KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, August 5, 2016

dinturtle

Parti Baru Parti Melayu/Bumi ? Habis Kaum Bukan Melayu/Bumi Tak Boleh Masuk la .... Macam Umno ?

Mkini
Terimakasih kepada semua yang sudi berikan pandangan anda dalam artikel sebelum ini mengenai Parti Baru. Rata2 ramai yang sokong dan teruja nak jadi ahli. 

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang diterima mengenai parti baru ini dan setakat ini persoalan utama yang ditanya adalah mengenai keahliannya hanya untuk kaum Bumiputera .. sama seperti Umno.

Di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, ramai yang kecewa bilamana Parti BARU ini masih mahu mengekalkan pendekatan LAMA yakni berpaksikan kaum. 

Adakah penaja parti baru ini masih merasakan yang rakyat Malaysia belum bersedia lagi untuk menerima parti yang terbuka untuk semua ?

Walaupun banyak parti2 lain yang dibuka kepada semua, hakikatnya itu cuma pada perlembagaannya saja. Keahlian dan kepimpinan parti masih menjurus kepada perkauman.

Tapi sekurang2nya kalau nak dijadikan isu, mereka masih boleh kata yang parti mereka terbuka kepada semua ..... cuma kaum tertentu je yang minat nak masuk, nak buat macamana, kan ....

Tapi kalau dah termaktub dalam perlembagaan parti yang ia khusus untuk kaum tertentu saja, pastinya akan dijadikan isu. Sekurang2nya golongan balaci dan macai tak boleh nak komenlah sebab parti Umno pun sama !

Tidak dapat dinafikan ramai bukan Bumiputera turut menyokong gerakan dan pendirian Tun Mahathir terutamanya Deklarasi Rakyat yang merentasi kaum. Ia benar2 dari rakyat untuk rakyat. Mereka yang tidak berparti juga turut teruja berikan sokongan kepada DR dan mereka juga menantikan kemunculan parti baru ini sebagai kesinambungan usaha Tun Mahathir.

Malangnya ramai yang kecewa bila diumumkan parti baru ini hanya untuk Bumiputera saja ..... 

Janganlah disuruh bukan Bumiputera ini masuk parti2 lain dan kemudian bersama2 dalam Pakatan yang bakal dimeterai antara parti baru dengan parti2 lain itu. Kalau nak masuk parti2 lain itu dah lama mereka masuk, tak perlu disuruh2 !

So .... apa komen para penaja Parti Baru mengenai isu ini ? Cubaan mendapatkan komen mereka hanya dibalas dengan - Tunggu pengumuman/kenyataan resmi tidak lama lagi.

Secara jujur saya katakan -  kalau tidak ada penjelasan, janganlah sebut apa2 ! Hanya umum perkara yang tersedia penjelasan.

Antara jawapan yang boleh kita fikirkan adalah -

- Buat macam Pas sebelum ni di mana ada Kelab Penyokong ( hahahaha )

- Bukakan kepada semua tapi jadikan Dasar2 Afirmatif sebagai salah satu agenda utama. Ia secara tak langsung mampu memahamkan rakyat apa sebenarnya Dasar2 Afirmatif yang sebenar. Apa dan kenapa dasar afirmatif diperlukan dalam sebuah masyarakat majmuk yang ketara agihan kekayaan antara kaum.

Dasar2 Afirmatif itulah SEBENARnya perjuangan orang Melayu, bukan samada parti itu berasaskan kaum. Kalau berasaskan Melayu tapi halatujunya hanya meletakkan kepentingan peribadi ke depan pun tidak ada gunanya. 

Perlembagaan apapun boleh ditulis ... yang penting adalah pelaksanaannya bagaimana. 

Apapun sama2 kita tunggu perkembangan Parti Baru ini .....

PS - Oya, satu lagi harapan kita agar parti baru ni boleh terima kritikan dan jangan cepat melenting...

