KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, November 18, 2016

dinturtle

Bersih5 - Ketua Polis Negara Kata Haram, Hakim Mahkamah Tinggi Kata Tidak Haram - Mana Satu Betul Ni ?

FMT

Ketua Polis Negara kata Bersih 5 adalah Haram di sisi undang2.

Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata Bersih 5 Tidak Haram.

FMT

Mana satu yang betul ni ? Siapakah yang lebih layak untuk bercakap mengenai undang2 ..... Ketua Polis Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

Ini pula laporan dari Malaymailonline -

 
Baca pula pandangan peguam Hanif Khatri yang saya copypaste dari FBnya -


KETUA POLIS NEGARA WAJIB PATUHI KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG ISYTIHAR BERSIH 5 SAH DAN TERATUR DI SISI UNDANG-UNDANG SERTA ARAHKAN POLIS SEDIAKAN DAN SELIAKAN LALUAN ALTERNATIF UNTUK "GERAKAN BAJU MERAH" !!!

1. Pada 17.11.2016, Ketua Polis Negara, KHALID ABU BAKAR telah dipetik oleh KINITV sebagai berkata :

" Tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia adalah untuk memastikan negara kita aman, sejahtera, tenteram, tidak ada perlanggaran apa jua ketenteraman awam. ... Kalau (su)dah ada undang-undang Akta Perhimpunan Aman itu yang mengkehendakkan kita mengikut peraturan, peruntukan undang-undang, patuhilah... Kenapa degil sangat tak mahu patuh ? ... BERSIH1, BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4, BERSIH 5, sampai bila kita nak sabar ? (So) kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk mempastikan keadaan negara kita kekal aman damai. Hak bersuara kita hormati, tapi kita juga perlu hormati hak-hak orang lain. ... "

2. Wahai KHALID ABU BAKAR, pada jam lebihkurang 7.35 malam tadi, Khamis, 17.11.2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui penghakiman Yang Arif Hakim S Nantha Balan telah memutuskan antara lain, untuk menolak permohonan tiga persatuan peniaga di sekitar Jalan Masjid India, Medan Mara dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk mendapatkan perintah injunksi interim (sementara) bagi menghalang Perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah yang akan diadakan Sabtu ini di Dataran Merdeka.

3. Hakim yang sama secara khusus berhubung isu Gerakan Baju Merah, telah membuat Perintah Lanjut bahawa :

"Section 18 of the PAA acts as a safety valve to diffuse any potential conflict therefore it is the duty of the police to prevent a clash or conflict should there is a possibility that it would eventuate ... "

4. Maka, KHALID ABU BAKAR anda sudah DIARAHKAN MAHKAMAH untuk :

(a) BENARKAN TANPA HALANGAN segala bentuk perhimpunan awam yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, 19.11.2016 !!,

(b) SEDIAKAN dan SELIAKAN JALAN ALTERNATIF untuk diambil oleh 'Gerakan Baju Merah' supaya ianya tidak bertembung dengan jalan dan laluan aman "BERSIH 5", sebagai tanggungjawab undang-undang pihak POLIS di bawah SEKSYEN 18 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 !!

5. JUSTERU, Wahai KHALID ABU BAKAR, anda WAJIB PATUH PERINTAH MAHKAMAH ini, dan jangan pula anda yang sebenarnya INGKARI UNDANG-UNDANG mahupun lakukan PENGHINAAN TERHADAP PERINTAH MAHKAMAH !!!

PATUH !!! JANGAN TIDAK PATUH !!!

                                *******************

Mana satu ni ? ?

Sekali lagi saya tanya - Dalam soal menafsir undang2 ... siapakah LEBIH LAYAK - Ketua Polis Negara Atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
November 18, 2016 at 9:18 AM delete

kita tidak bolih salah kan pegawai2 tinggi kerajaan yg lebih mementingkan jawatan drpd menjaga maruah n harga diri.

sungguh pun kerajaan tlh menukar kata penutup pd setiap surat resmi drpd 'saya yg menurut perintah' kpd 'berkhidmat utk negara', namun dari praktik nya peg2 tinggi tiada pilihan. kalau kita d perintah olih pemimpin autocratic d mana sifat2 'reasonableness' tidak ujud, maka timbul lah keadaan saperti sekarang.

harapan terakhir kita hanya lah terletak d bahu 'judiciary'. jika mereka juga peg 'yg menurut perintah' maka hancur lah nilai2 masyarakat yg bertamadun. 'semua nya bisa d atur pak!!!'.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
November 18, 2016 at 9:26 AM delete

Salam Bro

Baju Kuning, Baju Merah, Baju Orange?
Subjudice, prejudice dan jual hadith?

