KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, October 26, 2016

dinturtle

Penerima Brim Yang Buta Matahati Umpama Lembu Pakai Spek Mata Hijau ! - TS Sanusi


Kita yang dah biasa mendengar ucapan TS Sanusi pasti tahu yang beliau suka bercerita dan sering membuat kita ketawa dengan celotehnya. Namun disebalik gelak tawa itu, terselit sindiran tajam mahupun pengajaran buat yang mahu menggunakan akal.

Terbaru, Sanusi sekali lagi dengan bersahaja menyindir Najib yang baru2 ini semasa ucapan Belanjawannya antara lain bercerita kononnya ada seorang wanita bangsa India yang bersyukur sangat2 kerana mendapat BR1M sambil mengajuk -

Saya tarak kisah apa orang mahu cakap pasal kerajaan, yang penting Brim baaaaaaaanyak bantu saya dan keluarga 


Dan Sanusi menyamakan perempuan India itu sebagai lembu yang pakai spek warna hijau ( Brim ) !

Hahahahaha ..... nak tahu lebih lanjut, saksikan video yang saya rakam semalam ini -




KLiK untuk ke Youtube

Point utama Sanusi - Jangan jadi BUTA dek BR1M. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
LaM
AUTHOR
October 26, 2016 at 4:23 PM delete

Sharir Samad pun terima Brim dari Najib RM1juta.

Dia jugak macm lembu pakai spek mata hijau. Dia tak kisah smada skandal 1Mdb akan memudaratkan sistem ekonomi dan kewangan malaysia serta membawa risiko kpd rakyat dan negara, yg dia tahu support dn mempertahan penyamun 1MDB.


Org macm ni patut

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
October 26, 2016 at 8:20 PM delete

Salam Bro

Jangan kita salahkan penerima BR1M...kalau itu memang dasar pemerintah, BR1M menjadi satu "hak" kepada penerima yang layak sama seperti mereka yang berhak kepada zakat. Terserah kepada penerima untuk mengambil "hak" mereka atau tidak. Kalau mereka tak ambil...kemana pergi duit tu?...adakah ianya diguna untuk membantu mereka yang lebih berhak? Saya rasa duit tu akan dijadikan tabung terkumpul untuk kegunaan Najib.

Yang kita salahkan ialah dasar dan penggubal dasar BR1M...Dari mula lagi memang kita tak setuju "MERASUAH" rakyat dengan BR1M...tapi Najib Raja Wang tetap dengan dasar ini. Berapa billion ringgit telah dibelanja untuk rasuah ni?...tak kurang dari 20 billion ringgit kalau diambil kira sekali peruntukan 2017. Kalau kita guna 25% dari peruntukan tersebut untuk membantu rakyat yang benar benar tak berkemampuan dan selebihnya diguna untuk pembangunan keperluan asas seperti hospital dan sekolah...woi!...banyak tu...pelajaran adalah satu pelaburan yang memberi faedah kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang.

Tapi Najib ada pikir panjang ke?...Dia curi duit pun tak perlu pikir panjang...ngap 2.6 billion sekali masuk!...dia tak pikir duit tu ada "money trail".

Berbalik kepada topik...TS SJ cakap penerima BR1M macam lembu pakai spek hijau...itu menghina tu...lagi pun lembu tak perlu pakai spek hijau nak makan rumput. Dia akan baham semua rumput tak kira hijau atau kering...tak caya...kenapa di negara yang mengalami cuaca sejuk...para peladang akan mengumpul rumput dan dikeringkan untuk bekalan makanan lembu/kambing ketika musim sejuk (winter)? Lembu/kambing buta warna...yang dia tau rumput itu makanan dia...Kecuali lembu yang diam dikondo...dia tak makan rumput....dia makan BR1M supersize.

Yang ditayang dan dicanang dalam RTM dan TV3 suku tu...itu iklan gila...glamor beb!.
Yang perlu kita tekankan kepada massa ialah bahwa konsep BR1M tu banyak membawa keburukan dari kebaikan....yang mana penghujungnya penerima juga yang menanggung beban...contohnya GST yang tak mengenal miskin atau kaya...mampu ke tak mampu...semua kena cukai GST.

Yang paling penting sekali...KITA tau MO1 PENCURI dan SIAPA MO1 tu...banyak lagi yang tak percaya kenyatan ni. Memang banyak bro...macam minggu lepas saya bawak orang tua ke klinik kerajaan...saya temui sekumpulan orang pencen sedang berbual (orang melayu)...topik mereka ialah Najib dan Tun M. Mereka memngutuk Tun M dan menjulang Najib...macam yang mereka dengar dalam TV RTM dan TV3 suku...dek tak tahan saya mencelah...saya tanya...apa kebaikan Najib dan apa keburukan Tun M. Mereka kata Tun M sepatutnya diam dan tak masuk campur urusan Najib....Najib banyak bantu rakyat...BR1M umpamanya. Saya tanya mereka...dari mana duit BR1M tu?...Saya kata bukan duit Najib...tapi dari kantong kerajaan yang dikutip dari kita semua melalui cukai macam GST. Jadi BR1M tu sebenarnya duit kita sendiri. Najib terima duit 2.6 billion masuk akaun peribadi...ini disahkna oleh AG sendiri....Ngap 2.6 billion masuk poket sendiri...walau apa jua alasan derma ke...pokoknya duit tu masuk poket Najib...orang lain tak de kuasa atas duit tu....itu duit Najib. Kalau negara luar derma untuk Malaysia sepatutnya ianya disalur melalui perbendaharaan. Mereka tak tau apa nak jawab...belum lagi cerita 1MDB...jenuh nak bagi rakyat paham.

Itulah yang sedang berlaku dimasyarakat kita. Kita yang tau kena bagitau dengan anggota masyarakat kita agar mereka paham dan seterusnya mudah bagi mereka untuk tidak mengundi Najib.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
October 26, 2016 at 8:31 PM delete

Sanusi bukan tujukan kepada penerima Brim secara umum tapi kepada penerima yg buta mata hati mereka selepas terima brim.

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
October 26, 2016 at 11:31 PM delete

Betul tu En Din.... TS Sanusi merujuk kpd sikap penerima BRIM yang macam wanita India dalam cerita dongeng Najib tu...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 27, 2016 at 2:05 PM delete

Brim rakyat rm1000


BRIM menteri depa rm juta juta beb
Keris pahang

Reply
avatar