KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, September 5, 2016

dinturtle

Deposit Aabar DiRahsiakan Dari Pembeli Bon, Lembaga Pengarah 1MDB, dan Juruaudit KPMG ... Tak Pelik ke ?



1MDB dikatakan telah membayar deposit RM4.2 bil kepada Aabar sebagai cagaran kepada jaminan yang diberikan oleh IPIC kepada pinjaman bon 1MDB melalui bank Yahudi Goldman Sachs.

Deposit ini atau dalam dollar USD1.367 bil disebut oleh kedua PAC dan DOJ

dari m/s 61 lapuran PAC disebut -


Pembayaran deposit sebesar itu dibuat TANPA kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB ? Ni apa punya syarikat milik kerajaan yang langsung tidak ada check and balance dan keputusan boleh dibuat sewenang2nya ? !

Pelikkan juga amaun yang dibayar itu .....  USD576.94 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil dan USD790.35 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil.  Kenapa amaunnya berbeza ?

Satu lagi yang pelik, kenapa tidak disebut juga mengenai pembayaran deposit itu dalam Nota Pekeliling yang diedarkan kepada pembeli2 bon pinjaman itu ? Dari m/s 50 DOJ -




Pendek kata - Tidak ada siapa tahu yang 1MDB perlu bayar deposit sehingga 40% dari nilai pinjaman kepada pihak penjamin !

Perkara sepenting itu seharusnya didedahkan kepada bakal2 pembeli bon sebab ia bakal memberi kesan kepada pelaburan mereka. Tidak pernah berlaku di mana2 pun di dunia ini sebuah syarikat terpaksa bagi deposit sehingga 40% nilai pinjaman kepada penjamin. 

Ia tidak diumumkan langsung. Bukan kecik anak amaun nya. RM4.2 bilion !


Kemudian kita digemparkan dengan hebahan umum yang dibuat oleh IPIC bahawa Aabar BVI, syarikat yang menerima deposit itu, bukan milik IPIC.

Oooooooooooo...... patutlah deposit itu tidak dihebahkan...... 

Bayangkan kalau dari awal lagi, sewaktu Nota Pekeliling diedarkan kepada bakal2 pembeli bon itu sudah disebut bahawa 40% hasil jualan bon itu akan dibayar kepada IPIC sebagai deposit, gerenti IPIC dah bising - MANA ADA DEPOSIT ! ?    

Kantoilah perancangan mereka nak songlap sejumlah wang yang begitu besar dari pinjaman itu ...

Begitu juga kalau persetujuan diminta dari ahli lembaga pengarah 1MDB mengenai deposit itu, saya percaya lembaga pengarah akan menolak usul pinjaman itu sebab ianya MEREPEK ! Bodoh sangatlah buat pinjaman dengan terma yang sebegitu pelik.

Rosaklah pelan nak songlap duit dari pinjaman itu kalau tak jadi buat pinjaman dengan bank Yahudi itu !

Makanya lembaga pengarah hanya diberitahu mengenai deposit itu SELEPAS ia dibayar. 

Dengan juruaudit KPMG juga tidak dimaklumkan !

Semakan lanjut mendapati perkara-perkara tersebut di atas tidak
dinyatakan dalam Surat Representasi 1MDB mengenai pengauditan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 kepada Tetuan KPMG bertarikh 27 Disember 2012.
(m/s 62 laporan PAC )



Kenapa mahu disorokkan fakta mengenai deposit dan juga option kepada Aabar BVI ? 

Sebab ...... dah ada perancangan jahat lah tu ..... 

Kalau anda baca lapuran DOJ, didedahkan bagaimana wang deposit yang syarikat palsu Aabar BVI itu terima dari 1MDB telah disalurkan kepada beberapa pihak termasuk orang yang 1MDB berurusan dalam urusniaga di atas iaitu Qubaishi dan Husseiny ... tidak lupa juga USD30 juta kepada MO1 atau Najib.

Pembayaran kepada Najib dibuat melalui akaun Blackstone .... hmmmmm, jika anda masih ingat, nama Blackstone ini ada disebut dalam 'surat' pak Arab.

PS - baca juga artikel sebelum ini KLiK  dimana saya berikan satu cara paling senang untuk Najib, 1MDB, Umno dan kerajaan tolak segala dakwaan DOJ, WSJ, SR mengenai songlap duit 1MDB iaitu dengan membuktikan pelaburan 1MDB GIL. 