Angkara siapa ini semua berlaku?...MO1.

Kalau MO1 tidak bermaharajalela dengan RASUAH...Malaysia akan aman sejahtera.
MO1 memulakan segalanya...AG dan KPN adalah talibarut MO1.
PDRM...kat mana status siasatan 1MDB?...semua laporan dari badan penyiasat lain telah selesai, SPRM, BNM, PAC dan Auditor General semua dah kemukakan hasil siasatan....PDRM dah basi...langsung tak de laporan....masih peram lagi ke?...kita tahu apa hasil siasatan dan "inaction" oleh pihak AG...bukan setakat tidak mengambil tindakan undang undang malahan tidak memberi kelulusan pihak SPRM untuk meminta MLA dari pihak luar...begitu juga tidak menghiraukan permintaan MLA dari pihak luar.

Anda masih ingat filem THE GODFATHER?

The Don - Michael Corleone
The family Lawyer - Tom Hagen
The family "Enforcer" - Peter Clemenza

Ketiga tiga watak utama dalam filem tersebut yang menurut perintah The Don tanpa soal. Kita boleh buat persamaan antara watak dalam filem the Godfather ni dengan kumpulan MO1.

Cuma bezanya Don dalam The Godfather ni "family centered"...semuanya demi keluarga dan mereka yang dibawah naungan...The Don is a family man dan businessman.

MO1...berbeza...MO1 adalah ketua kleptokrasi...dia bukan businessman...tapi seorang klepto. MO1 betindak seperti kumpulan mafia!

MO1 PENCURI!

Tanpa MO1 berkuasa...pasti Malaysia akan aman damai...tak ade baju kuning, baju merah dan baju oren... Malaysia akan lebih meriah dan penuh warna warni.

Malaysia..Get rid of MO1!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 18, 2016 at 1:53 PM delete

Bro, kalu kalid tweet pasal isu ni baru betul tansri. Kalu kaled cakap kat media itu ingkar mahkamah. Tapi baru cakap la belum buat lagi. Kena tunggu tweet mungkin itu arahan utk anggota bawahan bertindak. Bertindak ikut tweet. Tweet tunggu arahan utk tweet.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 18, 2016 at 2:20 PM delete

En. IGP, rakyat pun dah hilang sabar dgn awak. Bila nak jalankan tugas awak siasat MO1 dan 1MDB??

Reply
avatar
mmas112
AUTHOR
November 18, 2016 at 5:50 PM delete

Kalau Ketua Polis tak ikut arahan High Court, dia contempt of court lah. Kalau di Temasek negara Syurga Dunia ni, di kena kan hukuman mahkamah dan terus di buang kerja serta merta. Undang2 Temasek tak kira bulu, tau.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 18, 2016 at 7:11 PM delete

Jgn-jgn pm ambil tindakan tak professional terhadap HAKIM mahkamah tinggi itu. Pasal Appandi ali kan org rosman dan Jib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 18, 2016 at 7:51 PM delete

Telur masih tiada dan sedang dicari. Tweet lebih mudah, jawatan diutamakan, negara lantak la, aku dah kaya.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:28 PM delete

Salam pak Rahman

Bererti AG tak boleh diletak di bawah executive. Kalau tidak dia akan merasakan perlu patuh perintah daripada politicians yang memgang jawatan awam walaupun atahan2 yang bersifat mengkhinati amanah.

Dulu kita pernah ada AG yang juga ahli parlimen. Apa keputusan dia sekurang-kurangnya boleh dipersoalkan di parlimen dan dia kena jawab.

Setakat hakim independent pun hanya boleh berharap keadilan dalam kes2 sivil saja sbb kuasa utk membuat pertuduhan jenayah adalah di tgn AG.


Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 20, 2016 at 2:56 AM delete

Siape kate pegawai tinggi kerajaan tak boleh bantah atau ingkar arahan menteri/PM? Jika arahan tu jelas menyalahi undangan-undang atau Perlembagaan pegawai kerajaan berhak untuk ingkar arahan. Menteri/PM hanyalah ahli badan pentadbiran sahaja dalam Kerajaan. Pelaksana adalah KSN, KSU, KP, IGP, Jenderal dan pegawai-pegawai bawahan. Yang menjadi masalah pegawai-pegawai tertinggi yang ada sekarang ni kebanyakannya jenis pemakan dedak pangkat..incompetent..tapi bercita-cita tinggi. Semuanya produk dari jasamu dikenang..bukan dinaikkan pangkat atas merit. Tak percaya? Cuba siasat dan telusuri track record pegawai-pegawai tertinggi perkhidmatan awam bermula dari KSN..kompem korang akan jumpa orang yang begini.

Reply
avatar