KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, November 16, 2016

dinturtle

Persoalan2 ECRL Yang WIN ! Harap Kerajaan Baca Dan Jawap ... Kalau Boleh la...

KENA BACA artikel nukilan di bawah yang saya copypaste dari blog Darahtuah. Saya percaya analisis dan persoalan2 yang dikemukakan adalah lebih bersifat praktikal tanpa membabitkan politik. Yakni penulis meletakkan kebajikan rakyat di depan.

Saya highlitekan nombor 4 kerana ia berkenaan projek ECRL, jangan risau, bahasanya mudah difahami.

  1. Hutang kerajaan telah melonjak 88.1% dari RM348.6 bilion (2009) kepada RM655.7 bilion (Jun 2016) atau 54.8% daripada nilai GDP kita. Lalu Bayaran Khidmat Hutang melonjak 104% dari RM14.2 bilion (2009) kepada RM26.6 bilion (2016). Nisbah Bayaran Khidmat Hutang pun turut meningkat; dari 9.0% kepada 12.5% dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2017, hutang berkenaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion, sebelum ditolak Bayaran Khidmat Hutang.
  1. Dalam pada itu, dilaporkan hutang terbaru atau bakal dipinjam yang besar-besar, antaranya, adalah seperti berikut:
      a) Hutang MRT 1, 2 & 3 = RM120 b
      b) Hutang HSR   =          RM60 b
      c) Hutang 1MDB =          RM53 b
      d) Hutang ECRL =          RM55 b
      e) Hutang LRT3 =          RM10 b
                  Jumlah =          RM298 b
  1. Seterusnya saya difahamkan kerajaan juga komited terhadap liabiliti hutang off-budget. Justeru saya mohon YB Menteri memberikan gambaran yang lengkap dengan memaklumkan:
a ) Berapakah jumlah hutang kerajaan Persekutuan?
    i) dalam dan luar negara?
    ii) di bawah bajet dan di luar bajet (off budget) saperti PFI, hutang 1MDB, MRT, LRT dan Lebuhraya Pan Borneo?

        b) Apakah saiz hutang tersebut dari segi:
            i) nisbah kepada GDP?
            ii) defisit fiskal?
         iii) dan yang lebih penting lagi, apakah tahap kemampuan membayar balik hutang dari segi debt service ratio?

       c) Mengetahui banyak projek tersebut adalah tidak self financing seperti Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, MRT dan UiTM, mohon diperjelaskan sumber dan kaedah funding dan keadah financing masing-masing.

      d) Bagaimanakah kerajaan hendak membayar balik ke semua hutang tersebut sedangkan kerajaan mengalami kesempitan sumber kewangan?

  1. Khusus mengenai ECRL yang hebuh sekarang ini, izinkan saya mendapat beberapa penjelasan dari YB Menteri:
a) Sesungguhnya Projek ini bukanlah projek baru. Kajian telah dibuat oleh JICA pada tahun 1984. Anggaran kos pada masa itu dilaporkan sebanyak RM7 bilion. Kini ianya telah meningkat hampir 700% kepada RM55 bilion. Saya akui kos telah dan meningkat tetapi adakah ianya setinggi itu? Dalam pada itu, pendapatan rakyat dan negara tidaklah pula melonjak setinggi dan sehebat itu. Justeru apakah penyebab lonjakan tersebut?

b) Yang lebih penting lagi ialah jika dulu, dengan kos sebanyak RM7 bilion, didapati ianya tidak viable, apakah kini dengan kos sebanyak RM55 bilion sudah menjadi viable? Sudahkan Feasibility Study dan Cost Benefit Analysis dibuat? Apakah penemuan-penemuanya?

Berapakah harga tiket penumpang pergi balik KL – Kota Baru yang akan dikenakan berbanding dengan harga tiket tambang murah kapal terbang? Berapa lamakah perjalanan ke destinasi yang sama berbanding kapal terbang?

