KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, October 13, 2016

dinturtle

TerimaKasih Najib ! Andalah Bapa Perpaduan Rakyat !

astroawani
Kesian kat Najib bila baca laporan di atas.... jelas otak Najib dah berserabut dan tak mampu nak berfikir secara rasional.

Mula2 Najib bercakap tentang perpaduan nasional dengan mengaitkan ketua pembangkang yang memainkan isu perkauman pada tahun 2008, kemudian beliau bercakap tentang perpaduan bangsa Melayu pula bila mengaitkan seorang pemimpin lama yang membentuk satu lagi parti politik Melayu.

Akhir sekali Najib beri amaran bila kedua pemimpin fasa 1 dan fasa 2 itu sudah mula bersalaman dan berbaik2 ! ?

Seriusli la .... Najib ni bercakap tentang Perpaduan kaum atau tentang Survival Politiknya ?

Bukankah bagus bilamana dua pemimpin yang mewakili ribuan pengikut bersalaman ? Adakah perkara itu dianggap sebagai faktor perpecahan perpaduan hanya kerana tidak melibatkan Umno ? 

Apakah bila Umno terlibat saja baru boleh dikatakan sebagai perpaduan ? 

Parti Melayu ada 5 ..... pemimpin lama itu mahu satukan 4 dari 5 parti itu .... bukankah itu lebih baik dan menunjukkan perpaduan ke arah positif ? Dari 5 menjadi 2 ?

Makanya .... kenapa pihak Najib kelihatan bersungguh2 mahu menghalang keempat2 parti itu dari bersatu ? Bersungguh2 para macai dan balaci melaga2kan kepimpinan parti2 tersebut supaya mereka tidak akan bersatu .... nah, siapa yang tidak mahu melihat perpaduan ?

Sekali lagi, adakah kerana usaha itu tidak melibatkan Umno maka usaha itu harus dilihat sebagai mahu memecahkan perpaduan Melayu padahal yag diusahakan adalah supaya 4 parti itu bersatu tujuan ?

Sebab itulah kita katakan Najib dah meroyan. Najib dah terdesak sampai keliru antara politik dan perpaduan. Bila parti2 pembangkang mahu bersatu pun dikatakannya sebagai mahu memecahkan perpaduan. Bukan saja parti2 pembangkang Melayu saja tapi turut melibatkan semua kaum. 

Pendek kata - Pembangkang mahu menyatukan suara rakyat bukannya memecahbelahkan lagi rakyat. Sepatutnya Najib menyokong usaha itu bukannya menentang !

Tapi apapun kita kena respek juga pada Najib. Najib amat merendah diri. Beliau tidak mahu mengaku menjadi penyebab penyatuan rakyat masakini.

Serius ... kini seluruh rakyat BERSATU HATI memaki hamun Najib ! Dari sekecil2 anak sehinggalah yang tua, tak kira kaum atau pangkat, SEMUA SEPAKAT mengkritik Najib. 

Najib sudah menjadi satu2nya faktor perpaduan rakyat !

Tanyalah orang India, orang Cina, orang Kadazan, orang Melayu .... tanya pandangan mereka tentang Najib .... gerenti semua seiya sekata akan maki. WOW !

Belum pernah lagi ada mana2 pemimpin kita yang mampu menyatukan hati rakyat sepertimana yang Najib berjaya lakukan.

Maknanya, Najib sendiri silap bila menyebut rakyat kita berpecah. Mana ada ! ?  Rakyat kita bersatu ..... terimakasih kepada Najib !

Selayaknya Najib diberi gelaran Bapa Perpaduan Malaysia !


Betuuuul..... tak payah buat muka pelik macam tu lah .... terima sajalah hakikat ini. Tak perlu nak merendah diri.

Teruskanlah memimpin Umno dan kerajaan sehingga PRU14.  Teruskanlah mengelak dari perlu tampil menjawab isu2 1MDB dan RM2.6 bil. Teruskanlah menekan rakyat ....

Oya, teruskanlah juga menyokong secara senyap di belakang Geng Baju Merah. Dalam rakyat mahu bersatu tanpa mengira kaum, geng baju merah pula yang sibuk memainkan isu perkauman. Semua itu akan hanya menguatkan lagi semangat perpaduan rakyat untuk bersatu hati menentang Najib.

