KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, November 7, 2016

dinturtle

Laporan Ketua Audit @ 1MDB BUKAN Untuk Tatapan Rakyat, Hanya Untuk PAC

Mkini

Azalina kata laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC dan bukan untuk tatapan rakyat.

“Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC. Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan,” kata Azalina.

Maka laporan itu akan terus kekal sebagai rahsia kerajaan ?

Bang ..... kenapa tidak cakap alasan itu semasa mula laporan itu dijadikan bahan rahsia di bawah OSA ? Ketika itu alasan yang diberikan oleh Hasan Cari Makan PAC adalah -

Keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan jawatankuasa ini sendiri.


Tidak ada disebut yang laporan itu hanya untuk PAC. Bukankah senang kalau dari awal lagi disebut yang rakyat tidak punya hak untuk aksess kepada laporan audit itu ?

PAC sudah bentangkan laporan mereka pada 7 April lalu. Jadi apa masalahnya kalau laporan audit itu dihebahkan untuk lebih menguatkan laporan PAC itu sendiri ?

Apakah kerajaan mahu rakyat beranggapan bahawa ada maklumat 1MDB yang ditemui oleh Ketua Audit Negara yang sengaja mahu diSOROKKAN daripada pengetahuan rakyat, yang PAC juga sengaja tidak mahu dedahkan ?

APA KAITANNYA TRANSAKSI2 DAN KEPUTUSAN2 1MDB DENGAN KERAJAAN ? ? ?

Kerajaan tidak terlibat langsung dalam keputusan2 1MDB, malah Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB juga dikatakan tidak pernah menghadiri apapun mesyuarat 1MDB.

Timbul persoalan di sini - Kerajaan dengan mengOSAkan dokumen audit itu, sebenarnya mahu menjaga kepentingan SIAPA ?

jIKA BENAR TIDAK ADA SEBARANG SALAH LAKU DALAM 1MDB, KENAPA TAKUT NAK DEDAHKAN ?

Ketika satu dunia membicarakan hal skandal 1MDB dan mereka tanpa segan silu mendedahkan segala maklumat yang mereka ada bagi menguatkan dakwaan terhadap 1MDB, kerajaan Malaysia pula seberapa daya mahu merahsiakan maklumat 1MDB daripada rakyat !

Kemudian pemimpin2 kerajaan mahu salahkan rakyat yang mengambil serta menyebarkan maklumat2 yang diperolehi dari luar itu pula ....... kalau kerajaan sendiri tak mahu dedahkan, dari mana lagi rakyat nak dapatkan maklumat itu ?

Pemimpin2 kerajaan meminta kita jangan percaya pendedahan Wall Street Jurnal, depa dengan Sarawak Report itu semua dajal yang mahu menjahanamkan negara melalui laporan2 berunsurkan fitnah ... KONONNYA ..... tapi kenapa kerajaan sendiri tidak mahu berikan maklumat yang kerajaan ada ? 

Makanya ..... jangan salahkan rakyat yang begitu dahagakan maklumat mengenai skandal 1MDB kalau kita dengan cepat sebarkan apajua yang didedahkan oleh sumber luar.

Bagaimana kita nak tahu maklumat itu fitnah atau benar kalau tidak diberikan perbandingan dengan maklumat sebenar sepertimana terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara itu ?

Bagi saya, usaha kerajaan mahu terus merahsiakan maklumat mengenai 1MDB tidak lain hanyalah kerana mahu SOROK sesuatu daripada rakyat. Kenapa mahu SOROK sesuatu yang tidak ada kaitan dengan kerajaan ? Sebab mahu melindungi kepentingan seseorang !

OSA adalah demi menjaga kepentingan RAKYAT DAN NEGARA bukannya menjaga kepentingan individu2 tertentu dalam kerajaan. Jangan salahgunakan undang2 yang ada.


dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2016 at 4:07 PM delete

Najip dan kabinet penipu. Itu je kesimpulan paling ngam setakat ini.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
November 7, 2016 at 5:27 PM delete

Salam Bro

Jangan ko peduli cakap abang tu. Malahan jangan ko percaya apa jua segala cakap menteri dan juga Najib, mahupun AG dan KPN tentang 1MDB. Segala maklumat dan hasil siasatan berhubung 1MDB semua dikunci....malahan External Auditor 1MDB yang lepas lepas semua menarik balik pengesahan mereka...Mana ada yang betulnya tentang 1MDB?