Berapa ramaikah penumpang setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold bilangan penumpang yang diperlukan untuk mencapai Break Even Point (BEP)? Berapa banyakkah pula kargo setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold  muatan kargo yang diperlukan untuk mencapai BEP?

c) saya juga perhatikan dari laporan-laporan yang saya baca, kadar kelajuan maksima ECRL kita ini hanyalah 170 km sejam manakala kosnya pula ialah RM92 juta seKM. Jika dibandingkan dengan kelajuan dan kos seKM kita dengan HSR di Turkey (250 Km/jam; RM25 juta/Km); Sepanyol (300 Km/jam; RM34 juta/Km), Jepun (320/Km; RM36 juta/Km), Perancis (320/Km; RM37 juta/Km) dan China (350 Km/jam; RM66/Km) maka kos ECRL memanglah boleh menjadi bahan polimik.

d) saya sedar hostile terrain boleh menyumbang kepada kos yang tinggi berbanding terrain yang mesra alam. Jika alasan inilah yang diberikan maka saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa, secara perbandingan, HSR Turkey menghadapi a very difficult stretch of about  200 Km, memerlukan  39 buah terowong dan 33 jambatan manakala our difficult stretch hanyalah 60 Km di Karak – Bentung, sebuah jambatan di Temerluh dan  tanah lembut sepanjang 7 Km di Kuantan. Justeru berikanlah saya sebab-sebab lain yang munasabah.

e) seterusnya apakah syarat-syarat dan terma pinjaman tersebut seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, grace period, asset swapping (jika ada), bekalan atau supplies seperti bahan binaan dan makanan, pengambilan pekerja asing dan tempatan secara langsung, kuota khas untuk Bumiputera dari segi kontrak, pekerjaan dan bekalan bahan binaan dan makanan?

5) Selanjutnya saya mohon pencerahan berhubung angka RM144 bilion yang digembar-gemburkan ekoran dari lawatan YAB PM ke China pada bulan November 2016. Gambaran yang diberikan seolah-olah semuanya bakal pelaburan (FDI) China di Malaysia. Mohon YB Menteri berikan pecahan dari segi:
  • FDI di Malaysia
  • Pinjaman oleh Malaysia
  • Pembelian oleh Malaysia atau China
  • Pelaburan Malaysia di China, dan
  • Import / Eksport.
  1. Dimaklumkan kedudukan kita dari segi kebahagian (happiness) telah menurun; dari tangga ke 56 ke tangga ke 61, menurut World Happiness Index. Begitu juga kedudukan kekayaan kita telah menurun dari tangga ke 39 (2009) ke tangga 44 (2015) berdasarkan Legatum Prosperity Index. Impak semua ini ialah kedudukakn kita, berdasarkan HDI, menurun 2 mata ke tangga 62.
  1. Kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga minyak masak dan kenaikan kos sara hidup amnya akan memburukkan lagi lanskap ini. Di samping Bajet 2017 ini, apakah Pelan B yang akan kerajaan laksanakan untuk membaik pulih keadaan tersebut?
  1. Kerajaan menyuruh kita berbelanja secara berhemah, utamakan value for money dan tumpukan kepada low investment high returns. Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan nampaknya adalah di sebaliknya. Sebagai contoh, difahamkan kos asal BRT Sunway sepanjang 5 km itu hanyalah RM300 juta. Namun kosnya telah melonjak 110% kepada RM634 juta dan purata kosnya seKM adalah sebanyak RM115 juta bagi 1,000 penumpang.
  2. Kos ini tentulah dilihat begitu exorbitant dan membuat kita melopong jika dibandingkan dengan kos membina seKm LRT yang lengkap di Jakarta dan boleh membawa 20,000 penumpang hanyalah RM80 juta seKM! Sudah tentu kos koc LRT sepatutnyalah lebih mahal dari bas tetapi kos LRT Jakarta terbukti jauh lebih murah. Mohon YB Menteri jelaskan lonjakan kos ini dan sebab-sebab kos kita lebih mahal dari LRT Jakarta.
  1. Begitu juga dengan kos membina MRT. Semasa membentangkan Bajet 2011, YAB PM/MKI telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ianya adalah dibiayai oleh pihak swasta. Kini, saya difahamkan, ianya ditanggung oleh kerajaan. Bagaimanakah ianya boleh bertukar sedemikian? Adakah kos tersebut kini telah dimasukkan ke dalam Bajet 2017?
  1. Dalam pada itu, nampaknya kos pembinaannya macam tidak terkawal. Mengikut laporan, kos pembinaan MRT1 kita adalah sebanyak RM451 juta per KM; 110% lebih tinggi dari kos membina MRT Jakarta iaitu hanyalah RM215 juta! Jika dibandingkan dengan Singapura pun kita lebih mahal – RM442 juta per KM! Mengapa kos kita jauh lebih tinggi?
  1. Anggaran kos asal sapertimana yang diunjurkan oleh PEMANDU hanyalah RM40 bilion. Dilaporkan kini ianya telah menjangkau lebih RM70 bilion! Adakah laporan tersebut benar? Jika benar, apakah yang menyebabkan cost overrun ini dan adakah ianya munasabah / justified?
  1. Kos membina MRT2 juga lebih tinggi dari kos membina MRT1. Setelah dibuat normalisation dari segi underground dan elevation, kos pembinaan MRT1 adalah sebanyak 6 juta / KM berbanding RM404.0 juta/KM untuk membina MRT2 iaitu lonjakan asebanyak 23%! Mengapakah boleh berlaku demikian?
  1. Seterusnya apakah faedah yang telah diperolehi oleh Bumuputera dari segi nilai kontrak, bilangan pekerjaan mengikut kategori seperti pengurusan, professional dan telnikal dan bekalan bahan-bahan pembinaan?
  2. Dari segi keutamaan dan berhemah, wajarkah kerajaan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta dengan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral dengan Taman Tasik yang mana unjuran purata penggunanya tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
  1. Patutkah kerajaan berbelanja RM350 juta ke atas sebuah terowong yang menghubungkan stesyen MRT di depan Muzium Negara dengan KL Sentral sedangkan ianya berhampiran dengan jambatan pejalan kaki yang saya sebutkan tadi dan unjuran purata penggunanya juga tidak sampai pun 1,000 orang sehari?


