KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, October 9, 2016

dinturtle

Bila Pula JASA dan Arul Kanda Nak Adakan Forum Terbuka Bersama Rakyat ?



Arul Kanda kah itu ?  Di mana dan kepada audien mana Arul bercakap itu ?

Rupa2nya pihak JASA sedang mengusung Arul Kanda ke merata IPTA dalam program Townhall Jasa Jelajah Kampus untuk memberi penerangan tentang kaitan saman DOJ dan 1MDB.

Bila pula Jasa mahu temukan Arul Kanda kepada rakyat biasa yang lain dalam sesi TERBUKA ? 

Ramai lagi RAKYAT bukan ahli Umno dan bukan pelajar ipta yang mahu mendengar penjelasan dari Arul Kanda berkaitan dakwaan dalam saman DOJ itu.

Banyak persoalan yang ingin ditanya kepada Arul Kanda .... bukan saja berkaitan saman DOJ malahan berkaitan laporan PAC. 

Kenapa pihak Jasa memilih segmen2 tertentu saja dari kalangan rakyat untuk diberikan penerangan khas itu ? Apakah rakyat lain tidak berhak untuk mendapatkan penjelasan sama ?

Kenapa Arul hanya bercakap kepada ahli2 Umno dan pelajar2 ipta saja..... rakyat lain yang dari pelbagai peringkat dari golongan professional hinggalah golongan biasa juga nak dengar dan mahu bertanya macam2 kepada Arul.

Bagaimana kalau ada pihak yang menjemput Arul atau sapa2 dari 1MDB untuk memberi penerangan khas dan menjawab persoalan2 berkaitan isu2 1MDB, adakah permohonan itu akan dilayan ? Atau Arul dan pihak Jasa hanya berani berdepan dengan audien terpilih saja ?

Saya tertarik dengan jemputan dari grup FB Info Laporan PAC Anda ini ( KLiK )

Makanya kami sebagai admin Info Pac Anda ingin menganjurkan satu forum terbuka mengenai isu yang sama sepertimana berikut -

1- Tajuk Forum -: Saman DOJ - 1MDB - MO#1 Apa Ceritanya ?

2- Tarikh dan Tempat -: Akan diatur sekiranya mendapat persetujuan dari tetamu panel kehormat

3 - Tetamu Panel 

Tetamu Panel Kehormat 1 

- CEO 1MDB Sdr Arul Kanda
- Mantan CEO 1MDB Sdr Shahrol
- Tan Sri Ketua Audit Negara


4 - Tetamu Panel Paling Dihormati - :
MO#1 @ DS Najib

5 - Panel Kehormat 2 - :

Tiga wakil dari media sosial yang sering mengkritik 1MDB. Mereka akan dipilih selepas mendapat persetujuan dari panel2 kehormat yang dijemput.

Majlis forum bersifat terbuka kepada semua orang dan akan dipancarkan secara live streaming.

Tujuan kami hanyalah untuk membantu memberikan maklumat sebenar kepada rakyat disamping mencari jawapan kepada persoalan2 yang sering dibangkitkan dimedia sosial berkenaan isu 1MDB.

Diharap pihak JASA dapat menerima pelawaan ini secara serius dan menghubungi kami sekiranya setuju. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memenangi hati rakyat melalui jawapan dan penerangan bernas yang disertakan bukti2 kukuh seterusnya mematikan segala kritikan yang sering dilemparkan terhadap DS Najib dan 1MDB.

Kami bersedia untuk menjadi penganjur dan menyediakan platform untuk tujuan murni ini.


Apakah pelawaan/jemputan seperti di atas akan dilayan oleh Jasa atau Arul ?  Jemputan agak simple tapi saya percaya admin grup itu serius dengan niat mereka untuk menganjurkan program berkenaan. Pegawai2 Jasa pun ramai yang aktif dalam media sosial terutamanya FB, mungkin mereka boleh hubungi admin grup Info Laporan PAC Anda untuk bincangkan program itu..... itupun kalau Jasa berani menerima pelawaan mereka.

Kalau cara jemputan itu tak betul, maka beritahulah caranya yang betul. Janganlah dijadikan alasan untuk menolak. Permudahkan prosesnya. Guide mereka akan cara2nya ... yang penting majlis terbuka itu dapat direalisasikan demi kepentingan semua.

Tak kiralah dalam bentuk forum atau apapun, asalkan ianya terbuka dan hadirin bebas bertanya soalan2 yang menjadi perdebatan hangat ( bukannya soalan2 mudah yang sudah ditentukan lebih awal )

Mungkin isu 1MDB ini begitu luas dan terlalu banyak skandal untuk dijawap dalam waktu singkat. So .... apakata wakil 1MDB cuma perlu buktikan saja pelaburan2 luar yang dibuat oleh 1MDB ( termasuk Just Unit )

Tak perlu buang masa bercerita tentang sejarah 1MDB, misi dan visi bagai. Straight to the point.

