KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, October 15, 2016

dinturtle

Tun Mahathir Di Kota Bharu 14/10 - Siapa Pulak Jadi BIAWAK ?

Foto KCD

Semalam Tun Mahathir sekali lagi berkunjung ke Kelantan, kali ini di Tunjung Kota Bharu. Lebih 2 ribu rakyat Kelantan sabar menunggu untuk menyambut beliau dalam keadaan hujan. Dek kesuntukan masa, Tun Mahathir hanya sempat berucap selama 30 minit sebelum kembali semula ke KL. 

Point utama Tun Mahathir kali ini yang sering diulang2nya adalah PENYATUAN PARTI2 PEMBANGKANG kerana menyedari hanya melalui SATU LAMBANG, SATU CALON DAN SATU MANIFESTO saja yang mampu mengalahkan BN.


Royalti ?  Menang Kerajaan Pusat Dulu Dan Kita Sendiri Tentukan



KLiK untuk ke Youtube

Mengenai Royalti Minyak, Tun Mahathir menjawab, hanya dengan menjadi Kerajaan Malaysia dahulu barulah kita boleh tunaikan apajua janji kepada rakyat. 

- Hanya parti yang membentuk kerajaan saja yang sebenarnya boleh laksanakan janji2 yang dibuat.

- Kalau kita nak cari kemenangan, kita mesti bersatu, mengguna satu simbol saja, satu manifesto saja ... dan apabila menang, mendirikan satu kerajaan campuran di peringkat pusat.

Memenangi kerajaan negeri tidak cukup untuk menentukan nasib kita. Semuanya bergantung kepada kerajaan pusat. Semuanya perlu meminta2 daripada kerajaan pusat. 

Tetapi kalau kita jadi kerajaan pusat, kita tak payah minta daripada orang lain ... kita minta daripada diri kita. Dan kalau kita minta daripada diri kita, takkan kita tak bagi !


Ketepikan Permusuhan, Satu Simbol, Satu Manifesto, Satu Calon !





KLiK untuk ke Youtube



Parti pembangkang lawan sesama sendiri sebab itu kalah. Semasa saya memimpin BN, saya tak takut parti lawan. Saya tak payah lawan mereka. Mereka lawan sesama sendiri. Bila mereka lawan sesama sendiri, mereka tentu tak boleh kalahkan BN yang merupakan satu gabungan 14 parti politik di dalamnya. 

BN menang kerana mereka berjuang sebagai sebuah parti. Bukan sebagai parti MCA, Umno, MIC, Supp dan lain2.  Mereka menggunakan satu simbol saja - dacing. Mereka mempunyai satu manifesto saja. Dan yang utama ialah, mereka meletak satu calon dalam satu kawasan, dan semua 14 buah parti sokong calon itu. Dengan itu mereka dapat undi yang terbanyak mungkin.

Tetapi parti lawan letak calon dari parti itu, parti ini.. dan berpecahlah sokongan kepada parti lawan. Dan mereka kalah,

Kalau nak jatuhkan BN hanya satu cara saja yang ada. Caranya ialah dengan bergabung.

Jika terus bertanding atas tiket parti masing2, parti lawan tidak akan menang.

Kali ini saya ingin mendesak kepada semua parti lawan - KALAU NAK MENANG, KETEPIKAN PERMUSUHAN ANTARA KITA,

Dan kita bersatu. Kita sokong siapa saja yang diletak sebagai calon. Dan kita menggunakan satu simbol saja. Inilah caranya untuk mendapat kemenangan.


Makanya kita dapat lihat sekarang bagaimana Najib dan para balacinya begitu bersungguh2 mahu menggagalkan usaha penyatuan ini. Sehingga ke tahap Najib sendiri melabelkan usaha penyatuan ini sebagai satu perpecahan perpaduan !

Sebab mereka sedar nasib mereka bukan bergantung kepada kekuatan diri mereka sendiri tetapi kepada kegagalan parti2 pembangkang untuk bersatu.

Mereka akan mengapi2kan kita dengan isu2 perkauman dan agama ..... tujuannya hanya satu - Jangan biarkan parti2 pembangkang bersatu.

Umno sudah terdesak !


DiTuduh Mencuri, Kita Berasa Malu ... Itu Kalau Kita Tak Mencuri la...




KLiK untuk ke Youtube



Saya bukan sengaja nak main masuk keluar masuk keluar Umno. Ada sebab2nya. Dan kali ini sebabnya amat dasyat.

Apabila dunia berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia ini dah curi duit ! Kita berasa malu. Tapi dia tak berasa malu. Yang ni pelik.

Sepatutnya kalau orang tuduh kita mencuri, kita berasa malu .... kalau kita tidak mencuri lah. Tapi kalau mencuri, kita nak kata apa ?

