KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, November 6, 2016

dinturtle

ECRL - Najib Cakap 55 Bil Tapi CCCC Umum 46 Bil .... Pulak Dah. Benda2 Pelik Begini Yang Kita Tak Nak !

Saya ingin kongsikan dengan anda satu komen dari blog PutraMerdeka mengenai projek laluan keretapi Pantai Timur ECRL yang Najib nak bagi kepada negara China, yang datang sekali dengan pinjaman RM55 bilion untuk menampung kos projek. 

Banyak persoalan yang relevan ditimbulkan untuk kita tuntut jawapan dari Najib sebelum beliau terus memandai2 beri komitmen rakyat Malaysia kepada negara China dalam projek ini.




Baru-baru nie kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

Yang MENGEMPAR & MENAKUTKAN sekali macam mana Najib boleh menganugerahkan tender kpd Sykt China Communication Construction Company Ltd yg sah-sah telah disenarai hitamkan (blaclisted) oleh World Bank.

1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik' wang2 itu untuk membayar hutang.

3. Difahamkan projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini. Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawanya by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut. Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?

7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?

8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Najib wajib disingkirkan segera jika kita tidak mahu negara ini terus hancur musnah.



Komen mengenai syarikat CCCC yang di senarai hitamkan oleh Bank Dunia itu sudah banyak tersebar dalam internet, anda boleh KLiK untuk baca.

Dari laporan itu jelas menyatakan syarikat China itu mengamalkan Rasuah dan Korup ! Adakah kerana itu maka Najib memilihnya ?

Bank Dunia senarai hitamkan .... tidakkah itu merupakan satu AMARAN kepada kita supaya berhati2 sebelum berurusniaga dengan syarikat CCCC itu.

Jika kita semua masih ingat skandal 1MDB juga berlaku kerana Cara Redah Tanpa Usul Periksa sebeginilah. Tanpa perlu nak bincang atau bentangkan kepada kabinet dan Parlimen, tanpa perlu lakukan kajian yang mendalam ... 

Ingat masa 1MDB mahu sain kerjasama berbilion ringgit dengan Petrosaudi, sebuah syarikat yang langsung tidak dikenali dan tanpa sebarang aktiviti perniagaan pun ketika itu ? Dan diredah supaya perjanjian di sain seberapa segera mungkin ..... REKOD DUNIA bagi perjanjian sebegitu besar iaitu tidak sampai 2 minggu ! Kenapa begitu senang Najib luluskan ?

Pendek Kata - Tiada Due Diligence.
 
Kini Najib mahu mengulangi semula kisah 1MDB melalui kisah baru dengan negara China. 

Kita bising sebab tidak mahu pisang berbuah dua kali ! Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada ketelusan dan keikhlasan Najib untuk bertindak atas nama rakyat Malaysia !

Baca juga - Implikasi hutang China RM50 bilion

 
TERBARU dari laman web CCCC sendiri -


KLiK
On November 1, CCCC signed the business contract with MRL for a railway project in eastern coastal Malaysia, with a contract value of some 46,000 million Malaysian ringgits. This is the largest overseas project signed by CCCC, as well as the largest economic and trade cooperation project between China and Malaysia so far.

Didedahkan oleh CCCC dalam laporan korporatnya, Nilai kontrek ECRL adalah RM46 bilion.

Angka itu pun perlu didedahkan bagaimana dicapai sebab kontrek dibuat secara terus. Ramai yang dakwa ia terlalu tinggi berbanding kos sebenar dan bakal menjadikan ECRL satu projek keretapi termahal dunia !

Kemudian..... kita diwar2kan dengan angka RM55 bilion nilai pinjaman untuk projek itu. Untuk apa lebihan RM9 bilion itu ?

Benda2 pelik macam inilah yang kita tidak mahu lihat ! Di zaman Najib ni banyak sangat benda pelik. Banyak sangat yang mahu disorokkan. Langsung tidak menepati janji Najib ketika mula jadi PM dulu kononnya Zaman Kerajaan Lebih Tahu Sudah Berlalu ! Konon kerajaan akan transparen, telus dan terbuka ... Piiiiiraaaah... 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 12:56 PM delete

Persoalan yang mendatang ialah bagaimana jurutera2 kita nak pantau kualiti rekabentuk dan binaan oleh CCCC ni yang dah disenarai hitam dan ditangkap merasuah dlm banyak projek sebelum ini.Adakah kita sanggup terima bala bila pembinaan oleh syarikat china ini nanti bermasaalah? Dengar cerita,salah satu perjanjian ialah mereka bebas buat projek disini ikut suka mereka,selagi duit dtg dari mereka.Itu pun belum tentu betul2 duit dtg dari mereka,sebab kalau dah disenarai hitam semua bank,macamna mereka nak dapat pinjaman? Mungkin duit dtg dari kita jugak sebab China ni juga minta lesen bank di sini.Entahlah,bila yang pergi ke China buat bisness deal tu adalah Najib,Rosmah dan anak beranak dia,mmg patut kita takut kena jual sekali lagi M'sia ni...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 2:04 PM delete

Najib tak tau dia cuma sign saja tak caya tanya jasa & macai2 berbelit lintang pukang jawab

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 2:47 PM delete

Jgn marah nanti jual dn harta semua dirampas..tuan penasihat? 20%..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 2:53 PM delete

