KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, September 2, 2016

dinturtle

HOT ! Jejak Wang 1MDB - AKaun Najib DiDedah ! ( Terjemahan Artikel Terbaru WSJ )

Berikut adalah 'terjemahan' kepada artikel terbaru WSJ How $1 Billion Made Its Way to the Prime Minister . Menarik kerana WSJ telah melakarkan satu grafik yang berupa jaringan ala batang paip disebuah kilang di mana ditunjukkan pergerakan Jejak Wang ( Money Trail ) bagaimana dana yang asalnya dari 1MDB boleh berakhir dalam akaun Najib.

Bukanlah terjemahan word by word tapi mengikut pemahaman saya agar mudah difahami ramai.

                                ***********************

Setiap kali 1MDB buat pinjaman atau menerima sejumlah wang yang besar, akan ada sebahagian besar juga darinya akan diselewengkan atau dibawa lari keluar dari tujuan asal pinjaman itu dibuat.

Semuanya direkodkan melalui penyata2 bank dan bukti menunjukkan hampir USD1 bilion dari wang2 yang diselewengkan dari 1MDB akhirnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Artikel terbaru dari WSJ ini menceritakan jejak wang ( money trail ) setakat yang dikenalpasti. Skandal ini masih dalam siasatan pelbagai pihak berkuasa dari 7 negara dan tindakan DOJ menyita harta2 yang dipercayai diselewengkan dari 1MDB adalah sebahagian dari siasatan itu.

Kesemua wang yang didakwa Najib kononnya sebagai derma dari pak Arab itu dijejak kepada 3 transaksi utama dan setiap satu mempunyai jejaknya yang tersendiri. Ada yang masuk terus ke akaun Najib dan ada yang memasuki beberapa akaun lain sebelum berakhir dalam akaun2 AmBank milik Najib. Jejak wang itu meliputi pelbagai negara seperti Singapura, Switzerland, Arab Saudi, Thailand, Seychelles, British Virgin Islands dan Curacao.

Sebahagian besar dari jumlah USD681 juta itu dikembalikan kepada akaun asal ( Tanore ) dan telah digunakan oleh Jho Low sebagaimana perbelanjaan mewah yang disebut dalam saman DOJ.

Sebahagian juga dikesan melalui Arab Saudi dan sebanyak USD80 juta yang masuk ke akaun Najib juga dikesan datang dari Kementerian Kewangan Arab Saudi. Siasatan masih dijalankan bagi mengesan sumber2 lain dari Arab Saudi.


TRANSAKSI 1 - 1MDB-Petrosaudi




Semua masih ingat kerjasama 1MDB-Petrosaudi di mana 1MDB telah melabur sejumlah USD1.8 bilion dan dari situ syarikat milik Jho Low, Goodstar telah menerima USD1.03 bilion. Tidak hairanlah kenapa pihak kerajaan bersungguh2 menafikan GoodStar itu adalah milik Jho Low dan kita tertanya2 kenapa tidak diteruskan usaha mendapatkan maklumat secara terus dan resmi mengenai status pemilikan Goodstar setelah isu Hasan PAC mengedit maklumat itu dari laporan PAC ? 

Kenapa disenyapkan ? Apakah kerajaan tidak berminat nak tahu akan Kebenaran ?

Pengasas Petrosaudi menerima USD24.5 juta dari Goodstar sebelum memasukkan USD20 juta ke dalam akaun Najib melalui orang tengah. Orang tengah yang sama juga dikesan melalui dokumen pemindahan wang telah beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun Najib dan perkara ini masih disiasat.


TRANSAKSI 2 - Dana IPP




Ingat lagi 1MDB buat pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs sebanyak USD3.5 bilion kononnya untuk pembelian IPP ?

1MDB kononnya telah bayar deposit kepada Aabar dan juga bayar tebus Option tapi pihak Ipic telah menafikan anak syarikatnya Aabar ada menerima pembayaran itu. Akhirnya didedahkan yang 1MDB telah bayar kepada sebuah syarikat palsu yang namanya menyerupai Aabar. ( iaitu Aabar BVI )

Dari Aabar BVI sebanyak USD637 juta masuk ke akaun Blackstone BVI. Sebanyak USD463 juta lagi masuk ke 2 akaun di Curacao dan kemudiannya masuk ke akaun Blackstone BVI. 

Dari akaun Blackstone BVI, beberapa transaksi yang berjumlah USD170 juta dikesan masuk ke akaun Najib sepanjang tahun 2012.


TRANSAKSI 3 - DANA TRX ( 1MDB Global Investment )



1MDB kononnya mahu memajukan TRX bersama Aabar dan telah memohon pinjaman USD3 bilion juga dari bank Yahudi Goldman Sachs. 

