KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, October 24, 2016

dinturtle

PANAZZZ .... BOM Dari Husni Di Parlimen @ 1MDB



Kena tonton video Kinitv dibawah ini bilamana Husni yang baru meletak jawatan sebagai Menteri 1MDB bertanyakan soalan2 maut berkaitan 1MDB di Parlimen ! Saya sediakan transkrip dalam bentuk point2.

- Kerajaan yang baik bermaksud kerajaan yang punya dignity, integrity dan good governance.

- Meliputi semua jentera kerajaan termasuklah syarikat2 kerajaan.




Soalan saya adalah -

1 - Mengapa kita tubuhkan 1MDB ?

2 - Mengapa kita letak lebihkurang USD4 bilion  @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC ? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands

3 - Mengapa tindakan undang2 tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB ... kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul ?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut ?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebihkurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu ... tetapi tidak tahu kisahnya ?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC ? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion ?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia ? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia ?

Saya kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah2 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022 ? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat ?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?


Itu yang dapat saya salin dari video Kinitv di atas. Dari TheMalaysianmirror, dilaporkan ada lagi persoalan


“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.


                                               ********************************

WOW ! Semua itu soalan2 yang sememangnya kita sebagai rakyat, mahu tahu penjelasannya dari kerajaan. Apatah lagi bila soalan2 sama turut ditanya oleh bekas Menteri 1MDB !

Macam tak percaya pula sebagai Menteri 1MDB dulu, Husni tidak tahu jawapan2nya ? Atau Husni sengaja sebut dalam bentuk persoalan agar jawapan itu datang dari mulut wakil kerajaan sendiri ? Yalah, beliau kan terikat dengan sumpah perjawatan. 

Apapun, bila Husni selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjawap segala persoalan 1MDB semasa masih dalam kerajaan, bertanya akan soalan2 diatas, PASTINYA RAKYAT MAHU TAHU JAWAPAN2NYA !

Atau pihak kerajaan melalui Jasa dan ArulKanda hanya mahu jawab dipentas kampus Universiti saja didepan pelajar2 ? Apakah WAKIL2 RAKYAT tidak layak mendapat jawapan ?

TAHNIAH HUSNI diatas keberanian anda ! Masaklah Najib .... Arul boleh saja kata semua tu berlaku sebelum dia join 1MDB.

Najib selaku orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1MDB selaku PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 117 yang berkuasa veto dalam 1MDB, seharusnya tampil menjawab. 

Takkan Najib sebodoh itu mahu pegang segala jawatan itu tapi tidak tahu apa2 ?  

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

22 comments

Write comments
abdul majid
AUTHOR
October 24, 2016 at 8:30 PM delete

Salam brother Din...

Segala-galanya makin jelas, tetapi tiada berita dimana-mana media arus perdana pun pertanyaan Husni ini.

Rasanya Husni pada peringkat awalnya memang tak berapa jelas fiaso 1 em di be ni kerana beliau hanya menteri kewangan kedua sahaja.

Bila beliau telah mengetahui & faham bahawa memang wujud 'robin hood' dalam fiaso 1MDB maka beliau nekad melepaskan semuanya kecuali sebagai ahli parlimen agar apa yang beliau tanya ini boleh ditanya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 24, 2016 at 8:38 PM delete

Jk pemimpin hebat pasti akan di sanjung....akan di kenang....tapi jk perdana menteri penipu....pembohong...akan di cerca selamanya...

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
October 24, 2016 at 8:38 PM delete

datuk husni, tolong sediakan soalan dalam bentuk objektif dan jawapan diberibdalam bentuk A,B,C atau D. Senang sikit najib nak jawab.

Reply
avatar
October 24, 2016 at 8:47 PM delete

Mungkin Dia tahu tapi hanya Tunggu masa yg tepat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 24, 2016 at 8:58 PM delete

Keruak dan Rahman jawap lah sekarang jangan tau membodek Najib saja

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 24, 2016 at 9:08 PM delete

Bila kalau dia bgtau sendiri.. nnt pemakan dedak dan segala menteri bijak pandainya cakap itu semua fitnah belake.. hahahaaa..
Aku cuma nk tau anak raja mana jer...

