KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, October 4, 2016

dinturtle

Umno Sudah Tewas ... Masa Depannya Hanya Bergantung Kepada Tiadanya Kesepakatan Parti2 Pembangkang

Saya hadir ketika program Pas di Kemasik 1 Oktober baru ni. Ramai penyokong Pas hadir walaupun sebelum itu hujan lebat. Dan dihadapan ribuan orang Pas, Muhyiddin dan Mustafa Ali sepakat menyebut tentang satu kerjasama politik antara Bersatu, Pas dan lain2 parti pembangkang untuk berdepan Umno BN dalam PRU14.

Antara lain, Muhyiddin berkata -

“Saya percaya sudah sampai masanya untuk dijalinkan kerjasama dalam bentuk lebih konkrit. Mana mungkin Bersatu dan parti-parti lain boleh bersendirian (memenangi PRU)…tidak mungkin…tidak boleh, yang boleh ialah gabungan serta gandingan semua parti dalam pakatan.

“Walaupun sedikit atau banyak, apabila dikumpulkan maka jumlahnya memadai untuk cukupkan bilangan (kerusi bertanding), maka cara itulah kita boleh buat supaya kita sama-sama dapat laksanakan.


“Saya tahu cabarannya besar tetapi kita boleh ketepikan berbezaan antara kita dan melihat ke depan. Lebih penting kemuafakatan ini serta formula satu lawan satu mampu membantu memenangi PRU akan datang, gelombang besar yang mahu lihat perubahan,”



Sinar 2/10
Mustafa Ali pula berkata -

“Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan menang.

“Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu bekerjasama.


“Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi,”


Sinar 2/10

Pendek kata - di depan ribuan penyokong Pas di Kemasik, kedua Muhyiddin dan Mustafa memberikan satu gambaran akan kerjasama politik bakal dijalin antara Bersatu, Pas dan lain2 parti pembangkang untuk menewaskan Umno BN.

Dan ribuan yang hadir malam itu memberikan respon yang penuh bersemangat tanda sokongan mereka.

Alih2 semalam Annuar Musa tetiba keluarkan satu kenyataan yang agak berlawanan dengan perkembangan terkini di atas -

"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN),"

Sinar 3/10
 
Hmmmm ..... nampak macam satu Offer je kepada Pas. Apakah Umno sudah panik ? Kalau sebelum ini dikatakan Pas yang terhegeh2 nak rapat dengan Umno tapi nampaknya sekarang - Umno yang sebenarnya terdesak !

Ramai bersetuju antara kriteria utama menumbangkan Umno BN adalah melalui SATU LAWAN SATU iaitu persepakatan parti2 pembangkang melawan Umno BN.

Dan pemimpin Umno juga sedar itu ..... secara tak langsung pemimpin Umno mengakui yang Umno kini sudah tidak mampu lagi berdiri megah atas kekuatannya sendiri. 

Umno kini terpaksa bergantung kepada kelemahan pembangkang untuk terus berkuasa. Jika parti2 pembangkang bersatu, maka kemungkinan besar Umno bakal tumbang.


Mungkin ada bagusnya anda mendengar sendiri kata2 Mustafa Ali melalui video pendek ini yang dirakam melalui hp ketika majlis di Kemasik baru2 ini. Lain impaknya antara membaca apa yang diucap dengan mendengar sendiri apa yang dikatakan.





Bersungguh2 Mustafa membentangkan peluang pakatan pembangkang untuk mengalahkan Umno melalui angka2 kerusinya.

Apa yang saya nampak, ahli2 Pas tetap menolak Umno. Begitu juga kebanyakan pemimpin2 Pas. Cuma Presiden Pas, Ustaz Hadi saja yang masih belum dicatat pendiriannya secara terbuka akan Persepakatan Satu Lawan Satu itu.

PRU14 kali ini bakal menyajikan kesempatan terbaik untuk menumbangkan Umno ketika mana Umno berada dikedudukannya yang paling lemah. 

Faktor penentu utamanya bukan bergantung kepada kekuatan Umno tapi bergantung kepada persepakatan parti2 pembangkang.

Tidak tahu bila lagi kesempatan terbaik ini bakal terhidang lagi selepas ini.

Makanya .... cepat2lah selesaikan apajua masalah yang menjadi penghalang untuk persepakatan itu dari menjadi kenyataan. Lagi cepat bersepakat, lagi cepat gelombang penolakan Umno itu akan bermula supaya tercetus tsunami yang bakal menenggelamkan Umno.

PS - Rakyat memerhati ...... jika masih terus bertelagah sesama sendiri, mana mungkin mahu mendapat kepercayaan rakyat ? Dan Umno sudah pastinya akan menjadi dalang bagi menghalang perpaduan itu.


Tak percaya tengoklah .... sebab pemimpin Umno sedar Umno sudah tewas.... Umno hanya bergantung harap kepada tiadanya kesepakatan antara parti2 pembangkang.



dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
E AH
AUTHOR
October 4, 2016 at 8:43 PM delete

Parti Agamawan Sesumpah tidak akan memenangkan pembangkang. Pemimpin utamanya mendefinasikan kaedah berlembut dan bermesra dengan UMNO dalam masa sama menyumpah seranah AMANAH sebagai strategi politik matang, rata-rata rakyat yang cerdik melihatnya sebagai tamak dan pembelot. Menangnya BN dan kekalnya Najib PRU14 nanti tidak lain kerana ulama-ulama sesumpah dan pemuja-pemujanya yang buta aqal. Period.

Reply
avatar
October 4, 2016 at 9:00 PM delete

Assalamualaikum, andai kata pembangkang gagal untuk mencari kata sepakat. Kita akan tengok peratus pengundi akan jatuh gile2 punya. Pasal bila undi dah berpecah. Terang2 memberi kelebihan pada 1 parti. Jadi Dari penat2 beratur,tapi keputusan seperti Boleh dijangka. Baik lepak rumah,tgk TV. Penat tak. Sakit Hati pun tak, Cuma kecewa je. Jika perkara ini terjadi, elok la mane2 pihak yg menolak cadangan 1 lawan 1 agar sembunyi dlm Rumah je. Takut nanti org ludah pulak. Silap2 kena maki depan org Ramai. Lebih2 lagi bile janji2 yg ditabur pihak yg menang cuma tinggal Janji. (Tapi tu dah biase kan).

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 2:00 AM delete

pengundi senyap dikalangan ahli umno akan menolak BN. termasukalah kepempinan di peringkat akar umbi yang sudah hilang keyakinan terhadap umno. pilihan ahli umno yang ada hanyalah pas dipantai timur dan bersatu di pantai barat. senadainya pas bergabung dengan umno, apa yang pasti pas akan kecundang ditangan pengundi umno dan pas sendiri termasuk pkr. selayaknya pemimpin pas berfikiran lebih matang berpolitik dari hanya memamakan dedak beracun sajian BN.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 8:29 AM delete

Biole umno bn hancur
Sampai dah detik dan ketikanya
Keris pahang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 5, 2016 at 10:41 AM delete

"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN),"
UMNO hanya boleh membayangkan pas bersama mereka melalui satu2nya saluran yang mereka sering sembah... iaitu cash is king... banyak lagilah duit jpm dan saki baki duit 1mdb kena dikorbankan kalau nak beli pas... apa khabar Hj Hadi?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 13, 2016 at 12:00 AM delete

Napa tiada Dap dan anak angkatnya parti mat sabu,Pan kat ceramah mustafa juga muhyidin...atau keduanya tiada dlam perancangan...cian mat sabu...

Reply
avatar