KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, September 11, 2016

dinturtle

Skandal 1MDB Mengganggu Kesedaran Moral Husni

Malaymailonline

Kenyataan berupa pengakuan terkini dari bekas Menteri 1MDB, Husni Hanadzlah ini amat menarik untuk dikomen sehingga menggamit saya kembali menulis walaupun niat nak bercuti barang seketika.

Malaymailonline memetik temuramah Sinar bersama Husni. Saya tidak ketemu artikel itu di Sinaronline namun ada rakan yang mengirim snapshot beberapa perenggan dari paper itu di pasaran.

Ternyata keputusan Husni ada banyak kaitannya dengan tugas beliau sebagai Menteri 1MDB. Baca dan cuba selami ayat2 Husni itu -
.
“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?”
.

..... Petunjuk Ilahi bagi menilai di mana saya harus berada ? Dan DI MANA HUSNI KINI ? JAAAAAUUH dari 1MDB ! 

Kerana isu 1MDB juga menyebabkan Husni mempersoalkan -  "... bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini" dan itu dikaitkan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri 1MDB..... tidakkah itu seperti menyatakan sesuatu tentang cara kerajaan mempertahankan skandal 1MDB ?


Siapa saja yang baca akan buat rumusan bahawa kerja mempertahankan skandal 1MDB merupakan satu kerja yang TIDAK LURUS, dan mereka yang punya kesedaran ( conscience ) moral yang tinggi akan mengalami tekanan dalaman yang tinggi dalam melaksanakan tugas kerana amanah itu berlawanan dengan prinsip kebenaran yang dipegang.



Kenapa sampai begitu sekali penangan 1MDB kepada Husni ? Bukankah semuanya mengenai 1MDB itu OK ? Bukankah 1MDB itu kebanggaan Najib dan macai serta balacinya ?  Kebanggaan Umno ?




Saya berdoa agar setiap discrepancies dalam 1MDN dapat di atasi .... ? ? Discrepancies bermaksud percanggahan . Percanggahan apa ? Antara fakta yang direkod 1MDB dengan apa ?

Begitu juga dengan SRC, saya berharap akan diselesaikan segera .... ? ?  Apa masalahnya dengan SRC ? ?

Mengenai SRC, kita hanya tahu yang AG telah mengarahkan kes duit SRC yang masuk ke akaun Najib ditutup atas alasan dangkal iaitu Najib tidak tahu yang wang itu datangnya dari SRC. 

Tapi Husni merujuk kepada masalah SRC.  Ada ke pihak yang siasat SRC ?




Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009. Saya tidak dirujuk walaupun saya Menteri Kewangan 11. 

Ni kerja siapa yang gatal buat 1MDB hinggakan Menteri Kewangan 11 sendiri pun tak tahu apa2 ! ? Najib lah siapa lagi .... atas nasihat cina kesayangan Umno, Jho Low. Begitu BESAR sekali pengaruh Jho Low ke atas Perdana Menteri Malaysia ! Siapa Jho Low sampai diketepikan terus Menteri ? Itu kena tanya Najib ..... atau Rosmah.

Bila saya dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB ?

Persoalan yang SAMA juga pernah ditanya oleh Tun Mahathir ketika diwawancara oleh Sarawak Report pada 15 Januari 2015 ( KLiK )

I question the creation of 1MDB and how it is managed. They [the managers] came to see me, but they couldn’t explain how the money was raised and why the power plants were brought at such high prices and the commission that was paid to Goldman Sachs”, Mahathir elaborated

“I don’t think that it serves any purpose.  That’s my difference with the government.  I don’t think that it is necessary for us to have a fund like this.  We are doing well enough without a fund… in the first place they got the money to lend to the Saudis and they they put it in hedge funds. The government should not be gambling money in hedge funds”, Mahthir said, reiterating his main arguments against the development fund.


