KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, October 3, 2016

dinturtle

Perlembagaan Bersatu Unik Dan Lebih Menjamin Perjuangan Parti DiUtamakan Dari Kemahuan Pemimpin

Perlembagaan Bersatu digubal agak luarbiasa kerana dalam parti2 lain, dia tidak menyenaraikan satu persatu apakah dasar perjuangannya. Kalaupun ada, ia jadi dasar.

Tetapi dalam Bersatu, ia bukan dasar. Ia dikanunkan di dalam Perlembagaan. 

Kalau ditanya apakah yang diperjuangkan oleh Bersatu ? Maka perjuangan Bersatu adalah apa yang disebutkan dalam Perlembagaan. Matlamat Perjuangannya .... 13 perkara.

...... bila sebut perlembagaan ini, kita tidak boleh pinda sewenang2. Kalau polisi, hari ini ketuanya ikut polisi A, esok naik orang lain ia tukar jadi polisi B.

Tapi dalam Bersatu kita kena pertahankan .





KLiK untuk ke Youtube


Saya percaya hanya beberapa kerat saja yang pernah baca Perlembagaan Bersatu terutama 13 perkara yang disebut oleh Muhyiddin di atas. 

Malahan .... ramai juga saya percaya, tidak tahu apa maksud lambang Bersatu. Nah, saya kongsikan maklumat itu -





5.2.1  Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.

5.2.2  Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

5.3 Pengertian Warna

5.3.1  Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.

5.3.2  Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti;


FASAL 6 TUJUAN DAN MATLAMAT

6.1  Tujuan dan matlamat parti adalah seperti berikut:

6.1.1.  Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.

6.1.2  Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

6.1.3  Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

6.1.4  Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

6.1.5  Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.

6.1.6  Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;

6.1.7  Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.

6.1.8  Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.

6.1.9  Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.

6.1.10  Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

6.1.11  Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.

6.1.12  Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

6.1.13  Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 4, 2016 at 6:41 AM delete

Saya rasa tak ada pun dengan apa yang UMNO telah lakukan dan perjuangannya telah pun dibuktikan sehingga menjadikan pemimpin bersatu dikenali ramai..

Reply
avatar
October 5, 2016 at 9:49 AM delete

Satu langkah ka hadapan ,sabagai parti yang berwawasan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 9, 2016 at 4:18 PM delete

Semoga lahirlah pemimpin yg *bertanggung jawab* kpd agama bangsa dan negara. Pemimpin yg terpimpin...

Reply
avatar