KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, August 10, 2016

dinturtle

TAHNIAH BERSATU ! Memang Gempak ..... Itu Baru Hantar Borang Daftar ROS ...




4-5 hari tak update, tak reti nak start kat mana, hehehe ... Oklah, sebelum apa2 kena komen dulu hal Parti BERSATU ( Parti Pribumi Bersatu Malaysia ). 

Sebenarnya saya agak teruja dengan publisiti yang diberikan oleh rakyat termasuk yang pro Tun, balaci dan macai Najib dan juga TV3 terhadap Bersatu semalam. 

Sebab semalam tu Muhyiddin baru je HANTAR BORANG nak daftar parti Bersatu, belum lagi buat pengumuman parti dah didaftarkan, tapi dia punya gempak .... peeeergh ! TAHNIAH !

KLiK artikel Mkini untuk dapatkan penjelasan Muhyiddin semasa sidang akhbar selepas HANTAR BORANG semalam. Yang perlu diketahui adalah bab keahlian -

Adakah terdapat keahlian berlainan untuk bumiputera dan bukan bumiputera?

Kami mahu menjadi inklusif. Walaupun (keahlian) mereka (bukan Bumiputera) tidak sama tetapi kita akan memberi mereka pengiktirafan.

Kami mahu mereka mainkan peranan dalam memberi idea, saya fikir mereka mempunyainya (idea). Jadi, kita akan mempunyai ahli biasa dan kita juga akan ada ahli-ahli bersekutu.


Saya suka nak perasan sikit di sini. Mungkin saja pihak penaja Bersatu baca dan beri perhatian kepada perbincangan kita dalam dua artikel terdahulu mengenai keahlian Bersatu yang sebelum ini dibuka hanya kepada Bumiputera saja, makanya kini terdapat apa yang disebut sebagai Ahli Bersekutu. 

Kalau tidak dari sini pun, yang pasti para penaja Bersatu ambil perhatian apa yang dibincangkan di media alternatif tentang keperluan untuk menjadi inklusif. Samada ramai atau sedikit bukan Bumi yang masuk jadi ahli itu soal kedua, yang penting pintu itu tidak tertutup. Kita tidak tahu bagaimana keadaannya di masa depan, maka biarlah ruang itu tersedia.

Jangan ikut Najib yang melalak mengenai keperluan parti menjadi inklusif atau terbuka kepada semua tapi Umno itu sendiri eksklusif.

Bagus Bersatu ! Sekurang2nya anda dengar pandangan rakyat ...

Bagi saya, mengambil kira PRU14 yang tidak sampai 2 tahun lagi ( malah terbaru ada khabar angin yang menyatakan PRU14 bakal diadakan pada bulan Mac-April tahun depan ! Sudah goyang ..... lebih baik dicepatkan sebelum tambah goyang ..  ) seharusnya Bersatu fokus kepada orang Melayu / Bumiputera. 

Pendek kata - Jatuhkan Najib dan tumbangkan Umno BN yang memilih untuk bersekongkol dengan Najib !  Tumpukan kepada orang Melayu yang menjadi tunggak kekuatan Umno. 

Begitu juga dalam mengalahkan Umno dalam konteks PRU14, hanya tumpukan kepada kerusi2 yang Umno lemah. Kalau dinilaikan secara umum antara Umno dengan Bersatu memanglah parti yang baru saja hantar borang semalam tidak akan mampu mengalahkan Umno yang sudah berpuloh tahun bertapak. Apatah lagi kalau nak bandingkan kemampuan jumlah kerusi Parlimen yang mampu dimenanagi .... 

Tapi untuk mengalahkan Umno bukan dinilai dari jumlah kerusi yang lebih banyak, cukup sekadar memenangi 30+ kerusi .... atau menidakkan majoriti yang Umno BN miliki. 

 Contohnya -  Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz berikan tunpuan kepada negeri masing2 dan beberapa tempat lain yang punya peluang, saya percaya 30+ kerusi bukan di luar jangkauan Bersatu.

Sekiranya wujud persefahaman dan kerjasama dikalangan pembangkang @ Pakatan Harapan, ianya bukan sesuatu yang mustahil.