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

31 comments

Write comments
Nenekghuffran
AUTHOR
August 5, 2016 at 3:42 PM delete

Nenek setuju dgn apa yg ditulis oleh En DT. Sepatutnyalah parti baru ini dibuka keahliannya kepada semua kaum... Deklarasi Rakyat mengumpulkan tandatangan dari semua kaum sebagai suara rakyat... Ramai dari rakyat sudah bosan dgn pemimpin-pemimpin dlm kerajaan sekarang..Jika parti yg sedia ada tidak meyakinkan mereka sudah tentu parti baru inilah disandarkan harapan.. tetapi jika keahliannya menjurus kepada satu kaum sahaja ternampak macam pi mai pi mai tang tu jugak...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 4:58 PM delete

Saya sarankankan supaya parti baru ini bernama WAWASAN .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 5:02 PM delete

Harap tuan admin dapat berjumpa dan berbincang dengan Tun tentang perkara imi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 5:47 PM delete

Pada asalnya saya dan rakan2 menjangkakan yg tun dan rakan akan menubuh parti berbilang kaum.Ternyata meleset sama sakali. Persoalan mengapa parti mirip umno.

Sementara menunggu penjelasan kita bolih membuat beberapa andaian. Kita kena ingat yg penubuhan parti baru ini adalah diatas persetujuan dan sokongan dari rakan rakan dari pembangkang. PKR dan dap parti berbilang kaum yg sudah establish. Amanah mensasarkan ahli dari Pas. Apa sasaran parti baru ini. Tidak lain tidak bukan Ahli umno yg amat kecewa dengan pimpinan yang ada sekarang disegenap lapisan. Sudah tentu perkara ini telah diperbincangkan dengan mendalam olih kesemua kepimpinan dari PKR, Dap dan Amanah.

Parti baru ini tak perlu merebut ahli dari parti rakan rakan. Sebagai saorang ahli umno yg tersangat kecewa dengan kepimpinan umno saya tiada tempat untuk bergantung. Begitu juga dengan rakan2 dalam umno yg lain ada yg mengatakan depa taknak turun mengundi dan tidak kurang yg mengatakan akan merosak kertas undi.

Saya memohon maaf kerana tidak pandai mengulas dan tidak mahu menulis dengan panjang lebar. Cuma saya harap apa yg diatas dapat memberi sedikit gambaran mengapa perlunya parti ini berasaskan kaum. Janganlah pulak menganggap parti ini parti rasis dengan ertikata yg sebenar. Bagi kaum lain depa dah ada dap dan pkr bagi memperjuangkan nasib depa. Sama seperti BN (Busuk Negara) mca dan mic. Seperkara lagi kita harus ingat yg Shafie Afdal sedang bergerak di Sabah dengan parti baru berkomsepkan SAbah for Sabahan.

Walau bagaimana pun tunggu saja penyelasan dari mereka mereka yang bertanggungjawab.

Ingatlah sasaran kita adalah matlamat kita.Go for it and do your part.

Semoga Allah melindunggi dan mempermudahkan kerjabaik kita. Insyaa Allah kita akan berolih kejayaan.

Reply
avatar
August 5, 2016 at 5:50 PM delete

Salam Din..apa yg kita mahu parti baru ni menggantikan UMNO itu je..bangsa lain ikutlah apa yg diorang suka. Yang penting parti baru ni jadi tonggak kpd parti yg mahu bersama waina DAP ataupun MCA atau MIC..Baru bleh buat peraturan baru utk smua.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 6:05 PM delete

Tak semua org cina itu DAP, atau menyokong MCA Gerakan. Begitu juga tak semua org melayu itu UMNO atau PAS, ataupun sokong PKR. Mereka2 inilah yang bagaikan tiada tempat utk bersandar. Mereka2 inilah yang mengharapkan perubahan yang mampu mengubah paradigma rakyat ke arah keharmonian hidup bersama yang lebih lestari.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 6:21 PM delete

