KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, October 12, 2016

dinturtle

Swiss AG Heret Falcon Ke Mahkamah - YES ! Semoga Kes RM2.6 Bil Bakal Terungkai ....



Begitu cepat sekali AG Swiss buat keputusan mahu mendakwa Falcon Bank atas kesalahan jenayah ! Baru semalam beliau kata mahu menimbangkan perkara itu, dan hari ini dah set. 

Mungkin pelik bagi kita sebab kita di sini dah terbiasa dengan cara AG kita yang makan masa berbulan2 sebelum ambil keputusan nak kaji fail siasatan, dan berbulan2 sebelum buat keputusan nak dakwa. Di Switzerland mungkin perkara normal kot ....  

Dari portal Swiss Government -

Like the criminal proceedings opened against the BSI Bank SA on 23 May 2016, the opening of the criminal proceedings on 12 October 2016 against the Falcon Private Bank Ltd is based on information revealed by the investigations relating to 1MDB and on issues raised in the enforcement decision made by FINMA from early October 2016. The information suggests that the offences of money laundering (Art 305bis SCC) currently under investigation in 1MDB case could have been prevented had the Falcon Private Bank Ltd been adequately organised.

Terjemahan Mkini -  "Keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal Oktober 2016. OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank.

"Adalah dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB,"

Berpunca dari skandal 1MDB !

Apapun, ini satu perkembangan yang positif dalam usaha kita membongkar rahsia disebalik skandal 1MDB.  Nak harapkan pihak berkuasa dalam negara, memang hampeh la. Semua kata tidak ada masalah.

Maka terpaksalah kita mengharapkan usaha2 pihak luar untuk mencari Kebenaran.

Dalam konteks ini, sewajarnya kita berterimakasih kepada Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat report kepada pihak2 berkuasa luar itu tentang skandal 1MDB. 

Paling menarik dengan tindakan Swiss AG ini, kita harap akan mendapat pencerahan mengenai transaksi USD681 juta atau yang kita kenali sebagai kes RM2.6 bil . Kes ini turut disebut oleh FINMA semalam.  ( KLiK )

Manalah tahu, kes itu akan diperdengarkan di mahkamah Swiss dan akan diperincikan apa yang berlaku di peringkat bank.

Sekadar mengimbas kembali .... ingat tak lagi slip transaksi yang bikin heboh tahun lepas di mana para macai dan balaci Najib sibuk memainkan isu SWIFT CODE yang tercatat dalam slip itu konon kod itu palsu. Ketika itu Najib belum mengaku yang duit RM2.6 bilion itu ada diterima dalam akaunnya.

Selepas saja Najib mengaku, para macai dan balaci Najib terkedu semuanya. Tidak mereka sangka bakal dikencing dek bos sendiri ! Dengan sendirinya hujah SWIFT CODE hilang ditiup angin lalu ....




Fakta dari slip transaksi di atas adalah -

Bank Pengirim - Wells Fargo , New York
Bank Penerima - AmIslamik KL

Pelanggan - TANORE FINANCE BVI

Arahan Melalui - menggunakan Swift Code UEBESGSG


Semakan SWIFT CODE mendapati UEBESGSG itu  adalah FALCON BANK SINGAPURA 

Nah .... itu connection nya !


Pelik kan .... bank di Singapura, dah dekat sangat dah. Tapi digunakan bank di New York untuk transfer duit itu ke Kuala Lumpur.

Juga sebagai peringatan jejak wang ( Money Trail ) sepertimana yang disebut oleh DOJ, lihat kembali rajah di bawah -




Persoalan yang menjadi perdebatan hebat seluruh dunia adalah - Tang mana letaknya PAK ARAB DERMAWAN ITU dalam rajah di atas ?

So ..... kita amatlah berharap misteri ini akan terungkai melalui prosiding jenayah Swiss AG ke atas Falcon Bank. 

Ianya menjadi misteri bilamana Najib tidak mahu berterus terang. Takper .... sedikit demi sedikit semuanya akan terburai jua ....

PS - Najib sudah goyang ..... Siapa Pak Arab itu langsung Najib tak pernah cerita. 


Zahid juga sudah goyang ..... Siapa Pak Arab yang dia pi jumpa dulu ? 

SPRM juga kena jawab ...... Siapa wakil penderma yang SPRM jumpa dulu ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

13 comments

Write comments
tatang ka
AUTHOR
October 12, 2016 at 11:03 PM delete

Tu pak arab yang pelihara unta.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 12, 2016 at 11:07 PM delete

Akhir allah bobgkar mungkar lah ros jib dan balaci

Amin
Keris pahang

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
October 13, 2016 at 1:06 AM delete

Sebab tu bila ada puak2 yg dok membandingkan antara zahid dgn hishamudin Siapa lebih layan ganti mat najip sbg pm, soalan bodoh sebenarnya.

Dua2 tu lebih sesuai menemani mat najip dlm sel di sg buloh. Silap2 kena solitary confinement sbb high profile

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 2:40 AM delete

hahaha.. finally the goose is gonna get glued.. ingat dia org terror sangat, kahkahkah...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 4:03 AM delete

Jumpa to arab keja kat aiport yang dok punggah bagasi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 4:17 AM delete

Lepas tu bahagi2 dosa menganiaya rakyat tu bawa masuk kubur..termasuk blogger2 dedak dan tukang2 komen bangang yang dok backing penyonglap2 tu selama ni..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 7:34 AM delete

Ada Pak Arab.. tapi Pak Arab bogus, con man yang mula2 keluar atas kapal sewa rancang scam ini. Auta Pak Arab ni jual air lior, semua diMalaysia percaya.