Reply
avatar
Feizal Lasim
AUTHOR
October 24, 2016 at 9:10 PM delete

Apabila menteri kewangan kedua pun tak tahu mengapa tertubuhnya 1MDB , apakah kewajaran negara perlu membayar segala hutang-piutang MO1 yg ternyata melakukan pecah-amanah & merembat duit 1MDB tersebut kedlm acc peribadinya ? Dan yg paling penting skrg, kpd pihak berkuasa yg sepatutnya bertanggungjawap mengambil tindakan keatas Najib & Cro nya termasuklah speaker dewan rakyat,menteri2 & seluruh Kabinet Kayu & tak lupa jg si Semah, apabila tumbangnya Umno-Bn pd Pru14,semuanya akan diadili & kita tak mahu alasan hanya mengikut arahan paling berkuasa negara (MO1) dibenarkan dimahkamah. Kita mahu setiap mereka dihukum kerana bersubahat & menjadi rakan jenayah Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 24, 2016 at 9:48 PM delete

Tunggu puak kuli pok jib jawab atau pon pembantu kak mah nak jwb boleh jgk

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
October 24, 2016 at 10:44 PM delete

kalau perkara ini berlaku d China, najib dah lama kena hukuman mati dgn 'firing squad'. namun sekarang Negara China lah yg seolah olah memberi perlindungan kpd najib. harga yg rakyat Malaysia perlu bayar amat tinggi sekali.

'east coast rail line' yg baru d umum kan dlm bajet sudah tentu sekali akan d beri kpd syarikat drpd China secara rundingan terus. harga yg akan d kenakan rm55bill tidak masuk AKAL sama sekali.
sudah tentu Negara itu akan mengatur/memberi 'soft loan' yg hanya akan d tunda pembayaran nya - bermakna anak cucu kita terpaksa membayar nya. najib /rosmah tidak akan kisah olih kerana mcm kita, pasangan ini akan sudah lama meninggalkan dunia ini.

mereka tidak ambil peduli legasi tun razak kerana apa yg penting sekarang hanya lah utk menyelamatkan diri drpd d dakwa.

tapi jgn khuatir. bak kata mat salleh 'GOD works in mysterious ways'

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 24, 2016 at 10:48 PM delete

rakyat yg mkn dedak dah buta mata buta hati hanya layak dipanggil haiwan bertopengkan manusia

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 24, 2016 at 11:06 PM delete

Ini bukan wayang lgi. Ini btul2 meletup.

Reply
avatar
saiful omar
AUTHOR
October 24, 2016 at 11:35 PM delete

Dia tau cuma dia nk kita dengar dari mulut PM sendiri....masalah 1mdb sebenarnya najib....terlalu byk janji yg nak di lansaikan,sebab tu 1mdb tertubuh...mungkin laaaaa

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 25, 2016 at 12:45 AM delete

Orang Perak Patut bangga sebab ada juga anak jantan dari Perak yang berani menyanggah 1MDB @ najib & Co di Parlimen.. syabas Yb Husni

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 25, 2016 at 12:51 AM delete

F - buat bodoh macam biasa

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
October 25, 2016 at 12:54 AM delete

Semoga Najib dapat beroleh semangat mega untuk bangkit dari sifat kepondanannya untuk menjawab Husni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 25, 2016 at 12:58 AM delete

Nanti ada yang lari malam ni kang hahaha

Reply
avatar
Safrul Teja
AUTHOR
October 25, 2016 at 1:05 AM delete

makin jelas pendedahan di buat.takbir

Reply
avatar
October 25, 2016 at 1:35 AM delete

Sokong 200%, bila bn tewas beret semua menteri Dan rxcetutive yg berkuasa kemuka pengadilan jika perlu.

Reply
avatar
Madame A
AUTHOR
October 25, 2016 at 11:30 AM delete

A PM who stands for his country will address YB Husni's questions professionally. If PM doesn't respond, it will be a big shame to Malaysians.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 26, 2016 at 6:01 PM delete

It is ashame for PM if not answer it. Nobody but him must answer.

Otherwise... it is truthly the PM is the liar and the thief.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 27, 2016 at 11:56 PM delete

Soalan2 yg diutarakan oleh husni sudah ada jawapan nya. Jawapan nya husni dah tau dan disimpan ajer sambil menunggu jawapan dari pihak 'kerajaan'. Saya assume husni sudah keluar dari pakatan kerajaan kerna mengutarakan persoalan menentang kerajaan. Persoalan nya sekarang kenapa menunggu terlalu lama sehinggakan isu sudah suam2 kuku. Harus nya dari dulu lagi diutarakan supaya rakyat bisa menilai dengan bijak. Persoalan ini saya buang jauh2 kerna isu pokok adalah 1MDB bukan husni. Waktu harus diberikan selama seminggu sahaja untuk dijawab dan jika tidak berhasil, husni harus memberikan jawapan2 berupa fakta dan asumsi yg bernas supaya dapat diterima pakai oleh rakyat yg dahagakan kebenaran.

Reply
avatar