Satu lagi dari segi undi popular .... BN mungkin saja mampu mengulangi kemenangan walaupun mendapat undi tidak popular ( majoriti undi kurang 50% ), tapi kalau jumlahnya kurang dari 40% sepertimana bancian yang diumumkan oleh Merdeka Centre tahun lepas, alamat BN akan sekali lagi menjadi bahan tertawa dunia.

Pertama kerana BN percaya kewujudan penderma Arab yang nakbagi 2.6 bilion, Kedua kerana buat tak kisah isu 1MDB dan yang ini - menjadi kerajaan demokrasi tapi undi kurang 40% !


So .... sekarang kita tunggu Bersatu di daftarkan dulu ... semalam baru HANTAR BORANG je.


PS - Oya, rasanya Najib akan arahkan lirik lagu Umno ditukarkan.  Tak meroyan balaci dan cai2 Najib kalau di awal2 lagu lagi dah memuji2 Bersatu !  Kebetulan itu ...... so cute ......

PS2 - Untuk pengetahuan, difahamkan pihak ROS tidak benarkan apapun dinaikkan berkaitan Parti Bersatu sehingga penubuhan diluluskan. Maknanya Page FB yang mendakwa sebagai page resmi ( official ) Parti Bersatu sehingga ini masih dianggap TIDAK RESMI.  

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

17 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
August 10, 2016 at 12:09 PM delete

sungguh pun saya tidak sabar lagi utk memohn menjadi ahli, tapi percaya lah ROS atas arahan pihak berkuasa akan melengah lengahkan kelulusan.

mereka sudah cukup pening utk menghadapi kemelut sekarang. dgn kelulusan parti bersatu akan membuat pihak yg masih berkuasa lebih tertekan.

najib dlm apa keadaan sekali pun akan cuba memastikan yg dia kekal berkuasa kerana dia sudah merasai apa akan terjadi kpd nya jika dia gagal.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 10, 2016 at 12:21 PM delete

Lega jika parti baru ini diluluskan.Ada alternatif,jika sebelum ini tidak pernah sokong yang lain,hanya BN kerana rekod cemerlang serta jasa (tetapi itu dulu,)sekarang sejak rekod buruk kepimpinan Najib tambahan kes penyelewengan 1MDB hati sudah tertutup untuk Umno.Tawar tawar hati masa pm zzzzpun,masih lagi sokong...tetapi sekarang sorry,sudahlah Pm Najib lemah,kurang ajar pulak pada Tun,memang tidak boleh diterima lansung.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 10, 2016 at 12:56 PM delete

saya berpendapat, bahawa kepimpinan Parti BERSATU wajib dan mesti menerangkan, bagaimana Parti BERSATU boleh mengisi ruang kekosongan untuk umat Melayu atau umat Malaysia dalam konteks kerjasama Parti BERSATU dan parti pembangkang yang lain. Ini adalah kerana adanya umat Melayu dan umat Malaysia yang tidak bersependapat dengan PAS, PAN, PKR dan DAP dalam hal hal pokok/dasar namun, sekurang kurangnya mereka semua bersetuju bahawa UMNO telah menyimpang dari dasar perjuangannya dan Najib mesti di tolak dari jawatannya sekarang sebagai Presiden UMNO, BN dan Perdana menteri Malaysia untuk kebaikkan umat Melayu dan umat Malaysia. Dalam hal ini, saya andaikan bahawa umat Melayu sama dengan umat Islam dan sama juga dengan umat Melayu yang beragama Islam.

Saya juga berpendapat, jika perkara ini tidak di buat atau tidak di jelaskan, makanya akan ada persoalan dari semua pihak samada (1) kepimpinan Parti BERSATU hantar mesej yang mereka juga tidak bersetuju dengan dasar dasar parti pembangkang yang lain, (2) apakah perjuangan sebenar Parti BERSATU , ie hendak menjatuhkan najib atau hendak menyelamatkan negara dan ini juga, bermakna mengulang semula persoalan dan kesilapan yang di buat oleh PKR samada membela DSAI atau berjuang unutk negara (3) adakah Parti BERSATU berpotensi untuk menjadi duri dalam daging dalam perjuangan parti parti pembangkang unutk menjatuhkan Barisan Nasional dan sebagainya.