Yang kita tahu dan disahkan oleh Peguam Negara ialah:

1. Najib menerima duit RM 2,600,000,000.00 masuk dalam akaun peribadi seperti yang tersebut dalam kertas dakwaan DoJ.

2. Najib menerima duit RM 42,000,000.00 dari SRC masuk dalam akaun peribadi.

Semua duit yang masuk dalam akaun peribadi tersebut adalah sepanjang masa dibawah penguasaan Najib secara peribadi....ITU DUIT DIA.

Kita tiada punca untuk mengetahui dan mendapat pengesahan segala kepincangan yang berlaku dalam 1MDB walau pun begitu jelas ada salah laku dan penyelewengan seperti yang dilaporkan dalam laporan PAC.

3. Oleh kerana segala hasil siasatan dalam negara telah diOSAkan, makanya rakyat tidak dapat pengesahan dari sumber berkuasa dalam negara. Segala laporan yang tersebar diseluruh dunia...kita anggap adalah betul kerana tidak dinafikan oleh Najib dengan fakta....setakat cakap putar belit dari macai je.

4. Kita lebih mempercayai laporan luar negara kerana bukan setakat laporan yang disertakan dengan bukti...malahan tindakan undang undang telah diambil terhadap mereka yang terbabit melanggar undang undang negara mereka.

5. Kita masih berpegang kepada "Rule of Law" tetapi orang yang bertanggung jawab melaksanakan undang undang mengabaikan "Rule of Law" dengan menjadi penyiasat, pendakwa dan hakim sekali gus....Dimanakah "keadilan" dalam hal ini. Najib telah bertindak mengatasi "Rule Of Law".

MONEY TRAIL DOESN'T LIE.

Kini dengan apa yang berlaku dengan segala kontrak dan projek yang Najib metrai dengan syarikat China...kita yakin pasti ada banyak lagi penyelewengan sepertimana dalam kes 1MDB. Sebagai rakyat kita mesti waspada kerana apa jua hutang negara yang Najib perolehi dari China akan menjadi tanggungan rakyat....sepertimana hutang 1MDB.

Hutang 1MDB meningkat saban hari...kini Najib dengan senang hatinya berhutang lagi dengan China. Belum apa pa lagi kita telah dihebohkan dengan berita kepincangan dengan nilai kontrak dan ketelusan...ini adalah tanda tanda unsur penyelewengan.

Apakah kita tidak curiga dan serik?

MO1 memang sah PENCURI...
Hanya orang bodoh je tak tau siapa dia MO1.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2016 at 7:56 PM delete

Public ke private accounts committee. Betul ke Azalina ni lawyer. Cakap macam budak darjah 2 je.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2016 at 8:53 PM delete

Setakat mana mereka boleh rahsia kan kisah 1MDB ini..Akan tiba waktunya ketika najib tidak berkuasa..Segala galanya akan dibongkar semula..waktu itu akan tiba..kaedah pecah dan perintah digunakan juga terhadap pemimpin2 Umno untuk kuatkan cengkamannya..zahid vs Hishamuddin..yg untung Najib terus berkuasa..Kerana semua akan berlumba2 untuk menunjukkan beliaulah yg paling setia pada Najib..Kaedah yg sama juga digunakan kepada pembangkang namun dengan satu cara parti pembangkang dimomok banyak perkara yg boleh memisahkan mereka..

