KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, November 10, 2016

dinturtle

Kos ECRL Tinggi - Mereka Yang Berpengalaman Tapi Kritik Semuanya Bodoh, Yang Pandai Hanyalah Pro 1MDB




Pada kos sebanyak RM91.67 juta bagi setiap kilometer, pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menjadi salah satu daripada laluan kereta api dan kargo antara negeri yang paling mahal yang akan dibina di dunia, menurut pemain industri.

"Ia boleh menjadi projek infrastruktur kereta api yang paling mahal di dunia dalam kelasnya...Ia projek yang baik tetapi tidak pada harga yang tidak masuk akal ini," kata seorang eksekutif dari sebuah syarikat pembinaan.

Seorang penganalisis yang enggan namanya didedahkan turut bersetuju. "Terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak."

Apabila ditanya sama ada harga yang tinggi itu mungkin kerana keperluan untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa, beliau menjawab 'tidak', memetik laporan oleh theedgemarkets.com. - Mkini

"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya," kata beliau, memetik laporan Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, laporan yang sama berkata, eksekutif berkenaan menganggarkan kos pembinaan landasan kereta api itu boleh dilakukan pada hanya RM36 bilion.

Beliau berkata, rakan sekerja industri pembinaan yang berasal dari Eropah pula percaya kos untuk pembinaan projek itu ialah RM32 bilion bagi keseluruhan laluan.

"Kedua-dua anggaran tersebut termasuk kos untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa," kata beliau lagi.

Itu kata professional dalam bidang mereka yang berkaitan sepertimana laporan paper2 .... di bawah ini pula saya kongsikan emel pandangan daripada seorang pengomen yang biasa kita baca di beberapa blog ternama, iaitu Rahman JPC yang pernah terlibat aktif dalam industri pengangkutan khususnya keretapi -

1) Sungguh pun telah bersara selama 13 tahun daripada perkhidmatan kerajaan, namun saya masih lagi berinteraksi dengan pakar runding dalam industry perkereta apian.



2) Malahan pada akhir 2013 saya berkesempatan mengadap baginda Sultan Johor untuk berbincang mengenai industry rail khusus nya projek landasan berkembar elektrik 'Gemas-JB'. Dalam dialog saya dengan baginda Sultan, saya sempat membangkitkan 'rationale' mengapa ianya TIDAK perlu ditawarkan kepada syarikat dari Negara China dengan harga yang jauh lebih mahal jika di banding dengan syarikat2 tempatan yang saya yakin mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya. Baginda yang banyak pengetahuan mengenai industry rail telah berkenan mengambil maklum.



3) Saya telah juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Tun Mahathir di mana beliau bersependapat bahawa setelah berjaya melaksanakan hampir semua projek2 rail di dalam negara, maka tiada sebab projek2 berikutnya perlu ditawar kepada syarikat rail daripada negara2 lain. Malahan Tun berpendapat sudah sampai masa nya syarikat2 tempatan kita pula yang memasarkan kepakaran mereka kepada negara2 membangun yang lain.



4) Hanya terdapat satu projek yang nilai nya agak besar (rm400 juta) yang di tawar kan kepada syarikat IRCON (Indian Railway Construction Co.) dengan menggunakan kaedah 'counter trade/ offset' dengan pembekalan minyak sawit bagi mengatasi sabotaj daripada 'anti palm oil lobby' yang berpusat di USA.



5) Bagi negara2 yang sedang membangun, dan  mempunyai hasil bumi yang kaya, maka kaedah  ini amat berkesan untuk mengujudkan 'win win situation'.



6) Ada ura2 pada satu ketika dahulu untuk memberikan jajaran rel berkembar Seremban-JB  kepada syarikat daripada negara China dan jajaran Ipoh-Padang Besar kepada IRCON (India). 



7) Namun di hari2 terakhir Tun Mahathir menjadi PM, kedua2 jajaran tersebut telah ditawarkan kepada syarikat tempatan dengan harga keseluruhan rm14 bil .



8) Setelah Pak Lah mengambil alih sebagai PM, tawaran tersebut telah ditarik balik degan alasan kerajaan tiada peruntukan.



