KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, August 2, 2016

dinturtle

Yang Menolak MO1 Itu Najib Adalah Bangang, Yang Siasat Mereka Yang Kata MO1 Itu Najib Pula ?


Sampai bila nak tutup mulut rakyat dari menyatakan apa yang ada dalam fikiran mereka ? Bukti2 yang diberikan sudah jelas dan selari dengan apa yang kita ketahui sebelum ini dari sumber2 lain. Malahan pengakuan tertuduh sendiri selari dengan bukti2 yang didedahkan. 

Semuanya selari, konsisten dan tepat. Semuanya menunjukkan bahawa Malaysian Officer 1 ( MO1 ) adalah PM Najib.

Tidak ada orang lain pun di seluruh pelusuk tanahair yang dapat memenuhi definasi MO1 sebagaimana yang diberikan oleh DOJ selain Najib. Semuanya tepat ke arah Najib .

- Siapa lagi yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam kedua2 1MDB dan kerajaan kalau bukan Najib ? Yang juga mempunyai pertalian dengan Reza Aziz ? Dan siapa lagi di dalam DUNIA ini sejak azali ( dari zaman Adam lagi sehinggalah sekarang dan mungkin hingga kiamat sekalipun ) yang menerima derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya secara senyap ?

TIDAK ADA ORANG LAIN SELAIN NAJIB yang memenuhi kesemua definasi yang disebut oleh DOJ itu. 

Makanya tidak salah kalau Tun Mahathir menulis dalam chedet - PEMIMPIN UMNO -

Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib. Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1.

HANYA YANG BANGANG SAHAJA YANG TIDAK KENAL NAJIB SEBAGAI MO1  !  !


Cuba nyatakan siapa lagi selain Najib yang dapat memenuhi definasi dari DOJ itu sebagai MO1 ? Kalau bukan Najib, siapa lagi ? 

Kalau yang tidak mahu mengakui MO1 itu Najib dianggap sebagai Bangang, bagaimana pula dengan pihak berkuasa yang bertindak  ke atas sesiapa saja yang berkata Najib itu MO1 ? !

Makanya kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat senario yang berlaku di depan mata ketika ini - SKMM siasat Tony Pua kerana tuduh Najib 'MO1'


Semua orang yang tahu mengenai isu 2.6 bilion dan sedikit sebanyak mengenai 1MDB bila baca definasi atau deskripsi orang yang dinamakan sebagai MO1 di dalam saman DOJ akan mengatakan Najiblah orangnya !

HANYA YANG BANGANG SAHAJA YANG TIDAK KENAL NAJIB SEBAGAI MO1  !  !

Tapi dilaporkan agensi kerajaan SKMM mahu siasat sesiapa yang tuduh Najib MO1 ? ?


Gila ! Apa nak jadi dengan kerajaan kita sekarang ni ? Apakah cukup dengan mengatakan bahawa nama Najib tidak disebut padahal kesemua definasi atau petanda MO1 yang diberikan menjurus ke arah Najib ?

Kalau kerajaan mahu menafikan MO1 itu Najib, maka kerajaan harus menolak saman DOJ itu ! Protes ! Keluarkan satu kenyataan kepada seluruh dunia bahawa kerajaan menolak apa2 maklumat berkaitan MO1 seperti yang terkandung dalam writ saman DOJ itu. 

Lawan ! Pertahankan kredibiliti, integriti dan imej Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia !

BUKANNYA dengan kenyataan seperti ini -

"Saya sedang memikirkan idea untuk menghantar wakil di sana kerana kita mahu nyatakan minat kami. Jika kamu ingin beri wang kepada kami, kami mahu dengar," , kata Peguam Negara APandi Ali. - Mkini.

"Saya dan pegawai saya akan hadir bagi mengikuti prosiding itu. Bagaimanapun, saya akan berunding dengan pendakwa raya di sana kerana ia sama sekali prosedur baru dengan sistem (kehakiman dan undang-undang) Amerika,"

Kami mahu ke sana dan mendengar apa yang berlaku di mahkamah. Dengan kebenaran daripada mahkamah, kami mahu bertanya beberapa soalan.

Sementara menunggu prosiding di Amerika itu bermula, apakah AG tidak akan melakukan apa2 ? Tidak ada langsung kenyataan protes ? Tidak ada langsung kenyataan mahu bekerjasama dalam siasatan DOJ bagi membantu siasatan pihak berkuasa kita .... contohnya berkongsi maklumat ? Bukankah kes yang disiasat adalah sama yakni mengenai 1MDB ? 