KLiK untuk bacaan seterusnya. Diharap penulisan Darahtuah mendapat perhatian pihak kerajaan dan jawapan2 yang tepat dapat diberikan.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

11 comments

Write comments
November 16, 2016 at 8:03 AM delete

Mr Din artikal yang bagus. Dapat lah sekiranya dikongsi bersama di FB kerana ramai pembacanya...minta izin saya forwardkan

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
November 16, 2016 at 9:45 AM delete

Salam Bro

Tepuk dada tanya selera...bahagiakah kita di era pemerintahan Najib?

MasyaAllah...sakit dadaku....tak payah tepuk dah teramat sakit...sempit rasa nyawa.

Astargfirullah...Astargfirullah...Astargfirullah al azim...

Kenapalah anak Allahyarham Tun Razak yang sekor ni jadi macam ni...Bukan salah ibu mengandung...tapi munkin salah bini dikendong.

Apa apa pun...kepincangan dan kegawatan rakyat masakini memang olahan Najib.
Najib sebagai PM telah tidak bertanggung jawab mengheret UMNO dan rakyat kejurang yang mengaibkan. Sebagai Menteri Kewangan...Najib gagal mengurus ekonomi negara dan menambah beban HUTANG berlipat ganda tanpa memikirkan tanggungan yang akan dibebankan kepada negara dan seterusnya rakyat sebagai pembayar cukai.

Tak perlu kita sebut tentang 1MDB yang kita tahu telah hancur dan hutang ditanggung oleh dana awam...kini timbul pula hutang baru dari China yang diraih untuk membiayai projek ECRL yang dikira terlebih harga. Telah saya sebut dalam komen terdahulu...ECRL ni dah dikaji sematang matangnya ke belum?... Kajian asas seperti feasibility study dan cost benifit analysis...tak kan tak ade?...Munkin lebih baik menaik taraf highway pantai timur dan jaringan jalan kampung kesatu taraf yang lebih selamat dan selesa untuk pengguna jalanraya...dan kosnya munkin setakat suku dari kos ECRL...Prasarana Negara boleh buat sendiri dengan sumber kewanagan dalaman...tak payah nak hutang hutang.

