KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, November 8, 2016

dinturtle

Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !

Lama dah tak menulis tentang KEGEMILANGAN 1MDB ....Rata2 rakyat Malaysia kira sudah tutup buku bahawasanya 1MDB itu HAMPEH. 1MDB itu merugikan dan tak guna satu sen pun kepada negara dan rakyat. 1MDB itu adalah HUTANG. Dan kita sebagai rakyat pula yang harus menanggung beban membayar balik hutang2 1MDB dalam bentuk cukai dan lain2 bebanan kos hidup yang semakin meningkat saban hari. SEMUANYA KERANA NAJIB, 1MDB dan ..... JHO LOW.

Kita hanya menunggu berita pencerahan mengenai apa yang bakal terungkai tentang SKANDAL 1MDB di mahkamah2 antarabangasa sebab nak harapkan maklumat dari kerajaan Malaysia sendiri adalah sia-sia. Kerajaan kita hanya tahu nak SOROK maklumat dari kita, sepertinya tidak mahu rakyat tahu mengenai rahsia di sebalik skandal 1MDB, sepertinya mahu melindungi individu2 tertentu disebalik skandal 1MDB.

Siapa lagi individu itu kalau bukan Najib @ MO1 !

Namun, sesekali pihak kerajaan melalui macai2nya seperti JASA masih cuba mempengaruhi minda rakyat supaya melihat 1MDB dalam konteks yang positif. Mereka akan senaraikan PENCAPAIAN GEMILANG 1MDB supaya rakyat akan puji kehebatan 1MDB.

Pencapaian Gemilang 1MDB itu tidak lain hanyalah kononnya kejayaan 1MDB bayar balik hutang ! Tak percaya sila baca -




JASA UPDATE
07 November 2016

Dari Parlimen

3 Pencapaian Pelan Rasionalisasi 1MDB

1. Tiada sebarang rancangan untuk membubarkan 1MDB sehingga Pelan Rasionalisasi 1MDB dimuktamadkan.

2. Kementerian Kewangan menjelaskan kepada ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen, struktur modal 1MDB bergantung kepada penggunaan hutang untuk membeli dan membangunkan asset. Aliran tunai berterusan diperlukan untuk pembayaran faedah dan prinsipal hutang.

3. Isu 1MDB sebenarnya adalah satu isu perniagaan di mana ketidakseimbangan aliran tunai telah timbul apabila pelan pelaksanaan Initial Public Offering (IPO) Edra tidak berjaya seperti yang dirancang.

4. Bagi menangani cabaran tersebut dan untuk membayar balik hutang, Kerajaan telah menjalankan kajian strategik dan seterusnya melaksanakan Pelan Rasionalisasi terhadap 1MDB.

5. Menerusi Pelan Rasionalisasi, 1MDB telah berjaya membawa masuk dana pelaburan yang signifikan daripada pelabur-pelabur domestik dan antarabangsa.

6. Antara pencapaian Pelan Rasionalisasi 1MDB adalah seperti berikut:

i. Penjualan tanah di TRX kepada Tabung Haji, Mulia Group (Indonesia), Affin Bank, WCT dan Lend Lease (Australia)

ii. Penjualan 60% kepentingan ekuiti di dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd pada nilai tanah sebanyak RM12.35 bilion

iii. Penjualan 100% kepentingan ekuiti di dalam syarikat Edra pada nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion

Dengan penjualan kepentingan tersebut, 1MDB telah membuat pembayaran hutang-hutang seperti berikut:-

i. Pembayaran awal : RM3 bilion hutang kepada bank-bank tempatan

ii. Pembayaran awal : RM2 bilion hutang kepada Marstan

iii. Pembayaran awal : AS$150 juta kepada Exim Bank

iv. Pembayaran balik : RM950 juta Kerajaan Malaysia

“1MDB kini tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek dengan dana lebihan sebanyak RM2 bilion untuk membayar faedah dan pembangunan infrastruktur projek,” jelasnya.

