KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, September 28, 2016

dinturtle

Siapa Blogger TONGSAMPAH Yang DiSebut Oleh Tun Mahathir ?

Tersenyum saya membaca sindiran Tun Mahathir melalui artikel terbarunya di Che Det - PROPAGANDA, terhadap usaha propaganda di pihak Najib yang dilakukan oleh para macai dan balacinya.

Tun menamakan Menteri Propaganda Hitler, Joseph Goebbels sebagai contoh dan menggelar mereka yang mendalangi team propaganda Najib sebagai Goebbels kecil hahahahaha ..... saya gelarkan mereka sebagai Goebblets !

Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler

Propaganda yang dilakukan oleh Goebbels lebih kepada syok sendiri, hanya dipercayai dan diterima bulat2 oleh orang2 Nazi yang kita tahu memuja2 Hitler sebagai pemimpin mereka sedangkan dunia luar langsung tidak terkesan. 

Mula2 memanglah ramai yang termakan dengan propa yang dilakukan tapi selama mana propa yang tidak memijak bumi mampu mempengaruhi minda rakyat Jerman sendiri ? Samalah dengan team propaganda Najib .... lama mana mereka mampu membohongi minda rakyat dengan bodekan2 terhadap Najib walaupun satu dunia mentertawakan Najib dengan derma pak Arabnya.

Tapi bezanya Goebbels punya kemahiran dan sistem dalam melaksanakan tugas propagandanya sementara Goebbels kecil atau Goebblets yang ada di sekeliling Najib main hentam keromo saja. Untuk seketika, Goebbels mampu menaikkan imej Hitler ke peringkat pujaan rakyat Jerman tapi Goebblets bukan saja tambah memusnahkan imej Najib di mata rakyat, dengan diri mereka sendiri menjadi bahan tertawa rakyat dengan hujah2 dangkal sehinggakan budak sekolah pun hanya mampu geleng kepala sukar untuk terima.

Tanyalah budak2 sekolah sekarang pandangan mereka mengenai Najib dan Rosmah kalau tak percaya  ......

Begitu juga propaganda melalui media milik kerajaan seperti Utusan dan TV3 .... kalau di kawasan bandar memang sudah ditolak bulat2. Cuma mungkin dikampung2 media2 ini masih lagi dilayan.

11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.

12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.

Yang berjaya ditipu hanyalah ahli2 Umno yang masih buta matahati mereka, terutama Najib sendiri yang mungkin syok bila dilambung2 oleh para Goebbletsnya.


Saya tertarik kepada perenggan 9 artikel chedet itu -


9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.


Lain macam jer bunyinya ...... jarang sangat Tun mahu sebut nama2 individu kalau mereka bukan punya kepentingan atau berjawatan. 

Jadi bila Tun sebut nama blogger Big Dog dan Rockybru dalam konteks 'peralihan kesetiaan', pastinya menimbulkan pertanyaan. Apalagi bila Tun membakulsampahkan hasil penulisan mereka kini !

Marah bunyinya Tun Mahathir .....

Siapa lagi blogger2 Najib ni ..... bagus kalau kita dapat senaraikan mereka.

Hmmmm .... sudah tiba masanya saya kemaskinikan BLOGLIST saya mengikut kategori Blogger Najib, Blogger Bersatu dan lain2 ... 

Kepada para bloggers terutama yang baru, mohon kirimkan url atau alamat blog anda untuk disenaraikan.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

24 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
September 28, 2016 at 9:16 PM delete

bro din,

saya berani berkongsi maklumat bahawa banyak bloggers projib samada d beri 'launching grant' atuapun geran tahunan.

salah seorang drpd mereka d beri rm 5juta launching grant utk memulakan 'news portal' baru.

kumpulan pro kebenaran perlu juga d bantu dgn geran2 sedemikian.

buat masa sekaran 'we hv 2 fight fire wth fire'.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 28, 2016 at 9:36 PM delete

Bagus idea tu. ketegorikan blogger yg sujud pads najib.

Reply
avatar
September 28, 2016 at 10:32 PM delete

Assalamualaikum, Emm, tenang bLog ni. Takde sampah yg tak habis2 nak Mencarut. Apa yg Dia org marah Dgn tun Dan Anwar tak tau la. Tak dpt dedak gamaknya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 28, 2016 at 10:32 PM delete

Goglogher makan suap... dulu kutuk giler si bijan. Kena suap terus jadi bodoh ikut cakap ...

Reply
avatar
September 28, 2016 at 10:33 PM delete

Yup, 1000% sokong. Teruskan. Biar org lain kenal mane kawan Dan lawan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 28, 2016 at 10:38 PM delete

Sudah sampai tahap dah tak percaya lagi apa yang dicakap oleh Najib apatah yang mengampu Najib lagilah tak boleh dipercayai.Membohong banyak kali apa yang nak diharapkan lagi daripada Najib dan gerombolannya.Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tun.Undur Najib.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
September 28, 2016 at 10:43 PM delete

Saya tapis komen2 mencarut,biadab dan lari topik

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
September 28, 2016 at 10:43 PM delete

Saya tapis komen2 mencarut,biadab dan lari topik

Reply
avatar
NFH
AUTHOR
September 28, 2016 at 10:48 PM delete

Tak yah la please...kita ada class ..tak makan dedak2 ni..cobtohi blogger dinturtle..tak perlu dedak utk kebenaran...contoh lain ostb..respek!!

