KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, September 23, 2016

dinturtle

Antara Tun Mahathir Simpan Duit Dengan Rosmah Najib Simpan Duit



Seronok layan kritikan para balaci dan macai Najib yang cuba mempertikaikan kenyataan Tun Mahathir yang beliau tulis dalam Chedet - Mempertahankan Najib,  bab Tun Menyimpan duit gajinya selama ini dan hasil dari situlah Tun gunakan buat menampung cara hidupnya kini.

12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

Seronok layan kerana tanpa mereka sedari, mereka membuka ruang untuk kita mempertikaikan kemewahan giler cara hidup mewah terlampau yang dipertontonkan oleh pasangan Rosmah Najib kepada dunia.

Memang itu pun tujuan Tun bercerita benda ini iaitu supaya kita sebagai rakyat membuka mata dan menilai bagaimana pasangan Rosmah Najib mendapat wang bagi menampung gaya hidup mewah melampau mereka.

Satu dunia sudah tahu akan kemewahan mereka. Sebelum ini pun kita sudah disajikan senarai perbelanjaan mewah mereka... berjuta2 ringgit sekali shopping ! Semua itu belum terjawab lagi. 

Dulu dikatakan kononnya keluarga Najib itu golongan bangsawan tapi bila alasan itu ditolak oleh keluarga Najib sendiri, tidak pula kedengaran alasan gantian sebagai menjawab kemewahan mereka.

Mengalahkan pasangan Marcos-Imelda ! Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu ? Where ? ? Dari lubang hidung Jho Low kah ?

Satu lagi point utama kalau nak buat perbandingan adalah dalam soal - Adakah kemewahan itu boleh dijejaki / traceable

Soal traceable ini boleh juga dipakai untuk semua projek2 kerajaan semasa bawah Tun Mahathir dan Najib .... kalau nak buat perbandinganlah.

Rugi bilion2 ..... boleh dijejakikah perjalanan wang terbabit ? Adakah rugi kerana perniagaan atau lesap ?

18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?

Menariknya, SATU KEBETULAN bilamana negara kita kehilangan berbilion2 ringgit yang tidak dapat dikesan/lesap, waktu sama Najib terima berbilion ringgit dalam akaun peribadinya. Kan ?

Dan selama 1MDB sibuk berhutang dan terlibat dalam pelbagai skandal yang sehingga kini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, selama itulah juga pasangan Rosmah Najib ini dilihat berjoli sakan dengan kemewahan yang juga tidak dapat dijelaskan.

Mengenai kos bunga RM3 juta semasa perkahwinan gemilang anak Rosmah, sebenarnya berapa jumlah kos majlis itu ? Berapa puluh juta ringgit ? Biasanya kos bunga tak sampai pun 10% dari jumlah kos majlis .... kan ?

Takkanlah besan atau menantu yang tanggung sedangkan mereka sedang berdepan kes curi handbag jenama Hermes !

22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

Yang di atas ini juga tidak dapat dijawab oleh kerajaan ! Kenapa semua laporan yang berkaitan dengan 1MDB menjadi RAHSIA KERAJAAN ? Tidak ada alasan diberikan....

Kes Najib belanja duit puluhan juta ringgit milik SRC juga diarah tutup kes oleh AG. Kes yang begitu jelas menyalahi undang2 oleh Najib tidak diberikan sebarang penjelasan selain dari alasan Najib tidak tahu duit itu dari SRC.

Saya jarang nak layan tuduhan2 terhadap Tun Mahathir oleh para balaci dan macai kerana malas nak buang masa dan tidak mahu isu dialihkan. Jawapan saya senang jer, Kita dulukan yang lebih penting, yakni kes Najib sebagai PM yang SEDANG berkuasa. Yang dah pencen itu kita bincang selepas selesai kes Najib.


                                                    ********************************


Ayat Tun Mahathir di atas buat saya teringat akan satu sesi perjumpaan baru ni di Ketereh antara Tun Mahathir dengan para penggerak Gerakan Melayu Bermaruah ( GMB ) yang menganjurkan majlis Bersama Rakyat di Stadium Ketereh bulan lepas.



KLiK untuk ke Youtube

Sama jer ayat Tun Mahathir. Itu pun satu point menarik mengenai Tun. Beliau KONSISTEN dengan ceritanya. Sebab itulah Tun tidak kisah melayan pertanyaan wartawan mahupun dari rakyat tanpa mengira waktu atau majlis. Tidak ada halangan untuk sesiapa bertanya apajua soalan. Semuanya akan dijawab oleh Tun. Sebab apa ?