                                 ******************
Kan ..... kalau sekali baca ... kita terasa macam nak puji jugalah 1MDB ni .... Peeergh Hebat !

Dua kali baca .... kita terfikir balik.... laaaa ... kejayaan BAYAR BALIK HUTANG adalah Kejayaan Gemilang 1MDB yang sedang digembar gemburkan oleh kerajaan ? ? 


Ingatkan adalah bangunan2 tinggi yang canggih, atau patung emas gergasi pasangan Najib Rosmah di tengah2 kota Kuala Lumpur yang menjadi tarikan pelancong2 dunia ... yalah, kita bercakap tentang HUTANG SEBANYAK RM50 BILION !

Sepatutnya apa yang diceritakan adalah APA yang boleh kita lihat dengan mata kasar kita .... APA yang telah dibina dengan wang sebanyak itu. Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia tentang 1MDB .... Nah, patung emas gergasi Najib Rosmah ! HEBAT !

Rupanya ..... kehebatan 1MDB adalah keupayaannya bayar balik hutang .... laaa ......


Yang 1MDB berhutang itu untuk apa ?

Itu pun kalau benar hutang2 1MDB telah berjaya dilangsaikan. Kalau kita baca balik kenyataan JASA di atas, bunyi macam dah setel .... benarkah ?

Jom layan apa komen rakan FB Yaakob Osman ( KLiK ) yang berpengalaman dalam bidang ekonomi dan kewangan -


KOMEN Yaakob Osman -

Jumlah hutang 1MDB setakat 1January 2016 ialah 50.1 billion. Mengikut jawaban bertulis di atas cuma 6.5 billion dari hutang tersebut telah dibayar. 

Ini bermakna ada bagi pokok hutang sebanyak 43.5 billion. INI balance outstanding saja lah dulu. Bunga you all pun tahu kurang lebih 2.6 billion setahun.

Dalam jawaban yang sama juga mereka berkata tiada lagi hutang bank semua nya dah dibayar. Jangan tertipu tuan tuan. Hutang bukan bermaksud dgn bank saja. Memang 1MDB tidak banyak hutang bank.

Yang banyak ialah bonds. Saya senaraikan hutang hutang bond 1MDB di bawah:

1. IMTN 5 b
2. 10 year bond - 7 b (usd 1.75b)
3. 10 year bond - 7 b (usd 1.75b)
4. 10 year bond - 12b (usd 3b)
5. IPIC - 4.4b (usd 1.1b )


Makanya jumlah hutang yang belum berbayar ialah 36.4 billion . Ini pokok saja tau. Bunga lain kira. (Which should come up total to about 44b as of January 1 2016)

Walaupun mereka cuba mengaburi mata kita bahwa dah habis bayar hutang bank.. which is only telling half the story mereka lupa nak bagitau yg saya sebut.

Ini belum kira kesemua tuntutan IPIC tau ( only 4.4b saya tulis) - Kalau IPIC menang timbangtara, 1MDB terpaksa bayar RM26 bilion kepada IPIC

Jadinya apa yang akan diwarwarkan di media masa 1MDB tiada lagi hutang bank hasil dari pelan rasionalisasi. Malah 1MDB kununnya ada lagi baki 2 billion tunai.

Jangan percaya bulat2 tuan tuan. Yang pastinya nya kesemua hutang2 bonds di atas pokok nya sesen pun belum dibayar. Pelan rasionalisasi yang gagal kalau ikut congak saya.

Kenapa? Kerana hasil jualan Edra energy saja yg dapat tunai. Bayaran untuk jualan Bandar Malaysia ialah pada tahun 2022.

Dan yang paling penting kita mungkin tidak akan tahu kesudahan nya. Why? Kerana account 1MDB nampaknya tiada Auditors yang nak jadi pak sanggup.

Memindahkan 1MDB kepada MoF samalah juga dgn SRC..dapat payung besar dan tak perlu nak audit. Siapa pun tidak berani paksa.

                                  *****************

Laaa.... tak setel mana pun !  Hutang is hutang. Anda berhutang dengan bank tempatan ke atau dengan bank luar negara ke ..... namanya tetap HUTANG. Rakyat juga kena tanggung. 