Rakyat tidak nampak langsung kesungguhan di pihak kerajaan dalam bab menyiasat sebarang dakwaan ke atas Najib, 1MDB dan Jho Low. 

Tapi kalau bab cuba menepis dakwaan ke atas 1MDB, kerajaan dilihat begitu bersungguh2 ..... sehingga sanggup ke Bangkok menemui Xavier Justo untuk mendapatkan bukti bahawa apa yang didedahkan oleh media mengenai 1MDB adalah maklumat yang telah dipalsukan. Apa jadi dengan siasatan itu ?

Apa kesudahan cerita Lester Melanyi, saksi yang dibawa oleh Rahman Dahlan tahun lepas konon mahu memperlekehkan pendedahan Sarawak Report ? 

Lepas satu2 diusahakan hanya untuk membela 1MDB. Namun pertuduhan ke atas 1MDB dan Najib serta Jho Low tetap konsisten, malahan makin bertambah bilamana semakin banyak bukti terdedah. Semuanya konsisten.

Yang sering berubah2 cerita adalah pihak kerajaan yang membela Najib dan 1MDB ...... serta Jho Low.

Saman DOJ mendedahkan MO1 atau Najib menerima wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya bersumberkan dana 1MDB. Cerita derma dari pak Arab ternyata satu dongeng dari dunia lain. ( KLiK

Namun cerita dongeng sebegitulah yang pemimpin2 Umno dan kerajaan mahu kita percaya sedangkan dakwaan yang disertakan bukti2 kukuh di alam nyata berupa penyata bank dan pelbagai bentuk lain, ditolak mentah2. Mereka yang terima cerita dongeng akan diberi tepukan dan pujian sementara yang menerima bukti2 kukuh akan di siasat ! ?

                                                    ***********************

Tapi berita yang paling mengecewakan umat Islam adalah ini -

FMT

PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu 1MDB, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau mengulas gesaan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.

Harussani memetik seorang peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan Peguam Negara AS, Loretta Lynch.

“Peguam kanan Australia juga berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” katanya kepada FMT, merujuk seorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.

Tambah Harussani, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-Amanah, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.

“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.

“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi.


Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan juga dah dipukau dek Najib, 1MDB dan Jho Low ?

Ulama kita sekarang terima bulat2 kenyataan peguam dari Australia begitu saja ? Apakah kenyataan seorang peguam Ostrolia yang kita tidak tahu sejauh mana kredibilitinya adalah lebih sahih dan dipercayai berbanding keseluruhan pasukan Jabatan Kehakiman Amerika yang bertindak atas nama kerajaan Amerika ? Langsung tidak ada gesaan supaya dakwaan DOJ itu disiasat bagi memastikan kebenaran ?

Kita tak harap pun para ulama kita untuk kaji isu 1MDB, tak tercapai dek akal mereka pun .... kerana ini soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global, tapi paling tidak komenlah secara umum tentang penggubahan wang haram, tentang keperluan bercakap benar, tentang kewajipan menentang kemungkaran, tentang keperluan siasatan penuh bagi mendapatkan Kebenaran ....

Paling tidak, ia mampu beri sedikit kekuatan kepada saksi2 lain yang terlibat dalam kes ini yang punya maklumat tapi takut untuk ke depan, supaya lebih berani demi menegakkan Kebenaran. Atau beri lebih kekuatan kepada rakyat untuk menuntut penjelasan daripada kerajaan.


Ini tidak .... langsung tak boleh pakai !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 2:39 PM delete

Syndrom...DIAM tanda SETUJU kot.. En Din....walhal kaji la dulu..kenyataan dari pelbagai pihak.jangan satu pihak saja...Majlis Raja-Raja pun bagi kenyataan yant tidak merujuk pada satu pihak..

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
August 2, 2016 at 3:22 PM delete

Salam Bro

Saya dengan ini bersumpah bahwa saya amat yakin dan pasti bahwa se nya:

MALAYSIAN OFFICIAL 1 adalah MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK...yang juga kerabat rapat Mohd Reza Aziz.

Saya ulangi...

MALAYSIAN OFFICIAL 1 ADALAH MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK

MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK ADALAH MALAYSIAN OFFICIAL 1

Tiada yang lain atau kembar seiras atau pelandok dua serupa.