Sebab Tun yakin dengan kebenaran yang dipegangnya. Hanya yang suka menipu saja akan jadi kelam kabut dan mengelak dari sebarang pertanyaan spontan. Dan jika ada sidang akhbar sekalipun, para wartawan akan dipilih, soalan ditapis lebih awal dan diberi amaran untuk tidak menanyakan soalan2 sensitif .  Ceh, dasar penipu !

Kepada para balaci dan macai, cubalah jawab dari mana datangnya kekayaan melampau pasangan Rosmah Najib ?

Kalau tak jawab sekarang, masa kempen PRU14 kelak kena jawab juga ....

PS - Oya, SPRM dah siasat ke duit RM1 juta yang diterima oleh Shahrir itu ? Begitu juga dakwaan duit yang banyak turut diterima oleh Mat Maslan dan lain2 pemimpin Umno dari Najib ? Dikatakan ada banyak tersenarai cek2 persendirian dari akaun Najib .... siapa yang terima dan untuk apa ?

Apakah penerimaan duit2 itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sebagaimana dituntut oleh undang2 ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

25 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 5:01 PM delete

En din
Bila boleh buat perjumpaan besaran seluruh negara bantah guling pecat ros-jib
Tanya tun?
Keris pahang

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 23, 2016 at 5:16 PM delete

"dari mana datangnya kekayaan melampau pasangan Rosmah Najib"

Ini senang nak jawab. Menabung dr kecil dan komisen dr projek. He he he.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 5:20 PM delete

najib baru jadi pm lebih kurang 6 tahun, tun m dah jadi pm 22 tahun. kalau betul la tun m buat salah mcm najib, agaknya dah beribu-ribu dah beg tgn isteri tun m. cincin berlian pun agaknya dah besar cam bola sepak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 5:55 PM delete

tdm menabung. sumbernya jelas dan diberi penjelasan. rosmah dan najib tak ada cerita bab menabung. cikgu bard kot yg cerita rosmah tabung beli cincin 2.4 juta. bab lain belanja mewah. duit masuk akaun pun jelas, masuk akaun najib dan bukan menabung. duit beli kondo mewah tak cerita tabung, duit buat filem pun tak ada tabung. jadi cai dan jadi tugas cai. tahap otak yang tak berapa nak ada sel dan dna bijak ni, tak boleh nak buat apa. tulisan sampah, tak boleh baca. saya percaya tabung tdm, kerana tabung bpleh buat kita hidup selesa. tdm tak kata hidup mewah yer.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 7:26 PM delete

Kesemua tuduhan hanya retorit semata2. Buktikan atau ambil tindakan mahkamah pada Najib atau Rosmah dan saman mereka. Saya cabar penulis artikel ini. Jangan pandai menulis dan tabur fitnah sahaja tanpa bukti kukuh.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 9:31 PM delete

kalau fitnah kenapa tuan punya badan x pernah nk saman atau jawap...so...asyik org lain ( tukang mkn dedak jer tolong jawap ).jawap pulak mcm xde fakta...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 9:40 PM delete

Dedak pure dikesan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 10:13 PM delete

Retorit... hehehe... bukti semua sudah di OSA kan... tunggu peguam negara baru le

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
September 23, 2016 at 10:22 PM delete

Bahlol onon 7.26. Mcm mana nak ambil tindakan makamah, semua kan tiada kes.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 23, 2016 at 10:33 PM delete

Ko ni salleh keruak...aku tau.

Reply
avatar
LaksaPenang
AUTHOR
September 23, 2016 at 10:51 PM delete

bro ni bru kluar dri gua ke ape?

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
September 24, 2016 at 1:52 AM delete

Anon 7:26 .

Nak saman macam mana ?? Cuba otak awak yang hebat tu tolong bagi tau sikit caranya .

Tiga Tan Sri di berhentikan / di ganti . Yang lagi satu Tan Sri yang menjalankan penyiasatan je yang maintain ... tapi Tan Sri yang ini kalut sikit . Ada perasan ke awak ? Kalau awak tak sedar juga , taraf awak ni sama je dengan Chegu Bad , Ass Want Deen atau lebih kronik lagi taraf Nallaaa .

