KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, October 13, 2016

dinturtle

Arul Dan Jasa SPIN Fakta Dalam Siri Jelajah 1MDB di UM - Video


Saya menemui rakaman video yang dibuat oleh pihak UMANY majlis penerangan 1MDB anjuran JASA bersama Arul Kanda.

Saksi dan dengarkan sendiri SPIN dan PENIPUAN yang mereka sogokkan kepada para pelajar UM. Patutlah Jasa melarang sebarang rakaman dibuat !


Penyelesaian Isu 1MDB - IPIC Bakal Buktikan DOJ Salah





Deposit dengan Aabar BVI, unit dana Brazen Sky 940 juta dan unit dana GIL - ketiga2 elemen tersebut ada di dalam saman sivil DOJ. 

Dengan sendirinya apabila kami menyelesaikan pertikaian dengan IPIC, maka akan terbukti tidak ada dana yang hilang dari 1MDB. Dengan itu, kes DOJ tidak dapat berlangsung lagi. 

Saya ada menulis mengenai perkara ini ( KLiK ) di mana saya tunjukkan dakwaan DOJ dan akaun 1MDB adalah sama dari segi sumber dana. Cuma bezanya DOJ dakwa dana itu disonglap dan 1MDB pula kata dilaburkan.

Jadi untuk membuktikan dakwaan DOJ itu salah, 1MDB tidak perlu menunggu hasil keputusan mahkamah Amerika memutuskannya. Bila bakal selesai prosiding itu kita pun tak tahu, mungkin beberapa bulan lagi atau makan tahun. 

Kenapa tidak 1MDB buktikan SEKARANG bahawa dakwaan DOJ itu salah ? 1MDB hanya perlu tunjukkan kewujudan unit2 pelaburan itu serta nilainya.

Deposit dan pembayaran option kepada syarikat palsu Aabar BVI itu mungkin tersangkut dek kes timbang tara dengan IPIC. TAPI unit2 pelaburan itu BEBAS dan langsung tidak ada kaitan dengan tuntutan IPIC.

Unit2 pelaburan itu hanya direzabkan untuk ditukarkan ( asset swap ) dengan IPIC. Milik masih kepada 1MDB. Tidak ada masalah untuk 1MDB buktikan unit2 pelaburan itu .... kecuali memang 1MDB punya masalah mahu buktikan kewujudan unit2 itu.

Saya harap ada sesiapa dikalangan pemimpin2 yang boleh membawa isu ini ke depan.



Siapakah MO1 - Jawapan Arul Kanda






Soalannya ... Siapakah MO1 ? Dalam saman DOJ terdapat pelbagai pihak yang ada kod name, maknanya tidak dinamakan bla bla bla ..... tidak relevan dengan saman .... bla bla bla ...  ...  Arul bercakap selama 2 minit setengah tapi langsung tidak jawab soalannya - SIAPAKAH MO1 ?


Saya percaya pelajar2 UM tahu mengenai kes saman DOJ dan tahu bahawa MO1 tidak dituduh. Mereka tahu MO1 disebut 36 kali dalam laporan DOJ dan MO1 mendapat bahagian yang besar dalam perkongsian harta pencurian 1MDB. Makanya, mereka mahu tahu siapa MO1.

Mereka juga sudah tahu siapa MO1 kerana hanya orang bodoh saja tak tahu siapa MO1, cuma mereka mahu dengar sendiri dari mulut Arul Kanda. Itu merupakan soalan yang bakal menunjukkan keikhlasan Arul dalam menjawab soalan2 seterusnya.... adakah Arul hadir untuk memberikan penjelasan secara ikhlas demi kebenaran atau hadir untuk spin isu2 1MDB.


Kenapa Deloitte Dan Auditor Lain Letak Jawatan Auditor 1MDB - Arul





Arul menjawab alasan2 kenapa juruaudit2 1MDB sering bertukar.

Pertukaran auditor di antara EY kepada KPMG adalah disebabkan pertukaran ownership syarikat.

Pertukaran KPMG kepada Deloitte adalah kerana bisness 1MDB telah bertukar dimana 1MDB telah membeli stesen janakuasa .... dan Deloitte teah memberi satu proposal yang merangkumi kesemua itu.

Arul ada meminta para pelajar UM supaya membaca Laporan PAC dan jika anda baca Laporan PAC, anda akan dapati jawapan Arul di atas ternyata berlawanan dengan rumusan PAC !

Saya copypaste jawapan dari Laporan PAC di bawah sekali untuk rujukan anda kerana agak panjang.

