KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, October 11, 2016

dinturtle

Apa Citer FINMA Denda Falcon Bank Dek Sebab Uruskan Duit 1MDB ?

Mkini

Sekali lagi Swiss membuat gempak dalam isu skandal 1MDB. Baru2 ini AG Swiss buat satu kenyataan akhbar mendakwa salahguna dana SRC ( juga 1MDB ) bernilai USD800 juta, hari ini Badan Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland ( FINMA ) telah bertindak ke atas Falcon Bank atas dakwaan kegagalan atau kecuaian dalam melaksanakan due diligence ( usaha2 wajar ) dalam transaksi2 yang melibatkan dana 1MDB.

Maksudnya apa ? Adakah Finma salahkan 1MDB ? Tidak .... bukan 1MDB tapi Falcon Bank.

So apa kaitannya dengan 1MDB ? Duit 1MDB yang terlibat.

Sekarang ini apa saja berkaitan dana 1MDB akan buat mata orang luar terbeliak ! Sebab 1MDB sudah sinonim dengan amalan negatif  Money Laundering atau penggubahan wang haram. Ini bukan tuduhan kosong semata2 atau tuduhan yang sengaja direka untuk menjatuhkan kerajaan Melayu oleh kuasa asing TAPI tuduhan yang berasaskan bukti.

Pergerakan dana dalam jumlah yang besar  dan dalam masa yang singkat di akaun2 berkaitan 1MDB di Falcon Bank antara negara Swiss, Singapura dan Hong Kong adalah amat luarbiasa dan perkara ini memerlukan pihak Falcon Bank melakukan pemeriksaan yang rapi dalam menentukan kesahihan transaksi2 itu. Tindakan itu bertujuan menjaga integriti sistem kewangan Swiss supaya tidak dicemari dengan amalan2 negatif seperti money laundering.

Walaupun pihak pengurusan Falcon telah dimaklumkan akan kepelikan transaksi2 itu, mereka tetap gagal untuk menyiasat kesahihan disebalik transaksi2 itu. ( bagi memastikan transaksi2 itu adalah bersih, sumber yang halal dan mematuhi undang2 )

Turut di siasat oleh FINMA adalah pergerakan dana berjumlah USD681 juta yang disusuli pengembalian semula sebanyak USD620 juta enam bulan kemudian, kerana bukti2 yang mencurigakan. Tidak syak lagi FINMA merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib.

Dipercayai kes ini berkait rapat dengan siasatan pihak DOJ Amerika. Ingat lagi money trail ( jejak wang ) yang didedahkan oleh DOJ ? 

Langsung tidak disebut oleh FINMA tentang kewujudan mana2 pak Arab sebagai penderma !

FINMA adalah badan yang menyelia sistem kewangan Swiss, lebihkurang macam fungsi Bank Negara Malaysia. Tugas mereka adalah memastikan semua bank2 mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebarang kecuaian atau pelanggaran akan didenda.

Bank Negara Malaysia sendiri pernah bertindak mendenda AmBank RM53.7 juta hujung tahun lepas kerana melanggar peraturan yang ditetapkan. Kes adalah berkaitan 1MDB juga cuma kita tidak tahu maklumat lanjut kerana tidak didedahkan. ( Thestar 24/11/2015 )

Adakah BNM bertindak kerana mahu menjatuhkan kerajaan ? AmBank akui kesalahan dan bayar denda itu.

So .... samalah juga kesnya dengan FINMA dan Falcon Bank. Bukti2 kesalahan ada dan FINMA bertindak mendenda Falcon Bank.

Sekali lagi ... apa kesalahan Falcon Bank ? Kerana terlibat dalam penggubahan wang haram dan salahlaku dana 1MDB. Selaku bank yang menguruskan transaksi2 haram berkenaan, Falcon Bank gagal melakukan apa yang sepatutnya ( due diligence ) sebelum melakukan transaksi2 itu.

Faham tak ?

Orang2 Umno mungkin tak faham apa itu due diligence. Yalah, Laporan PAC sendiri ada menyebut yang pihak 1MDB telah gagal dalam melaksanakan due diligence dalam beberapa urusniaga tapi kita dengar pemimpin2 Umno mendakwa laporan Pac kata semuanya OK !

Contohnya dalam kes 1MDB-Petrosaudi. 1MDB ternyata gagal membuat semakan dan siasatan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko perniagaan. Mangkuk hayun dalam 1MDB hanya tahu main redah saja tanpa memperdulikan segala SOP yang sepatutnya dipatuhi.

Kemungkinan besar jika due diligence dilakukan, banyak skandal2 1MDB mampu dielakkan. Tapi kalau dah memang niatnya nak songlap .....

Makanya saya katakan yang ahli2 Umno tidak akan faham apa yang berlaku dalam kes terbaru FINMA ini sebab mereka tidak faham maksud due diligence. PAC kata 1MDB tidak lakukan due diligence, pemimpin Umno kata OK.... pihak FINMA denda Falcon Bank sebab gagal buat due diligence, pemimpin Umno ternganga tak faham ....