Satu perkara pelik juga .... benda senang sebegitu pun payah nak dibuat. Berdalih2 bagai ..... cai2 Najib lebih rela bertekak dan memperbodohkan diri di mata rakyat mempertahankan Najib dari sebarang salah laku PADAHAL dengan hanya menunjukkan bukti pelaburan GIL itu saja, dakwaan DOJ boleh dikantoikan !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
September 5, 2016 at 6:58 PM delete

Cai dan macai jenis kuda. Dipalu utk lari. Lagi kuat disebat, lagi laju dia putar cerita.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 5, 2016 at 8:48 PM delete

Cepat la pecat tangkap penjara pok jib
Makin banyak seleweng songlap dan negara bankrap

KERIS

sprm
Igp peguam bank negara agong
Semua dah tidur kena suap kena cucuk hidung

Rakyat bangkit bantahan seluruh negara hari ini

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 5, 2016 at 9:46 PM delete

Din,

Puak puak UMNO BN dan regim pengampu ni semuanya pengamal sifir songsang. Bagi mereka 1000 X 1000 = 1 atau 1 X 2 = 0. Wirid depa wirid tunggang langgang. So apa nak heran Din kalau depa buat dak saja pasal berbilion duit 1MDB tu lesap, bagi depa itu cuma sekupang dua saja. So tak kan lah sebab sekupang dua tu Haji Najib mesti diterajang keluar. Selagi ada Melayu pengamal sifir songsang dan berwirid tunggang langgang, selagi itulah akan terus hidup spesis PM macam Haji Najib tu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 5, 2016 at 10:33 PM delete

Cita2 najib nakjadi billionire bila pencen akan terbantut..mungkin pencen disungai buloh inn

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 6, 2016 at 12:33 AM delete

Salam.

Utk kita semua ni dah teramat terang lg bersuluh spot light di tengahari buta kat tgh padang dataran merdeka jelasnya.

Cuma cabaran kita ialah bagaimana nak menerangkan dengan cara yg termudah kpd pakcik2, makcik2, atok2, nenek2 yg tinggal di luar bandar yg xfhm dgn kebenaran ni sebab mrk masih disuap dgn berita arus perdana (menteri) mcm tv3, utusan, dll. Bagi yg dok makan dedak n buat2 xpaham janji perut kenyang tu lantaklah mereka dh memilih utk kekal sesat tapi yg golongan2 yg saya sebutkn td mereka sikitpun xdpt apa2 manafaat drp penyonglapan mat najip n the gang ni.

Ataupun adakah mereka memang berhak utk dapat pemimpin yg mcmni sebab lps mengundi calon UMNO semuanya pakat gi beratur ambik RM50? (Saya tgk sendiri dpn mata benda ni berlaku di Bkt gantang dlm PRU13 lps - sy bdaftar di parlimen Rembau).

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 6, 2016 at 12:39 AM delete

Nasib baikle sg buloh. Silap2 ke tali dek kes anta...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 6, 2016 at 12:40 AM delete

Tuan, Biasanya modes operandi KAQ, managing director IPIC ini memang mcm itu..biasanya bayaran tidak dibayar atas nama syarikat, wal hal dibayar kembali pada Shelf Company 1, 2, atay 3. Kalau Tuan refer balik kes, "Barclays Capital Rising dlm tahun 2008" anda faham modes operandi KAQ pada masa itu managing director IPIC. Bagaimana melabur 3.5 billion pounds dlm bank Barclays. Tujuan shelf company sengaja diadakan ini cuma untuk bayar commission atau dedak utkorang-orang tertentu. Sekarang Pak Arab bersandiwara kononnya syarikat itu bukan syarikat mereka..ini kerana nak kenakan siapa?...Ingat lagi apa Joh Low kata tentang orang UMNO...Ini kes tamak haloba ..mulanak sikit tapi bila jumpa duit banyak..nak banyak lagi...kalau tuan berniaga..asyik org mintak komisyen lebih dari sepatut apa tuan akan buat.."pergi mampuslah kamu semua"...

Reply
avatar
pirit
AUTHOR
September 7, 2016 at 12:45 PM delete

bangganya JD pengundi PEKAN...bravo!!!

Reply
avatar