu ada konsesus pd semua parti di dlm PH.
Bila ini jelas, maka kita sebagai rakyat nampak lebih jelas pendekatan ini.

DSSA pula bila lagi utk menubuhkan parti baru anak sabah. Jom..jgn tunggu lama2. Bergabung menentang BN.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 9:45 PM delete

Tun, count me in !

Reply
avatar
Orang Kampong
AUTHOR
August 4, 2016 at 9:51 PM delete

Insyaallah...semuga perjuangan ini dilimpahi barakah dan.rahmatNya....org tepen menanti TDM dan barisan kepimpinan parti keramat ini..parti yg lahir dari teriak tangis dan deraian airmata melihat kerakusan pemimpin sebangsa seagama kita menggondolkan khazanah negara...seolah olah negara ini tiada undang undang..semuga kita beroleh kenangan demi alifbata...anak desa tepen.

Reply
avatar
August 4, 2016 at 10:28 PM delete

Salam Din..tlg update..inshaallah..aku bersama anda.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2016 at 11:30 PM delete

InsyaAllah saya sokong parti tun.tapi masa election jangan ada pertindihan,perebutan dan pergaduhan dlm golongan pembangkang.

Kalau tak persefahaman, good bye...

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
August 4, 2016 at 11:38 PM delete

Nenek pun tak sabar nak join parti baru ni....cuma nenek terkilan kalau ia cuma untuk melayu/bumiputra sahaja. Alangkah baiknya jika ia terbuka untuk semua kaum. Apa yg sedang berlaku dlm negara kita skrg adalah angkara seorg pemimpin melayu yg disokong dan dibela oleh parti melayu.... jadi jgnlah sampai rakyat yg berbilang kaum ini hilang kepercayaan kepada sesiapa pun pemimpin melayu dari parti melayu....
Kita semua rakyat Malaysia...ini penting untuk diterapkan kepada anak cucu kita...

Reply
avatar
DWAN
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:19 AM delete

Semangat Melayu saya tengah meluap ni..
Malu di pandang sinis & di tertawakan...
SAYA SOKONG TUN M.

Reply
avatar
Ex-umno
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:34 AM delete

Saya ingin melihat ramai ahli2 umno menyertai parti ini. Rakyat dah muak ditipu dan dibeli oleh pemimpin umno sekarang. Penuh dengan putar belit, sombong, bongkak . Tak ada lagi perjuangan bangsa atau negara. Yang ada cuma penuhkan temolok masing2. Jahanam bangsa, jahanam negara kalau mereka ni masih berkuasa. Tak puas dengan cukai yg ada sekarang, ada pulak menteri b*d*h yg syorkn pibg kutip yuran tambahan. B*d*h dari dulu... tapi dek kerana dedak..
Setinggi2 tahniah dan syabas kepada Tun dan pemimpin yang sehaluan dengannya. Saya, dari dulu dan selamanya akan terus menyokong Tun.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:46 AM delete

Semoga dipermudahkan oleh Allah swt segala urusan dan hasrat murni ini. Amin Ya Rob.

Reply
avatar
Ex-umno
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:48 AM delete

Saya, dari dulu akan terus menyokong Tun. Sybas dan tahniah kepada Tun dan barisan kepimpinan yang sehaluan dengan Tun kerana tetap memimpin gerakan menegakkan keadilan.
Akan hancur bangsa dan negara kalau dibiarkan puak2 umno yang tamak kuasa, rasuah,sombong masih berkuasa. Tak cukup dengan cukai yg ada, ada pulak menteri bodoh yg syorkn pibg kutip duit lagi dari rakyat. Tak cukup2 nakkan duit dari rakyat.
Semoga perjuangan Tun diberkati Allah s.w.t. dan saya doakan semuga Tun sekeluarga dipanjangkan umur.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:58 AM delete

Nenek boleh join pkr , parti bilang bangsa. Tapi matlamat sama jatuhkan najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 1:12 AM delete

Setuju dengan pendapat ini. Kami dari keluarga campuran, ayah melayu ibu cina. Kadang terasa tiada tempat bagi kami kerana di sana melayu di sini cina kami bagai tersepit di tengah-tengah dua bangsa yang bertelagah tak sudah sedangkan kami sayang kedua-duanya. Mengertilah wahai pemimpin-pemimpin yang ada di bumi bertuah ini. Celikkan mata dan hati kalian akan kewujudan kami yang bertindih bangsa bercampur darah sama merah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 2:51 AM delete

This is not about racism. This is about an alternative malay party against umno. Hope you get what i mean..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 2:53 AM delete

Tun kenapalah bukan Parti untuk Semua kaum? barulah lebih jitu. Orang Malaysia sudah penat parti berunsum perkauman ini. Saya tak akan sokong lagi lah. Baik sokong Najib saja. Kalau parti perkauman juga apa lah bezanya dengan UMNO Najib? Lagi pun Mahyudin pernah kata Malayu first. Boleh kan tubuh parti Malaysia Bersatu?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 3:25 AM delete

I assumed the new party is created for a particular purpose to appealed to the core supporters of UMNO in the last election.Its a short term political decision to address the pressing main issue.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:31 AM delete

Hendak nya Parti baru ini pemimpin2 nya terdiri dari pelbagai Bangsa iaitu Melayu, China, India dan lain2. Kita rakyat umpama org2 dlm satu kapal ditengah lautan. Sama2 lah kita berkerja mengemudi kapal ini agar sampai ke destinasi dgn selamat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:35 AM delete

Parti umno dah tak relavan bagi saya.
Pemimpin umno bukan lagi untuk memperjuang dan mertabatkan bangsa melayu.
Pemimpin sekarang hanya bermuka-muka.
Pemimpin sekarang hanya untuk memperkaya diri sendiri dan kroni- kroni.
Pemimpin umno sudah tidak ada integrity

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 10:05 AM delete

semoga Allah permudahkan urusan tuan...namun perjuangan tidak akan pernah mudah..