Lepas jual aset utama IPP Edra, 1MDB masih berhutang berpuluh2 bilion lagi ! Bila cukup setahun, bunga2 interest yang mekar kembang akan buat apa yang kita bayar sebelum itu jadi sia2 sebab hutang naik balik.... kan ?

Apa yang tinggal pada 1MDB adalah tanah yang dikurniakan oleh kerajaan pada harga murah giler, yang boleh kita anggap sebagai free. Yang itu pun kita nak kena jual sebab nak bayar hutang.

DAN KITA MASIH BERHUTANG LEBIH RM40 BILION  selepas jual IPP dan sebahagian tanah negara ..... 

Seharusnya rakyat Malaysia jadikan persoalan ini satu keutamaan kepada 1MDB dan kerajaan untuk jawab - KE MANA PERGINYA RM50 BILION DUIT 1MDB ? ?

Akhir kata, baca rumusan dari Yaakob -


Kerana itulah demi Malaysia yang lebih baik, menjadi tanggungjawab kita semua untuk tdk lagi menyokong BN. Selagi mereka masih memerintah tidak mungkin kita akan dpt merungkai kan semua tentang 1MDB dan SRC.

Dalam masa yg sama pimpinan yg sama mahu berhutanng lagi 55 billion utk rail pantai timur yg bukan priority. Ini sangat merunsingkan.

Anda mahu diam dan terus sokong? Not me ..no way. My vote will no longer be for BN. Enough is enough..alll the lies and deciets.

The key is to look for things they did not tell you as above.


p.s jangan igt org kpg or Felda tdk faham..saya dan rakan rakan saya akan pastikan mereka faham siapa yang songlap wang wang ini semua.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
PutraKraken
AUTHOR
November 8, 2016 at 9:32 AM delete

Salam Bro

Kegemilangan 1MDB

1. Melahirkan jenerasi PENYAMUN antarabangsa yang diketuai oleh tak lain tak bukan MO1.
2. Menjana HUTANG berbillion dengan modal seciput.
3. Memutar belit fakta membohongi rakyat.
4. Memusnahkan integriti institusi perundangan dan peguatkuasaan.
5. Berjaya menonjolkan pemimpin dan ketua jabatan yang kaki jilat dan ampu.
6. Berjaya mencantas pemimpin yang berintegriti dan menegakkan kebenaran.
7. Berjaya melupuskan harta negara yang amat bernilai kepada tangan asing.
8. Berjaya menggadai MARUAH agama, bangsa dan tanahair.
9. Berjaya memusnahkan kegemilangan negara dimata dunia dan memberi KEMALUAN yang amat besar kepada seluruh rakyat sehingga rakyat tunduk malu bila berada diluar negara.
10.Mencemar sistem demokrasi demi kepentingan seorang ketua penyamun.
11.Mencemar Dewan Parlimen dengan pelbagai sekatan menghalang perbahasan berhubung kait dengan 1MDB.
12.Berjaya memperlekehkan titah Raja Raja dan Sultan.
13.Berjaya memecah belahkan rakyat dan perpaduan antara kaum.
14.Berjaya menghasilkan DEDAK untuk makanan haiwan jenis manusia.
15.Hutang dan hutang dan hutang...rakyat tanggung ko punya hutang.

dan banyak lagi kegemilangan yang telah dicapai oleh 1MDB.

Namun yang terutama sekali ialah kemunculan sistem KLEPTOKRASI diketuai oleh MO1 yang memecahkan rekod dunia apabila menjadi INSTANT BILLIONAIRE dengan masuknya RM2.6billion dalam akaun peribadi.

Tidak kurang pentingnya, 1MDB telah buat julung kalinya menonjolkan "First Lady" yang begitu pandai menabong dan berbelanja jutaan ringgit diluar negara melebihi pendapatan.

Adios MO1.

And now the end is near...
and so I face the final curtain...
Lala...lalala...