Inilah sebabnya yang hari ini saya berada bersama2  dengan parti2 yang dulu menjadi musuh saya. Dan saya dengan mereka berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Umno,



Siapa BIAWAK Yang Tun Maksudkan Ini ?




KLiK untuk ke Youtube

Ketepikan segala permusuhan antara kita. Dan tentukan kita kerjasama dengan cukup rapat supaya kita dapat kalahkan BN dan Umno.

Saya berasa sedih nak cakap macam ini. Tapi apa boleh buat ... yang utama bukan Umno. Yang utama agama, negara dan tanahair. Itu yang utama.

Kalau kita nak dukung juga BIAWAK ini, kita talqin.( tak berapa jelas ) Dia dah lama jadi busuk. Sebab itu kita semua harus buat keputusan, janji kepada diri sendiri bhawa dalam pilihanraya ke 14 ini, kita akan undi parti2 lawan yang bergabung, dan mengguna satu simbol, satu manifesto dan akan mendirikan satu kerajaan yang akan mengganti kerajaan BN.




Puan Anina juga membuat penampilan selaku Ketua Serikandi ( Wanita ) PPBM. 

Angkara Najib, Generasi Akan Datang Turut Berhutang !
 



KLiK untuk ke Youtube.


Disebalik serangan Najib dan para balacinya terhadap peribadi Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, Anina mengingatkan kita siapa sebenarnya PENCURI HARTA RAKYAT. 

Serangan2 peribadi itu lebih berbentuk mengalih tumpuan rakyat daripada skandal2 yang membelenggu Najib.

Najib bukan hanya mencuri duit kita hari ini, tetapi juga duit anak cucu dan cicit kita yang belum lahir lagi. Duit yang dicuri oleh Najib hari ini hanya akan habis dibayar sekurang2nya pada tahun 2036 !

Makanya kita harus bertindak sekarang demi untuk menyelamatkan bukan saja nasib rakyat pada hari ini tetapi juga nasib rakyat generasi akan datang yang belum lahir lagi tapi sudah menanggung hutang yang dibuat oleh Najib ketika ini. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
October 15, 2016 at 11:23 AM delete

Salam saudara Din,

Senario ini mengingatkn sy akan sjrah tnah melayu menuntut kmerdekaan dr penjajah. Cuma bezanya ketika ini kita dijajah oleh individu dr bgsa sndri. Buat smua yg terlibat dlm usaha lgsg dlm mjatuhkn Umno najib,moga Allah kurniakn kesihatan yg baik n hati yg tetap pd niat utk membela rkyat. Aamiiin..

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
October 15, 2016 at 11:47 AM delete

Salam Bro

THE WISE MAN HAS SPOKEN.

Itulah NEGARAWAN yang ku sanjung dan ku hormati.
Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair...kata kata yang menyatakan segalanya.

Wahai Negarawan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Hanya Doa dan Sokongan Padu yang dapat ku berikan.
Jasamu...Allah lebih mengetahui.
Semoga Allah merestui dan memberkati perjuangan Tun dan rakan.
Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Ameen!


Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 15, 2016 at 1:33 PM delete

Minta rakyat undi gabungan pembangkang rasanya xde problem, asalkan pakatan pembangkang betul-betul sepakat letak 1 calon shj seperti Tun cakap. Masalahnya ada kalangan pembangkang yang keras kepala. Contohnya pru lepas di dun kota damansara pas kacau psrm, turut letak calon. Hadi awang diam je. Akibatnya bn rampas balik kerusi tu dari psrm

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 15, 2016 at 5:45 PM delete

Salam,
Inilah dikatakan seorang pemimpin dan negarawan yang berkredibiliti..Parti atau pun pemimpin parti tidak akan selama-lama boleh berkuasa berbanding dengan sebuah Negara,Bangsa dan Agama. Pemimpin pergi dan datang itu lumrah dalam politik. Tetapi Negara tidak begitu, bila hancur Negara, hancurlah bangsa dan agama bangsa itu sekali.

Masalah kita sekarang ialah persoalan "kredibiliti" seorang pemimpin. 50 peratus Kredibiliti seorang pemimpin akan hilang kalangan rakyat disebabkan pemimpin itu tidak jujur dengan keluarganya hidup mewah tanpa batasan dari perbelanjaan yang ditanggung oleh rakyat. Pemimpin tidak jujur ini lupa bahawa perlantikan mereka ditempat teratas oleh rakyat cuma memikul amanah rakyat dan bukan harta ambil itu harta emak bapak mereka.

