KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, November 9, 2016

dinturtle

Bila Datuk Jo Menjawab Pertanyaan Husni .....

Apakata kita layan jawapan Datuk Jo di Parlimen kepada soalan2 Husni dan soalan susulan dari Tony Pua. Sebelum2 apa, terimakasih kepada Datuk Jo kerana berani tampil menyerahkan tengkuk, untuk menjawab soalan skandal 1MDB.

Bahagian awal video di bawah ni tak payah layanla. Jo menjawab kenapa 1MDB ditubuhkan..... disebut projek2 1MDB - trx, bandar Malaysia .... TAPI kenapa Jo mengelak dari sebut projek terawal 1MDB yang menjadi permulaan segala skandal iaitu usahasama dengan Petrosaudi ?




Bermula dari minit 4.25 .... di bawah adalah transkrip sebagaimana tercatat dalam hansard.






Oooooooo .... rajinnya Datuk Jo pi hubungi Registrar di Cayman untuk mengesahkan pemilik Aabar PJS  ...... bilakah agaknya itu ?  Sebab ... kenapa masa Ketua Audit Negara dan PAC siasat, 1MDB hanya mampu serahkan surat pengesahan dari EJEN Pendaftar di Hong Kong dan bukannya dari Pendaftar itu sendiri ?

Dari Laporan PAC

Dan kenapa pihak Audit Negara mengesahkan bahawa syarikat Aabar PJS Limited itu adalah PALSU, yakni tidak dimiliki oleh IPIC .... kerana dalam akaun IPIC tidak ada Aabar palsu itu ! ? So, macamana Datuk Jo boleh kata dia dah cek dengan Pendaftar di Cayman yang Aabar BVI itu milik IPIC ?

Siapa yang betul ? 

Mengikut DOJ, tidak mustahil untuk wujudkan sebuah syarikat tanpa memberikan maklumat lengkap Pemilik ... atau dengan katalain, tidak mustahil untuk wujudkan syarikat bernama Aabar BVI dan meletakkan nama IPIC sebagai pemilik walaupun IPIC tidak memilikinya . Boleh TIPU  !





Oya, dah alang2 Datuk Jo pi cek dengan Cayman pemilik Aabar BVI, kenapa beliau tidak cek sekali pemilik Goodstar ? Nak tengok juga apakah hasil semakan Datuk Jo sama atau tidak dengan Bank Negara ? Atau cek sekali siapakah pemilik Tanore Finance ? 

Kenapa Peguam Negara tidak mahu beri kerjasama di bawah AMLA dan membenarkan SPRM pergi siasat di luarnegara ?

Satu lagi, Datuk Jo siasat nama Aabar BVI atau Aabar Cayman ? 


Tak berkesudahan jalan cerita kalau begini ..... 

Ginilah .... apakata tunjukkan BUKTI dalam bentuk MONEY TRAIL ATAU JEJAK WANG sebagaimana tercatat dalam penyata bank. Yang ini pasti tak boleh tipu.

Macai akan kata - Bila duit sudah dibayar kepada Aabar BVI, bukan di bawah seliaan 1MDB lagi dah. Ikut pandailah Aabar BVI nak gunakan ikut cara mana sekalipun !

OK, OK .... kita terima itu .... maknakata, kita juga bolehlah terima money trail yang DOJ tunjukkan itu ( tanpa perlu kita salahkan 1MDB sebab money trail itu berlaku selepas duit dibayar kepada Aabar BVI )

TIDAK ADA KAITAN DAH DENGAN 1MDB..... kalau itu kata macai, OKlah kita terima buat sementara. Sementara kita tunggu hasil perbicaraan DOJ.



Tapi .... money trail DOJ itu juga menunjukkan duit masuk akaun Najib ! 

So, apakejadahnya Aabar BVI pi bayar ke Najib bilion2 ringgit ? 

Ingat, untuk kali ini kita terima yang kes sudah tidak ada kaitan dengan 1MDB, so kerajaan atau 1MDB tak perlu masuk campur untuk menjawab. 

YANG KENA JAWAB ADALAH NAJIB ! ! 

Untuk apa Aabar BVI masukkan duit ke dalam akaun Najib ? 

