KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, November 15, 2016

dinturtle

ECRL - Kenapa Syarikat Tempatan DIketepikan DAN Isu Ringgit Jatuh - Fendi Ahmad ( Video )



Masih ingatkah anda kepada aksi seorang pensyarah muda dari Melaka yang petah bercakap ketika majlis Muhyiddin bulan lepas ? KLiK untuk tonton kembali

Di majlis Forum bersama kepimpinan PPBM di Bukit Jelutong anjuran PPBM Shah Alam baru ni, saya berkesempatan bertemu saudara Fendi Ahmad sekali lagi dan sempat sekali lagi merakam komen serta pandangan beliau mengenai dua isu yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu Isu ECRL dan Isu Kejatuhan Ringgit berbanding Dolar Amerika.




KLiK untuk ke Youtube

- Ringgit Malaysia dan Dolar Australia antara dua matawang yang mencatatkan kejatuhan teruk di rantau ini

- Kejatuhan RM lebih teruk berbanding Rupiah, Peso atau Baht

- Di sebalik dakwaan macai yang ia tidak bawa implikasi, ekonomi negara mantap bla bla bla, kejatuhan ringgit menyebabkan harga barangan import naik. Banyak barangan keperluan yang kita terpaksa import seperti susu bayi dan lampin pakai buang di mana kejatuhan ringgit beri impak besar kepada kehidupan rakyat biasa

- Belum diambilkira kesan GST dan lain2 ... semuanya menghimpit kehidupan rakyat

- Faktor utama kejatuhan ringgit adalah kerana kejatuhan nilai komoditi seperti harga minyak, kelapa sawit dan lain2

- Tapi kenapa ringgit jatuh lebih teruk berbanding negara2 jiran ?

- PERSEPSI memainkan peranan besar. Nilai ringgit bergantung kepada supply and demand. Bila persepsi orang luar kepada negara kita negatif, pelabur2 asing akan menjauhkan diri dari melabur dalam negara, menjual pegangan saham mereka, tidak lagi menyimpan rezab mereka dalam bentuk ringgit dan tidak lagi melabur dalam negara kita.

- Ketidakyakinan kepada masadepan Malaysia akan menyebabkan mereka mula menjual ringgit mengakibatkan berlaku lambakan ringgit di pasaran dan kesannya nilai ringgit akan jatuh.

- PERSEPSI NEGATIF itulah yang kita kena tangani segera !

Mengenai projek landasan keretapi Patai Timur ( ECRL ), Fendi mengulas -

- Adakah projek ECRL bernilai RM55 bilion secara 100% hutang itu sesuai pada masa ini dalam negara berdepan hutang yang menimbun ?

- Syarikat2 Malaysia sendiri punya kemampuan untuk membina landasan keretapi dan membangunkan projek2 hartanah, kenapa perlu pakai syarikat dari negara China ? Malah syarikat kita menerima kontrek pembinaan landasan keretapi di India !

- Adakah syarikat tempatan yang terbukti berjaya itu tidak mampu untuk melaksanakan projek ECRL ?

- Begitu juga dengan projek Bandar Malaysia dan TRX, apakah syarikat tempatan tidak layak ?
                                             **********************************

Komen anak muda ini buat saya tertanya akan satu persoalan - Kenapa Najib begitu taksub dengan negara China hingga mengenepikan syarikat2 tempatan yang sudah terbukti mampu melaksanakan projek2 yang diberikan kepada syarikat2 China ?

ECRL dan Bandar Malaysia ..... berbillion2 ringgit tuh ! Contohnya ECRL .... tetiba jer Najib macam terdesak nak buat landasan keretapi di Pantai Timur itu .... bukannya Najib tak tahu yang negara yang dipimpinnya tengah sarat dengan hutang yang menimbun, ekonomi pula tenat, ringgit jatuh .... bukannya tak boleh tunda sehingga keadaan pulih ? Kontrek pula secara terus bukannya melalui tender terbuka.

