KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, September 30, 2016

dinturtle

Umat Islam Malaysia Berkelahi ? Berat Dah Najib Ni ......

Menakjubkan ! Satu artikel khas dari Najib hanya untuk mengkritik Tun Mahathir.. hahaha ... Tajuknya mengenai perpaduan umat Islam ( sempena hari Jumaat kot ) dan Najib menuduh Tun Mahathir sebagai punca perpecahan umat Islam ! Jom layan dulu ... pendek jer.




Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Seorang pemimpin Islam sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat.

Saya sangat berpegang kepada prinsip ini kerana ia merupakan seruan di dalam kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.” Surah Al Imran, Ayat 105.

Jelas di sini bahawa kita sebagai umat Islam adalah bersaudara. Kerana itu, saya cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.

Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan. Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan.

Kini, selepas beliau bersara, beliau pecahkan lagi kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baru. Tabiat beliau ini, suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.

Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara. Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai.

Ramai yang pernah menjadi mangsa beliau dahulu dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.

Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya.

Sekian sahaja dari saya.


1 - Pertamanya mengenai Perpaduan Umat. Adakah Najib ini keliru antara Politik dengan Perpaduan ? Menyamakan kehadiran beberapa parti politik sebagai menunjukkan umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan ? Politik adalah politik. Tidak ada kaitannya dengan perpaduan. KECUALI mereka yang tidak faham apa itu politik. Adakah Najib tidak faham apa itu politik ?

2 -Kenapa kaitkan kritikan Tun Mahathir kepada PERIBADI NAJIB dengan persaudaraan Islam ? Atau kritikan Tun kepada kepimpinan Umno yang mempertahankan kemungkaran Najib dengan persaudaraan Islam ? 

3 - Apakah salah tindakan Tun Mahathir mahu berbaik2 kembali dengan mereka yang pernah beliau kritik dulu ? Bukankah itu yang dituntut oleh Islam ? Atau hanya Najib saja yang berhak untuk berbaik2 dengan musuh politik tapi Tun tidak boleh ? Sekali dah kritik, maka selamanyalah tidak boleh berbaik semula ? Pelik cara Najib ni fikir .....

4 - Adakah umat Islam sekarang ini berkelahi ? Najib ni masih berada di alam lain kot .... alam di mana adalah satu perkara biasa kalau ketua kabilah arab derma RM2.6 bilion kepada ketua kabilah lain.

Saya tidak nampak umat Islam kita berkelahi ? Politik, politiklah. Mana ada berkelahi ? Kecuali mereka yang takut kehilangan kuasa politik itu yang sengaja mahu kaitkan isu2 persaudaraan umat dengan politik. Atau mereka yang sengaja mahu kaitkan isu2 perkauman dengan politik. 

Mereka ini terpaksa bergantung kepada isu2 perkauman dan agama demi survival politik mereka. Kalau atas dasar kekuatan sendiri, mereka dah hancur ! Maka ditakut2kan umat Islam dengan pelbagai ancaman perkauman dan agama sekiranya mereka hilang kuasa politik.

Kalau Najib turun dari jawatan PM - Adakah umat Islam akan berkelahi ? Tidak kan .... orang yang ganti jadi PM tetap juga orang Melayu Islam. Itu dijamin oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada kuasa YDP Agong.

Kalau Umno tidak lagi jadi kerajaan, apakah umat Islam akan berpecah belah ? Tidak kan .... sebab yang bakal menguasai parti yang ambilalih tetap juga dikuasai oleh orang Melayu Islam.

So Najib ni cakap apa ? 

Oya, apa yang diharapkan oleh seluruh umat Islam adalah penjelasan dari Najib mengenai segala pertuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir terhadapnya . ADA NAJIB JAWAB ?

Semua pertuduhan itu adalah bersifat PERIBADI NAJIB. 

Najib laki bini dan anak tiri BOROS. Najib laki bini dan anak tiri SONGLAP DUIT. Najib salahguna kuasa sebagai PM menghalang proses keadilan dari berjalan telus.  Ada Najib jawab semua itu ?

Adakah melalui perpaduan umat Islam maka isu2 kemungkaran Najib akan selesai ? Adakah melalui perpaduan dengan sendirinya isu2 1MDB akan terjawab ?


Kepada Najib .... janganlah di heret orang Melayu dan umat Islam dalam masalah peribadi anda ! Jadilah anak jantan ... sekali ni pun cukuplah, dan berhadapanlah menjawab segala persoalan yang ditanya bukan saja oleh Tun Mahathir tapi juga oleh seluruh rakyat.

Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

Sekali lagi kita ingatkan Najib - Umat Islam di negara kita TIDAK BERKELAHI ! Jangan memandai2 nak cetuskan persepsi negatif akan sesuatu yang tidak wujud.  

