KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, September 25, 2016

dinturtle

Balaci Najib Bersorak Riang Bila Matthias Husam Tarik Balik Saman Untuk Kembalikan Harta Rakyat Malaysia ! ? ?




Dari semalam gegak gempita para balaci dan macai bersorak meraikan 'kemenangan' bila dilaporkan Matthias dan Husam menggugurkan saman mereka ke atas mereka yang dinamakan dalam saman DOJ @ harta haram 1MDB ( Mkini )

"NOTIS PEMBERHENTIAN SUKARELA Menurut Kaedah 41 (a) (1) (A) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif (atau plaintif-plaintis) dan atau penasihat mereka, dengan ini memberi notis bahawa tindakan diatas secara sukarela digugurkan, TANPA prejudis terhadap defendan Goldman Sachs Group Inc, Debra Whelan Johnson, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Metropolis IX Capital Advisors, LLC, Red Granite Inc, Riza Shahriz Abdul Aziz , Low Taek Jho. Dokumen difailkan oleh Husam Musa, Matthias Chang. (Burke, Louis)."

Para macai riuh mendakwa mahkamah di US telah menolak kes itu padahal jelas ditulis yang peguam kedua mereka yang telah gugurkan kes.

Kemudian Husam keluarkan kenyataan yang tindakan itu dibuat supaya dapat diadakan pengubahsuaian -  "Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB. ( MKini )

Dikatakan ada satu lagi filem terbitan Red Granite selain dari filem lucah Wolf of Wall Street yang terbabit dalam penyitaan iaitu Friends With Kids.  Jadi kenalah diubahsuai saman itu supaya 'matching' dengan saman DOJ. Kemudian boleh kemukakan saman semula.

Sebenarnya, saya hairan dengan reaksi para macai dan balaci .... Apa yang mereka gembira sangat ? Tindakan tarik balik saman itu tidak ada kesan sedikit pun kepada tindakan saman DOJ. 

JUGA .... sebenarnya saya juga hairan dengan tindakan saman oleh Husam dan Matthias dari awal lagi ( makanya saya tidak layan berita itu ) .... Apa tujuan mereka filekan  saman yang serupa dengan DOJ ?

Bukankah sudah disebut oleh AG Amerika yang DOJ akan memulangkan semula harta2 rampasan kepada rakyat Malaysia selepas semuanya selesai ? Bagi saya, tidak relevan saman oleh Husam Matthias itu. Saman mereka hanya menunggang / riding tindakan DOJ. Kira2 macam tumpang semangkuk la .... 

Makanya pada pendapat saya, kedua mereka saman ke, atau tarik balik saman ke, atau saman semula selepas tarik balik ke, atau kemudian tarik balik saman yang kedua untuk diubahsuai kepada saman yang ketiga pula .... semuanya tidak beri kesan kepada kes utama iaitu saman DOJ ke atas harta haram 1MDB.

KALAU masih tetap nak saman juga di Amerika, kenapa tidak tunggu saja selesai kes DOJ itu, dan buat notis tuntutan atas nama rakyat Malaysia ke atas harta rampasan. ( Tapi bukankah DOJ sendiri dah kata akan pulangkan balik kepada rakyat Malaysia ? )

Tak pun, usahakan satu memorandum rakyat untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika supaya diberi keutamaan agar kes DOJ @ harta haram 1MDB itu dipercepatkan prosidingnya.

Kita tidak tahu bagaimana prosedurnya proses mahkamah di Amerika, yang pasti kes2 seumpama ini mengambil masa yang panjang. Difahamkan oleh seorang rakan peguam, kalaupun pihak tertuduh tidak kemukakan kenyataan pembelaan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak DOJ masih perlu kemukakan kes mereka dengan segala bukti bagai di mahkamah dan pihak tertuduh masih boleh soal balas. 

Proses tetap tarikh untuk pelbagai peringkat prosiding juga memakan masa yang lama. Harap2 biarlah kes dibicarakan sebelum PRU14.

Apapun, point utama artikel ini adalah lebih berbentuk persoalan - 'Kemenangan' apa yang para balaci dan macai duk raikan itu ? 