1. jika parti baru ni dikekalkan utk keahlian bumiputera shj, harap ada penjelasan yg rasional.
2. keahlian parti lebih menjurus kpd kepada kekuatan jentera pru dan calon pru. pengundi bukan melayu tetap boleh mengundi parti melayu. apatah lg kalau parti ni menjadi sbhgn dari pakatan harapan, jd mesti ada pembahagian kawasan antara calon utk parti pakatan elakkan pertandingan byk penjuru.
3. jadi isu keahlian ni bukanlah isu yg besar selagi mana apa yg diperjuangkan adalah betul. apa yg penting peralihan undi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 6:30 PM delete

Macam ada sesuatu yang tak kena,harap semuanya ada kata sepakat.

Reply
avatar
ismadi yusoff
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:14 PM delete

Salam
Apa apa pun biarlah ia menjadi Parti kaum Melayu sahaja. Parti ini boleh berkerjasama dgn kaim lain..tak ada hal. Di Malaysia..parti berbilang kaum spt Dap dan Pkr tak kemana pun.

Reply
avatar
tobeng
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:20 PM delete

Matlamat utama parti baru ini adalah untuk MENGGANTIKAN umno yg sudah terlalu busuk dan korup.Ia sebagai ALTERNATIF SECARA LANGSUNG kepada umno.Targetnya adalah orang2 umno itu sendiri yang dikatakan ramai yg sudah kecewa dengan umno tapi tidak ada pilihan lain untuk berpaut.Sasaran seterusnya adalah orang2 Melayu atas pagar yg menjarakkan diri dari parti politik kerana merasakan tidak ada parti yg sesuai dengan mereka.Perlu diingat bahawa golongan atas pagar ini sangatlah ramai sebenarnya.

Parti baru ini tidak mahu bersaing dengan parti berbilang kaum seperti pkr dan parti yg dikatakan islamik seperti pan yg dipimpin oleh mat sabu.Orang bukan Melayu yg tidak sukakan kerajaan(umno) yg juga tidak sukakan dap dan pkr hanyalah golongan MINORITI dikalangan bukan Melayu.Majoriti bukan Melayu yang tidak sukakan umno secara automatik akan senang dengan dasar2 dap dan pkr.Jadi apa perlunya kita wujudkan satu lagi parti politik yg mirip kepada yg sudah sedia ada semata2 untuk memenangi hati golongan yg sangat minoriti?

Apa yg penting sekarang ini adalah FOKUS.Parti baru ini fokus kepada Melayu/bumi saja yang merupakan golongan majoriti yang MEMENANGKAN BN dan umno pada PRU13.Orang Melayu ramai yg masih kekok dan tidak selesa dengan parti berbilang kaum seperti pkr,terutamanya Melayu luar bandar yg menjadi kubu kuat kepada umno.Jadi parti baru ini boleh menjadi alternatif terbaik yang turut memperjuangkan Melayu(bkn sekadar retorik spt umno)TANPA membawa sekali budaya busuk umno yg terkenal dengan gila jawatan,gila kuasa,gila projek,politik wang,cantas mencantas,ekslusif,anti bijak pandai dsb.

Parti baru ini saya kira bermatlamat untuk menjadi parti TUNJANG(seperti umno)kepada barisan pembangkang buat masa ini dan tunjang kepada kerajaan yg memerintah sekiranya menang dalam PRU14 nanti.Kita tidak mahu cuma sekadar jadi parti yang kekuatannya seimbang diantara parti2 komponen sehingga menjadi satu masalah apabila mahu membuat satu2 keputusan.Bila disebut tunjang sudah semestinya perlu dipelopori oleh MELAYU/bumi sebagai kaum terbesar negara ini.Ini penting untuk KESTABILAN politik di Tanah Melayu kita ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:21 PM delete

Buah tangan Tun,kita harap ada keistimewaan. Tu baru cerita awal..mana tahu masa nak lancarkan tu ada surprise. Boleh ke Tun? Hehe..