Rakyat akan tunjukkan perpaduan mereka pada PRU14 nanti. TerimaKasih Najib !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
PutraKraken
AUTHOR
October 13, 2016 at 5:31 PM delete

Salam Bro

Kalau dulu aku sebagai melayu, malu untuk mengutuk pemimpin UMNO depan kaum lain...kini tanpa segan silu aku mengutuk, memyumpah seranah pemimpin agung UMNO depan sesiapa je...tak kira cina, india, singh, dayak, iban, melanau dll....Dah tak de kemaluan lagi...sebab mereka semua sama memperkatakan dan meluahkan perasaan yang sama....DISGUSTED!...JELEK!...Di kedai kopi, kedai runcit, pasar ikan dan sayur...semua nampaknya menyatakan PERPADUAN YANG AMAT KENTAL sekali mengutuk dan menolak Najib.

Tapi...dalam diam aku sebagai seorang melayu merasa amat malu sekali...Kemaluan yang amat besar....Mengapa ada pemimpin melayu yang memberi kemaluan sebegini kepada bangsa, agama dan negara?

Najib...kamu pemimpin laknat!
Jangan kamu mengata pemimpin lama...walau Abdullah Tido sekali pun...kerana kamu langsung tidak setaraf dengan mereka semua.

Kamu RASUAH!...Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara.
Hanya satu pintaku...Tuhan panjangkan umur kamu untuk menghadapi pengadilan didunia ini...agar tercatat dalam sejarah bahwa kamu sebenarnya penjarah dan perasuah...itulah legasi kamu.

Reply
avatar
Feizal Lasim
AUTHOR
October 13, 2016 at 5:37 PM delete

Bang Din tak sepatutnya Straight Forward kat Ketua Pengawas Jamban SeMalaysia (Najib) dgn mengelarkannya Bapa Perpaduan Malaysia.Ini kerana kali terakhir diperiksa otak2 seluruh org Umno, hanya sedikit zarah kepandaian yg tinggal. Dikhuatiri nanti akan ada tarian kemegahan seperti diPadang Kelab Selangor tempoh hari.Sepatutnya sy rasakan gelaran yg baik2 itu bukanlah utk golongan2 Umno-Bn lagi, berikanlah pd sesiapa pun kecuali pada mereka.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 6:04 PM delete

Terbaik Din!

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
October 13, 2016 at 7:57 PM delete

En Din....

Memang tepat kata2 En Din tu....cucu nenek yang baru umur 4 tahun bila nampak je gambar Najib terus jerit...eei!!..tu oyang jahat.. bila nenek tanya ye ke jahat?... dia jawap ... ye...mami catap dia cuyi duit...(cucu nenek tu pelat lagi)
Semua anak cucu nenek memang benci yg amat kat Najib ni...
Hai... nasib kau lah Najib... bila kau jatuh nanti ramai yang nak ludah kat muka tak malu kau tu....
nenek rasa nak juga cubit kulit muka dia sbb nak ukur ketebalannya....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 9:24 PM delete

Bukan dia je kena makihamun..anak bini dia pun patut kena sekali.

Dasar penyamun! Hidup mewah atas kesusahan rakyat!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 14, 2016 at 1:02 AM delete

Err.. tak ada org nak ingatkan dia psl menang dgn majoriti 200 lebih ke masa pru 1999? Khabarnya berselipar saja dengan kaki seluar tinggi sebelah mundar mandir keluh kesah masa tggu result. Lepas tu ulang angka 200 lebih tu dlm ucapan, berjanji tak nak leka lagi. Akan ingat sampai bila2 angka 200 lebih tu. Gua malas nak google the exact number.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
October 17, 2016 at 10:30 PM delete

Bab ni saya sokong penuh hajat Dato Rahman jpc untuk lawan najib di Pekan. In shaa Allah Dato'.

Reply
avatar
NAA ZAR
AUTHOR
October 25, 2016 at 2:58 PM delete

Bro Din
Biarlah najib menang pru 14 neh supaya dia dpt rasa jadi KETUA PEMBANGKANG

Reply
avatar