Pihak DOJ ( dan juga pihak lain ) menuduh salahguna dana 1MDB menerusi apa yang direkodkan dalam akaun 1MDB sebagai pelaburan2 luar. Contohnya, dalam akaun 1MDB dinyatakan 1MDB beli unit2 pelaburan diluar negara tapi mengikut DOJ, pelaburan2 itu tidak wujud kerana dana itu telah disonglap.  ( antara lain telah dimasukkan ke dalam akaun Najib ).



Makanya, dengan membuktikan pelaburan2 luar itu sememangnya wujud dengan nilai yang dinyatakan, 1MDB mampu buktikan dakwaan2 DOJ dan pihak2 lain itu adalah palsu. Mudah kan ?

Jika pihak DOJ boleh tunjukkan Money Trail mereka bagi menyokong dakwaan terhadap salahguna dana 1MDB maka adalah amat mudah sekali bagi 1MDB untuk menyanggah segala dakwaan2 itu melalui Money Trail sepertimana tercatat dalam simpanan/rekod akaun 1MDB. 


Tunjukkan saja buktinya. Barulah rakyat benar2 yakin bahawa tidak ada dana 1MDB yang hilang. Semuanya masih ada. Dan kita semua boleh mentertawakan DOJ yang menuduh dana 1MDB hilang padahal terbukti semuanya elok disimpan kemas oleh 1MDB.

Tak perlu nak berdebat bagai...  

PS - sekadar nak buktikan semua itu, tidak perlu menunggu akaun syarikat di audit ! 

Contoh - Tahun 2013 syarikat beli sebuah kereta bernilai 100k. Pengkritik pula kata kereta itu sebenarnya tak wujud. Duit 100k itu telah disonglap.

Senang je nak buktikan .... tunjukkan saja geran kereta ! Dan resit2 atau baucar2 pembelian pada tahun 2013 dulu. Kalau kereta masih belum dijual, pandu saja kereta itu sebagai bukti.

Tak perlu nak tunggu akaun syarikat tahun 2016 diaudit terlebih dahulu untuk buktikan pembelian kereta tahun 2013.

Dalam kes 1MDB, unit2 pelaburan itu masih ada dan kononnya direzabkan untuk pertukaran aset dengan IPIC @ Pelan Rasionalisasi. Sekarang pelan itu dah lebur, kenapa tak bawa balik dan tebuskan unit2 pelaburan itu untuk bayar hutang 1MDB yang masih berlambak2 ?


So ....  bolehkah diharap pihak Jasa dan Arul Kanda bertemu rakyat untuk sesi penerangan terbuka itu ? Kalau dengan ahli Umno dan pelajar IPTA boleh, kenapa dengan rakyat lain tak boleh ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 10, 2016 at 12:19 AM delete

Penipu@Songlap duit rakyat xkan kemana..lambat laun bau bangkai dihidu juga.cuma nak terima hakikat dan kebenaran tu terpulang kepada empunya otak.

Reply
avatar
ahaa
AUTHOR
October 10, 2016 at 12:30 AM delete

Takde video ke pertemuan arul ngan pljr ipta? Nk tau gak apa klentong yg disebut kat bebudak tu, yg majoritinya aku yakin tak faham & tak tau sgt kes 1mdb, jho low, DoJ, MO1

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
October 10, 2016 at 1:21 AM delete

Rasanya yg dtg ke majlis tu pun hadirin yg dah di'tapis'

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
October 10, 2016 at 1:31 AM delete

Jikalau benar si Arul dan JASA pimpinan Puad Zakarshit ada membuat 'road tour' berkenaan 1MDB dan saman DoJ di IPTA , ia hanyalah satu cara untuk mem'brain wash' budak2 yang masih belajar . Bukan untuk merendahkan atau memandang enteng kebijaksanaan para pelajar , tapi platform itu adalah tidak wajar .

Saya yakin , para pelajar ini majority nya tidak akan faham dan tidak ambil pusing segala permasaalahan 1MDB . Mereka tidak punya masa yang banyak terluang untuk mengkaji 'kehebatan' 1MDB ini yang hanya tinggal nama saja TETAPI tanggungan hutang yang berbillion billion .

En. Din , saya menyokong penoh usaha grup FB Info Laporan PAC anda untuk mengadakan forum terbuka . Nanti , bolihlah saya ahli korporat kecil ni tujukankan soalan kepada ahli keparat besar cara cara atau modus operandi mereka keatas 1MDB .

Reply
avatar