Jika terbuka utk semua kaum best jugak kan? Last2 tinggal parti baru ni je,yg lain bye2 lah. Dah itu yg rakyat mahu kan. Perubahan. Alang2 berubah,UBAH BETUL2. Tu baru betul2 satu perubahan mega! Dah berpuluh tahun dah asyik2 lagu yg sama je boring jugak!
Buku baru cerita baru,panjang kata semua yg baru lah....boleh apa!
Sejarah tu kan masa depan? Grand sangat malaysia ada satu je parti. Dlm parti tu rasuah takde kroni takde....emmmm payah la pulak!
Huhu...

Reply
avatar
tobeng
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:31 PM delete

Ada satu lagi point tertinggal.Parti Melayu baru ini nanti haruslah menjauhkan diri dari dap.Sekurang2nya tidak tunjuk mesra dap walaupun mungkin akan bekerjasama membentuk kerajaan dikemudian hari.Ini strategi untuk memenangi hati Melayu esp Melayu luar bandar.Malah sebenarnya adalah lebih molek parti baru ini bergerak solo dahulu tanpa perlu menyertai pakatan harapan.Jadi seperti pas,cuma perlu pastikan semasa PRU parti2 pembangkang tidak berlawan sesama sendiri untuk mengelakkan pecah undi.Cara ini juga lebih bebas dan flexible bila mahu membentuk kerajaan campuran nanti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 7:46 PM delete

Parti baru Tun ni sepatutnya Parti untuk semua kaum. Deklarasi rakyat ditandatangan bukan berdasarkan perkauman. Supaya semua rakyat Malaysia di Malaya, Sabah dan Sarawak boleh menyertainya. Ia akan bertambah gagah, kuat dan jitu dan boleh mengeggarkan parti UMNO/BN barulah ada perubahan. Parti perkauman ini sdh lapok dan terbukti menyusahkan rakyat saja. Kita nak kan perubahan secara total bukan tukar baju luaran sahaja. Kalau parti utk satu kaum saja, dan ketuanya Muhiddin pulak ah malas lah. Beri peluang kepada orang baru yg x pernah berpolitik berkurun lamanya, yg tidak gila kekayaan dan kuasa. Hidupnya sederhana dan karakternya disenangi semua. Tak nak yg tercalar mcm Muhidin dan yg penting jangan singkirkan Najib sahaja, singkirkan BN. Masih belum terlambat, macam PKR tapi DS Wan Azizah ni perlu direhatkan kurang impak kerana dia terlalu banyak tanggungjawab dia. lagi pun melihat kipasnya buat ku tak berminat dia menjadi presiden pembangkang. Bukan kerana dia perempuan tapi leadership nya tidak kelihatan pada waktu ianya diperlukan. Kalo bukan Sarawak Report,dan rakyat Malaysia diantaranya PKR/DAP/UMNO spt suara Tony Pua, Tun, Kairuddin, Tukar Tiub, Ambiga, Lim dan semua rakyat Malaysia, bloggers yg cintakan kemakmurantak kan lahirnya parti baru yg diasaskan oleh Tun Mahathir pada usianya 91 tahun mana ada parti baru ini. Maka sesuai sangat kalau parti ini Parti untuk semua kaum. Maaflah tulisan org tua kurang tersusun.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 8:43 PM delete

Dengarnya Dato Khairuddin tak puas hati
,puak belah sana dah stat gelak dah!!!....terutamanya MYKMU. Sian pada Tun.Harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 9:26 PM delete

Saya sokong parti baru utk Melayu dan Bumiputra.
Nak jadi mcm PKR..komen berkenaan Islam? Skrg MB Selangor nak mengadap Sultan.

Geng umno plak bakar line..