9) Mungkin atas desakan pihak tertentu jajaran Seremban-Gemas telah akhirnya di tawarkan kepada IRCON dengan kos lebih kurang rm5 bil, dan jajaran Ipoh-Padang Besar kepada syarikat tempatan  dengan kos lebih kurang rm14 bil.



10) Saya telah mendapat maklum bahawa  jajaran Gemas-JB  telah akhirnya ditawarkan kepada syarikat daripada Negara China dengan harga lebih kurang rm7.5 bil.(sungguh pun sudah bertahun tertunda khabar nya projek ini masih belum di mulakan).



11) Maklumat yang ingin saya kongsi bersama ialah mengenai kos keseluruhan projek untuk jarak lebih kurang 700 km yang pada mulanya  hanya rm14 bil (sebut harga syarikat tempatan) telah melambung kepada rm26 bil.



12) Sungguh pun demikian bagi jarak yang lebih kurang sama kerajaan Malaysia telah rela menerima harga  yang saya rasa lansung tidak masuk akal bagi projek ECRL (rm55 bil).



13) Sebaik sahaja kami (rakan2 perunding) mendapat maklum bahawa ECRL akan di bina dengan harga yang begitu fantastis, kami turut  tergamam. Kami sedar bahawa projek ini telah di fikirkan sejak 2008 lagi tetapi pihak perunding jelas menyatakan 'it is going to be a non starter'.



14) Kajian kemungkinan ( feasibility study ) tidak dibuat. Kami yakin 'ridership' nya ( penumpang ) serta 'volume cargo' nya tidak langsung memberi justifikasi yang kuat untuk membinanya sekarang. KTMB kerugian hampir setiap tahun  dan memerlukan bantuan  rm beratus juta (hutangnya tidak mungkin dapat dibayar balik). Projek yang tidak diperlukan sekarang sudah pasti menaikkan kos penyelenggaraan dan memburukkan lagi kedudukan kewangannya.



15) Sebagai panduan (rule of thumb), kos membina 1 km landasan berkembar ialah rm30 juta. Ini termasuk 'earth works', 'structures' 'signaling and comms', 'electrification' dan 'rail installation'.



16) Bagi ECRL kosnya dianggar sebanyak rm90 juta untuk 1km dan ini sungguh tak masuk akal ! Ini pun kami mendapat maklum bahawa ianya 'single line' dan tiada 'electrification' - bemakna kos sebenar akan jauh lebih murah daripad kos panduan rm30 juta per 1km. Berdasarkan panduan ini kos keseluruhan ECRL tidak mungkin melebihi rm 20/25bil .



17) CCCC, syarikat yang dikenalpasti untuk melaksanakan projek raksasa ini mempunyai 'business practice' yang kurang 'ethical' dan pernah disenarai hitam oleh 'badan dunia'. 'Track record' nya juga tidak menyakinkan.



18) Amat menghairankan dengan sikap kerajaan pusat negara China. 'corruptor' perseoranagn dihukum berat, tetapi dalam international relation,  'institutional curruption' digalakkan  demi 'survival' negara mereka. Banyak negara2 mundur dan membangun telah terpengaruh. Sedihnya Malaysia  sudah pun digolongkan  sebagai Negara yang sudah hilang maruah dan dihimpunkan dalam kelompok negara 'desperate'



RUMUSAN



Saya telah membuat kesimpulan bahawa projek ini sengaja diwujudkan bagi membolehkan 'lanun2 berdaftar' ini merompak  degan cara terhormat sekali lagi.



Pinjaman diberi tetapi bayaran baliknya ditunda selama 7 tahun. Bijak  sungguh 'modus operandi' yang amat lick ini - kos projek sengaja digelembungkan untuk mereka menikmati hasilnya sekarang , dan anak2 dan cucu2 kita dibebankan dengan  pembayaran balik -  'cukup celaka' !



Projek ini wajib dibatalkan dan jika mahu diteruskan juga, ianya perlu diodit terutama dari segi kosnya.



wallahu aklam.



hj Abdul Rahman hj mohd noor,

mantan pegawai kanan MOT,  

mantan ahli lembaga pengarah KTMB.