Tetapi DOJ, Swiss dan Singapore tengok bukti sahih aliran duit haram yg dicuri dari 1MDB melalui transaksi bank, tiada bukti penderma Arab.

Yang mana boleh pakai? Auta atau fakta, nanti kes jenayah akan terbuka habis dimahkamah Swiss dan Singapore lihat siapa yg kena kelentong.



Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 8:00 AM delete

Pak arab tu sebenarnya unta yang dibela oleh pak arab tu ( ingat lagi mascot arab malaysian bank dulu kan unta).. din kene cari siapa yg bela unta tu.. maka terungkailah nama pak arab tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 8:52 AM delete

Pembohong...penipu... Kaki kelentong...penyamun... Perampas n penakut(Ada aku kisah Katanya)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 10:57 AM delete

Geng cuba bayangkan berapa ramai yang DIANIAYA disebabkan oleh 1MDB haram jadah ni
30 Juta pun kena juga dengan GST!

Hidup Bersatu!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 12:47 PM delete

Pak arab dah melarikan diri naik unta menuju padang pasir, bayangkan doa2 rakyat malaysia atas kejadian aniaya ke atas rakyat malaysia....teringat ceramah tok guru di kampung dulu kala katanya antara doa2 yang dimakbulkan ALLAH adalah doa orang2 yang teraniaya!!Justeru itu aku dengan rendah diri merayu kepada kepala geng baju merah yang kononnya mempertahankan bangsa melayu, ayuhlah menggerakkan solat hajat 1 malaysia agar kemelut yang melanda negara segera terungkai, tak gitu????

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 1:26 PM delete

Terbaik...Najib ini cuma boleh dijatuhkan dengan dua cara:

1. Dengan cara demonstrasi besar-besaran yang dianjurkan oleh orang Melayu sendiri. Anjuran demontrasi oleh orang bukan Melayu tidak akan berjaya kerana UMNO senang labelkan mereka sebagai penderhaka kpd Bangsa Melayu, anti-Islam atau anti-Raja-raja Melayu.

Demontrasi ini takat 200 K atau 300K tak menjadi. Perlukan 1 juta orang Melayu sama seperti demontrasi rakyat Iceland yang menjatuhkan Perdana Menteri Sigmdar David Gunnlangsson yg terbabit dlm skandal dlm Panama Papers. Malangnya ini tidak akan terjadi Di bumi Malaysia.

Ramai orang Melayu tak ambil pot pun tentang 1MDB ini. Bagi mereka yg penting Duit Tabung Haji atau Duit Pencen mereka tidak hilang sudah. Setiap tahun dapat ganjaran BRIM ok bagi mereka. Ramai rasa macam telah berlaku sesuatu tentang skandal ini, tapi tak faham. Ramai dari kita punyai sikap negatif terhadap kerajaan sekarang bukan kerana 1 mdb tetapi tentang ekonomi, kejatuhan nilai ringgit, GST dan harga barangan semakin naik dan peluang kerja di masa hadapan utk anak mereka. Bagi najib benda-benda tentang 1mdb ini semua perkara remeh-temeh, semua ini boleh diselesaikan dengan "Cash Is King".

2. Dengan sebab ini Tun Dr. Mahathir tidak berminat dengan demonstrasi BERSIH. Takat majoriti org Cina dan India menyertai demonstrai BERSIH ini tidak beri kesan, kecuali seperti BERSIH 3 Parti Islam telah mengambil bahagian. Tapi dengan keadaan sekarang Parti Pas yg ingin berpeluk dgn UMNO tidak akan gerakan tentera Zombi mereka ke Medan Demontrasi Bersih 5.

3. Tun M memang pakar dlm bidang politik Malaysia ini. Dia tahu deklarasi atau demontrasi semua ini payah tetapi dia pernah kata dengan selamba,"Najib dapat turunkan kecuali negara luar masuk campur". Dengan serta-merta statement ini dapat kejutkan Najib..Najib mula menyelar Tun sebagai Penghianat Negara. Nampak reaksi Najib..kenapa?. Maksud Tun bukan negara lain menyerang Malaysia...tetapi dengan Media mereka Najib mungkin jatuh. Media negara kita tak berani dan bacul macam kita juga tulis dengan Anon sini. Media luar negara atau tekanan luar negara boleh jatuhkan Najib.

3. Takat Parti pembangkang nak jatuhkan Najib jangan harap sangat,Najib boleh kecilkan parti pembangkang seperti berlaku pada Parti Pas..dan boleh porak-perandakan parti pembangkang ini...tak boleh apa yg boleh lakukan parti pembangkang ini cuma boleh jerit, meronta, merenggek mcm budak kecil kata pilihanraya yg tak adil dan tipu je...apa boleh mereka buat?..tak akan kita tak baca apa yg berlaku dalam negara-negara gagal dlm dunia ketiga?...

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
October 13, 2016 at 7:46 PM delete

Salam brother Din...

Jangan... Itu dikira undang ➕ tangan luar kata yang dok diatas. Tapi saya makin musykil la brother Din. Bila teliti semula sejarah 1511, tak banyak fakta teguh yang menyatakan bahawa rakyat masa itu punca kemasukkan ➕ tangan kuasa luar.

So, siapa yang memaksa perkara ini berlaku? MO2 kot.

Reply
avatar