KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, September 29, 2016

dinturtle

Umno Itu Melayu ? Tolong Jangan Malukan Bangsaku .....

Selain dari merujuk kepada portal2 mengenai isu2 terkini, satu lagi sumber untuk dijadikan bahan blog adalah cetusan atau luahan rakan2 FB. ( nota untuk para bloggers baru :)  )


Kali ini saya nak share satus sorang lagi rakan FB Kak Jah Jah,

istilah PEMBANGKANG di mata ahli umno dan org umno seolah2 sebagai pemborantak/penjahat / pengkhianat bangsa ataupun negara, persoalanya dari mana fahaman ini dtg klu tidak dari pemimpin umno yang menghasut minda rakyat/ahli umno dan org umno.

Kesedaran ini perlu di buat supaya rakyat /ahli umno / org umno keluar dari fahaman kuno yg di bawa masuk semasa zaman penjajah dan kini di guna pakai oleh umno utk mereka mengekalkan kuasa memerintah.

kepada mereka2 yg masih mempunyai fahaman yg di nyatakan perlu berlapang dada berfikir dgn rasional ttg perkara berikut :-

1- Menentang UMNO adakah membawa maksud menentang melayu ataupun negara ?

2- Mengkritik Mr President / Perdana Menteri adakah membawa maksud sbagai pengkhianat bangsa ataupun negara ?

Khas Kak Jah tujukan kepada mereka2 yg berfahaman kuno ini terutama masyarakat luar bandar.


Betul kata Kak Jah itu ..... benarkah Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno ? Samada mereka mahu akui atau tidak, sememangnya itu propaganda yang pemimpin2 dan para balaci Umno cuba terapkan ke dalam minda orang2 kampung.

Tolonglah .... kepada mereka itu - Jangan MALUKAN bangsa Melayu !

Dulu dulu ... itu dulu dulu punya cerita. Seperti yang saya katakan diartikel sebelum ini, bab nostalgia itu kita simpan dalam frame dan kita gilap hari2 ... buat tontonan kita dan generasi akan datang. 

SEKARANG INI Umno lebih dilihat kepada memperjuangkan nasib individu bernama Najib Razak. Kalau mempertahankan Najib yang dianiaya, ditindas kerana tegas mempertahankan kebenaran takpe lah juga. Ini mempertahankan KEBOROSAN, KEBACULAN, SALAHGUNA KUASA DAN KESONGLAPAN Najib !

( banyak lagilah tapi yang di atas itu berkaitan rapat dengan isu 1MDB dan 2.6 bilion yang bila2 masa saja boleh kita bentangkan hujah2nya )

Tidak adanya kaitan dengan bangsa Melayu langsung perkara2 yang dipertahankan oleh Umno itu. Semua itu merupakan kemungkaran baik di sisi adab bangsa maupun ajaran Islam. Malangnya, itu yang diperjuangkan oleh Umno kini.

Kenapa ? Mungkin kerana Umno sudah ketandusan pemimpin. Tidak ada lagi calon yang sesuai atau yang lebih baik dari Najib, walaupun beliau sarat dengan liabiliti. Nak tak nak, terpaksalah juga dipertahankan si Najib itu .... sedih.

Kemudian dikaitkan usaha menolak Najib sebagai usaha menolak kerajaan.  Sama jugalah alasannya .... kerana Umno sudah tidak ada lagi calon yang lebih baik untuk menggantikan tempat Presidennya. Kalau si Najib itu jatuh, walaupun Umno masih kekal sebagai tunggak utama kerajaan, tapi disebabkan tidak ada calon yang lebih baik untuk jadi pengganti maka dikhuatiri kerajaan juga bakal tumbang.

Nampak kan .... sebab itu Umno takut sangat kalau Najib dijatuhkan. Kerana jatuhnya Najib, maka akan jatuhlah Umno sama .... Hahahahahaha .... lawak pun ada.



dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2016 at 9:30 PM delete

Kritik tak ada hal...fitnah jgn sekali....

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
September 29, 2016 at 11:37 PM delete

insan saperti ini kalau d Indonesia mereka kata 'orang yg udah putus urat malu'.

lihat saja politikus,semua lapisa pejabat sivil termasuk peg undang2, hampir kesemua menerima tuduhan n penghakiman tanpa rasa malu. mereka banggar kerana seolah olah tlh menjadi 'celebrity'

pak jokowi n pak ahok sedang berusaha utk menukar persepsi status 'celebrity' ini.

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
September 30, 2016 at 1:05 AM delete

Najip nk jd lg glamer dari Siti nurhaliza

Alih2 amir raja lawak punya glamer pun dia xboleh kejar

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 30, 2016 at 9:38 AM delete

Umno bn bungkus
Sejarah baru malaysia tiada umno bn
Keris pahang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 1, 2016 at 2:29 PM delete

Jom kita bungkus UmNo

Reply
avatar