Sebaik saja terima wang pinjaman itu, 1MDB telah pindahkan hampir setengah darinya kepada beberapa akaun perantaraan di British Virgin Islands dan Curacao dan jejak itu berakhir di akaun Tanore Finance sebanyak USD1.27 bilion.

Dari akaun Tanore itulah Najib telah terima USD680 juta ( atau yang lebih dikenali sebagai RM2.6 bilion ). 

Sebanyak USD620 juta kemudiannya dikembalikan Najib kepada Tanore. Wang itu kemudiannya lesap dibelanjakan Jho Low untuk beli pelbagai aset dimerata dunia termasuk yang dibekukan di US.


Jejak Wang Ke Akaun Najib




Apa yang anda lihat di atas bukanlah jaringan paip disebuah kilang tapi merupakan JEJAK WANG ( money trail ) yang berjaya dikesan melalui bukti2 dokumen dan penyata bank. Begitu kompleks dan rumit untuk dihadam oleh para penyiasat professional apatah lagi kita orang biasa. Begitulah contoh apa yang disebut sebagai Money Laundering atau Penggubahan Wang Haram di mana wang haram dilalukan ke beberapa akaun supaya sukar dikesan.

Dari sejumlah USD1.05 bilion yang diterima Najib, hanya USD80 juta saja yang jelas datang dari Arab Saudi melalui Kementerian Kewangan walaupun maklumatnya masih tidak diketahui. 

USD120 juta lagi dikesan melalui orang tengah yang berpusat di Arab Saudi dan ini masih dalam siasatan. USD20 juta dari jumlah itu, jelas dapat dikesan kepada dana 1MDB.

Selebihnya baki USD850 juta yang masuk ke akaun Najib datang dari Tanore Finance dan Blackstone Asia ( BVI ) dan menurut penyiasat, dikesan bersumberkan dari 1MDB.


Kemana Najib Belanjakan 


Melalui dokumen2 siasatan, WSJ mengesan 500 transaksi yang telah digunakan oleh Najib dan ini termasuk perbelanjaan peribadi dan politik. Cek2 dikeluarkan kepada ahli2 politik jutaan ringgit lagi bagi tujuan perbelanjaan peribadi contohnya USD130,625 di kedai Chanel di Hawaii dan Euro750,000 di sebuah kedai permata di Switzerland.

                             **************************** 

Semalam Rahman Dahlan sudah mengesahkan apa yang selama ini diperkatakan oleh rakyat bahawa MO1 itu adalah Najib. Rakyat tidak terkejut pun sebab memang dah lama tahu cuma terkejut kerana wakil kerajaan mengambil masa lebih sebulan untuk mengakui perkara ini.

Kenapa tidak diakui lebih awal ? Kenapa bersungguh2 mengelak ke tahap memperbodohkan diri selama sebulan ? Sehingga ada yang sanggup menghina YDP Agong dengan menyamakan MO1 kepada baginda hanya kerana mahu mempertahankan Najib ?

Kita semua pun tahu yang Najib memang tidak disebut dalam saman DOJ kerana Najib bukan yang dituduh. Tapi untuk mengatakan bahawa Najib tidak disiasat, adalah satu dakwaan yang silap.

Baca kupasan peguam Hanif Khatri yang mengulas dakwaan Rahman Dahlan itu - ( FB Hanif )

FMT

Wahai Pengarah Komunikasi Strategik BN, RAHMAN DAHLAN :

ANDA TIDAK BERHAK UNTUK BERCAKAP BAGI PIHAK SEMUA PEGUAM !

1. Anda telah dipetik oleh FREEMALAYSIATODAY.COM pada 01.09.2016 sebagai berkata :
" ... Mana-mana peguam dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil dengan mereka yang hanya dirujuk dalam siasatan, adalah seperti hitam dan putih. ... " !!

2. Saya adalah seorang peguambela dan peguamcara yang didaftarai sejak 08.05.1992. ANDA TIDAK BERHAK BERCAKAP BAGI PIHAK SAYA !!

3. Kenyataan anda yang dipetik di atas penuh dengan kekhilafan, ketidak fahaman dan ketidak jelasan ketara, yang menyebabkan kenyataan itu menjadi SALAH di sisi undang-undang !!!

4. Tanpa perlu mendalami kenyataan itu, anda perlu tahu, terdapat perbezaan ketara di antara "SAMAN SIVIL" dengan "SIASATAN", yang menjadikan kenyataan anda itu TERLAMPAU PINCANG !!

5. Dokumen DoJ yang anda rujuk sebagai "saman sivil", adalah kertas kausa/kertas guaman yang difailkan di Mahkamah Tengah California, Amerika Syarikat. Ianya BUKAN "kertas siasatan" !!