Saman Matthias Husam itu bagi mendapatkan balik harta rakyat Malaysia, dan mereka tarik balik .... so, apa yang gembiranya ?

Dakwaan Najib selaku MO1 dan kuncu2nya terlibat makan duit haram dari 1MDB sebagaimana terkandung dalam saman DOJ itu masih tidak terusik. 

Malah, selepas hampir dua berlalu MO1 atau Najib masih takut untuk komen mengenai segala dakwaan yang dilemparkan oleh DOJ itu. 

1MDB juga senyap .... padahal kedua Najib dan 1MDB mampu mengkantoikan segala dakwaan DOJ seterusnya memalukan DOJ dan semua pengkritik dengan hanya menunjukkan bukti jejak wang ( money trail ) dipihak mereka pula. 

1MDB boleh lawan dengan menunjukkan bukti kewujudan pelaburan2 luarnya termasuk Just Unit ( ada saya komen sebelum ini - KLiK ) . Sementara MO1 pula boleh tunjukkan bukti kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya adalah dari sumber halal dan bukannya dari 1MDB sepertimana dakwaan DOJ.

Kalau itu boleh dilakukan, barulah layak para balaci dan macai bersorak gembira. Selain dari meraikan Kebenaran, mereka juga boleh meraikan pemimpin mereka yang terbukti bukannya seorang PENAKUT. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
kluangman
AUTHOR
September 25, 2016 at 8:24 PM delete

Din, jangan lupa, harta itu dibekukan jika tiada pihak Malaysia (1MDB) menuntutnya.

Sudah tentu 1MDB tidak akan mengaku duitnya dicuri..

Tinfakan Mathias dan Husam untuk tumpang semangkuk sangat tepat.

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 25, 2016 at 11:48 PM delete

Biasalah din..

Orang yg tgh karam dapat berpaut pada taik seketul pun jadilah..

Itu je la taraf macai upahan murahan..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 26, 2016 at 12:17 AM delete

Bior le nak sorak kampung tergadai la
Keris pahang

Reply
avatar
Othman Ahmad
AUTHOR
September 26, 2016 at 7:18 AM delete

Harap waspada pada seorang pentaksub Najib & KJ yang muncul dgn pseudonym 'Anonumous/Tanap Nama'. Dia sering merayap di sana sini, khususnya di Blog Kluangman & Putra Merdeka memutar belit fakta, pantun sampah & siap maki carut kesat.

Harap maklum.

Reply
avatar
September 26, 2016 at 11:11 AM delete

In the end wat matter most is all of this will go back straight to Allah...Coz dunia ni milik Allah...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 26, 2016 at 1:40 PM delete

Salleh kruak menyebut dlm berita harian smlm kononnya wsj dll tak nak sebut 'saman ditolak'! Jelas betapanya bagaimana seni menipu yg dilakukan oleh talibarut2 & Najib!

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 26, 2016 at 7:30 PM delete

salam bro.

manyaksi kan kelakuan mereka yg sangat gembira dgn berita penarikan balik saman sivil ini,membawa saya k era 60han.

semasa dahulu masih lagi tiada television. ulasan selari melalui muncung radio lah yg menjadi punca maklumat.

kami adik beradik sering mendengar ulasan termasuk lah kejohanan bulu tangkis 'Thomas cup' d London. adik saya tidak faham dgn 'scoring system'.

jadi apabila regu Malaya memenangi mata mereka bersorak bagai nak rak. tapi akhir nya bila regu Malaya kalah, mereka binggung n tak mahu menerima keputusan. terpaksa lah saya menerangkan kpd mereka sewajarnya.

rasa saya,kes nya serupa lah mcm saman sivil mathias n husam. tanpa meneliti lebih lanjut mereka tlh ishtihar kemenangan.

penjelasan husam tidak penting kerana mereka tlh berjaya dlm perang saraf(psy war) melalui 'spinning'.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 27, 2016 at 11:24 AM delete

Saman DOJ hanya kpd perompak2..saman husam untuk semua yg menerima faedah dari rompakan 1mdb yg tidak di saman DOJ..

Reply
avatar