Reply
avatar
zgmail
AUTHOR
November 7, 2016 at 11:05 PM delete

penjelasan terbaik...memang tidak dinafikan MO1 adalah seorang penyamun terbesar dalam sejarah negara

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2016 at 11:12 PM delete

Apalah bangangnya Azalina ni!Cakap jer la semua laporan audit dan salinan2 nya dah hilang.Habis cerita.Org M'sia bukan boleh buat apa pun sebab laporan dah tak ada.Paling kurang pun diorang memekik sebulan dua.Lepas tu senyap la,sebab tak berani...kihkihkih

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
November 7, 2016 at 11:19 PM delete

Dari awal lagi 1MDB adalah hanya satu rhetoric yang di ilhamkan olih Pencuri Mega dan Jho Low untuk mencuri duit yang akhirnya akan di tanggung olih rakyat Malaysia .

Abang cok kodok jangan anggap majority rakyat jelata ni bangang , bodoh dan tidak mampu berfikir macam dia . Harus sedar , abang cok kodok serta ahli2 seangkatan mereka adalah manusia biasa .... serupa saperti saya , awak dan mereka semua . Jangan sesekali menganggap diri itu special macam Ahmad CGPA 3.85 Maslan .

Satu dunia dah tahu 1MDB itu adalah satu scheme Satu Malaysia Dia Bohong : Satu Malaysia dia Bangangkan . Tak ngapa , PRU lepas memang ramai yg bangang kerana mengundi kaum kaum ini . Pada PRU yang semakin hamper tiba , tak usah harap kami akan terus di perbangangkan . Dan saya juga berharap pengundi2 di Penggerang janganlah terus di perbangangkan lagi olih Abang cok kodok .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 8, 2016 at 12:37 AM delete

Gomen ni. Kalau kata ada pihak tak bertanggungjawab yg dedahkan laporan secara berpilih utk wujudkan persepsi negatif, solusi yg terbaik ialah dgn mendedahkan kesuluruhan laporan tersebut, bukannya disorok macam minyak masak subsidi.

Reply
avatar
Pak Andy
AUTHOR
November 8, 2016 at 2:11 AM delete

Asal menteri2 cakap...semua bodoh2 dn tk masuk akal!!...Yg jelas mereka semua penyamun.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 8, 2016 at 6:54 AM delete

Mat Azalina juga sentat otak sbb terlalu banyak makan duit haram rasuah semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Tourism. Mat Azalina jgk disiasat BPR spt Sprm siasat Najib. Kedua2 tidak dihadap dMahkamah sbb Msia ada AG/PendakwaRaya yg bodoh. Tidak mcm Swiss AG, Polis Israel atau Swiss AG.

Mana dpt duit beli harta2 spt kereta mewah Mat??????

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 8, 2016 at 7:46 PM delete

Mamat aza ni blur ke haper ehh mamat kaa minah... gasak jer lah.

Hasan cari makan sendiri bagitau dalam berita tv3 pac akan bentangkan laporan siasatan pac beserta laporan audit negara sampai sudah tak bentang alih2 taruk osa ni mamat aza kepala kayu jenis tak baca perlembagaan negara laporan audit negara hendaklah di bentangkan dalam dewan rakyat berapa kali sudah langgar perlembagaan persekutuan menteri semua sudah jadi kayu termasuk sama si pandirkar bapak kayu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2016 at 5:17 PM delete

Siapakah salah satu stakeholders yang utama apabila kita bercakap tentang 1MDB?

Rakyat, sebab mereka lah yang akan bayar hutang-hutang 1MDB.

Maka di mana kah kewarasan menteri Azlina terletak apabila dia berkata lapuran Audit bukan untuk tatapan rakyat? Lain lah kalau PAC itu lah yang akan membayar segala hutang 1MDB, jadi rakyat pun tak akan ambil kisah kalau menteri Azlina mati-mati berkata bahawa lapuran Audit itu dikhususkan untuk tatapan PAC.

Mari kita guna kewarasan, akal, kesiuman, pengalaman, ilmu, dan lebih-lebih lagi lunas-lunas agama Islam yang kita anuti sebagai asas untuk kita membuat keputusan yang betul. Sebab faktor-faktor yang disebut itu lah yang akan menentukan keafdalan keputusan.

Tiada siapa pun mahu menerima mana-mana keputusan pun yang berasaskan hawa nafsu serakah.

Reply
avatar