Bolih caya ke Najib dgn RM menabung dari kecik ???

Najib sudah 40 tahun dalam politik . Katakan dia Berjaya simpan , saya andaikan simpanan bersih 30 ribu ringgit sebulan ( banyak tu kalau di kira dari awal ), maka dia Berjaya mengumpul sebanyak kurang dari 15 juta . Wang sebanyak itu tidak cukup untuk majlis perkahwinan anak dia pun .
Rosmah menabung ? Menabung apa bendanya ?? Dia marketing manager I&P je .. yang Nampak jelas si Rosmah ni menabung lemak di badan adalah .....

Enchik Din , saya baru saja buat lawatan ke Khazakhstan . Rata rata tidak ramai yang kenal siapa si Mera besan Rosmah ni . Yang pernah dengar pun hanya tahu besan si Rosmah ni dah lama di tending keluar dari Clan Nazabeyeh ni kerana namanya "busuk" saentero dunia kerana menipu ....

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 24, 2016 at 1:56 AM delete

Kalau dah xada fakta tu maknanya auta je la

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 24, 2016 at 3:24 AM delete

Macamana nak jawab 7.26, bagi kat aku 10 orang cerdik, aku sanggup berbahas tapi yg sekoq ni aku angkat tangan.

Reply
avatar
September 24, 2016 at 8:39 AM delete

Apa la punya buta kayu cow ni tajul ..tu fakta2 yg diberi oleh Sr dn Wsj tu ingat boleh di reka2...bangang tahap gaban.. penyokong umnongok memang bodo sejak azali...

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
September 24, 2016 at 2:24 PM delete

Falsafah nenek moyang kita:

Berakit rakit ke hulu
Berenang renang ke tepian
Bersakit sakit dahulu
Bersenang senang kemudian

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Sikit sikit lama lama jadi bukit


Falsampah NajibRosmah:

Berenang renang kehulu
Arus deras tidak terkira
Bersenang senang dahulu
Dosa pahala belakang kira

Pisang embun dibawa belayar
Sauh dilabuh layar dikibar
Hutang bertimbun tak boleh bayar
Harta Negara habis tergadai

Berbukit bukit lama lama jadi penyakit

MO1 PENCURI...!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 24, 2016 at 5:53 PM delete

Terbaik putra kraken hahaha macai keruak kerbau jawab le pantun tu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 24, 2016 at 6:06 PM delete

Spesis dedak najib banyak jenis.. yg ni jenis otak kt tumit... Mcm x phm langsung kenapa x leh saman... Ooo patutlah.. berjalan x pakai kasut... Otak jadi nipis..

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 24, 2016 at 10:35 PM delete

mana rosmah/najib dpt duit?

mereka berdua ni bomoh projek tersohor d putrajaya.

arwah harun din mengubat tanpa mengenakan tariff. hanya sedekah ikhlas.

pasangan ini memberi khidmat dgn kadar yg semua 'patient mereka' mengerti.

power corrupts !!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 24, 2016 at 11:19 PM delete

Apakah shahrir dan semua pemimpin umno yg dpt wang dari najib mengistiharkannya kepada LHDN. tak terkecuali ketua2 bahagian umno yg senyap2 saja sekarang. LHDN patut ambil tindakan. Jangan rakyat sahaja yg disiasat, orang politik umno bermewah2, hidup mati mereka pertahankan najib. Faham2 saja..

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 25, 2016 at 1:24 AM delete

Kot ye nyokong geng tolak Najib pun xkan sampai xkenal kawan & lawan brader.. Yg Aku cakap xada fakta tu xkan kau Xtau siapa.. Aparra..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 25, 2016 at 8:53 AM delete

pru 14 najip tetap pm malaysia.dia berbillion duit ada,kau orang apa ada,bawak telor 2 bijik je.spr anytime dia boleh beli punya

Reply
avatar
Fikir Tajam
AUTHOR
September 25, 2016 at 5:29 PM delete

MO1 = Najib
Wang derma Arab = Wang curi dr 1MDB

Reply
avatar
Kes al maunah
AUTHOR
November 8, 2016 at 5:18 AM delete

Nak tanye... ini citer pasal cincin yang rafizi jata gurau tu ke?

Reply
avatar
Kes al maunah
AUTHOR
November 8, 2016 at 5:19 AM delete

Jadi betul ke bergurau citer ni?

Reply
avatar