Bro

Ape kejadah manusia Harussani ni? Saya tak memperlekehkan institusi "Mufti" tapi kalau jawatan itu disandang oleh manusia seperti ini...beliaulah yang sebenarnya memperlekehkan Institusi Mufti, Agama Islam dan Raja Raja Melayu sebagai ketua Agama di negeri masing masing.

Begitu jugak Majlis Fatwa Negara...tercemar dengan manusia benama Shukor Husin. Kamu tak layak duduk dalam Majlis tu. Saya petik kata kata beliau:

"Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB."

“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.

Kamu semua ahli Majlis Fatwa tak reti membaca ke?...atau kamu tak reti bahasa English?...(bahasa orang kapir kata kamu) Apa kitab yang kamu baca?...kitab Taliban?...Kitab IS? atau kitab PAS Haji Hadi dan Harun Din yang tahu bahasa Jin?...Jangan beralasan bongok...kalau dah tak tau minta pencerahan dari yang tahu....Ini AG Pandi ko jadikan rujukan.

Korang semua Ulamak Dedak...makan gaji...cari makan...tak lebih dari itu.

“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi.

Hal apa yang korang tak nak masuk campur?...Korang paham tak apa isunya? Atau pun korang semua memang kurang akal untuk paham? Isu nya jelas...umpama siang atau malam.

Apa dia isunya?....
RASUAH!.....RASUAH!.....RASUAH!...MENCURI DUIT NEGARA...
Apakah itu bukan isu yang patut ditangani oleh ULAMAK MAJLIS FATWA NEGARA? Betul ke korang ULAMAK?... atau setakat ULAM je? ULAM yang senang di makan oleh Malaysian Official 1.

Ikutlah contoh Ulama berwibawa dan nampak berilmu...Dr Asri...beliau tegas dan tidak memilih bulu...yang hitam tetap hitam dan yang putih tetap putih...senang cerita...Segala hujahnya diasaskan kepada ilmu dan akal yang waras.


Maaf Bro...

Saya ni jenis manusia yang tak akan hormat dengan orang yang tak menghormati orang lain.
"Ulamak" species "Ulam Mak" ni tak layak menduduki Majlis Fatwa mahupun menjadi Mufti. Harussani cakap persis pemakan dedak...Mufti Pahang pulak lebih pentingkan melabel orang lain sebagai kapir harbi....mana yang lain?...senyap je...Ini soal asas kemanusiaan dan hukum agama....tak kan nak senyap je.

MAKAN BERSUAP...biasakan?...kalau suami isteri...oi romantik.

MAKAN SUAP?...Mufti cuba jawab!...
Kalau suami isteri dan anak beranak makan suap?....cantik kan?


Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 4:35 PM delete

Cash is King kata Najib....and Najib's cash makes a lot of people foolish & infantile in their thinking ...like Haru-sani, Hadi & of course Pandi Dobi.

It is ok with Hadi...since he is president of Pas. But foolish people like harusani dan Pandi hold office at taxpayers expenses.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 4:38 PM delete

Haiii Ulamak,ulamak,ulamak...Bila berceramah hadis dan Al-Quran berkepul-kepul keluar dari mulut,adakala siap dengan terjemahan dan tafsirnya.Ulamak pewaris Nabi,martabat diletakan cukup tinggi... supaya dihormati orang.Perjuangan Agama dan politik tak dapat dipisahkan... IMDB dengan ulamak kenapa nak dipisahkan.Keluarlah fatwa, wahai ulamak pewaris nabi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 5:14 PM delete

Salam.
Saya terbaca tulisan dalam FB Zamzuri Mohamed Tahir;

"28 SYAWAL 1437H
Selasa 5.00p.m.
Saya hairan dan pelik bagaimana seorang pelajar Tingkatan 5 boleh mengandung gara-gara memakai selimut adiknya. (selimut tersebut dipercayai mengandungi sperma si adik).
Mengapa saya hairan dan pelik? Kerana sperma yang mengalir masuk ke dalam rahim seorang wanita sekali pun belum tentu akan menghasilkan benih.
Tetapi saya tak hairan dan pelik apabila DOJ menarik balik perintah sita terhadap defendan-defendan yang dinamakan sebagaimana saya tidak hairan dan pelik apabila para penentang YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak mendapatkan sokongan media asing dan kerjasama DOJ bagi mengkhianati Negara ini.
Mengapa saya tidak hairan dan pelik? Kerana jika seseorang itu mempunyai iman walau sebesar hama sekali pun, mereka tidak akan tergamak untuk mengkhianati Negara ini, apatah lagi mengundang campur tangan asing."