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 28, 2016 at 11:27 PM delete

tahniah bro din. itu lah yg saya harap2 kan drpd blog 'putera merdeka'

yg mana 'off topic' merepet, merapu n mencarut perlu d tapis.

jujur saya katakana bahawa saya bersedia berkongsi pengalaman n berdailog/berdebat berasaskan fakta.

bahasa mencermin kan martabat kita.

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 29, 2016 at 12:07 AM delete

Unspinner.. Rocky bru..

Semuanya dah dapat dedak..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 12:29 AM delete

Goebblets....namun sesuai dengan persekitaran kita di nusantara...mungkin GOBLOK lebih sesuai....hahahaha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 1:18 AM delete

Saya sgt suka cara tuan mengupas sesuatu isu..Ia lebih kepada cara ilmiah. Propaganda ini memang wujud di mana-mana. Kini lebih dikenali dgn nama, "Manufacturng Consent". Ia lebih kepada , "siapa yang membuat keputusan untuk kerajaan yang dipilih berfungsi dengan sekurang-kurangnya 80 peratus dari kalangan rakyat jangan fikir tapi ikut saja arahan yang diberikan kerajaan pemerintah".

Model propaganda yang digunakan oleh Media utama negara termasuk memilih tajuk utama berita, membentuk, mengawal, tapis informasi, mengawal informasi luar dll untuk reka pemikiran rakyat untuk menyetujui dengan pemerintah.Anda boleh lihat siapa yang memiliki media-media utama Negara ini. Mediamedia tidak peduli dengan penonton atau pembaca asalkan matlamat "tuan" mereka tercapai.

Dalam era moden ini kita perlu tahu kenal perbedzaan antara informasi dan propaganda. Kita juga perlu mampu untuk tapis apa yang perlu dan tidak - "self censership". Cuba kita tanya diri kita, "Apa isu rakyat sekarang?"...kalau tanya orang kampong ia bukan 1mdb, Tun Dr.Mahathir, DS Najib atau Lim Kit Siang..isu harian utama rakyat jangan sekali pandang remeh. Itu lagi penting untuk membeli hati rakyat dari membeli undi.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
September 29, 2016 at 3:32 AM delete

Salam brother Din...

Apa perbezaan ketara antara RTM dan TV3 hampir 3 3/4...?

RTM milik kerajaan, bukan milik UMNO, juga bukan untung duit matlamat mereka. TV swasta pula berasaskan 'hidup mesti ada "WOW" '. Duit matlamat utama mereka sama ada suka or not, later anak cucu merempat or not tak penting.

Tanya pada diri kita sendiri, perlu ke tonton or beli suratkhabar jika surat itu sekadar 'khabar' sahaja & perlu ke 'hidup mesti ada "WOW" ' ini...?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 7:38 AM delete

Pak Din hang jangan cakap kami suka sangat TV3,apa boleh buat tak ada chanel lain Pak DIN oii!.La ni kami tengok cerita siam,Astro kami tak mampu.Tak termakan kami dengan propaganda mereka.Kami pun nak daftar menjadi ahli bersatu,hang habak bagi kat mereka bila jawat jawatan dalam bersatu berjalan sikit mai banci kami yang tinggal di luar bandar.Jangan dok eksin saja bila boleh kedudukan.Berkerja sikit untuk kebaikan semua.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 8:20 AM delete

Kesian The Voice.
Dia punyalah advise pasal communication, tapi didn't even make the list on Che Det.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 8:53 AM delete

bang din bukan goebblets la.. goebloks

Reply
avatar
September 29, 2016 at 9:26 AM delete

Najib banyak duit? Huh, itu bukan duit dia, tapi dia curi duit rakyat.....duit kita semua!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 10:39 AM delete

Lihat tajuk dah tahu dedak atau tidak. Tu yg kita hairan, camna blogger yg hebat tulisannya tak mampu nak hujah atas fakta yg kelihatan jelas kebenarannya. Yg dok ulas atas fakta yg kurang jelas. Memang dah lama tak buka blog tu.

Reply
avatar
haku
AUTHOR
September 29, 2016 at 1:30 PM delete

tajuk posting blog2 Goeblok ni pun tak matang / bodohkan diri sendiri...takpe, janji buat kerja sebab dah dibayar..halal haram belakang kira...tu urusan dengan Tuhan (kalau ingat Tuhan la)

Reply
avatar
September 29, 2016 at 5:11 PM delete

Siapa lagi kalau bukan Joseph kruak Gobel

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 5:46 PM delete

pmo taja bloggers dedak 3K sebulan berebut sakan sampai cecah lebih 400 orang semua, selain guna akaun betul setiap orang guna berpuloh fake akaun mereka semua post dlm fb blog duk share duk likes sesama sendiri saja lepas tu rasa syiok sesama mereka dan kasi report pada pmo rating naik padahal orang di luar sana tak baca pun hahahaha padan muka ajib kena kencing di bebudak bloggers 3K hahahaha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 6:26 PM delete

Kesian jugak dgn sahabat kita brader Rocky.Agaknya terhutang body dapat dato hasil usaha jatuhkan pak lah dulu.Harap kita silap andaian,tapi heran pulak kenapa tetiba dia benak sangat hingga semangat journalism pun masuk longkang.Tak per lah,umur pun dah lanjut,nak jadi journalist tulin pun tak kemana agak nya dlm fikitan dia.

Reply
avatar