Di MANA NAJIB ? JANGAN LARI ! !  TOLONG  JADI  JANTAN  DAN  JAWAB  ! 

KENAPA  NAJIB  LARI  ? ? ?



Tunjukkan bukti MONEY TRAIL yang Najib ada yang duit itu diderma oleh pak arab. Adakah money trail Najib tidak sama atau sama dengan money trail DOJ ? 

Kalau SAMA ..... tang mana kedudukan Pak Arab itu seperti dalam rajah di atas ?

Kalau TAK SAMA .... tunjukkan dan alhamdulillah, Najib boleh buktikan yang segala tuduhan ke atasnya adalah tidak benar !

Masalahnya ..... NAJIB  LARI .....  Bila2 masa saja sepanjang Parlimen bersidang ini Najib boleh tampil menjawab bagi membersihkan namanya tapi ternyata Najib tidak ada telor. 


PS - Baca juga komen rakan FB SatDee - KLiK

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
PutraKraken
AUTHOR
November 9, 2016 at 4:28 PM delete

Salam Bro

Cerita 1MDB ni tak akan dapat dikupas dalam masa yang singkat. Jawapan dan soalan dalam Perlimen hanya menyentuh sedikit sahaja dan kekeliruan antara solan dan jawapan akan menambah kekeliruan. Kalau tak nak jawab, menteri boleh cakap tak ada fakta dalam tangan...senang je.

Segala laporan siasatan baik dari SPRM dan Ketua Audit Negara telah diOSAkan. SPRM dan KAN telah mengambil masa yang panjang dan pastinya banyak details yang dapat dikumpul. Malahan kita dapat tau AG Gani telah menyiapkan kertas dakwaan....malang seribu kali malang MO1 mencantas AG Gani dan AG Pandir dilantik. tak perlu cerita apa yang berlaku selepas itu. PDRM?...siasatan PDRM dah jadi pekasam oleh KBAB...ada sapa sapa tahu tentang siasatan PDRM? Yang kita tahu pelapor pulak yang kena tangkap.

Hanya satu penyelesaian dan jalan yang dapat menghurai permasaalahan 1MDB ini...Tindakan Mahkamah dalam Malaysia. Dalam Mahkamah kita dapat membongkar segala apa yang berlaku. Tak perlu dakwa MO1 dulu...cukup dakwa Sharol ke atau BOD 1MDB kerana cuai sehingga syarikat dibawah kawalan mereka mengalami kerugian atau penyelewengan seperti yang dilapor.

AG Pandir tahu segalanya.
AG Pandir sebenar benarnya pengkhianat dalam issue ini.
KBAB is the guard dog and AG Pandir holds the master key to the house.
Whose house?...MO1 the thief.

Reply
avatar
November 9, 2016 at 5:43 PM delete

Berita terkini...dato sri najib razak dah mengesahkan dirinya di OSA kan...segala,apa yg ada,dlm dirinya...jd osa..tk blh bincang dan berckp..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 9, 2016 at 5:49 PM delete

Kondom playsafe dah habis stok. Dok nyorok balik panglima yg jawab macam betul jer, tapi ada persoalan lain yg belum jawab. Jawab tapi tak jawab.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 5:12 AM delete

Sebaik saja menteri menjawab soalan husni 1mdb sudah bukan lagi menjadi subjudis & pertuduhan dibawah akta hasutan secara sendirinya turut gugur sekurang kurangnya dato jo lebih berani dari pandirkaa malah jauh lagi berani dari si pengecut aljibul samaah yang selalu ponteng dan lari dari sesi perbahasan dalam dewan rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 7:19 AM delete

Kah!kah! kah!...Cerita Pak Din ni suspen saja.Ingat Datuk JO paris Hilton yang menjawab diparliment rupanya Datuk Johari menteri ke wangan 2.Salahx nanti YB Tony Pua pula disisat under OSA.KUKU BESI negaraku sekarang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 11, 2016 at 12:56 AM delete

Demi dedak Dato Jo ni rela serah leher untuk disembeleh dan jadi tukang basoh tahi Najib.Dulu aku ingat siJohari ni wira tetapi rupa2nya KERA....

Reply
avatar