KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, November 15, 2016

dinturtle

Kita Mesti Hapuskan Umno Ini ! - Tun Mahathir


Saya percaya ramai yang dah dengar atau baca kenapa Tun Mahathir sanggup bertindak meninggalkan Umno yang beliau bersama selama 55 tahun sehingga ke tahap mahu menjatuhkan Umno !

Semasa berucap di majlis forum anjuran PPBM Shah Alam baru ini, Tun Mahathir sekali lagi mengulangi perkara itu. Cuma kali ini saya berdetik untuk mengambil sudut dekat ( zoom ) kepada muka Tun supaya kita dapat sedikit sebanyak menyelami hati beliau melalui raut wajahnya.

Bukan kerana faktor Najib seorang. Sebelum Najib pun, Tun pernah tidak sehaluan dengan Tunku dan PakLah dan beliau samada dipecat atau keluar juga dari Umno tapi tidaklah sehingga beliau bersama pembangkang. Kerana pada Tun, yang masalah adalah pemimpin bukan parti.

Tapi kenapa kali ini Tun bukan saja keluar Umno tapi berusaha mahu menjatuhkan Umno ? 



KLiK untuk ke Youtube

Sebab Umno sudah rosak teruk ! Najib sudah merosakkan Umno ke tahap Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Makanya tidak harus timbul persoalan lagi apakah sekiranya Najib diturunkan dan pemimpin Umno lain ambilalih, Tun akan kembali bersama Umno.

Kerana Umno sekarang bukan lagi Umno yang dulu.

Orang2 Umno harus sedar bahawa kamu adalah sebahagian daripada sebuah parti yang tidak bersemangat sama sekali. Yang hanya berjuang untuk diri sendiri.

Sebab itu Tinggalkan Umno !

Ayat yang dipilih oleh Tun juga menggambarkan tekad dan kenyakinan beliau -

KITA MESTI HAPUSKAN UMNO INI ! !


Nothing personal ... bukan untuk kepentingan diri tapi tidak lain dan tidak bukan, semata2 kerana Agama, Bangsa dan Negara. Demi rakyat Malaysia dan generasi kita seterusnya ....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 15, 2016 at 10:24 PM delete

Kita jadikan PRU ke 14 kubur terbesar Umno..Ayuh!..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 16, 2016 at 12:10 AM delete

Saya sejak dari zaman hussein onn lagi saya sudah jadi ahli umno darah umno seperti sudah mengalir keseluruh angota tak pernah sekalipun saya keluar atau dipecat dari umno, semasa pak lah jadi pm walaupun saya tak setuju dengan pentadbiran dia saya hanya bertindak boikot pilihanraya tapi tidak lah sampai keluar umno.

Tapi kali ini dengan hati yang sangat berat saya perlu ambil pendirian dan tekad demi kerana agama demi kerana keturunan demi kerana bangsa demi kerana negara saya nekad untuk keluar dari umno kerana umno sudah terlalu jauh menyimpang dari perjuangan asal sudah terlalu jauh sesatnya yang tidak mungkin kembali menjadi umno seperti sebelumnya, selamat tinggal umno.

Reply
avatar
November 16, 2016 at 9:48 PM delete

Selamat tinggal umno...parti yg hilang arah..kepentingan individu menjadi keutamaan...slogan membela rakyat hanya retorik..rakyat ditindas dr semua segi...kita mesti hapuskan umno. Selamat kan malaysia dr manusia2 umno yg durjana...pengkhianat melayu

Reply
avatar