KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, October 5, 2016

dinturtle

Mana Akaun 2015 1MDB ? Tangguh Lagi Berapa Tahun ? Labur Bilion2 Tapi Akaun Tak Boleh Jaga ...

Hari ini dah 5 Oktober.... sudah 5 hari berlalu tarikh penyerahan akaun 1MDB yang telah di audit selepas 2 KALI DITANGGUH.

Sudah diserahkan ke belum ? Dah siap ke belum ?

Seperti yang semua maklum, Deloitte sudah menarik diri dari menjadi juruaudit 1MDB dan sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari 1MDB atau kerajaan siapakah yang menggantikan tempat Deloitte.

Bukan itu saja, Deloitte juga telah menarik balik akaun 1MDB yang telah mereka audit bagi tahun 2012-2013 dan 2013-2014 dan tanpa segan silu menyatakan akaun 1MDB yang telah mereka audit untuk dua tahun itu TAK BOLEH PAKAI ! ( should no longer be relied upon )

Akaun mana2 syarikat pun adalah 'bersambung' dari tahun ke tahun. Kalau tahun 2 sangkut, juruaudit kena selesaikan akaun tahun 2 terlebih dahulu sebelum boleh audit tahun 3. Tak boleh main lompat2. Maknanya, jika juruaudit baru diambil menggantikan tempat Deloitte, mereka harus audit semula akaun tahun 2013 dan 2014 itu sebelum boleh audit akaun 2014-2015.

Menurut kenyataan 1MDB pada 26 Julai lalu -

... the Board has decided that, as a precautionary measure, the 2013 and 2014 audited financial statements of 1MDB should no longer be relied on by any party, pending final and conclusive determination by a court of law of certain alleged facts, as described in the Complaint.

'Complaint' itu merujuk kepada kes DOJ.   

Pendek kata - kena tunggu kes DOJ selesai dulu baru boleh cerita tentang akaun2 1MDB. Itu keputusan ahli lembaga pengarah 1MDB sendiri.

Kalau terbukti ADA KES dan transaksi2 yang didedahkan oleh DOJ itu ada kebenarannya .... apa jadi dengan akaun2 1MDB ?

Hmmmm ..... tapi 1MDB berkeras kata tidak ada aset atau wangnya yang hilang.  So, kenapa perlu tunggu kes DOJ selesai ? Berkeras menolak dakwaan DOJ tapi waktu sama akur dengan keputusan prosiding DOJ ? Pelik ....


Nampak gayanya TUNDA LAGILAH akaun 2014-2015 1MDB itu ......   padahal banyak maklumat penting yang kita nak cek berkaitan pelbagai skandal 1MDB. Selamat lagilah dalang2 disebalik skandal2 itu .... 

Dahla lapuran Ketua Audit Negara dijadikan rahsia kerajaan di bawah OSA tanpa alasan yang munasabah diberikan, kini akaun 1MDB pula tergantung.

Apa yang payah sangat nak dedahkan akaun2 1MDB ? ? ?   NAK  SOROK  APA ? ?

Unit2 pelaburan luar 1MDB ( termasuk Just Unit ) pula apa cerita ? Bila nak buktikan kewujudannya dan juga nilainya kalau benar wujud ?

Kenyataan 1MDB di atas adalah kenyataan terakhir sejak kes DOJ meletup. Sejak itu Arul Kanda dan 1MDB dah jadi bisu. Pelik juga kan ? Sebelum itu pantang ada kritikan dari Tun Mahathir, laju jer Arul jawab. Sekarang dah bisu ?

Tapi khabarnya Arul aktif  memberi penerangan kepada ahli2 Umno saja .... kenapa tidak beri penerangan yang sama secara terbuka kepada rakyat ? Apakah 1MDB itu milik Umno ?

Harap ada ahli parlimen yang akan bangkitkan isu laporan Ketua Audit Negara ketika parlimen bersidang nanti.  

Syarikat labur bilion2 tapi akaun pun tak boleh nak jaga. Seperti kata Datuk Johari - Mangkuk Hayun belaka 1MDB.... dari yang paling atas sampai ke bawah !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
October 5, 2016 at 6:52 AM delete

Salam Din....terbaik. balun cukup cukup...nak tunģgu gak kalau kalau Nazri Aziz..cuba cuba..mengomen kes 1mdb ni..kahkahkah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 7:29 AM delete

Aru bukan beri penerangan sebenarnya dia mengajar macam mana nak Belit dan pusing kpd ahli macai, blogger dan anonymous. Sapa yg paling hebat berpusing macam gasing akan diberi ham burger dan dedak secukup rasa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 11:37 AM delete

Ahli umno dapat akaun air liur jer dah cukup. Tak perlu audit. Arul kata ini akaun yg diaudit, habis semua yg menentang kena maki hamun.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 6:00 PM delete

Ini sudah jadi bisnes kacang putih. Bayar gaji ribu2 pun jadi macam bisness asal boleh.....ini semua salah emak bapak kau tidak mengajar perincip hidup....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 8:32 PM delete

Rakyat dah buat kesimpulan memang najib dan konco nya di 1mdb dah ghaib kan dana.

Salah 1mdb jugak sebab semua benda dia nak sorok termasuk org org nya sekali. Jangan pùlak salahkan org yg menyuarakan isu ini bagi pihak rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 9:10 PM delete

Memang betul lah gila & tuli talibarut2 MO1!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 11:48 PM delete

Apa laporan audit? Aaa errr uuu iii??? tunggu bulan november ... Ops tahun bila nanti bagitau dalam parlimen ...

Reply
avatar