Atau Najib memang kaki HUTANG...1MDB juga berasaskan model business HUTANG....ECRL pun nampaknya begitu....HUTANG...HUTANG...pinjam.dan pinjam...sebab kalau buat pinjaman ni boleh dapat kantau..atau senang songlap macam apa yang berlaku dalam 1MDB.

KALAU HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG...NAJIB MATI MENINGGALKAN HUTANG.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
November 16, 2016 at 1:40 PM delete

salam sdr putra Kraken,

percaya lah tiada kajian kemungkinan (feasibility study) yg betul2 serious tlh d usahakan. apa yg d buat beberapa tahun kebelakangan ini hanya la 'desk top assessment'.

kita wajib nyah kan budak najib ini drpd tahta asap. saya sengaja gunakan ayat 'budak' kerana itu lah mutu kepimpinan nya sekarang.

saya amat yakin sekali kemerosotan(deterioration) mutu kepimpinan nya bermula semenjak dia 'menikahi' rosmah. betul lah unkapan sdr bahawa 'bukan salah ibu mengandung tapi lebih kpd beban bini yg d kendong'.

adakah salah tun razak juga? mungkin!!!. utk makluman, saya tlh d tugaskan utk menjadi pegawai bertugas selam 3 minggu semasa arwah tun menerima rawatan d London sahingga lah dia meninggal dunia. banyak yg bolih saya kongsi bersama.

sessi soal jawab nya dgn wartawan jepun tempuh hari jelas mempamirkan sifat 'liar! liar! pants on fire' nya.

manusia kaki kelentong yg sudah putus urat malu.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
November 16, 2016 at 2:56 PM delete

Terima kasih sdra rahman jpc

Saya difahamkan sdra pakar dalam pengangkutan rail...saya yang tak ada kepakaran langsung ini pun dapat menjangka bahwa memang tiada kajian awalan berkenaan ECRL ini. Munkin cuma ada Kajian macam mana nak up harga dan songlap masuk poket sendiri. Rm 55 billion?...berapa kos Pan Borneo Highway?...satu prasarana yang amat diperlukan oleh penduduk Sarawak dan Sabah...Kalau kita memandu dari Perlis atau Kota Baru menuju ke Johor Bharu...berapa banyak pilihan jalan yang dapat kita pilih...PLUS...Highway Timur Barat atau jalan lama yang kebanyakannya 10 kali lebih elok dari "Pan Borneo" yang ada sekarang...Di Semenanjung kita ada banyak pilihan dan lencongan...tol ke...tak de tol ke...kita suka hati pilih.

"Pan Borneo" sekarang ni...sudahlah sempit dan berliku liku...tapi ITULAH SATU SATUnya jalanraya yang menghubungkan Sematan Kuching ke Miri di Sarawak dan terpaksa MERENTASI Negara Brunei DS sebelum memasuki Limbang dan MERENTASI sekali lagi Negara Brunei (Temburong) untuk ke Lawas dan seterusnya memasuki sempadan Sabah ke Sipitang dan Kota Kinabalu dan merentasi Gunung Kinabalu untuk ke Sandakan dan seterusnya ke Tawau....cuba googlekan kalau tak percaya. Mak Oi!...jalan pun bukan boleh sebut sebagai "Highway"...cuma jalan dua hala macam jalan kampong di Semenanjung!...itulah Pan Borneo Highway...Dari Kuching nak ke Kota Kinabalu kena pakai Paspot Malaysia kerana merentasi Negara Luar Brunei DS...Sebab tu orang Sabah dan Sarawak memilih untuk naik "belon" dari bandar ke bandar yang lain....nak merentasi negara luar...MALU...nanti kena jawab kenapa MO1 Pencuri?

Itulah kelohan kami di Sabah dan Sarawak tuan oi!...
Kini ditambah pulak malapetaka si Najib...Adooohai!..