                          **************************

Kajian mendalam dah dibuat bertahun2 dulu .... ? Standardlah jawapan sebegitu dari kerajaan. Pelaburan 1MDB - Petrosaudi dulu pun dikatakan telah disempurnakan kajian2 bagai. Akhirnya terdedah juga rupa2nya kajian tahi kucing.  Duit lesap, lidah terbelit dan kesemua kabinet dilihat bodoh oleh rakyat.

Kita tidak menolak pembangunan. Apa yang kita mahu adalah KETELUSAN. 

PS - Tajuk artikel itu memang benar pun.... Yang kita nampak setuju dan sokong sangat2 projek ECRL dengan kosnya yang WORLD RECORD itu secara kebetulan adalah mereka yang turut sama menyokong skandal 1MDB. 

Apakah maksud disebaliknya ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

19 comments

Write comments
john doe
AUTHOR
November 10, 2016 at 10:16 AM delete

Salam untuk pak Din penyu dan pak Rahman JPC.

Pertamanya,tulisan yang baik dan penuh fakta dari yang berpengalaman.

Walaupun begitu saya mohon izin untuk berkata bahawa sesiapa sahaja walaupun bukan pakar akan mengetahui bahawa kos 55b secara hutang itu adalah rompakan di siang hari oleh ketua penyamun Malaysia si Jebon Kelepet.

Ibarat pembelian sebatang pemutar skru yang harga pasarannya RM10 tetapi dibeli dengan harga RM150. Pusing dan kilas macam mana pun tetap nampak ia adalah penyelewengan. Tak perlu pakar untuk bersusah payah menerangkannya.

Jebon Kelepet sememangnya membawa celaka kepada negara ini. Itu saya 100% setuju.

Menjatuhkannya sudah menjadi kewajipan setiap rakyat yang sayangkan alif ba ta. Potong pokok atau Bakar kelambu pun biar saja asalkan si beruk / nyamuk tumbang / terbakar bersamanya.

Kalau kabinet diketuai penyamun maka sewajarnyalah kabinet itu digelar kabinet penyamun. Masakan boleh mencari imam dari kalangan anak kapal kalau kapal itu pun namanya kapal lanun.

Apa pun salam perjuangan untuk pak Din dan pak Rahman.

Semoga Allah beri kekuatan kepada tuan berdua. Aamiin.

Reply
avatar
Feizal Lasim
AUTHOR
November 10, 2016 at 11:07 AM delete

Seperti yg sy katakan sblm ini, biaq pie lah MO1 nak buat per pun, kita skrg tak bleh buat apa pun tapi setelah malaun2 tu kalah Pru14 nanti, setiap mereka semenjak Najib berkuasa perlulah diaudit kekayaan mereka termasuk keturunan rapat mereka. Waima 1 sen pun malah spender buruk dia pun yg tak boleh dijawab, wajib lah disita & rampas & dimasukkan kedlm tabung negara kembali. Mungkin jg utk setiap projek2 besar yg diragui seperti ECRL ini, perlu sesorang ataupun group dr Malaysia (wakilkan ikut bangsa agar lebih mudah interaksi) meminta mereka menunda dahulu projek & beserta sebab2 nya,mungkin kita terpaksa buat rayuan pd Kerajaan Asing. Antara cadangan yg boleh diambil oleh kita.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
November 10, 2016 at 11:50 AM delete

Salam Bro

Dalam keadaan ekonomi Malaysia merundum kerana pengurusan fiscal yang tidak bijak....apakahkah ECRL satu keperluan yang meruncing?...Dapatkah ECRL menyuntik aktiviti ekonomi sampingan yang memberi manafaat kepada kontraktor dan rakyat tempatan?

Saya rasa ECRL adalah satu projek yang membebankan fiscal negara dan tidak memberi menafaat kepada rakyat dan kontraktor tempatan....Dana dari projek tersebut adalah dari sumber HUTANG...bukan satu FDI. Syarikat luar CCCC ( cina cakap si si si si....mati mati mati mati) adalah satu syarikat yang disenarai hitam oleh Bank Dunia kerana terbabit RASUAH...Kerajaan tak nampak ke?...atau MO1 sengaja memilih syarikat ini kerana rekod RASUAHnya?

KOS dan kegopohan MO1 memetrai perjanjian memang penuh sangsi...MO1 dengan rekod 1MDBnya?...not that you can smell something fishy...but for all we know, it is all rotten!