Dan sebagai menjawab soalan kenapa Deloitte meletak jawatan sebagai juruaudit 1MDB, Arul menjawab - .... sebab kami tidak dapat mengaudit akaun setelah rekod syarikat diambil oleh pihak PDRM ..... maka walaupun akaun itu sudah disediakan, untuk mengesahkan akaun tersebut, pihak juruaudit perlu dokumen syarikat. Bila dokumen itu tiada, audit tidak dapat dijalankan.

Disini suka saya copy komen dari rakan FB SatD  ( KLiK )


Company RECORDS are the HARTA BENDA OF A COMPANY

ONE SHOULD HAVE PROPER RECORDS AND IF PDRM NEEDS A COPY THEY CAN GET A CERTIFIED TRUE COPY TO CONDUCT THEIR INVESTIGATION

AND IF THE AUDITORS NEED SUCH DOCUMENT TO COMPLETE THE AUDIT THEY CAN ALWAYS REQUEST TO HAVE ACCESS TO THIS "BARANG BUKTI"

Klik baca sepenuhnya apa yang SatD tulis, ok.

Arul juga tidak sentuh mengenai keputusan Deloitte menarik balik pengesahan keatas akaun yang mereka telah audit untuk tahun 2013 dan 2014 kerana berkaitan dengan saman DOJ di mana deloitte berkata -

The complaint contains information, which, if known at the time of the 2013 and 2014 audits of 1MDB, would have impacted the financial statements and affected the audit reports and, accordingly, those audit reports issued by Deloitte Malaysia dated March 28, 2014 and Nov 5, 2014 respectively in connection with the 2013 and 2014 financial statements of 1MDB should no longer be relied upon.



Saya telah mengambil video rakaman majlis itu dari FB UMANY ( KLiK ) dan saya harap mereka tiada halangan saya copy dan upload di utube. Di bawah adalah rakaman yang dibuat -

Part 1





Part 2








Kenapa 1MDB Tamatkan Perkhidmatan Ernst and Young - disalin dari Laporan PAC m/s 66-68

Ini menunjukkan Tetuan EY tidak berpuas hati dengan laporan dan dokumen sokongan yang dikemukakan. Ini menyebabkan Tetuan EY membangkitkan pelbagai persoalan dan memohon pihak pengurusan mengemukakan lebih banyak maklumat berkaitan. Tetuan EY tidak menemui dokumen berkaitan status pemilikan sebenar, nilai dan risiko yang berkaitan dengan aset yang dilaburkan oleh rakan usaha sama.

Tetuan EY juga telah membangkitkan keperluan mengesahkan semula nilai aset tersebut bagi tujuan proses semakan kaedah perakaunan yang sesuai terhadap pertukaran ekuiti kepada Nota Murabahah dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010. Bagaimanapun pada tarikh yang sama, 1MDB tidak mempunyai dokumen yang mencukupi bagi membuktikan pemilikan aset oleh syarikat usaha sama.

Ini disokong dengan makluman semasa mesyuarat Lembaga Pengarah pada 4 Oktober 2010 bahawa 1MDB PetroSaudi Ltd. belum menyediakan penyata kewangannya dan Ketua Pegawai Eksekutif telah menyakinkan Lembaga Pengarah 1MDB bahawa perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang akan datang setelah menerima penyata kewangan syarikat tersebut. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti menunjukkan kertas perbincangan berhubung perkara tersebut pernah dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Pendirian Tetuan EY itu telah menimbulkan situasi kurang senang kepada pengurusan 1MDB dan kemudiannya pemegang saham dan Lembaga Pengarah telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Tetuan EY.

Arul dalam video mendakwa pertukaran EY kepada KPMG adalah kerana pertukaran pemilikan syarikat ( dari TIA kepada 1MDB )


Kenapa 1MDB tamatkan khidmat KPMG. Dari laporan PAC m/s 69 - 70

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 9 Disember 2013, Encik Hazem memaklumkan bahawa Tetuan KPMG tidak berpuas hati dan akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan sama ada maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB boleh diterima dan mencukupi bagi tujuan audit tersebut atau mereka akan mengeluarkan laporan berteguran. Tetuan KPMG memutuskan untuk mengeluarkan laporan berteguran.