Parai Wai!...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 16, 2016 at 7:42 PM delete

Bantahan rakyat mogok..pecat dan penjarakan najib rosmah umno bn

Keris pahang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 16, 2016 at 11:10 PM delete

Teruk benar dah manusia bernama aljib ni berada dibawah pengaruh sihir bin sudahi tak boleh bezakan mana yg baik & mana yg burok jika dia sorang saja yg punah lantaklah ini kerana dia habis semua rakyat di heret sama entah hingga berapa keturunan yg akan merana

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
November 17, 2016 at 12:32 AM delete

Di dalam kes 1MDB , kita sudah sedia maklum idea penubuhannya di ilhamkan olih Jho Low .

Bagi projek ECRL , walaupun idea ini sudah berlegar legar agak lama ,masih tidak diketahui mengapa dengan tiba tiba 'meletup' dari mulut Perdana Menteri kita ? Yang pastinya macai2 dia nampaknya bersungguh sungguh mempertahankan idea ketua mereka .

Adakah dengan menggembar gemburkan projek ECRL ( serta jumlah 143 billion entah apa bendanya ? ) salah satu 'knee jerk treatment' untuk membuktikan kewibawaan Najib yang telah tercalar ?

Atau sememangnya penyakit mental Najib sudah mencapai tahap critical level ?

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
November 17, 2016 at 11:31 AM delete

pembetulan sedikit putra kraken 2:56 pm. saya bukan pakar tetapi mempunyai banyak rakan2 pakar runding dlm industry rail yg masih berhubungan dgn saya sungguh pun tlh besara 13 tahun. namun setlh berkhidmat selama 8 tahun d mot n menjadi bod KTMB selama 2 penggal, banyak ilmu yg tlh saya dapati.

utk layak d gelar 'nagara maju', salah satu criteria nya ia lah dgn mengujud kan jajaran rail d seluruh pelusuk Negara. namun malang nya system rail tidak langsung ujud secara menyeluruh d Sabah n Serawak.

kalau kerajaan pusat ikhlas utk membuka pendalaman negeri2 tersebut, maka sudah tiba masa nya jajaran 'pan borneo railway' d bina.

saya tlh berusaha mempelopori nya semasa dlm perkhidmatan tetapi tidak langsung d endah kan.

sabahans n serawakians must demand that this b considered seriously.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
November 17, 2016 at 12:05 PM delete

Salam brother Din...

Bravo 'Darahtuah'. Persoalan berlandaskan fakta. Jawapannya sangat mudah iaitu banyak 'lencongn' dicipta.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 17, 2016 at 11:00 PM delete

Kalau aku dari china. Lepas ni aku sambung korek bauksit. Share pelabuhan aku akan beli majoriti. Pelabuhan singapore effect pastu depa akan pindah pelaburan depa kat negara lain. Lantak pi kat depa. Property kt johor jadi cheap sale, aku akan borong habis. Hasil galian kt pantai timur suma aku beli dgn harga yg mahal. Xdak hal pasai aku xpayah bawak balik cina. Aku buka kilang kat malaysia lagi murah. Aku boleh guna tenaga mahir dgn gaji yg murah pasai depa dah xdak keja lain nak buat. Depa nak settlekan hutang kat aku pun lagi 50 tahun lagi. Aku akan sponser politician utk jadi proksi aku. Senang citer aku control lah negara ni. Depa nak lawan aku upah ja abg jamal.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 17, 2016 at 11:05 PM delete

Aljib bukan bodoh tapi sudah tahap jahat sanggup jahanamkan negara demi nafsu bini bagi projek pada sykt kontraktor negara china untuk buat projek tu kena pinjam duit 55 Billion dari bank negara china dapat duit pinjaman bayar kat sykt kontraktor china duit tu bukan mengalir masuk dalam negara ini bukan negara china yang melabur ini duit kita yang lebur lepas tu nak kena gali pula lagi duit sejungkit dalam negara untuk bayar pinjaman kepada bank china belum ambil kira lagi berapa billion interest keatas pinjaman ni tahap lori punya gila ker apa

Kalau bagi kat kontraktor dalam negara tidak ker duit 55 billion itu akan mengalir dalam negara bangang punya pemimpin

Reply
avatar