( terjemahannya - Saya persoalkan kewujudan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka ( para manager ) datang bertemu saya tapi mereka juga tidak mampu jelaskan bagaimana dana itu diraih dan kenapa IPP dibeli dengan harga yang tinggi dan juga mengenai komisen yang dibayar kepada Goldman Sachs.
  Saya tidak nampak keperluannya diwujudkan dana seperti 1MDB. Tidak menyumbang apapun. Kita dalam keadaan yang baik tanpa perlunya dana seperti itu. Kerajaan tidak seharusnya melabur dalam dana berbentuk perjudian seperti hedge fund. )


Husni berkata lagi - Pada faham saya, penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi, dan Unjuran Imbangan Kewangan.

Apakah semua itu TIDAK ADA  disediakan oleh dalang yang menubuhkan 1MDB ? Apakah penubuhan 1MDB pakai main redah saja ? Patutlah cara 'main redah saja' ini berulangkali diulangi oleh Shahrol, bekas CEO 1MDB yang bertanggungjawab dalam hampir kesemua skandal berkaitan 1MDB. Kelulusan ahli lembaga pengarah tidak diperlukan, nasihat ahli lembaga pengarah tidak dihiraukan, menipu Bank Negara ..... langsung tidak ikut prosedur ! 

Berpuluh bilion ringgit wang kerajaan / rakyat dibuat seolah duit mak bapak dia ! Sekarang bila nama dan skandal 1MDB ini dan mashyur di seluruh dunia, baru sibuk nak libatkan kerajaan dan negara. Pandai pula sembunyi belakang kerajaan, masa buat hari tu, main redah jer.




Baca lagi luahan Husni ini -




Semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB ? Kata-kata itu membuka mata hati saya .... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega. 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya.


Seperti yang saya komen ketika Husni letak jawatan tempoh hari, apapun Husni masih perlu bertanggungjawab ke atas apajua kenyataan yang pernah beliau keluarkan semasa masih bertugas. Dan bertanggungjawab untuk mendedahkan kepada rakyat apa yang beliau tahu mengenai 1MDB terutamanya maklumat yang boleh mendedahkan Kebenaran di sebalik skandal 1MDB.

Tidak ketinggalan adalah juga Kebenaran disebalik isu RM2.6 bilion. Selaku bekas bendahari Umno, Husni pastinya juga tahu banyak cerita berkaitan 2.6 bilion.

PS - Sekarang tugas Menteri 1MDB diambilalih oleh Datuk Johari. Bezanya, Datuk Jo dilihat lebih berhati2 dalam membuat kenyataan dan tidak mempertahankan 1MDB cuma beliau mengelak dari mengaitkan Najib. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

23 comments

Write comments
PutraKraken
AUTHOR
September 11, 2016 at 6:48 PM delete

Salam Bro

Dulu lagi telah saya nyatakan dalam blog ini...Husni mesti tampil menyatakan apa yag sebenarnya berlaku dengan 1MDB. Pengunduran beliau tidak melepaskan tanggung jawab beliau sebagai orang pilihan yang mengetahui perkara sebenar. Beliau mesti menyatakannya kepada umum. Setelah sekian lama beliau membisu...kini beliau mula membuka mulut. Luahkan segalanya sedara Husni...Jangan ko diamkan kerana yang begitu akan menghimpit jiwa dan mental anda.

Anda punya maklumat dalaman "privileged information" yang dapat memberi pencerahan kepada umum...jangan ko kira OSA...OSA bukan untuk melindungi jenayah dan penjenayah. Amanah rakyat mesti ko tunaikan dan tanggung jawab untuk menegakkan kebenaran.

Sedara Husni...sehingga anda berbuat apa yang sepatutnya...kami rakyat akan anggap anda terlibat sama dalam onar 1MDB. Anda sebagai bekas Menteri Kewangan II...apa dah jadi dengan ekonomi negara?...rakyat yang terus terhimpit dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat...dan kejatuhan Ringgit yang menyebabkab kuasa beli rakyat jauh menurun. Anda munkin kurang menerima tekanan ini kerana anda ada duit...tapi rakyat...aduuuhai...singgit bernilai sekupang!...beli kangkung pun tak dapat singgit sekilo.

Sedara Husni...masa untuk bangkit dari tidur yang diganggu mimpi ngeri...kerana mimpi ngeri itu kini jadi kenyataan.

MO1 PENCURI!...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2016 at 7:01 PM delete

Siap sedia je Lah kena attack oleh macai2, nak pulak buangan Manchester Tu.