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
August 5, 2016 at 10:15 AM delete

Betul...matlamat sama jatuhkan najib...cuma kepimpinan dlm PKR tu tidak meyakinkan nenek dan yg penting nenek adalah penyokong setia Tun Mahathir yg bagi nenek beliaulah pemimpin anugerah Allah kpd rakyat Malaysia....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 10:42 AM delete

History in the making, MIC is dead, MCA is dying & UMNO is surely on the same path. A new party based on the same blueprint of Race will be doomed for the party or even for a united Malaysia. You both are right it will work for short term to defeat Najib & Co. And also appeal for Malays who identify themselves as Malay 1st rather than Malaysian 1st.

Reply
avatar
mo
AUTHOR
August 5, 2016 at 11:05 AM delete

Bila boleh daftar ahli

Reply
avatar
Hadi Abdullah
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:20 PM delete

Parti baru alternatif kpd UMMO yg dilihat terlalu najibisme pasti membawa impak dlm pru 14 nanti.rancangan umno utk terus hidup dlm senario sg besar dan kuala kangsar dgn bantuan hj hadi awang akan terganggu dgn adanya pertandingan 4 penjuru.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 12:38 PM delete

Mau tak mau kena telan bro.Itulah realiti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 1:06 PM delete

Kalau Tun yg Presiden baru lah ada bisa. Kalau Mahiydin macam kurang berbisa. Kalau Tun buat parti untuk semua bangsa pasti meletop! mana muka si Khairuddin? Kalo bukan parti utk semua kaum. baik Najib dan Rosmah sajalah yg memerintah ada BRIM BRIM , sa org kampong boleh tukar peti sejuk sekali dalam 4-5 tahun. Ini Mahyudin Malayu nombor satu dia tak pernah kata Bumiputera nombor 1,,,hmmmmm

Reply
avatar
August 5, 2016 at 1:57 PM delete

Skrg ada slogan baru perjuangan dalam UMNOdoh: Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Kalau pandai berbohong, UMNO sokong jadi Perdana Menteri. Bapa Klepet semakin kuat dengan polisi Sebattiyyah atau Sebatjelah duit rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 2:24 PM delete

Saya sedia taja kat taman tas kuantan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 2:49 PM delete

Semoga ada yg sedia taja di kawasan kuala selangor dan sabak bernam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 3:42 PM delete

Umno dah gentar dgn parti baru dr mahathir, parti ni belum ada dosa besar rasuah, tiris, skandal, kroni, klepetokrasi . Ahli lama akan muhasabah dan memulakan Hijrah diri untuk masuk parti dr mahathir, sama spr Pas jugak yg terpaksa mengaku adanya perubahan pada ahli sendiri yg cenderung pada amanah

Reply
avatar
yeop_sepet
AUTHOR
August 5, 2016 at 4:06 PM delete

parti tun yg bergantung harap keahlain daripada org2 umno dan itu adalah mustahil. UMNO dulu kini dan selamanya akan jadi macai. dan, parti baru tun tiada grass root, kakitangan kempen. Gua rasa AMANAH lebih berjaya sebagai parti baru kalau dicompare dgn parti baru tun. Dan persoalannya, kenapa tidak join AMANAH,kenapa perlu parti baru sedangkan AMANAH dah ada cawangan seluruh negeri,grass root, kakitangan kempen,dan ada perngalaman plihanraya. hanya kerana org UMNO xnak duduk separti dgn mat sabu,selepas tun buat parti baru datang pula alasan tun bergabung dgn DAP. melayu sentiasa ada alasan.

Reply
avatar
Sofian Isnail
AUTHOR
August 5, 2016 at 10:47 PM delete

UMNO bawah Najibor dah tak.blh diselamatkan....kalau lah Tun Razak masih ada dah tentu dia dia kecewa tgk perangai Najibor

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2016 at 12:31 AM delete

Saya dan isteri akan join parti ni...

Can't wait ..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 11:16 PM delete

Saya dan keluarga ..insyaallah akan sokong demi kesejahteraan generasi akan dtg..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 11:19 PM delete

Demi generasi akan datang..kita perlu pemimpin yg jujor..bukan kaki sapu dan tak mengaku..enough is enough ..asyik kena tipu dgn pemimpin skrg..mcm kita tidak cerdik dibuat nya..bahasa kasar ..kita diperbodohkan selalu.. dah letih jadi org bodoh..

Reply
avatar
rizal saari
AUTHOR
October 26, 2016 at 3:19 PM delete

Salam sejahtera kpda smua..masa dahulu saya mmg beratkan umno itu dahulu tapi sekarang apa yg saya lihat sendiri kerajaan skrg dh smkin teruk dh xfikir lagi masalah rakyat asik kena ikut kemahuan mereka sahaja tanpa mempedulikan lagi kata atau luahan rakyat,mulai hari ini saya tidak teragak² untuk sertai pertubuhan baru utk mengubah kerajaan sekarang..

Reply
avatar