Ya dua faktor itu harus kita tanya - Kenapa terdesak dan Kenapa pilih China ?

Adakah kerana dengan China yang terbukti boleh kautim sehingga disenaraihitamkan oleh Bank Dunia mampu bantu Najib menyelesaikan masalah hutang 1MDB ?

Kita TANYA jer .... sebab keputusan Najib itu pelik dan main redah tanpa memperdulikan pandangan rakyat terutama mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkaitan. 

Kerajaan Najib macam biasalah .... mereka akan jawab tapi jawapan mereka sekali dengar macam dah jawab, dua kali dengar baru perasan yang mereka sebenarnya tidak menjawab soalan yang kita tanya. 

Skill mengalih topik memang kepakaran macai Najib.  Yang itu kita kena akui. 

                           ************************

PS - Ada satu lagi 2 video Tun Mahathir di majlis yang sama turut saya upload semalam 


Buang Sikap MaluAlah - Jika Jatuh, Bangun dan Lawan Lagi !



KLiK untuk ke Youtube


Demokrasi tidak berjalan lagi di negara kita kerana Najib menjalankan pemerintahan kukubesi. Kalau kita buat laporan tentang dia curi duit, dia tangkap kita. Jadi payahlah ... mana ada demokrasi macam itu.

Kita semua sama .. equality before the law, tak peduli la siapa, kalau raja pun ada undang2 sekarang ni. Mereka boleh dihadapkan ke mahkamah kalau dia pukul orang atau bunuh orang. Ada undang2.

Tapi Najib ini ... ada orang yang nak bantu dia. Kalau sesiapa cuba soal prestasinya, maka dia akan di tangkap, tahan dan dihadapkan ke mahkamah. Inilah yang sudah berlaku.

Sebab itu ramai daripada kita berasa takut tetapi kalau kita takut, kita kalah.

Orang Melayu ada satu perkataan yang ... saya cari dalam bahasa lain tidak ada. Dia selalu MALU ALAH. Dia selalu malu, dia selalu kalah, Kita tidak boleh terima lagi perkataan atau pendapat semacam itu.

Kita mesti cuba. Kalau kalah, jatuh tersungkur pun ... bangun dan lawan lagi !


Tun Ajuk Najib Menari



dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
john doe
AUTHOR
November 15, 2016 at 8:20 AM delete

Sdr Fendi Ahmad yang aktif memberi komen rupanya seorang pensyarah muda.

Syabas anak muda kerani berani utarakan pandangan.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
November 15, 2016 at 9:17 AM delete

Salam brother Din...

'Lencongan dihadapan'. Rider motor selalu boleh nampak papan tanda macam itu bermula dari Angkasapuri till pekan Klang. Dari pekan Klang till pintu gerbang Kota Darul Ehsan. Tak pernah tak ada lencongan untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Begitu juga suasana pentadbiran Najib, 'lencongan' sentiasa diwujudkan. Untuk Najib, masa yang sangat sesuai ECRL ini memandangkan Presiden US sudah jadi milik Donald Trump.

Secara keseluruhannya, ECRL tak perlu pun waktu ini. Kan lebih baik lebuhraya yang sedia ada diperbesarkan sebesar-besarnya.

Dah 46 tahun menghuni bersebelahan landasan keretapi. Dulu yea ktm angkut kontena, beberapa tahun ini ktm hanya angkut simen sahaja, itu pun dah jarang. So, ECRL ini nak angkut apa till kerajaan nk belanja 55 billion...?