Berikutan perbezaan pandangan yang semakin ketara antara 1MDB dan Tetuan KPMG, 1MDB melalui surat bertarikh 30 Disember 2013 menyatakan Tetuan KPMG perlu memperoleh maklumat lanjut daripada pengurus dana yang berkenaan. Bagaimanapun, pada 31 Disember 2013 pemegang sah 1MDB telah menamatkan kontrak Tetuan KPMG dan melantik Tetuan Deloitte sebagai juruaudit 1MDB yang baru.

Tetuan KPMG melalui surat bertarikh 6 Januari 2014 kepada pengurusan 1MDB membangkitkan pendekatan 1MDB yang hanya cuba menyakinkan mereka secara lisan tanpa mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.


Arul di atas berkata pertukaran auditor dari KPMG kepada Deloitte adalah kerana 1MDB membeli IPP dan Deloitte lebih sesuai untuk mengaudit akaun2 seumpama itu tapi laporan PAC ternyata LAIN.

Dalam kedua2 kes pertukaran juruaudit di atas, kedua2nya adalah kerana juruaudit tidak mahu mengikut membuta tuli apa yang disebut secara lisan oleh pengurusan 1MDB. Mereka sebagai juruaudit yang bertanggungjawab mahu melihat bukti dan 1MDB tidak dapat berikan bukti itu.

Adakah Arul bersama pihak JASA telah menipu para pelajar Universiti Malaya dan ribuan pelajar2 lain dalam siri jelajah mereka ?



PS - TAHNIAH kepada para pelajar UM terutamanya mereka yang bangkit bertanya soalan2 yang bagi saya amat relevan.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 11:17 PM delete

ada kawan sampai sekarang tak tahu kisah atas kapal mewah jibo sama jhlow dan pak arab. masih terdapat orang yang tak tahu dan tak faham berkatan 1mdb dan 2.6b. apa yang mereka takutkan ialah ketakutan pertukaran pemerintah dan ditakutkan dengan cina yang rasis. harap sangat agar pemmpin dap dapat tukar cara mereka dalam memkat pengundi cina dan kurangkan dalam isu kesamarataan. banyak perkara dap perlu berubah dan menonjol dengan perlembagaan mereka berbilang bangsa.
ramai lagi mash blur dan hanya percaya daripada berita arus perdana sahaja serta fakta air liur pemimpin.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 14, 2016 at 12:15 AM delete

Student bukan bodoh. Pasal tu diorang dpt masuk u. Tentang dakwaan penglipulara bila pertikaian ipic-1mdb selesai akan terbukti dana 1mdb tidak hilang- langsung tak boleh pakai. Ipic hanya nak duit diorang balik. Duit tu dtg dari mana diorang tak peduli. Boleh dtg dari pembayar cukai, tabung pencen atau mana-mana sumber. Kalau imdb banyak duit sangat apahal default pulak??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 14, 2016 at 12:35 AM delete

Kuat kencing betul arul kanda sampai hancing satu dewan um ramai gak student um duk kondem dlm fb derang kata arul kaki spin setiap soalam mudah di jawab secara teknikal terang terangan jawapan belit nampak gayanya penghujung karier arul akan berakhir di 1mdb takda syarikat yang akan tawarkan pekerjaan pada pembelit yg boleh rosakkan imej syarikat

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
October 14, 2016 at 1:27 AM delete

Eh.. Ada.. Jawatan sebagai teman sebilik najip di sg buloh kelak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 14, 2016 at 10:23 AM delete

Arul tak bodoh... dia dibayar utk cover things under the carpet tapi dia gagal sebab bangkai besaq sangat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 14, 2016 at 5:12 PM delete

Yang kat dalam dewan itu bukankah Student UM? Mereka pun bukan bodoh? Kalau tak bodoh kenapa tidak seorang pun bangun dan cuba betulkan fakta auta si Arul?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 14, 2016 at 6:19 PM delete

Student semua baca ni https://www.justice.gov/opa/speech/attorney-general-loretta-e-lynch-delivers-remarks-press-conference-announcing-significant
Arul Kanda kaki spin sampai fakta yang bukan-bukan semua disebutkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 16, 2016 at 10:49 AM delete

Hahahaha penerangan apa lagi arul tambah dosa lagi ada cubaan menipu student pulak menteri2 kabinet pun dah senyap sebab takda faedah menipu tentang 1 emdibek macamni lah baik 1 emdibek panggil riza buat filem penerangan 'emdibek the hero' jho low pengarahnya jiban penulis skripnya si semah nak watak utama haa bagi kat dia tayanglah 24 jam di tv3suku rakyat mesti tengok punya hahahahaha

Reply
avatar