Denda ke atas Falcon Bank adalah -

Menyerahkan keuntungan haram sebanyak CHF 2.5 juta ( RM10.55 juta ) hasil menguruskan transaksi2 haram itu dan bank dilarang berurusniaga dengan mana2 orang politik luarnegara selama 3 tahun. Jika kesalahan diulangi, Falcon Bank akan hilang lesen.


Memetik kata CEO FINMA -

“The issues surrounding 1MDB form one of the largest cases of suspected corruption in recent times. The global financial system has been blatantly misused. Suspect financial flows in the billions have been shifted through banks of multiple nationalities and financial centers on three continents, and warning signals ignored. Where Swiss banks or their foreign operations have played an unacceptable role, they will be sanctioned. It is equally important for the future health of the financial system that through close international cooperation all relevant parties are brought to justice.” 


Tu dia ..... isu2 berkaitan 1MDB disyaki merupakan satu kes terbesar korupsi dunia dimana sistem kewangan global telah disalahgunakan.

Yang menghairankan kita ... SELURUH DUNIA kata berdasarkan bukti2 yang ada, dana 1MDB telah diselewengkan melalui penggubahan wang haram, duit bilion2 yang masuk ke dalam akaun Najib berpunca dari 1MDB .....  pendek kata - 1MDB itu HAMPEH ! Tapi pihak kerajaan dan badan2 siasatan negara kita termasuk peguam negara kata 1MDB OK, No problem.

Malah, malam ini juga pihak JASA bersama Arul Kanda sedang kencing pelajar2 UM dalam siri jelajah menjelaskan 1MDB kononnya 1MDB tidak bermasalah walaupun terpaksa jual aset sebab hutang tak terbayar dan masih berbilion tertunggak.


Baca rujukan - FINMA - Falcon sanctioned for 1MDB breaches

Mkini - Dana AS$3.8b berkaitan 1MDB disalur melalui Falcon Bank

Mkini - Dana 1MDB : AG Swiss pertimbang prosiding jenayah ke atas Falcon

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 11, 2016 at 11:17 PM delete

Bersiap sedialah rakyat Malaysia. Rasanya makin hampir masanya untuk seluruh rakyat bangun lakukan sesuatu tindakan lebih drastik dan agresif memastikan kerajaan pimpinan bapak perasuah dan pembelit ditumbangkan dan mereka mereka yang terlibat atau bersekongkol mempertahankan pimpinan pembelit ini diberkas dan dihumban ke lokap untuk tindakan selanjutnya. Dengan segala institusi kehakiman, penguatkuasa, pasukan polis,keselematan, SPR semuanya ditangan bapak perasuah, maka tiada jalan lain yang putih melainkan semua rakyat Malaysia bersatu bertindak melakukan apa saja yang terbaik bagi akhiri kemelut yang parah dan benar benar merosakkan negara ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 12, 2016 at 5:42 AM delete

`Sudah terang lagi bersuluh'... heran pasai apa lah puak-puak didedakkan masih pura-pura tak sedar tentang penyelewengan 1MDB...kesian pengundi-pengundi yang undi mereka dengan niat supaya menjaga rakyat,agama ,bangsa dan negara...malangnya pangkah mereka di kertas undi tidak memberi sebarang makna untuk menjaga negara dari penyelewengan.

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
October 13, 2016 at 1:01 AM delete

Peri undi pun boleh Tipu..

SPR pun boleh sekadar pawn je..

Allah Jua yg Maha Berkuasa..

Marilah sama2 kita solat hajat agar najip n konco2nya terlingkop dunia akhirat hendaknya..

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
October 13, 2016 at 1:24 AM delete

Falcon Bank secara am nya yang beribu pejabat di Switzerland yang di denda . Cawangan nya yang beroperasi di Singapura di arahkan di tutup terus . Hebat sungguh pukulan bahana 1MDB ..sampai dua bank di arah tutup olih Monetary Authority of Singapore !

Due diligence atau kaji selidik secara terperinci tidak perlu di lakukan olih 1MDB kerana Punaisihat dan lembaga pengarahnya serta CEO terdiri dari mereka yang bijak2 ... bukan bijak apa ??? bijak dalam meLEBURkan harta benda untuk memenuhi kantung sendiri .

Bagi PM atau Pencuri Mega , derma arab yang di maksudkan olihnya adalah Falcon Bank dan Petro Saudi . Jangan lupa salah seorang pengasas Petro Saudi adalah Putera kerabat diraja Saudi .

Meantime , wait and see the outcome of the court proceeding against the two BSI executives in Singapore . God's willing and highly anticipated that they will admit to the charges brought upon and absolve themselves to the witness stand in pinning down this elusive MO1..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 9:59 AM delete

din boleh jelaskan apa masalahnya dengan penutupan bank-bank yang berurusan dengan 1MDB ni,puak-puak umngok ni tak clear, kalau tutup bank tutuplah banyak bank-bank lain yang boleh berurusan dengan 1MDB (ayat juak amngok)

Reply
avatar