Apalah nasib pemimpin umno....mcm dah kena sihir....semua sudah mcm dibodohkan saja....sungguh malang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 3:06 PM delete

Kita semua jadi pbayar...yg tu korang tanya Zahid dn Saleh ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 7:32 PM delete

Pecat najob guling najib penjara najib
Keris pahang

Reply
avatar
HangHaterz
AUTHOR
November 6, 2016 at 9:11 PM delete

dedakian`s xde yg bersuara dlm hal ni..xkn dorg ni sanggup tgk negara trgadai mcm tu je..yg membayarnya generasi akn dtg..kami xprlukn keretapi wat masa skarang ni..pale otak dia lh !!! buat sesuka hati je dgn negara kite..aku xsabar nk tgu PRU14..kerana ko, PRU14 kali ni,1st time aku akn turun mengundi utk pembangkang.selama ni aku yakin BN pasti menang tiap kali PRU..kerana ko,BN ckp ape pun aku dh xpecaya...trmasuk pihak brkuasa..Malaysia dh xde maruah selagi ko yg berkuasa..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 11:25 PM delete

Tuan Din,

PM Najib hakikatnya dah makin terdesak berpunca dari 1MDB yang digelapkan duitnya. HUtang bertapo tapok terpaksa ditanggung gara gara lanun bernama Najib Razak ini. Segalanya di pergunakan untuk menyembunyikan kesalahan dan kerja kotornya bersama Jho Low dan team kroni terapatnya. Maka sebolehnya lanun ini sedaya upaya akan berusaha menutup segala belang ketika ini kerana dia memerlukan masa untuk mencari sejumlah duit yang dilesapkan agar lubang hutang yang terbina oleh kesilapan dan ketamakannya dapat ditimbus. Najib sedang berusaha menangguh masa untuk mencari duit bagi menutup lubang lubang dalam ini. Dan amat dipercayai projek yang dianugerah tanpa tender terbuka kepada syarikat negara China ini ada udang di sebalik batu. Kerana kian terdesak, Najib kini melanggar apa saja prosedur normal yang selama ini menjadi amalan dalam tata kelola projek. Projek ECRL ini umpama talian hayat Najib Razak dan beliau amat berharap sesuatu dari ECRL yang dianugerah terus kepada syarikat negara China sekali pun rekod syarikat ini amat amat diragui. Anjing dah tersepit akan berusaha apa saja untuk lepaskan diri dan sanggup meredah apa saja. Persetankan dengan norma dan amalan biasa. Ia umpama hidup dan mati buatnya. Mana nak korek lagi duit bilion bilion untuk kambus hutang yang dibuatnya melainkan baut kerja belit membelit lagi. Memang celaka dan tak guna menyimpan manusia jenis lanun ini. Menyusahkan rakyat saja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 11:28 PM delete

Sabarlah bang din. Nanti the bajau kota belud jawablah. Mula2 salleh bangang dan lepas tu menteri epu bebal man dahlan. Bersedialah utk gelak sampai terkucil. Nasib baik mat maslan dah kurang bercakap. Kalau tak mat takkan lepas peluang nak tunjuk org betapa bangangnya dia ..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2016 at 3:34 AM delete

Hahaha saya rasa akan jadi macam projek jambatan sultan abdul halim pulau pinang akhir cerita uem ambil alih huru hara diorang ini kleptokrat dulu apa2 hal hahaha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2016 at 10:59 AM delete

Mat Maslan pun dah tak ambik port lagi pasal persepsi org ramai.Dia pun main jawap "salam maal hijrah" jer bila org tanya.Hancur sistem kerajaan dah...:-)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 11, 2016 at 4:04 PM delete

baki 8.9 bilion adalah dibawah

On October 28, 2016, CRCC-CREC-CCCC consortium received the Award Letter of Railway Project in Sothern Malaysia from Dato' Sri Liow Tiong Lai, Malaysia's Minister of Transport, with a contract value of 8,900 million Malaysian ringgits (14,500 million yuan), marking that the consortium has officially won the bid. CCCC holds a 30% share in the consortium.

The project involves the design, construction, material supply, installation, completion, testing, trial operation and maintenance of Gemas-Johor Bahru electric double-track railway. With a total length of 191.14 kilometers, nine new passenger stations, two rolling stock depots and three open stations next to the existing line, the newly-built railway stretches from Gemas Station to Johor Bahru Central Station. With a designed speed of 160km/h, the full line is covered by meter-gauge ballast seamless tracks. The project will be of great significance to promoting the economic development of southern Malaysia.

The project is the first major railway project won by Chinese enterprises in Malaysia, as well as the first major overseas project won by the consortium of three Chinese leading infrastructure enterprises. As one of the world's largest infrastructure constructors, CCCC was ranked 110th among Fortune Global 500 and third among ENR 225 Global Contractors in 2016, and enjoys a great reputation in the international contracting market. The project will further enhance the economic exchange between China and Malaysia.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
November 11, 2016 at 5:05 PM delete

Mulanya saya juga fikir begitu tapi jawapan pihak kerajaan spt jasa langsung tidak sebut projek Gemas-JB itu.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
November 11, 2016 at 5:06 PM delete

Mulanya saya juga fikir begitu tapi jawapan pihak kerajaan spt jasa langsung tidak sebut projek Gemas-JB itu.

Reply
avatar