Damned you MO1.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 8, 2016 at 10:16 AM delete

well says din....that how u do it....making love out at nothing at all....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 8, 2016 at 10:56 AM delete

Hutang menjerat MO1 secara total dan seterusnya menjerat Malaysia kedalam situasi yg berat untuk difikirkan.Nasib Najib bergantung dari penerimaan rakyat seterusnya..Strategi mengalih pandangan rakyat terhadap kenaikan kos hidup adalah semata mata untuk meredakan keadaan ketidakpuasan rakyat..Isu ini cuba dialihkan secara berselisih dan berangkaian..Faktor positif cuba dirangkaikan dengan cerita lain yg enak didengar untuk ditatapi oleh rakyat..Redakan emosi rakyat tujuannya untuk kuatkan positif penyokongnya yg semakin gelisah kerana kesan ekonomi semakin menekan org BN sendiri..Kesan ekonomi semakin berangkai dan menyeluruh..Semua rakyat terlibat..Ini menakutkan Najib..Johari pun mula gelisah kerana pengalamannya belum cukup kuat untuk menghadapi masalah kewangan negara kini..Husni seorang serius dan rasional orangnya dengan setiap keputusan tindakan ekonomi..Lompang disitu menjurus kejatuhan BN secara total..Mentor bijaksana ramai yg menjauhkan diri..'Tunggu dan lihat'Kata mereka..Ini memeningkan Najib and the gang..Duit tidak boleh membeli semua orang..Kisah sebenar akan kejatuhan Najib akan menyusul sedikit masa lagi..Pergolakan dalam diam telah bermula secara rahsia dan ia dapat dihidu oleh Najib.Ketakutan semakin jelas dan ketara kerana musuhnya bukan sahaja dari pembangkang lagi namun orang sekelilingnya mula bertindak..Kali ini dia tersepit..Komen negatif Bn yg menyamar pembangkang akan muncul..dengan strategi..pecah dan perintah pihak penjajah cuba digunakan.Namun strategi itu insyaAllah akan digagalkan oleh Ayahanda Tun..Setiap gerakan Najib dipantau oleh Tun walaupun Najib ingat semuanya dia tahu..Kesilapan Najib adalah perlekehkan Ayahanda Tun..Shhh org BN datang..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 8, 2016 at 12:34 PM delete

Aamin. (YES! Damned you MO1 and team..to the most fiery furnace part of Neraka Jahanam)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 8, 2016 at 6:33 PM delete

Kita yg mengunjungi blog2 seperti En. Dinturtle nie, dan boleh baca, menonton dan memahami berita2 media antarabangsa dan SR, kes mahkamah Singapura yg sedang berjalan, dan laporan agensi seperti DoJ Amerika;
- sudah pastinya menolak UMNO-BN :
Yang sudah terang lagi bersuluh- Penipu, Pencuri, Penyamun, Perosak.

Maka adalah tanggungjawab kita semua untuk menerangkan kepada Rakyat Malaysia (tak kira Bangsa & Agama) yang tidak memperolehi maklumat2 ini, ataupun yang tidak dapat memahami fakta-fakta skandal raksaksa ini. Ini wajib kita lakukan, seperti yg saudara Yaakob Osman telah berikrar. Keep up the wonderful work on this blog, En Din !

Selamatkan tanahairku, Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 9, 2016 at 10:36 AM delete

JASA UPDATE
07 November 2016 (dinturtle sudah tulis)

Ni plak

DEWAN RAKYAT UPDATE
08 November 2016

Jawapan secara bertulis oleh kementerian kewangan kepada Tony Phua:-

Dua orang pegawai Ammbank telah di tahan pdrm berikutan laporan bnm berlakunya penggubalan wang haram melibatkan 1mdb dan akaun peribadi najib razak.

Komen :-
Tidak dinyatakan bilakah mereka ditahan dan ditahan dimana serta kenapa hanya mereka ditahan kenapa tidak tuan empunya akaun peribadi yang mendakwa wang tersebut wang derma pak arab bukan dari 1mdb dan tiada perbuatan money laundering.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
November 9, 2016 at 10:44 AM delete

ada saya komen dalam status FB saya - https://www.facebook.com/din.penyu.1

Reply
avatar