Apakah ECRL lebih penting dari menaik taraf jalan raya pantai timur kesatu taraf yang lebih selamat dan selesa dimana segenap lapisan rakyat dapat menikmati faedahnya? Sudahkah kajian engineering dan feasibility dijalankan?...Dari mana datangnya angka RM55 billion tu?

Kita mesti waspada...bukan kita menyekat pembangunan...tapi kita mesti waspada kerana apa yang berlaku dalam 1MDB yang diilahamkan dan dikuasai oleh manusia yang sama...MO1.
Hutang...bukan tak boleh hutang...tapi mesti berhemah...Hutang 1MDB bertimbun dengan bunga berbillion setiap tahun...mana lagi bond yang akan matang tak lama lagi....Adoh mak!...sape kena tanggung semua tu?...Ini nak tambah hutang untuk ECRL lagi!

Saya setuju dengan saranan...selagi MO1 belum bersih dari issue 1MDB...jangan benarkan beliau meluluskan sebarang projek mega.

Kita jangan terlalu seronok dengan projek mega billion billion...tapi hakikatnya harta negara dicagar dan akhirnya tergadai.

Satu 1MDB dah serik...jangan cari penyakit lagi.



Reply
avatar
Othaman Ahmad
AUTHOR
November 10, 2016 at 1:55 PM delete

Satu pencerahan terbaik dari sdra seperjuangan Pak Rahman jpc buat kita hebahkan kpd kenalan2 kita agar Najib dihapuskan dari pentadbiran negara.

Semalam telah diadakan press conference di Dewan Rakyat tapi tak sekor pun beruk2 A/P KERA-jaan termasuk Najib berani menghadhiri kerana takut bersemuka-berdepan dgn seorang tua yg dah berusia 91 tahun. Sila tonton di You Tube - NAJIB & SPEAKER LARI DEWAN, Tun Mahathir 'Serang' Dewan Rakyat Secara Berdepan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 2:05 PM delete

Din, tolong ulas sikit pasal prosiding mahkamah Singapura ke atas kakitangan BSI, bank yg ditutup yg berkait dgn duit 1MDB tu.
http://www.straitstimes.com/search?searchkey=bsi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 4:07 PM delete

Dalam belanjawan bajet berhutang 2017 masih nak berbelanja besar gedabak lagi sampai sanggup gadai segalanya pada negara china memang betul nak jahanamkan negara

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 6:16 PM delete

Semoga perut mereka dimakan ulat2 neraka!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 6:26 PM delete

Samalah macam Nothing to Hide dulu......last2 jadi Everything to Hide.
Cakap bagus macam petir guruh berdentam-dentum........tapi dengan orang tua nyanyok pun lari.
Inilah masa untuk lawan debat one to one....face to face.
Dulu kata takutkan Allah saja.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
November 10, 2016 at 8:54 PM delete

sejak artikel d atas d siarkan, saya tlh mendapat banyak sokongan moral drpd 'industry players'. semua bersetuju agar projek raksasa ini d nilai semula agar pakar2 teknikal tempatan dpt memainkan peranan utama jika kerajaan masih juga bertekad utk melaksanakan nya.

saya ingin juga berkongsi masukan tambahan drpd mereka :-

1)kerajaan perlu memberi keutamaan utk membaik pulih n menaik taraf landasan pantai timor yg sudah pun terujud sekarang. kos nya jauh lebih murah.

2)kerajaan wajib memberi keutamaan utk membina 'by pass line' dari Serendah ke Pelabuhan Kelang agar 'frieght' yg membawa barangan merbahaya drpd utara tidak perlu lagi melalui K Lumpur.

