KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, October 6, 2016

dinturtle

Apa Cerita Swiss AG Dan Salahguna USD800 Juta Dana SRC Ni ?


Jom layan kenyataan akhbar oleh Swiss AG yang sudah bikin gempak dalam media sosial semalam. Ini adalah satu kenyataan akhbar ok, bukan komen spontan menjawab pertanyaan wartawan. Maknakata ia adalah kenyataan resmi oleh pihak Swiss AG. 

Dan sebelum sebarang kenyataan resmi dikeluarkan, sudah pasti mereka sudah kaji dan semak dengan teliti kes mereka kerana mereka tentunya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan rambang yang bakal memalukan diri sendiri jika ianya satu tuduhan remeh.

OK ? Kita sambung ...... Mkini ada laporannya dalam Melayu ( KLiK ). Antara lain dilaporkan -

1 - Swiss AG dakwa terdapat salahguna dana SRC ( dan 1MDB ) sebanyak USD800 juta. ( mengikut rate waktu itu @ 3.2, maknanya sekitar RM2.6 bilion )

2 - Ala Ponzi ( atau dalam bahasa mudahnya - Gali Lubang Tutup Lubang atau stail Pak Man Telo. Bayar pelabur awal menggunakan dana dari pelabur kemudian bukannya dari hasil pelaburan.) dalam menyembunyikan skandal dari ketahuan. Kalau ikut pemahaman kita tentang cara 1MDB, iaitulah songlap duit pinjaman / pelaburan awal kemudian ditutup dengan pinjaman lain.

3 - Swiss AG minta bantuan dari pihak berkuasa Malaysia untuk bantu siasatan mereka.

4 - Ini kali kedua selepas kali pertama pada bulan Januari 2016 yang mana respon dari pihak Malaysia dikatakan sebagai ' is still pending ', maknanya BELUM ADA bantuan diterima.

 Setakat ni OK ?




Apakata kita lihat rujuk kembali kenyataan akhbar @ permohonan bantuan pertama dulu ( KLiK )

Juga melalui kenyataan akhbar pada 29/1/2016. Waktu itu disebut nilainya adalah USD4 bilion (!) yang merangkumi 1MDB, SRC, Petrosaudi, Genting/Tanjong dan ADMIC.





Maknanya ..... kenyataan kedua ini lebih spesifik kepada siasatan terhadap dana SRC saja. Sebab itu nilainya USD800 juta berbanding USD4 bilion sebelumnya. 

Kenyataan pertama itu ada mendapat respon dari AG Apandi, yang mana antara lain menyebut -


3. Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara komited untuk bekerjasama dengan semua badan penguatkuasaan undang-undang asing melalui konvensyen antarabangsa dan perjanjian yang disepakati. Turut mengikut langkah tersebut ialah syarikat 1MDB sendiri yang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan.



4. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami bercadang untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengikuti dan bekerjasama dengan pihak di Switzerland, dan kami berharap untuk memperolehi bukti-bukti dan hasil dari siasatan  yang dilakukan melalui saluran yang betul. Bukti-bukti ini akan dikaji semula disamping bukti dari pihak-pihak berkuasa yang lain termasuk pihak kami sendiri untuk menentukan tindakan yang tepat.

.
Itu kata AG Apandi pada 29 Januari 2016. Tapi AG Swiss kata pihak mereka tidak mendapat apa2 bantuan pun dari Malaysia hasil kenyataan pertama mereka.

Adakah AG Apandi telah MENIPU kita ?

So ....  AG Swiss minta kerjasama dari Malaysia sekali lagi. Kali ini diharap AG Apandi berilah kerjasama ya . Jangan malukan Najib ! Sebab baru 2 minggu lepas ketika melawat Germany, Najib telah berikan sepenuh komitmen untuk bantu siasatan pihak luar dalam kes 1MDB




( Para macai dan balaci jangan pula kata - Itu Najib janji kepada DOJ Amerika, bukannya kepada mana2 pihak lain seperti AG Swiss ! Dengan tahap pemikiran mereka, segalanya mungkin )


So .... apa ceritanya dengan duit SRC sebanyak USD800 juta atau RM2.6 bilion itu yang didakwa telah disalahgunakan ?

Kita semua tahu yang SRC pinjam RM4 billion dari KWAP, duit orang2 pencen. Selepas hanya satu tahun saja, SRC telah dipindah milik kepada  Kementerian Kewangan ...

Kalau mengikut akaun SRC tahun 2012, amaun USD800 juta hanya boleh dikesan kepada Other financial asset dan short term deposit seperti di bawah -


SAMA seperti skandal 1MDB seperti dakwaan DOJ, kerajaan Najib dan SRC hanya perlu tunjukkan bukti kewujudan kedua aset2 itu beserta nilainya dan dengan sendiri 'dakwaan' oleh Swiss AG akan kantoi. Senang jer .... Tapi mampukah mereka buktikan ?

Asset seperti Pelaburan dalam bentuk Unit atau Just Unit tidak perlukan akaun diaudit terlebih dahulu untuk buktikan. Lagipun kita bukan minta bukti itu dalam keadaan masakini tapi pada waktu yang disebut dalam dakwaan. 

Contohnya kes SRC .... buktikan pelaburan itu wujud antara tahun 2011-2013.