Rakyat perlu faham, "bila lantik seseorang pemimpin atau wakil rakyat, jangan sekali hilang keyakinan terhadap dia, kalau anda rasa tak yakin dengan pemimpin kerajaan sekarang jangan lantik mereka lagi." / Use a man don't distrust, if don't trust, don't use him. Mudahkan.Kalau dah tahu dia itu pencuri, kenapa nak lantik lagi!.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 16, 2016 at 7:08 AM delete

Bersama perjuangan serta semangat Tun.Najib cakap apa saja orang sudah tidak peduli dan mempercayai lagi,hanya tinggal dedakkian yang bersungguh mempertahankannya kerana sudah 'terikat'.

Teruskan menyedarkan orang ramai terutamanya yang di luar bandar yang masih samar tentang bahaya masa depan negara di bawah pentadbiran Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 16, 2016 at 2:49 PM delete

Aamiin..ya Allah..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 16, 2016 at 10:48 PM delete

Assalamualaikum Bro Din,
Artikel ini ada saya post dlm blog Shahbudin Dot Com dan saya postkan posting yg sama utk dikongsi bersama di blog Din Turtle. Mohon Bro Din sampaikan kpd semua pembangkang dan pembaca. Terima kasih.

Disarankan semua pembangkang BERSATU PADU di bawah SATU SIMBOL, SATU NAMA dan bawah SATU IKATAN KERJASAMA sebagaimana Tun Razak satukan semua pembangkang2 sebelum ini.
Malah dulu DAP pernah dipelawa masuk tapi pelawaan itu ditolak DAP.

Langkah seterusnya ialah SATU LAWAN SATU.
Kalau pembangkang GAGAL buat SATU LAWAN SATU dan masih BERDEGIL BERENTAP SESAMA SENDIRI maka SELURUH parti pembangkang akan GAGAL.
Tak kira parti pembangkang apa sekalipun SEMUA akan JATUH BERSAMA dan duduklah kamu semua di TAKUK LAMA.

PAS hanya dapat duduk di Kelantan, PKR di Selangor, DAP duduk di Penang dan PPBM kita tak tahu lagi di mana.
Itu pun kalau pembangkang masih dapat bertahan di kedudukan sekarang.

Tak ada gunanya kalau pembangkang menyusun STRATEGI PROGRAM bagai nak rak perhimpunan sana....perjumpaan sini.....ceramah sana-sini......tapi kemudian pada SAAT AKHIR pembangkang kucar-kacir BERLAWAN BERENTAP ANTARA SATU SAMA LAIN.
Ini KERUGIAN yang dicari SENDIRI.

Jika KESILAPAN yang sama BERULANG lagi maka SIMPAN saja dalam saku HAJAT dan ANGAN2 tuan2 pembangkang semua untuk memegang TAMPUK kerajaan dan melepaskan rakyat dari penipuan dan penyelewengan.

Juga jika berulang KEBODOHAN yang sama yakni BERLAWAN antara satu sama lain maka duduklah tuan2 pembangkang semua di TAKUK LAMA untuk SEPENGGAL lagi.

Dari SEPENGGAL ke SEPENGGAL......jadi berapa penggal lagi perlu DITUNGGU untuk tuan2 pembangkang MEMEGANG tampuk kerajaan??
Bila pulak masanya untuk ianya benar2 terjadi...???
CUKUPKAH tiap2 satu pembangkang cuma dapat SEBIJI NEGERI saja??
PUAS HATIKAH tuan2 pembangkang semua dengan hasil yang SECIPUT itu???

TUAN2 PEMBANGKANG yg dihormati.....tolong BERSATU-PADU di bawah SATU PAYUNG, SATU SIMBOL, SATU MENIFESTO, SATU IKATAN.........sila BUKA MATA dan lihat KESILAPAN yang lepas untuk dijadikan PANDUAN pada PRU14 yang semakin hampir.

If you keep DOING the SAME THING, you will keep GETTING the SAME RESULT.

Sudahkah semua tuan2 pembangkang BERSATU HATI menolak SIKAP BERPARTI...???
Anda semua bekerja dan berkorbanlah DEMI RAKYAT dan NEGARA.....bukan bekerja untuk PARTI.

Ayuhlah jangan berlengah lagi, masa semakin HAMPIR........letakkan RAKYAT dan NEGARA sebagai agenda UTAMA, bukankah itu SUMPAH PEMIMPIN yang SEJATI..???

Wassalam.

Reply
avatar
Adam
AUTHOR
October 19, 2016 at 11:15 PM delete

Tuan,

Mohon di-link-kan blog saya ke Blocklist Din Turtle. Blog saya:

http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

Blog tuan suda ada dalam blog saya.

Terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 20, 2016 at 9:34 PM delete

Sy mohon share artikel tuan....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 23, 2016 at 10:31 PM delete

Salaam. Boleh sesiapa bantu saya untuk akses blog outsyedthebox melalui handphone. Saya tak tahu caranya macamana. Terima kasih

Reply
avatar