Memang boleh angkut orang, persoalannya bila boleh balik modal? 2050 pun belum tentu, yang pasti bayar interest je la.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 15, 2016 at 11:34 AM delete

Malaysian consortium with GLIC and statutory body interest successfully redeveloped Battersea into a successful enclave. Yet they're deemed not enough to develop TRX. Would those GLIC and statutory body later be forced to purchase the potential IPO of the chinese developer?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 15, 2016 at 12:15 PM delete

Jawapan dia mudah saja, kalau bagi kat syarikat glc @ syarikat dalam negara segala bentuk bayaran komisen serta bayaran tidak perlu sebagainya bermula dari pinjaman untuk projek akan terdedah & mudah dikesan oleh bank pesisir juga bnm aliran mudah tunai melibatkan instituasi kewangan serta syarikat negara china pada waktu ini agak sukar untuk dihidu pergerakan nya oleh pihak luar berikutan dasar ketat & kerahsian kerajaan china membolehkan aktiviti penyaluran dana secara haram lebih selamat dibuat.

Jawapan pendek straight to the point ialah kerana senang mau songlap duit tanpa dikesan.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
November 15, 2016 at 1:51 PM delete

Salam Bro

Damned! Damned! Damned!
Damned to those who are in cahoots with the Kleptocrats.

Semuanya berpunca dari sikap tidak amanah dan jujur dalam menjalankan tanggung jawap. Para pemimpin sama ada dalam Kabinet dan Kementerian, GLC mahupun pegawai kerajaan...kenapa terlalu banyak berlaku kepincangan dan rasuah?

Berpunca dari pimpinan teratas...MO1...kita saban hari dihidangkan dengan berita yang amat menyakitkan...Kita akui dalam politik banyak permainan kotor...tapi kalau rakyat jadi "collateral damage" itu tak dapat kita terima sama sekali.

Damned! Damned! Damned!

Kenapa dikalangan rakyat masih ada yang buta hati dan mendokong perbuatan yang amat jelas sekali khianat terhadap agama, bangsa dan tanahair? Begitu mudah dan jelas skandal MO1 dan 1MDB adalah satu perbuatan khianat tahap mega. Kalau tak percaya dengan bukti yang dikeluarkan oleh pihak luar...tapi laporan PAC, pengakuan juruodit professional 1MDB dan bukti yang "tertunjuk" oleh Tan Sri AG hasil siasatan SPRM dan BNM...Bukankah itu semua bukti hitam putih yang disahkan oleh badan penyiasat dan penguatkuasa dalam negara? Tak payah nak pening kepala merujuk fakta DoJ, SR, WSJ, Proceeding Mahkamah di Singapura, Swiss, USA, Hong Kong dll...PDRM?...Damned foools...

1MDB dan MO1 mengakibatkan ketegangan yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Baju Kuning, Baju Merah, subjudice, prejudice,dokumen untuk tatapan awam di OSAkan dsb, semua angkara 1MDB dan MO1.

1MDB telah hancur dan tinggal HUTANG dan BOND yang akan matang tak lama lagi...ini semua ditanggung oleh "taxpayers"...kitalah!...kita semua pembayar cukai. Kalau dulu golongan miskin tak bayar cukai...kini GST tak kenal miskin atau kaya...semua bayar cukai!...Tup tup...MO1 pegi cari hutang lagi...kalau tak silap mengikut perjanjian segala hutang tersebut akan dibayar dalam jangka masa 15-20 tahun akan datang...munkin masa tu MO1 dah tak de lagi (kita pon banyak yang dah gol dah)...tapi anak cucu kita yang kena bayar!

MO1 sah dah masuk 2.6billion dalam akaun peribadi dia...kita apa dapat?...HUTANG!

Damned! Damned! Damned!
MO1 IS A THIEF!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 15, 2016 at 3:56 PM delete

Masih mahu kah YB Pdg. Rengas mengulangi keterperosokan mantra beliau bahawa kejatuhan RM baik bagi pelancongan negara? Sesiapa pun akan mengakui kekurangan kearifan tentang bagaimana orang sewel boleh jadi wakil rakyat (Pdg. Rengas). Mungkin kejatuhan RM tidak memberi sebarang kesan kepada beliau, dan dengan itu jau sekali lah kepekaan beliau kepada keperitan yang dialami oleh rakyat biasa.

Reply
avatar