Kes 1MDB @ DOJ - buktikan pelaburan luar itu wujud tahun 2010 -2013.

Pembuktian itu semua tidak memerlukan akaun yang sudah diaudit terkini. Itu cuma alasan saja untuk mengelak.

Apapun, kita nantikan perkembangan seterusnya .... harap2 Swiss AG juga akan keluarkan Jejak Wang ( money trail ) sepertimana DOJ. Terkedu para macai dan balaci Najib nak jawab bila berdepan dengan fakta sebegitu !

Kerajaan Najib dan 1MDB serta SRC rasanya tidak mungkin dapat tunjukkan bukti2 bagi menyanggah dakwaan2 itu.

Nampak gayanya, tambah satu lagi negara akan dituduh campurtangan dalam negara kita.... nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam .... nak bunuh Melayu.

PS - jangan lupa siapa Advisor Emeritus SRC !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 6, 2016 at 5:43 PM delete

Bro attack derang dgn isu kwap.

Duit simpanan pekerja amat sensitive buat pegawai2 kerajaan

Dedah habis2an dan exploit habis2an

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 6, 2016 at 10:18 PM delete

cai dan macai hanya mampu jawab semua itu fitnah belaka. itu siasatan orang kafir nak jatuhkan pemimpin islam. orang kafit tak boleh dipercayai, najib tak bersalah kerana tiada dakwaan di mahkamah. itu hanya tuduhan sahaja belum bukti najib salah dan bla bla bla tak jawab persoalan. lastnya salahkan tdm dan buat fitnah kepada tdm. agong tak terima penjelasan tdm pun jadi isu. tak terima serta merta, tapi akan dibincangkan dengan pihak yang agong percaya. itu tak ada dalam pengetahuan kita. harap kita masih lagi dapat berfikir dengan waras dan kritikal serta analisa data yang diterima. tak macam macai dan cai.

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
October 7, 2016 at 12:04 AM delete

Kasi telanjang habis2

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
October 7, 2016 at 12:06 AM delete

53 juta ringgit boleh simpan dalam lemari Baju, kabinet ruang tamu, peti besi Opis..

800 jota dollar boleh selit celah mana la ya..?

(Kat kabinet library Opis gamaknya)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 7, 2016 at 2:03 PM delete

nanti cai2 cakap campurtangan kerajaan swiss..hahahahaha...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 7, 2016 at 2:29 PM delete

Patut la Din beberapa tahun kebelakangan ni di Malaysia berlambak lambak skim pelaburan haram ala ponzi dan money gamae ber ROI yang bebas bergerak dan beroperasi tanpa halangan. Rupa rupanya kepala negara Malaysia ni adalah bapak kepada segala skim ponzi & money games. Tak heran lah Din kalau pengikut2 kepala bapak skim ponzi di Malaysia ni ikut buat bermacam macam skim money games atas nama bisnes dan bebas beroperasi & berjalan tanpa halangan dan tindakan dari penguatkuasa. Rupa ruapanya inilah dia Kepimpinan Melalui Teladan yang pelopor wasatiyah mampu tonjolkan.

Masa aku kat Thailand tahun lepas, kat tv sana keluar berita tentang Skim Pelaburan Haram UFund yang antara disebutkan ialah peranan salah sorang anak kandung PM Malaysia di sebalik skim pelaburan tersebut. Hebat rupanya PM kita ni Din, anak tiri dia pengeluar filem lucah serta kaki judi tegar di US sana manakala anak kandung dia pula disebut sebut menjadi dalang disebalik skim pelaburan haram ufund. Bapak Borek, Bini Batik, Anak Rintik. No wonder kenapa bini dia boleh bergaya dan bermewah sakan. Keluarga puaka dan pencekik darah rakyat ni patut segera dihumban ke laut biar dimakan jerung saja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 7, 2016 at 2:47 PM delete

Kita amat benci rasuah, penipuan dan menyalah guna kuasa utk tujuam peribadi. Najib sudah tak boleh sorok diri lagi,. Ya saya setuju.salah tetap salah. TAPI rakyat Malaysia mesti hadapi perangai buruk Najib dgn cara kita tanpa campurtgn barat yg pasti ada bersama agenda buruk mrk.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 7, 2016 at 6:02 PM delete

Kena hadap lah..siapa suruh luan pintar buat corruption di luar negeri..komfom lah dorang siasat..they have their own law bah..right now malaysian law sendiri pun inda buleh pakai..TDM trying to do the best he can..yang AG dulu kena sack..menteri yang melawan kena sack..akta MKN almost kena luluskan..seems like malaysian not going to be able to do anything to him..if u wait for PRU do u expect that it will be fair..especially if the pm's wife is still around..macam bepuaka saja ia atu..the election can be rig..its been awhile even the royal cant do anything to him.. *smh*

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 8, 2016 at 3:04 PM delete

Amerika sudah...kemudian swiss
Apa lagi lepas ini...
Yang pelik...puak yg kata ada bukti sampai skrg gagal bawa bukti ke mahkamah...
Mgkin sama kes dgn bmf..bnm forex..perwaja steel dan pkfz..pembangkang masa itu hingga skrg gagal kemukakan bukti...😂

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 8, 2016 at 8:34 PM delete

Setuju, ulasan ini amat diperlukan

Reply
avatar