Reply
avatar
Life Learner
AUTHOR
September 11, 2016 at 7:47 PM delete

datuk husni..bagaimana pula dgn isu penjualan syarikat isp pertama negara iaitu jaring comminicantion sdn bhd (jaring) dgn harga cuma rm2juta padahal harga pasaran lebih kurang rm40juta.dan lebih malang lagi,jaring dijual kepada syarikat utusan printcorp milik dato hisham..dato hisham md nor terkenal sbg penyangak dimana modus operandinya membeli syarikat tenat dgn harga yg sgt murah,dan kemudian sedut segala duit yg ada kemudian bankrupkan kompeni itu..tak rasa bersalahkah datuk dgn isu ini?dato husni mewakili pihak mof semasa urusan jual beli ni. utk pengetahuan datuk,kalo rm2juta,server ibm blade yg ada di server room jaring shj berharga rm2juta..mcm mana datuk boleh jual kesluruhan jaring termsuk infra fiber,server room,node yg ada diseluruh malaysia,satelite,equipment,pekerja jaring lebih kurang 300 org dan termasuk customer jaring yg sedia ada dgn harga cuma rm2juta?takan datuk bodoh kot,xboleh nk bezakan rm2juta dgn rm40juta..tak payah la datuk cerita pasal lurus bengkok,jujur tak jujur dalam bekerja?sbb pada sy datuk pun sama je..cuma dlm situasi berbeza..malu sy nk mengaku datuk org tambun..apa kata datuk pindah je ke saudi arabia .sbb sy menyampah tgk datuk dan juga politik umno ni..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2016 at 7:59 PM delete

Atlet oku mengharumkan nama negara..

Najeeb? Memalukan negara..

Kesimpulan..najeeb lebih hampeh dari orang oku..

Hahaha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2016 at 10:19 PM delete

Bangsat kat atas & kuncu2nya memang jelas kategori O.K.U (Otak Kurang Upaya). Dah sampai masa rakyat boooooo ramai2 bila jumpa

Reply
avatar
September 11, 2016 at 10:21 PM delete

Betul apa yang tuan katakan tu. Dato Husni jangan buat2 tak tahu dan insaf. Datolah yang meluluskan penjualan JARING Communications Sdn Bhd kepada lanun Dato Hisham.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2016 at 10:50 PM delete

Tooooolong jangan merendahkan martabat OKU. Najib tak layak untuk dibandingkan dengan OKU.

Reply
avatar
September 11, 2016 at 11:05 PM delete

YB. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,

Sila respon tanpa teragak-agak dan berikan pencerahan tentang pernyataan Life Learner Tambun sebagaimana diperihalkan di atas.

Elok juga sekirannya Dato Hisham Md Nor jawab sama.

Ada berani??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2016 at 11:34 PM delete

Dah terhantuk baru terngadah Tok Husni ooii....takde guna dah....ngabihkan boreh yo.....!!!Patutnya masa dalam kabinet dulu ingat dan takut pada ALLAH!!!!Lawan apa yang tak betul, sekarang serupa nyanyi lagu tapi suara manyak sumbang maaa.... tak leh caya dengan orang macam ni!!!

Reply
avatar
Anony
AUTHOR
September 12, 2016 at 12:00 AM delete

MO1 makan steak, rakyat makan moi.e

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 12, 2016 at 1:07 AM delete

PADAN MUKA KAMU HUSNI. Itu saja ungkapan terbaik buat mereka yg bersekongkol mengkhianati AMANAH. Sekarang dah sedar ke Allah tu wujud? Masa dlm kabinet dulu mana letaknya prinsip anda? Selagi anda tidak membuka sepenuhnya maklumat dalaman yg anda tahu,bagi saya anda tetap BERSUBAHAT. Menipu rakyat dan membuang mereka2 yg tak bersalah. Bersalah hanya berkata benar.
Malahan org yg paling berjasa kpd negara dihina oleh puak2 anda.
PIGI LA LU....anda tetap HINA selagi diam membisu.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 12, 2016 at 1:16 AM delete

Amin dah sedar kebenaran illahi
KERIS
pahang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 12, 2016 at 1:23 AM delete