Pada aku stop. Parti berasakan kaum masih relevsn dan akan terus relevan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 9:51 PM delete

Betul tu. Ianya sepatutnya mendokong aspirasi nasional. Tak perlu ikut acuan umno, parti berpaksikan bangsa sudah tak relevan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 10:02 PM delete

Parti berteraskan kaum....hmmmm camanalah agaknya nak memenagi hati rakyat??? Walhal apa jua dibangkitkan katanya demi untuk rakyat.....sedikit frust aku di sini.....Tun M mohon dikaji semula....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 5, 2016 at 11:39 PM delete

Ia sepatutnya parti yg terbuka utk semua kaum, membelakangi perbedaan bangsa dan agama, walaupun kemungkinan keanggotaannya dimonopoli oleh satu-satu bangsa. Seperti PKR, DAP yg terbuka keahliannya kpd semua kaum, walaupun spt DAP lebih ramai bangsa cina daripada bangsa lain. Amanah saya kurang pasti. Kemungkinan ia juga menerima kaum lain asalkan beragama Islam ataupun bukan Islam pun diterima? Apa sekalipun perubahan haruslah mengikut peredaran masa dan keadaan. Masyarakat negara ini adalah masyarakat yang sudah saling bertindan budaya hasil perkahwinan campur serta integrasi nasional. Mengapa kita masih berpegang kepada budaya pengasingan kaum yang hanya akan menjauhkan lagi jurang perbedaan mengikut keturunan, kaum bangsa dan agama? Mohon Tun M serta yang lain itu menilai dan mempertimbangkan semula secara mendalam.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 5, 2016 at 11:41 PM delete

INI ADALAH D NAMAKAN 'REAL POLITIC'.

mahu tidak mahu politik d semenajung masih berteraskan kaum.
saya bersetuju parti baru ini d khas kan utk melayu/bumi dulu.

saya juga yakin banyak ahli UMNO yg kecewa akan pohon utk jadi ahli. namun jika najib d nasihat/paksa berundur, maka semua ahli2 yg sudah d pecat harus d jemput menjadi ahli semula.

sungguh pun demikian kita perlu ikut contoh pres jokowi yg mewajib kan ketua umum parti d syarat kan tidak bolih menjadi ahli cabinet beliau. alasan nya jelas bahawa semua ahli kabinet kerja nya menumpu sepenuh nya kpd tanggong jawab selaku menteri.

itulah sebab nya ketua umum parti Hanura, pak wiranto wajib melepaskan jawatan setelah d lantik selaku menteri baru2 ini.

akhir kata , banyak yg harus kita pelajari drpd Indonesia sekarang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2016 at 12:22 AM delete

Baru tengok Najib wawancara di Indon dlm tv3suku.This guy is a sad tragedy to M'sia. Lagi banyak tv3suku siarkan,lagi menyerlah kebodohan Najib ni.Agaknya mmg tv3suku ni sengaja siarkan sebab lepas statement2 Najib,pengacara selalu mcm tersengih2 jer tahan ketawa. Dia cuba sedaya upaya memburukkan Tun.Bodoh ker apa dia ni.Tun tak der apa2 jawatan dlm kerajaan dan parti pun,camana dia nak control PM. Dia tergagap nak jawap isu 1MDB tapi mcm mengaku ada yg tak betul dan hanya tukar CEO jer...yg lain2 tu kata issue politik jer.Camana pak2 menteri yg lain dan ketua2 kerajaan sanggup duduk bawah orang bodoh dan penipu mcm ni?!!

Reply
avatar
Hadi Abdullah
AUTHOR
August 6, 2016 at 1:15 AM delete

Rasa mcm menangis tgk wawancara tv indo dgn pm malaysia.xsanggup.no class

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2016 at 4:21 AM delete

Bukan Melayu/Bumi boleh sertai parti lain kerana dijangka parti baru ini akan bekerjasama dengan pakatan ...ala-ala BN. Parti Baru alternatif bagi Melayu/Bumi yang hilang kepercayaan kepada UMNO (Najib).