3)saya mendapat maklum bahawa kedua dua kem (mot n kkr) lebih berminat utk meyambung LPT sampai k Kelantan jika d banding kan dgn ECRL.

selaku anak kelahiran Pekan yg satu ketika dahulu senentiasa mendoakan kejayaan PM najib,(ini adalah juga pesan arwah ayah saya yg mengenali arwah tun razak),saya tlh mengishtihar kan pendirian utk menentang najib hahis habisan dgn kudrat yg ada pd saya insya'allah.

dgn menyusun sepuluh jari,saya dgn rasa rendah diri merayu kpd penduduk Pekan n seluruh warga Tanah air yg tercinta ini utk menolak najib/rosmah secara 'total'.

atas pengaruh rosmah,saya percaya najib tlh hilang sifat2/nilai2 'statesman ship' n dgn itu tlh hilang 'legitimacy' utk terus memimpin.

buat masa sekarang biar lah mereka terus merompak wang rakyat. tapi bak kata bapak ruhut sitompol(politisi Indonesia), TUHAN TIDAK PERNAH TIDUR.

utk mengyahkan rosmah drpd persada pemerintahan Negara, NAJIB WAJIB D KORBANKAN DAHULU.

Reply
avatar
Othaman Ahmad
AUTHOR
November 11, 2016 at 1:09 AM delete

Sdraku Pak Rahman jpc..

Apa pandangan Pak Rahman sekiranya kita pohon kebijaksanaan Tun Mahathir beserta YB2 A/P Pembangkang menghantar memorandum bantahan kpd kedutaan Repablik China memberitahu mereka majorities rakyat Malaysia tidak iktiraf dan tidak menghormati apa2 perjanjian yg dimeteraikan oleh si Penipu, Najib semasa kunjungan ke negara mereka baru2 ini?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 11, 2016 at 11:40 AM delete

Blh ke didakwa selepas tiada dalam jawatan? di ambil harta mereka waimah harta di kalangan keluarga mereka?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 11, 2016 at 11:15 PM delete

Syabas tuan rahman hj mohd noor.

Syarikat cccc telah mengumumkan projek ecrl yg ditawarkan bernilai RM46B kerajaan pula menyatakan kos pembinaan ecrl menelan belanja RM55B pihak jasa dan macai2nya cuba main wayang dgn menyatakan perbezaan RM9B libatkan bayaran pgambilan tanah pampasan dsb ok lah wayang tu kita terima.

Masalahnya RM46B di tawarkan kepada cccc masih lagi terlalu tinggi dgn kos sebenar siap keseluruhan hanya sebanyak RM36B kita tengok apa pula wayang jasa dan macai2nya yang menyokong kerja2 menjahanamkan negara.

Reply
avatar
MieLembu
AUTHOR
November 12, 2016 at 12:27 AM delete

We don't have government administrator.... what we have are "Legal Gengster" governing our government.... whatever is not in their laws, they create a bypass or ways to make it legal..... isn't it true?

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
November 12, 2016 at 7:42 AM delete

salam pak othaman.
maaf kerana lewat respon pd cadangan sdr d 11nov d atas.

tidak salah kalau kita mencuba. namun dgn ikhlas saya berpendapat ia nya tidak akan membawa kpd apa2 tindak balas yg positif drpd Negara china.

jika hendak mengetahui 'grand design' china dgn lebih dekat, jemput saksi kan orasi panglima TNI jen garot nurmantyo kpd 80 pemimpin2 pelajar se Indonesia baru2 ini.

china tlh menjadi 'big bully' d rantau ini. keputusan badan2 antara bangsa langsung tidak d endah. jika Indonesia ,Negara terbesar d rantau ini tidak begitu terdaya utk berhadapan dgn china, bayangkan lah Malaysia yg serba kekurangan.

hanya USA saja yg bolih menyekat sikap 'bullying' mereka.

najib tlh jelas jatuh k dlm perangkap mereka. jika kita tidak rela mempertahankan pulau layang2 d laut china selatan, maka china akan manakluk nya n melebarkan EEZ mereka sampai k pantai Malaysia. itu lah sebab nya Indonesia awal2 lagi tlh memberi tahu china bahawa mempertahankan wilayah mereka (eg kepulauan natuna) adalah 'harga mati'. namun mereka juga tidak berupaya utk mengusir nelayan2 drpd china d kawasa EEZ mereka olih kerana tlh d lindungi 'd Chinese nat coast gaurd'.

pres jokowi amat sedar ancaman drpd Negara china n lebih berwaspada sekarang.

jika kita mahu selamat drpd d jajah olih china, maka kita wajib mengikuti jejak langkah Indonesia - kita perlu menjauhi drpd memberikan 'monopoli' kpd mereka. FDI n anugerah contrak wajib d pelbagai kan n tidak harus tertumpu pd china saja.