Poin soalan saya, betulkah DOJ menarik balik perintah sita terhadap defendan-defendan yang dinamakan? Kalu boleh saya harap saudara Din Turtle dapat buat artikel untuk jelaskan kerana di kem Najib dok cerita DOJ dah tarik perintah sita berbeza dengan pihak lawannya yang konsisten dari dulu mula terbit isu 1MDB.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 6:38 PM delete

Apakah dgn berserban dan berjubah anda layak di panggil ulama?
Apakah harussani seorang ulama?
Jawabnya TIDAK.

Saya ingat najib sudah cukup bodoh,rupanya kebodohan beliau diatasi oleh seorang yg memakai imej ulama!
Ptuiii.

Ubat paling mujarab utk harussani ialah pedang Saidina Ali karamullah. Kena yg tu dia akan terus diam tak berkata2 lagi utk selama2nya.

Demi Allah demi Rasul,
MO1 adalah najib razak.
Bukan nombor plet kereta di melaka.

ULANGI:MO1 adalah berupa manusia tapi tidak,berotak tak berakal dan menambah sifat nya beliau serang MUNAFIK.

Sekian. Salaam tinta merah!

Reply
avatar
cashisking
AUTHOR
August 2, 2016 at 7:18 PM delete

Kpd Mufti Harussani...
apa hukum pergi Haji melaui sumbangan 1MDB..... walhal hutang MDB berbillion billion ringgit ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 7:23 PM delete

Siapa kata mo1 ialah pm undi pembangkang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 7:25 PM delete

Kalau mufti dah guna pakai pendapat kafir dari australia utk menutup kes 1mdb, suruh harussani tu buang AlQuran dan hadith yg menjadi rujukkan umat Islam. Ini taraf pemikir yg memakai jubah? Ni la bangang yg di sebut Tun. Sanggup bersekongkol demi upah dunia. Pengkhianat ugama dan pengkhianat bangsa beliau ni. Dua kali khianat ni,bahaya beliau dipanggil ulama.
Apakah agama Islam membenarkan menipu,mencuri dan menindas? Pikul lah sama2 dosa sebagai bersubahat. Mintak beliau jawab. Jika tak boleh jawab mmg sah nak makan penampar saya!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 7:35 PM delete

Ikut logik la..kerajaan yg betul2 telus akan siasat dan hukum si MO1 dan lain2 tu dengan KADAR SEGERA. Tapi tengok sendiri la apa kerajaan buat skrg? Langsung takde inisiatif nak selesaikan isu yang memalukan negara ni. Najib setakat suruh nama2 yg terlibat bersihkan nama. Habis tu...mana tindakan? Dasar penipu bin penyonglap punya manusia!

Memang bangang sejati lah orang2 yang tak nampak atau pura2 tak nampak semua tu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 8:30 PM delete

Ok lah.Aku dah lama dok tunggu apa reaksi Ulama2 kita yg cerdik pandai hukum2 ni.Rupanya,mereka pun cari makan jugak.Tak lah boleh diharapkan,walaupun bergegar2 dlm masjid/surau dgn ayat2 quran.Patutnya diorang ni la pimpin kita melawan orang2 munafik dan pembohong ni.Kesal sungguh dengan kunun2 cerdik pandai agama ni.Ni la yg kita dok ternak2 ramai2 sekarang ni,bila isu teknikal,dah takot tak tau nak cakap apa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 8:36 PM delete

Telah saya katakan sebelum ini, Najib adalah mungkin salah satu manesfetasi dajjal!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 8:39 PM delete

Fatwa mengenai vape tak boleh pakai lah. Mana ada kemahiran majlis fatwa mengenai perubatan! Betul bangang!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 2, 2016 at 9:51 PM delete

Che Din..
nak mengata orang tua ni takda ilmu agama..ada, nak kata dia ni tak tau membaca..bole membaca,
nak kata buta..masih bole nampak,
nak kata pekak..masih bole mendengar.
Atau..dia da nyanyuk kot..!?
Sebab..ada ilmu agama, bole membaca, bole melihat dan masih lagi bole mendengar. Cuma.., otak dan akal dia da tak bole nak proses apa yg dibaca, apa yg didengar dan apa yang dilihat.

Reply
avatar
Abdul Aziz
AUTHOR
August 3, 2016 at 7:12 AM delete

Salam

bagaimana majlis fatwa nak dapat kemahiran berhubung perjalanan 1MDB? Ianya kena tanya Che Din Turtle kot.

Reply
avatar