Umat berkelahi itu hanya wujud dalam minda Najib dan para balaci dan macai. Yang kita tahu, umat Islam kita elok jer .... kita semua SEPAKAT menanggung GST bersama umat2 lain juga. Kita juga SEPAKAT menuntut Najib tampil bertanggungjawab. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

18 comments

Write comments
September 30, 2016 at 4:26 PM delete

Assalamualaikum, Pernah Baca dlm blog yg agama ni selalu dijadikan perisai atau candu utk menutup kesalahan atau kelemahan diri. Tapi kita tgk juga siapa yg mengunakannya. Tak Mungkin semua menerimanya bulat2 tanpa berfikir. Apa pun keputusan ditangan Sendiri. Tepuk dada masing2.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 30, 2016 at 6:05 PM delete

umno sudah dia mandrumkan dan sekarang mula cuba nak mandrumkan bangsa Melayu betulkah atau tidak?.Berhati-hatilah dalam langkah kita bukan saja dijalan raya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 30, 2016 at 6:46 PM delete

Najib ni dh biol kut. Berlainan pendapat dan sokongan bukan bermaksud berkelahi. Apapun yg bakal terjadi selepas PRU14, TIDAK akan umat Islam putus saudara. Rakyat Malaysia yg beragama Islam akan tetap bersatu kerana Islam dan tidak semestinya bersatu kerana UMNO /BN. Jgn disamakan sokongan terhadap agama Islam dgn politik.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 30, 2016 at 7:00 PM delete

Semakin teruk cara Najib untuk mendapatkan sokongan. Dulu Najib mempergunakan UMNO dan melayu untuk menyelamatkan dirinya. Tetapi sekarang semakin kurang ajar. Mengunakan perpaduan umat islam dengan mengatakan berlaku perpecahan ummah. Najib menyalahkan Tun kerana perpecahan sekarang. Adakah Najib tidak sedar semasa pemerintahan Tun. Dunia islam melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya dan dijadikan contoh sebagai negara islam yang sedarhana. Yang merosakan Malaysia ini hari adalah disebabkan oleh Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 30, 2016 at 8:21 PM delete

Kompem najib bakal giler. Semoga kita sesama dapat lihat akhirnya apa nasib najib. Dah main agama biasanya alamat dah tak lama dah tu. Anwar dulu pun mcm tu jugak. Akhirnya gi sungai buloh jugak. Yakinlah nasib najib sama nanti

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
September 30, 2016 at 8:29 PM delete

Salam Bro

Kalau ada pun umat Islam di Malaysia berpecah belah ianya berlaku sewaktu Hadi Awang mengeluarkan fatwa bahwa UMNO itu kafir...Begitu taksub penyokong PAS terhadap fatwa Hadi sehingga berlakunya sembahyang dua imam, mengharamkan sembelihan dan memutuskan pertalian keluarga hanya kerana berbeda fahaman politik...tentu kita semua ingat peristiwa itu...memang amat menyedihkan.

Kini Najib cakap umat Islam di Malaysia berpecah belah kerana berbeda fahaman politik. Siapa Najib?...MO1 atau PM Malaysia. Kamu hipokrit!...(munafik dalam istilah Islam)...bikin tak serupa cakap dan cakap tak serupa bikin. Lihat cermin dulu...Jangan sebut firman Allah dan Hadis Nabi...kerana kamu tu begitu menjijikan. Jangan berdakwah dengan rakyat...konon pemimpin...dakwahlah dulu kepada diri kamu dan orang orang yang rapat dengan kamu...Jawab dulu tuduhan orang ramai dan masyarakat dunia berhubung amalan RASUAH kamu tu.

Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia mengatakan kamu itu RASUAH...bukan setakat cakap kosong...tapi dengan bukti dan segala butiran yang sah dan kamu tidak dapat menyangkal sehingga hari ini. Malah kamu mengambil tindakan yang menjurus kepada salah guna kuasa demi melindungi kesalahan kamu sendiri.

Najib...jawab segala persoalan yang rakyat dan seluruh masyarakat dunia perkatakan...bersihkan dulu diri kamu...baru boleh ko bercakap tentang firman Allah dan Hadis Nabi...selagi kamu belum bersih dari pertuduhan RASUAH dan Kleptokrasi...tutup mulut kamu lebih baik. Kami JIJIK dengan kamu dan kata kata kamu.

Maruah Agama, Bangsa dan Tanahair ko gadaikan demi kepentingan diri kamu.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN DAN BIKIN TAK SERUPA CAKAP.

Ps.

Kepada Zahid...buku yang lama tu kalau penuh ilmu dan pedoman yang baik tak akan lapuk. Jangan ko hina buku yang lama tu. Umpama Quran lama...isinya tetap sama.







Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 30, 2016 at 11:33 PM delete

Ros jib sawan tahap gaban
Keris pahang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 1, 2016 at 2:40 AM delete

siapa yg memperjuangkan Malaysia?
Adakah perbezaan umur najib dan Mahathir membuktikan?
lahirnya Mahathir pd julai 1925
Lahirnya Najib pd julai 1953
Merdeka Malaysia 1957
umur mereka ketika Merdeka adalah 32 dan 4 tahun.
Apakah nilai Perjuangan yg di bawa oleh individu ingin mendapatkan Kemerdekaan dan yg sedang kecil bermain Pasir?
Perbezaan antara mendapatkan kejayaan dari susah dan mendapat jawatan penting pd keadaan yg senang.
SIAPA yg MEMPERJUANGKAN MALAYSIA?

SIAPA yg mengetengahkan wawasan 2020?
Adakah wawasan 2020 dapat dikecapi dengan keadaan MALAYSIA sekarang?

Di mana hala tuju Malaysia?
Bagaimana masa depan Malaysia?
SIAPA YG MEMPERJUANGKAN MALAYSIA??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 1, 2016 at 2:43 AM delete

penyamun munafik mmg mcmtu....

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
October 1, 2016 at 8:56 AM delete

Salam brother Din...

Telah lengkap Al-Quran pada zaman Nabi Ahmad. Sebahagian politician Islam dimana-mana sahaja sangat gemar pada sifat "tebuk sana, tebuk sini" atas kepentingan 'perut & b t h' sendiri.

Mengambil dari yang berada dengan pengetahuan tuannya, kemudian diberikan pada yang perlu maka ini sifat mulia. Penerima juga mengetahui punca apa yang diterima.

Mengambil dari yang berada tanpa pengetahuannya kemudian diberi pada orang lain dimana penerima pun tidak tahu ianya datang dari mana. Ini kan umpama Robin Hood - Botak Chin...

Botak dah ada rupanya, Chin ni lak perlu adjust jadi perkataan 'lee Chin'=licin kot...

Reply
avatar
October 1, 2016 at 8:57 AM delete

Bila lupa makan ubat jadi macam ni la.. otak tak sihat.Bini pun dah tak mau jaga... bolek kuteiii kamu Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 1, 2016 at 10:56 AM delete

Statement dia tu tak lebih daripada sekadar psy-war. Macam yg pernah dibuat oleh seorang political leader dulu... merayu dalam press conference agar mainstream media tidak lagi memfitnah, menganiaya dia.. dan dia ni juga sama mcm yang disebut dlm artikel tuan.. tak pernah menjawab soalan yang ditanya sebaliknya membuat kenyataan berunsur defensive atau menuduh orang sengaja hendak kenakan dia.. lawak tahap bangang la politicians ni..

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
October 1, 2016 at 2:21 PM delete

saya pernah menceritakan bahawa najib ada 2 jenis minuman. d tangan kanan dia peggang air zam2 n d tangan kiri air alkaline 'kangen' palsu( setengah orang kata alcohol).

kalau muka n bibir nya merah maka sah dia baru minum air alkaline palsu.

olih demikian pendapat n pengishtiharan nya bergantung kpd air apa d minum nya.

saya pernah maklumkan kdp rosmah bahawa hanya 'devine intervention' akan dpt menyelamat kan mereka. mungkin ini lah sebab nya pasangan ini nampak nya lebih mendekati agama mereka. wallahuaklam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 1, 2016 at 5:22 PM delete

Tegur menegur itu adalah mengikut ajaran Islam.

Saidina Abu Bakar,“Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw, bila Aku tidak mematuhi Allah swt dan Rasulullah saw, maka jangan patuhi Aku lagi.”

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
October 2, 2016 at 1:20 AM delete

Aisey man . Nampak gayanya Penyamun Mega Malaysia ni dah jadi pendalil ayat ayat suci al-Quran .

Sememangnya benarlah saperti yang dinyatakan olih Rewcastle Brown of Sarawak Report bahawa Najib akan menjadi " holy than Thou " .

Apa kata kita rakyat Malaysia yang prihatin mempelawa Najib bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk menafikan yang wang 2600 juta dalam akaun dia BUKAN nya dari 1MDB . Dalam kes Altantuya dulu , dia dgn gahnya bersumpah .

Tak kan PM atau pun Pencuri Mega gentar kot .??? Kan dah dia laungkan banyak kali bahawa dia tu pahlawan Bugis ... tak gentar walaupun halilintar membelah bumi !!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 2, 2016 at 9:55 AM delete

apa yang anda harapkan dari kepala lanun? Menjengkelkan.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 3, 2016 at 9:06 AM delete

Eh.. Time tun kan menang majoriti? Time dia undi popular pun x dpt. Tak malunya jibon ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 3, 2016 at 8:35 PM delete

saya telah mendapat sms yang berbentuk seperti surat berantai disebar secara random..dengan mesej menuduh tun m sebagai punca perpecahan bangsa melayu. Banyak duit org yg sebar sms tu ye..dari mana dapat duit..mungkin duit dedak.

Reply
avatar