Saya yakin dan berpendapat, ada banyak persoalan lain yang mungkin ada dan yang jelas dan wajar, adalah mestinya ada satu komunikasi dari Parti BERSATU unutk menjelaskan, di mana, bagaimana, kenapa Parti BERSATU di tubuhkan agar pengundi di semua daerah faham, bahwa mengundi Parti BERSATU adalah bermakna mengundi untuk parti pembangkang juga.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 10, 2016 at 1:36 PM delete

dah lama dok atas pagar tetiba mcm nak terjatuh plak ke parti bersatu ni...aih kaki ni buat pasal betol lah...kikiki

Reply
avatar
xairlinepilot
AUTHOR
August 10, 2016 at 9:08 PM delete

Setuju 100% dgn pendapat tuan..

Tksh

Reply
avatar
NajibNazak
AUTHOR
August 10, 2016 at 9:12 PM delete

Ada berita bgtahu parti baru ialah parti kecewa...

Setuju.

Kecewa dgn UMNO sekarang yg membela pencuri wang negara...

Si Al Jibby telah berjaya mengecewakan kami rakyat yg x mkn dedak...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 10, 2016 at 10:25 PM delete

Tak sabar nk sertai...

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
August 10, 2016 at 11:59 PM delete

Baru hantar boring je ... tapi NGO yang satu tu ... Jembalang Meroyan Merapu tu bising bising ape ke hal ???

Takut ke Najib jatuh tersungkur dan bekalan dedak terputus .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 12:03 AM delete

Bye bye umno.

Reply
avatar
August 11, 2016 at 1:22 AM delete

Ingat bro din angau tgk gelek punggung. 2 3 Hari Takde cerite. Ok la tu gelek puteri. Kalau gelek punggung Ali tinju Mau sebulan Demam tak kebah. Ape pun good luck tun. Harap buat yg terbaik.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 1:53 AM delete

tengok logo pun dah jatuh cinta.. terbaik Bersatu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 3:42 AM delete

TV3 memang tv Najib. TSMY antar borang parti baru, tapi yg di temuduga NGO dedak... Isu skandal pulak tu.....kikiki

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 11:54 AM delete

Ada jugak dedakian komen pasal logo party baru tu.
Logo satu malaysia tu sama dgn satu israel taknak komen pulak ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 6:51 PM delete

hidup melayu,idup bangsa malaysia,mari join parti bersatu.Umno dah lama berkubur bersama najib dan bikmama

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2016 at 9:14 PM delete

ROS tu bukan rosmah yg boleh menyuruh arah tuan!
Jika disengajakan utk melewat2kan tanpa sebarang alasan yg munasabah itu dah kira sabotaj. Tatkala itu RAKYAT harus menunjukkan kuasa SEBENAR. Rakyat WAJIB bangun dan tentang habis2an.

Kita sebagai rakyat perlu wadah baru utk meneruskan perjuangan yg belum selesai. Hapuskan penyamun dan perasuah negara.

Reply
avatar
Wayne
AUTHOR
August 12, 2016 at 5:18 AM delete

gabungan bersatu,pakatan harapan dan parti shafei pasti mengalahkan pengkianat negare dan rakyat seperti najib razak bn umno kroni penyamun2 pru14.pru13 cume 47 peratus ja yg undi bn umno.pru14 jumlah itu pasti meningkat hingga 55-60 peratus undi total buat bersatu - pakatan - parti shafei.
#TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 13, 2016 at 12:46 PM delete

salam

alhamdulillah..dulu serabut kepala duk fikir camne nak kembalikan sokongan kepada UMNO...jawapan dah ada...perkata pertama yang perlu kita lakukan selepas ini ialah menyerang UMNO dengan mengaitkannya secara ABADI dengan 2.6 bilion...

mungkin blogger besar macam saudara boleh mulakan...bila sebut tulis pasal UMNO kita buat "UMNO 2.6 bilion"...

contoh....ahli UMNO 2.6 bilion d seru bersatu...eh..silap...perkataan bersatu tu bahaya...cari lain...ahli UMNO 2.6 bilion diseru memperkukuhkan saf mempertahankan presiden dari isu 2.6 bilion...

alang2 UMNO memperpertahankan najib hingga d buangnya tsmy,dsmm,dsaa...tun kuar UMNO..apa salahnya kita menyebut UMNO 2.6 bilion...

gie7

Reply
avatar