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2016 at 4:46 AM delete

Parti baru ini mesti la ibarat kembar seiras UMNO tetapi MESTI membawa imej integriti yg tinggi bukan sahaja sebagai contoh kepada parti2 dlm PH tetapi BN itu sendiri. Ini bermakna kalau ingin mengalahkan UMNO yg menjadi tunjang kepada BN, parti baru Tun M mesti menyerlahkan kekuatan yg serupa melalui ahli2 melayu yg lebih berfikiran terbuka dan realistik. Bayangkan jika parti baru ini mendokong aspirasi2 UMNO tetapi dianggotai oleh golongan muda yg bijak serta terpelajar, yg berupaya berganding bahu dgn golongan2 bukan melayu drp parti2 seperti DAP, PKR dan AMANAH atas platform PH dan yg paling penting sekali mewujudkan aspirasi nasional secara konsensus dan realistik. Selling point parti baru ini ialah wadah baru utk membela org2 melayu dgn integriti yg terserlah. Kelemahan UMNO yg ketara adalah terlalu ekstrem menjaja elemen2 perkauman, membela dgn cara salah sehingga melayu terlalu bergantung kepada pemberian berbanding dgn menyumbang dan terlalu feudal sehingga datuk2 seri, tan sri, menteri2 dan YB2 dianggap mcm dewa. Saya pernah melihat satu menteri Singapura dalam satu seminar yg dihadiri oleh pelbagai kaum dan umur memberi ceramah ke arah mana hala tuju Singapura yg bersifat universal utk semua. Saya terkenang semasa zaman Tun M tatkala beliau mengutarakan Wawasan 2020 atas kapasiti sebagai pengerusi BN, intipati ucapan Tun seolah2 diucapkan semula oleh menteri tersebut. Saya kagum kerana Tun M sudah pun berpandangan jauh sejak 1991 dan menda yg hampir sama diulang sebut oleh menteri tersebut pada 2014 kalau tak silap. Sekiranya UMNO mempunyai pemimpin yg berintegriti tinggi, saya yakin Malaysia sudah jauh ke hadapan sekarang ini. Jadi bukan parti yg menjadi ukuran berjaya atau tidak dlm menumbangkan UMNO tetapi kualiti pemimpin2 yg membentuk parti sebenarnya memberi karisma kepada parti baru ini. Sebagai permulaan, cari la pemimpin2 yg berintegriti tinggi...hidupkan kembali aspirasi Wawasan 2020 sebagai inspirasi kepada generasi2 muda tetapi dalam bentuk yg berbeza seperti tidak menetapkan 2020 sebagai tarikh keramat, makna "2020" adalah visi jelas seperti penglihatan mata 20/20 dan tetapkan kembali landasan ke arah matlamat2 tersebut secara konsensus dgn parti2 di bawah PH. Saya yakin Tun M mempunyai idea2 seperti ini kerana jika tahun 1991 beliau mampu berpandangan begitu sehingga diulang sebut oleh seorang menteri Singapura setelah 23 tahun kemudian, tentu Tun M boleh memandang jauh hala tuju yg terbaik yg boleh diperjuangkan di bawah PH setelah ketiadaan beliau nanti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2016 at 6:15 AM delete

Kita sepatutnya mengasingkan antara deklarasi rakyat dan juga parri yg baru ditubuhkan ini.Deklarasi rakyat adalah bertujuan untuk mendesak Najib supaya meletak jawatan demi menyelamatkan ekonomi Malaysia. Demi tujuan tersebut adalah diharapkan semua rakyat Malaysia tak kira dari parti mana sekalipun dapat bersama sama menjayakan tujuan tersebut. Manakala penubuhan parti baru pula adalah untuk mengantikan Umno yg telah rosak sebagai wadah perjuangan demi menjaga kepentingan melayu dan bumiputra diMalaysia. Ini adalah kerana tanpa parti yg dominan melayu akan ditindas secara halus oleh kaum lain yg mempunyai kelebihan dari segi ekonomi dan kewangan. Parti baru ini seharusnya menjarakkan diri daripada Dap yg semua orang tahu ianya anti ketuanan melayu. Jika tidak ianya akan gagal untuk menarik ahli umno dan penyokong2 mereka. Mungkin setelah semua yg diperjuangkan oleh kumpulan ini mencapai matlamat dan umno dibersihkan kedua dua parti ini bergabung semula sebagaimana yg dilakukan oleh parti semangat 46 demi survival kaum melayu dan juga kaum bumiputra.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 6, 2016 at 11:13 AM delete