Jangan bimbang bro......yang hilang akan berganti.....siJohari tu tengah disuap dedak....nyampah aku nengoknye...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 12, 2016 at 1:56 AM delete

Untuk bertaubat dgn Allah tidak semudah diucapkan. Mohon ampun drpd Allah kita kena nyatakan kesalahan yg kita sudah lakukan. Mohon ampun drpd manusia juga serupa. Selagi tidak dimohon dan diberi ampun maka diri tidak akan mendapat ketenangan dan rahmat Allah. Rahmat Allah la yg akan membolehkan kita masuk syurga.
Datuk kena mohon ampun drpd rakyat Malaysia. Jelaskan kesalahan Datuk. InsyaAllah dengan penjelasan Datuk, keampunan akan diberi. Cepat sebelum terlambat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 12, 2016 at 3:33 AM delete

Patut lah 2 orang dari Johor tu keluar parti... tak mau bersengkokol untuk tolong cuci najis yang dibuat oleh penyangak perembat duit rakyat dan negara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 12, 2016 at 7:40 AM delete

Buatlah apa pun...Yang penting penyamun akan cari jalan untuk menyelamatkan diri.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 12, 2016 at 8:56 AM delete

most becomes wiser after losing positions.

hopefully it is sincere n not out of bitterness.

may I suggest that he applies 2 join BERSATU n share his experiences wth d masses.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 13, 2016 at 2:14 PM delete

So true

if he truly repents, tell the truth and shame the devil.

and take proactive actions to correct the wrongs that he participated.

baru boleh dia mengaku anak jantan malaya, kebanggaan bonda pertiwi

decaf guest

Reply
avatar
Nur Barzakh
AUTHOR
September 13, 2016 at 8:54 PM delete

Sisa dedak masih bnyk dlm perut. Tunggu lawas dulu, baru hati terang, minda terbuka, ilham tiba..

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
September 14, 2016 at 1:53 AM delete

Husni sudah mula terasa liang lahad memanggil ..mari-mari ; itu lah yang mungkin membuatkan dia mengeluarkan kenyataan sedemikian .

Kita tunggu pula bila Wahi warak akan membuka mulut dia ?? Masaalahnya Wahid telah di lantik kejawatan besar untuk dia 'mengunci' mulut ( buat sementera ini barangkali ) .

Yang lain lain saperti Salleh Crook , Fuad Zakarshit , Rahman Doeramon , Shahril Sumbat , Idris Busok dan yang se kapal dengan mereka , semuanya masih kekenyangan dengan dedak .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 14, 2016 at 10:21 AM delete

salam

syed mokhtar tawar nak beli dalam 40 juta tak nak bagi ..rupa2nya tawaran rm 2 juta kalau betul lagi menarik rupanya...

begitu rupanya kerajaan malaysia berniaga...

baca lah lagi kenyataan husni tu dia kat dia pergi mekah n mendapat kemudahan dengan cepat...atau dia mendapat kemudahan sbb pengawal tu sebut mahathir yang kita tau harum kat mekah...mungkin malu duk dalam kabinet yang duk maki hamun tun tapi akhirnya pergi mekah dapat kemudahan tumpanng nama tun...mungkin...

gie7

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
September 14, 2016 at 1:04 PM delete

Tak kisahlah apa pun yang Husni dah buat sebelum ini. Sekurang2nya beliau sudah mula berani buka mulut mengenai skandal 1MDB walaupun sudah terlambat.

Diharap Husni tampil lebih berani lagi dengan membantu BERSATU dalam memberi penerangan yang lebih jelas dan terperinci kepada rakyat mengenai skandal ini.

Selepas ini, kita harap akan ada lebih ramai lagi pemimpin yang kena cuci tahi penyamun akan dapat "hidayah" seperti Husni. Mungkin selepas ini Dato' Johari Abdul Ghani pula akan dapat "hidayah". Doa2kanlah...

Reply
avatar
Hasra Raj
AUTHOR
September 18, 2016 at 6:29 PM delete

Rahman yr suggestion is right I hopr it'll come over...that's the ways to tell thr truth

Reply
avatar