6. "Siasatan", yang telah dimulakan sebelum "saman sivil" difailkan, masih boleh diteruskan dan tidak terhenti secara automatik apabila "saman sivil" itu difailkan di mahkamah. Justeru, dari segi undang-undang, ianya adalah SALAH serta PINCANG untuk mengatakan ataupun merumuskan bahawa "memandangkan orang yang dinamakan sebagai subjek dalam "saman sivil" adalah jelas, maka kononnya orang yang cuma dirujuk di dalam dokumen "saman sivil" itu tidak disiasat" !! 

"Saman sivil" itu bukan "siasatan". "Siasatan" berada dalam milikan dan pegangan agensi siasatan jenayah Amerika Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada FBI mahupun DoJ semata-mata !!

7. Dalam bahasa mudahnya RAHMAN DAHLAN, walaupun ada orang yang cuma dirujuk dalam "saman sivil" DoJ itu, dan tidak dinamakan dengan khusus, ini tidak bermakna bahawa tiada "siasatan" jenayah terhadap ORANG YANG TIDAK DINAMAKAN itu !!

8. Sebagai seorang "pemimpin" silalah perolehi nasihat guaman lengkap sebelum membuat kenyataan undang-undang !! Dan, yang sama pentingnya adalah, anda TIDAK BERHAK untuk mengatakan kononya “MANA-MANA PEGUAM dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam "saman sivil" dengan mereka yang hanya dirujuk dalam "siasatan", adalah seperti hitam dan putih.", seperti yang dipetik di atas !!

SAYA ADALAH SEORANG PEGUAM dan saya MENGESAHKAN KENYATAAN ANDA yang dipetik di atas, RAHMAN DAHLAN , adalah SALAH SAMA-SEKALI, dari segi undang-undang !!!

                             ***************************

Menarik untuk disentuh juga adalah CABARAN ANAK JANTAN yang dilontarkan oleh Muhyiddin kepada Najib ini !

Mkini
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.

“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.

“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Status sepenuhnya boleh dibaca di FB Muhyiddin

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

11 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
September 2, 2016 at 4:49 PM delete

Bukti hitam putih ada
Saksi nyata ada
Tertuduh ada
Laporan telah dibuat

Malaysia saya yakin akan korup
Saya yakin akan muflis
Saya yakin akan huru hara
Saya yakin akan lenyap

Jika
Agong senyap
Peguam negara senyap
Igp senyap
Sprm senyap
KERIS

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 2, 2016 at 6:51 PM delete

hahahha...hari ni,najib kata dia mempunyai banyak kelemahan..nak mintak simpatilah tu!!nak lepas diri dari hukuman!!,bagaimana dia lepaskan diri atas tuduhan pembunuhan altantuya,bersumpah di mesjid kata dia tak kenal altantuya...gunakan tektik simpati nak lepas diri.."kelemahan"...ya najib berbeza antara "kelemahan" dan "membuat salah",manusia memang tak perfect ada sahaja kelemahan,jika mereka menyedarinya mereka akan memperbaikinya dan bagi yg beragama mereka akan bertaubat..Tapi kamu melakukan kesalahan,kamu tahu akan kesalahan itu,kamu cuba nak melepaskannya,tapi kali ini kesalahan dilakukan di luar negeri kamu tak dapat lari "check mate",andaikata kesalahan itu berlaku didalam negara,kami percaya kamu akan terlepas lagi,dengan bersumpah kali keberapa di mesjid....bahaya jibb ooii main sumpah-sumpah ni...sekarang mana mahu lari!!!ka kazhakistan!!ka rumah in-law??ka mongolia??itulah kamu ada isteri yg setia saorang pueterikerabat di raja kelantan,kamu main kayu sepuluh,kamu belasah ziana zain lepas,kamu belasah azean idrawati terlepas,kamu belasah altantuya terlepas....tapi bila kamu belasah "bikmama"hahaah kontol kamu kena ikat..sekarang bikmama punya angkaralah kamu jadi begini..kamu hanya kaki betina ajerr..bukanlah kaki bunuh atau perompak ..yg buat kerja ini semuanya orng tahu..tak percaya tanya adik bik mamam ataupun anak bikmamam sendiri..apa nak buat najib nafsu punya hal..sekarang dah kena..,your days are numbered..the clock is ticking...masih..tak nak taubat lagi?/////