Rasanya kaum lain mungkin juga tergugat dgn parti baru ni sebab jika berjaya menyatukan Melayu,kemungkinan masaalah untuk yang chauvinist.Tapi kita tau yang chauvinist ni bukan majoriti. Sebenarnya ini bagus supaya kita pun tau siapa lawan siapa kawan dari kaum lain.Melayu adalah majoriti,jadi tak salah kita ujud parti Melayu,tapi sanggup bekerjasama dgn kaum lain.Ujudnya parti baru ini kerana gagal/kelemahan Umno sekarang.Kalau semua dlm UMNO tu dah tak der telur/penakut, baik kita tinggalkan saja.

Reply
avatar
August 6, 2016 at 12:12 PM delete

Kena ingat parti baru ni bermatlamat menarik ahli UMNO,So ia nya mestilah sama dgn UMNO dari segi struktur parti,syarat keahlian , dasar perjuangan dsb.Walaupun mungkin tak 100%.Kalau parti berbilang kaum tak perlu lah parti baru.Keluar UMNO masuk aja PKR atau GERAKKAN.Tapi mau ke ahli UMNO masuk PKR dan GERAKKAN??

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
August 6, 2016 at 9:45 PM delete

Salam Bro

Lama saya tak komen blog sdra. Bukan ape...agak tekilan.
Dalam kita menjangkau hampir 6 dekad merdeka dan Malaysia ditubuhkan lebih 5 dekad yang lalu...kita masih tidak dapat memisahkan parti berteraskan kaum dari diri kita...terutamanya Melayu.

Melayu rosak dan jadi seperti kini kerana terlalu taksub dengan parti kaum dan intepretasi agama yang jumud. Hak semua kaum termaktub dalam Pelembagaan Negara...bumiputra mahupun bukan bumiputra....ianya tak akan dapat diubah...kerana sebarang perubahan akan memgundang perpecahan dan permusuhan kaum.

Hakikat nyata...rakyat Malaysia berbilang kaum dan budaya. Agama Islam terpelihara dalam Perlembagaan Negara dan rakyat bukan Islam bebas mengamalkan apa jua kepercayaan dan anutan mereka. Dalam politik juga kita seharusnya menerima hakikat kepelbagaian kaum dan budaya barulah ianya mencerminkan Malaysia sebenar. UMNO ditampuk kuasa pemerintahan sejak dari merdeka sehingga kini....dulunya UMNO (United MALAY National Organisation) khas untuk Melayu...tapi dengan kemasukan Sabah (yang mana melayu tidak ramai), UMNO dibuka kepada lain lain bumiputra....tapi namanya tak ditukar kepada UBNO (United Bumiputra National Organisation)....jadi UMNO sudah melakukan "mispresentation". Apa jadi dengan UMNO...parti melayu/bumiputra kini?...rosak dan memalukan.

Dasar perjuangan yang harus kita tumpukan ialah dalam masaalah ekonomi....dimana kita?
DEB digubal khas untuk bumiputra...tapi apa jadi kepada koperat bumiputra?...masih ditakok lama...GLC jangan diambil kira...kerana ianya bukan milik koperat melayu....Melayu/bumiputra tetap ketinggalan dalam sektor ekonomi. Terlalu bergantung dengan projek kerajaan dan tidak menjalankan kontrak dengan sendiri punca melayu tidak maju dalam sektor ekonomi. Maincon Melayu...subcon dan yang benar benar berniaga bukan melayu...selalunya cina. Kalau ada pun yang menjalankan business sendiri munkin sebilangan kecil Kontraktor Kelas F..itu pun banyak yang sub con. Soal supply chain dan bahan...tak payah cakap...memang tak ada Melayu. Pengusaha barangan "Halal" yang melayu begitu sensitif...siapa majoritinya?...Melayu?. Heh!....

