KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, September 7, 2016

dinturtle

Kerajaan Umno Dan Derma - Apa Yang Cuba DiAjar Kepada Rakyat ?

Saya copy paste artikel chedet 5/9 lalu, simple dan bersahaja je tapi mempunyai mesej yang amat besar berkaitan integriti dan kewibawaan pihak berkuasa kita dalam menjalankan tanggungjawab. Acu baca balik -


 Saya Orang Baik - Jamal

1. Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa mengaku yang dianya menerima berpuluh ribu ringgit dari rakan-rakannya (baca di sini).

2. Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).

3. Pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar keatasnya. Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.


4. Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai. Namun borang cukai mesti diisi supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri termaklum akan penderma yang Lembaga akan kecualikan dari cukai ke atas jumlah yang diderma. Jika tidak dapat dikecuali dari cukai pendapatan, penderma dan penerima perlu sebut dalam borang income tax akan jumlah supaya cukai dibayar ke atas jumlah derma.

5. Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.

6. Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai.

7. Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.

8. Sesungguhnya banyak soalan perlu dibuat terhadap orang baik ini. Taksiran kasar saya menunjuk berpuluh ribu ringgit perlu dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.

9. Janganlah hendaknya OSA diguna untuk sembunyi jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik.

10. Jika benar baik isilah borang penerimaan dan pemberian dalam borang Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayarlah cukai yang ditaksir.


Terang2 Jamal umumkan, apakah ada mana2 pihak berkuasa yang tampil siasat ?


SAMA jugalah kesnya dengan Najib. Apakah Najib ada melaporkan penerimaan derma 2.6 bilion dulu ? 

Bagaimana dengan kes RM42 juta yang bersumberkan wang dari SRC ? Kalau dulu Najib kata dia tak tahu duit itu berasal dari SRC, tapi sekarang Najib dah tahu. So ? DAH BAGI BALIK KE BELUM ?

Pihak SRC pula, takkan SRC juga tidak tahu duit itu diberikan kepada Najib, walaupun melalui akaun dua syarikat lain sebelum parking dalam akaun Najib ? Apa tujuannya duit itu diberikan kepada Najib ?

Bagi sesebuah syarikat seperti SRC, pasti ada dokumen2 yang perlu diisi sebelum sebarang pembayaran dibuat .... apa yang ditulis, siapa yang arah dan siapa yang luluskan ? 

Jangan lupa, Najib adalah juga ADVISOR EMERITUS kepada SRC !




Takkan kes SRC diarah tutup hanya kerana Najib kata dia tidak tahu duit yang masuk akaunnya datang dari mana ?  Apakah Najib juga selaku Advisor Emeritus kepada SRC juga tidak tahu yang SRC keluarkan juta2 ringgit kepada dirinya sendiri ?

Apakah tidak ada pegawai2 dari SRC yang beritahu Najib bahawa SRC ada keluarkan duit untuk dimasukkan ke akaun Najib ( sebelum melalui akaun dua syarikat lain ) ?


APAPUN .... KALAU DULU TAK TAHU, SEKARANG DAH TAHU KAN ?  SO ?


Kenapa persoalan2 penting sebegini dibiarkan tergantung tanpa jawapan ?


Apakah yang cuba diajar oleh pemimpin2 KERAJAAN ini kepada rakyat ?


PS - Dah boleh terbayang jawapan balaci dan cai2 Najib - Dah AG kata kes tutup, maka tutuplah. Najib tak perlu bayar balik !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
September 7, 2016 at 3:48 PM delete

depa issue payment voucher takdak support document... amalan biasa yg binasa...

tunggu je la, jd mcm co. lama aku

bile director rompak company sendiri... tak lama bro, 1 tahun je bertahan...

abis melungkup berjuta2... harap2 dapat sekat la pergerakkan duit tu..

tahan mereka dari proceed apa2 project...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 7, 2016 at 4:08 PM delete

Ini lah pendedahan yang mesti semua rakyat tahu
Sitem cukai LHDN
nyatakan dan sahkan ikut akta cukai pendapatan

Kenapa LHDN tak kejar jamal dan pok jib dan kroni dan balacinya?

SPRM buat ape yeak?
kerja tangkap dan dakwa bukan untuk orang umno bn yea?

Rakyat mesti tahuni fakta

Gabenor bank buat ape yeak?
Ini bidang dia kewangan keluar masu negara
Gabenir semak duit bukan gang umno bn je...?

Peguam negara buat ape yeak?
Dakwa orang bukan bn umno jea yea...

Ketua polis negara buat ape yeak?
Duit bukan jenayah yeak..

Agong buat ape yeak??
Boneka letak kat taman???
Nak letak taknak roboh?

Rakyat malaysia matang
Bangkit
Bantahan
Tangkap
Penjara najib

KERIS

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 7, 2016 at 7:56 PM delete

saya perhatikan hampir kesemua pembela najib/rosmah sudah kehilangan modal. tiada mutu.

mungkin pembantu rumah serta sopir pasangan ini lebih berwibawa.

saya kenal ahmad maslan semasa dia masih 'berhingus' lagi d kem kewangan. semua cyber troopers yg d guna nya mempunyai mutu pemikiran yg amat rendah. namun mereka cukup cekap dgn kata2 kurang sopan serta sering juga mencarut.

d laos sedang berlansung ASEAN SUMMIT sekarang. najib hadir sungguh pun semua pemimpin yg hadir sedar tentang perbuatan mencuri nya. tapi apa lah nak d hiraukan kerana pemimpin Malaysia ini sudah 'putus urat malu'.(a phrase frequently used by Indonesia).

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 7, 2016 at 8:02 PM delete

Ingat lagi tak berita dan cerita ini....

06 November, 2009
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan...bla bla bla.....

Cerita Tok Arab dengan Najib berpisah tiada. Kamceng ooo...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 9, 2016 at 1:34 AM delete

kerajaan malaysia yg di terajui olih BN/UMNO di gesa mengubal undang2 supaya DI HALAL kan rasuah di negara ini demi untuk keadilan seluruh rakyat malaysia supaya tiada lagi isu2 okan bilis dan jerung

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 9, 2016 at 11:36 AM delete

betul la kata kau anon sept 7 8.02pm

najib n rosmah ni selalu sangat dapat hadiah dari keluarga diraja arab saudi, kenapa ye?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 10, 2016 at 12:16 PM delete

Macamana kalau Anwar Ibrahim mengerakkan kempen supaya rakyat jangan membayar cukai kepada LHDN selagi Najib tidak turun?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 10, 2016 at 12:27 PM delete

Ingat.Ramai yang ingat,...yang tak ingat kisah tu adalah golongan bodoh semulajadi.Dia pergi ke tempat tok arab,....kemudian terjumpa barang tok arab yang hilang.Dia pulangkan,....dan tok arab pun gembira dan dengan senang hati beri hadiah wang berjuta demi mengenang ketelusan hati Rosmah.Baik punya kisah.Ini kisah zaman kegelapan,yang mana masyarakat semuanya tidak mampu menggunakan akal.Agama yang ada pun ciptaan ostad.

Reply
avatar
Hasra Raj
AUTHOR
September 13, 2016 at 9:25 AM delete

Tak sangka idea ni ya....aku setuju..

Reply
avatar