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 2, 2016 at 9:15 PM delete

Sedihnya kerana rakyat Malaysia terpaksa terima seorang MO1 aka PM yang pengecut, bacul malah dayus dalam mempertahankan maruah diri, rakyat dan negara dari serangan dan tuduhan tidak saja di dalam malah di luar negara. Langsung tidak ada usaha sendiri oleh MO1 atau PM Malaysia yang dituduh untuk membalas dan menjawab segala tuduhan. Lebih malang, MO1 dan PM Malaysia berterusan menunjukkan sifat bacul dan dayus kerana gagal menyahut cabaran dan dakwaan serius bekas TPM (tuduhan WSJ dan SR memang langsung dibiarkan begitu saja tanpa tindakan undang undang). Dengan ini secara jujur dan ikhlas saya kian yakin dan percaya bahawa MO1 atau PM Malaysia ini mempunyai sifat dan ciri ciri seorang penyamun, penipu, munafik dan manusia jenis putar alam, seorang pemimpin yang sama sekali tidak layak untuk diberi amanah sebagai PM Malaysia. Saya akan terus beranggapan PM Malaysia adalah penyamun dan bapa segala pembelit selagi beliau tidak menyambut cabaran bekas TPM dengan menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah. Kegagalan PM atau MO1 untuk berbuat demikian adalah petunjuk jelas bahawa beliau sedaya upaya cuba menutup pekung ditubuhnya dari terbongkar dan terdedah kepada umum. Kepada semua rakyat Malaysia samada pendokong UMNO BN atau penyokong oposisi, kalian perlu rasional dan bertindak demi kepentingan negara dan rakyat. Pemimpim begini tidak layak untuk terus diberi mandat.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 2, 2016 at 9:42 PM delete

salam sdr din,

syabas atas artikel yg amat bernas.

sapertimana sya nyata kan terdahulu. ekoran drpd pendedahan serta asakan drpd semua yg sudah mual dgn segala usaha utk menutup kes kecurian wang rakyat, maka najib tlh sedikit demi sedikit mula mengakui kepincangan n penipuan yg d lakui nya.

terbaru beliau tlh mengaku mempunyai banyak kelemahan. namun masih berkeras utk terus memimpin dgn alas an yg amat dangkal.

usaha yg gigih wajib d teruskan sahingga beliau sendiri terpaksa mengakui sendiri yg MO1 yg d sebut dlm laporan DoJ n FBI adalah belaiu. believe me,once that happens d cascading stream of opposition will bcome a tsunami.

buat masa sekarang usaha perlu d ambil bagi mendedahkan 'pasangan klepet' ini kpd penduduk Pekan supaya mereka dpt mengetahui dgn lebih mendalam mengenai 'ali baba n d 40 thieves' moden ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 2, 2016 at 9:44 PM delete

Hishamudin kata Tun m tak konsisten....alahai tak nak kata ke sepupu kamu bukan saja tak konsisten, membohong pun tak konsisten! Ada lah pulak yg bukan main gah nak jumpa Najib 12/8 konon nak suarakan hal rakyat, la ni dah u turn hentam Tun m pulak...tak kan darah ni pun dah kena penangan desak Najib. Nampaknya begitulah!

Reply
avatar
Faqqirulqoir
AUTHOR
September 2, 2016 at 9:52 PM delete

Peguam Khatri telah menyangkal kenyataan A.Rahman Dahlan yg bukan peguam dgn tuntas dan jelas menyerlahkan kejahilan menteri ini. Sekiranya dimalukan sebegitu, insan biasa mungkin 'tak cukup tanah' untuk lari bersembunyi. Namun ini mungkin diluar perkiraan manusia ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 2, 2016 at 10:09 PM delete

Nak wat camana din ooiiiii!!!! Semua menteri dan parti komponen BN sayang ke dia!!!

Reply
avatar
September 2, 2016 at 11:45 PM delete

Well done.....saya setuju bahawa kalau kesalahan ini benar maka pihak yg bertanggungjawab harus di ambil tindakkan. ...tetapi saya juga ingin bertanya. .....macam mana pihak FBI dapat merakam perbualan telefon di Malaysia.....sebab di America pun mereka mesti mendapat kebenaran mahkamah mrk dahulu.....utk merakam perbualan di Malaysia bukankah mereka mesti mendapat kebenaran Mahkamah kita. .....mungkin saudara peguam kita boleh jelaskan. ....it's clearly stated in the law that the ends does not justify the means.......

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 3, 2016 at 11:51 AM delete

Datuk Neil,
Perbualan My《》US.Rakaman dibuat keatas perbualan yg tehasil disebelah US.
Pertanyaan -Masih perlu dapat kebenaran Hakim Malaysia ker?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 3, 2016 at 2:04 PM delete

Maknanya penyiasat kita seperti MACC, BNM, Ag dan Polis (SB) telah menjalankan tugas seperti yang diamanahkan tetapi seperti kita maklum tindakan menghalang pendakwaan telah berlaku maka penyiasat yang tidak mahu berekongkol secara diam telah menjadi whistle blower.Apabila didalam negara tiada apa yang boleh dilakukan maka terpaksa diberikan maklumat kepada SR WSJ dan sebagainya. Perlu juga diingat badan badan penyisat kita juga terikat kepada konvensyen antarabangsa memberi maklumat kepada rakan -rakan penyisat antarabangsa apatah jika jenayah money laundering itu melangkaui negqara negara tersebut seperti US, Singapura, Switzeland dll

Reply
avatar