Melayu hanya tau cakap dan mintak je?...Ini semua silap politik melayu itu sendiri...sentiasa didodoi dengan ajenda politik melayu membela melayu konon...tapi yang berlaku adalah "Kebergantungan 100%" kepada kerajaan yang dipimpin oleh Melayu. Melayu gagal berdikari dan tiada ketahanan dan jati diri.

Kalau nak berniaga masuk politik!...
Dah dapat berniaga...bertanding jawatan dalam parti....beli undi!
Dah dapat jawatan dalam parti...mintak kontrak yang lebih besar...lumayan!...
Dah lumayan dapat kontrak...tanding jawatan parti lebih tinggi...beli undi lagi...lumayan!...
Jawatan Parti dah tinggi...jadi YB...lagi power!...
Jadi YB...dilantik menteri...makin power...boleh perintah rakyat!...
Dah jadi menteri...Apa salah jadi MB atau pun PM...oi...dipuncak tu!...
Dah di puncak...segalanya ditangan...nafsu tak terkawal...
Yang lupa diri atau pun memang dasar tak pernah rasa cukup....songlap duit...masuk billion billion!...

Adakah itu "Mercu Perjuangan Parti" kita?

Berbalik soal parti tadi...saya kurang selesa kalau perjuangan sesebuah parti politik hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Ianya menyempitkan jangkauan kita. Soal kemiskinan, keperitan hidup, sakit, pelajaran tidak mengira kaum....hakikatnya yang tertinggal dibelakang majoritinya adalah melayu. Apakan yang bukan melayu yang juga miskin dan merempat tidak kita ambil peduli?..GST tak kenal kaum!...semua kena.

Malaysia telah merdeka hampir 6 dekad....masihkah kita berfikiran perkauman sempit dan menyepit diri kita sendiri?

Saya rakyat Malaysia...keturunan melayu.
Keluarga ku tanggung jawab pertamaku.
Negara dan Tanahair keutamaanku...namun bangsaku tetap jua.
Saya cukup teruja dengan kepelbagaian dalam masyarakat kita...dan amat bersyukur dengan keharmonian disekelilingku.

Sarawak Bumi Kenyalang...contoh Keharmonian Malaysia Sejati.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 7, 2016 at 7:35 AM delete

Dari data pru ug lalu, 90% cina sokong DAP jd komen anda yg tak semua cina tu DAP adalah tak tepat. Yg tepat hampir semua cina kafir sokong komunis DAP.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 7, 2016 at 8:16 AM delete

Tun,harap2 nanti kalau ada ahli umno yg nak join,tun tapislh dulu.Jangan terbawak masuk parasit,yg ada rekod2 buruk dok bela bijan,biat dorang mereput dlam umno.

Dulu,masa tak ada alternatif,bukan main jilat bijan,skarang bila dh tun buat parti baru bertunjangkan melayu,sy risau org2 bermuka dua ni akn rosakkan parti baru ni dari dalam.So pada sy,sesiapa yg nak join especially org umno,harap tun tapis dulu.Jangan bawak ulat masuk dalam nangka.

Iklhas dr sy,
Anak kuala.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 9, 2016 at 7:31 AM delete

Parti berteraskan kaum dan agama tidak relevan untuk politik masa hadapan negara tetapi kalau penubuhan ianya bersifat sementara hanya untuk menumbangkan umno mungkin alasan tersebut boleh diterima pakai.


Rakyat malaysia tidak mahu bangsanya melayu tetapi perbuatanya tidak mempamirkan ketinggian budi sopan santun bangsa melayu.

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
August 12, 2016 at 11:45 PM delete

Parti baru ini untuk ganti UMNO. Perkara mudah kenapa hendak disulitkan ?

Reply
avatar