sudah terlalu banyak asset Negara yg tlh d kuasi olih china. projek ECRL wajib d tangguhkan. olih demikian tiada pilihan lagi bagi kita melainkan menyinkir najib drpd tahta. insan yg berkuasa n sedang menghadapi masaalah peribadi yg begitu 'massive' akan berbuat apa saja utk menyelamatkan kedudukan nya sungguhpun hanya buat se saat saja.

bila d takdir kerajaan bertukar tangan nanti, kita patut rela membenarkan USA(atau kuasa besar lain) membina pengkalan tentera d Malaysia sebagai kuasa pengimbang. KITA TIADA PILIHAN.

maaf panjang sedikit.

Tanah air yg merdeka ini sudah pun memasuki era fasa penaklukan (colonization) secara 'indirect'.

WASPADA!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 12, 2016 at 1:59 PM delete

Sebagai orang pantai timur kewujudan ecrl dijangka tidak banyak memberi impak positif keatas ekonomi setempat.Alangkah indahnya jika projek yg bernilai 55b ini ditukarkan kepada pembinaan lebuhraya dari lembah klang sehingga ke tumpat.Terpulang samada dikenakan tol atau tidak.Pembinaan lebuhraya ini sudah semestinya memberikan impak ekonomi yang lebih positif.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
November 12, 2016 at 7:55 PM delete

perbuatan criminal(CBT) tiada tarikh luput. semua bolih d dakwa.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
November 15, 2016 at 1:21 AM delete

Salam utk pak Rahman dan oak Othman

Saya pula dengan rendah diri berpendapat projek ini langsung tak perlu. Kalau mulakan menilai dari segi keperluan nak teruskan atau tidak oklah tapi kalau mulakan menilai dari segi harga yang patut lupakanlah.

Hutang yang ada dah tercungap-cungap nak bayar, perut rakyat dah semakin ketat diikat takkan dalam masa ni nak buat keretapi kot? Hutang lagi.

Jmbtn ke2 PP hanya memakan kos lebih sikit daripada 4b sudah menjadi gajah putih. Sekiranya ECRL diteruskan ditakuti ia menjadi dinosaur putih.

Ambil kira juga jarak jauh, dan kesusahan dan kos untuk maintenance yg jauh lebih tinggi daripada jambatan ke2 PP.

Ingatlah, tumbangnya kerajaan Uthmaniah adalah diakibatkan oleh faktor utamanya hutang yang tidak mampu ditanggung lagi. Dan faktor utama mereka berhutang (pada akhir2 masanya) adalah pembinaan landasan keretapi. Akhirnya landasan itu jadi tinggalan sahaja.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
November 15, 2016 at 1:29 AM delete

Salam pak Rahman

Sekadar pendapat 2 sen saya.

Orang-orang Australia dah tahu pun Najib dah lepaskan hak menuntut kesemua kepulauan Spratly kepada China. Saya dah pernah ceritakan di Putra Merdeka tntg warga Australia yang mencacak bendera Malaysia di salah satu pulau tersebut dan Maritim Malaysia muncul tiba-tiba mencabutnya.

Berkenaan kuasa pengimbang saya berpendapat ia tidak diperlukan lagi. Ia bagai menjemput seekor lagi predator ke laman rumah kita selepas seekor telah pun wujud.

Apa kata selepas menang nanti kita solat hajat agar alam yang halau mereka keluar.

Masih ingat bagaimana alam menghancurkan kem2 tentera Amerika di Filipina? Dalam dunia moden pun dah ada precedent, negara sesama kristian lagi dgn salah satunya pembuli. Inikan pula kita negara Islam.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
November 15, 2016 at 1:43 AM delete

Bro MieLembu

Absolutely true.

Rule of law doesnt exist anymore in Malaysia. Instead we are now ruled by law by the King of Cash who believes that Cash is King.

And for that Malaysia may be temporarily nicknamed as Jibrostan.

And we are all duty bound to kick out the King of Cash from Putarjaya, so that Jibrostan will no longer be our nickname and Putarjaya will revert to its original name, Putrajaya.

Reply
avatar