KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, November 4, 2016

dinturtle

Selagi Nama Najib Tidak DiBersihkan Dalam Skandal 1MDB, Jangan Benarkan Najib Sain Projek Bilion2 Lagi !

Di bawah adalah status terbaru FB saya ( KLiK , ada masanya saya cuma update pandangan dalam FB saja ) -

Pinjam usd3.5 bil (rm14 bil ) dari bank Yahudi tapi interest pun semput nak bayar sampai terpaksa minta tolong IPIC bayarkan dulu atas nama Aset Swap.

Ni buat hutang lagi rm55 bilion dengan Komunis China ..... 20 tahun dan 7 tahun pertama tak perlu bayar lagi makna kesemuanya harus dilangsaikan dlm tempuh 13 tahun. 

Bukan free 7 tahun tapi belum start bayar lagi sehingga tahun ke 8..... @ 2024 baru start bayar. ( sekali dengan interest yg entah brp % )

Lama ke 7 tahun tu ? Hutang 1Mdb rm14 bil dengan bank Yahudi pun lepas 4 tahun sampai terjual aset negara nak bayar interest saja ..... bayangkan hutang rm55 bilion ! 

KATAKANLAH hutang dgn komunis China itu interestnya 3.5% .... bermakna jumlah hutang itu menjadi hampir rm90 bilion yang harus dilangsaikan dlm tempuh 13 tahun bermula tahun 2024.

Makanya kita sebagai rakyat Malaysia yang mewakili diri kita dan generasi akan datang yang bakal menanggung beban hutang itu punya hak untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai perjanjian antara Najib dengan komunis China itu.

Saya yakin ada banyak syarat2 yang kerajaan tidak mahu dedahkan mengenai perjanjian itu. Tidak semudah itu bagi negara komunis China yang kita semua tahu amat licik dalam berniaga, mahu 'menolong' kita begitu saja tanpa memberi kelebihan kepada negara mereka.

Jangan perjudikan masadepan nasib rakyat Malaysia !

Anda yakin dengan keikhlasan Najib ? 

Anda yakin dengan kepandaian Najib berurusniaga atas nama rakyat ?

Anda yakin Najib tidak akan ditipu komunis China ?

Makanya Najib ..... jangan memandai2 .... track record anda tak menyakinkan. Bentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum nasib kita digadaikan sesuka hati anda !


Puak macai dan balaci sudah bising melalak meraikan 'kejayaan gemilang' Najib di China yang telah menandatangani pelbagai perjanjian dalam lawatan beliau ke sana yang nilainya ber bilion-bilion ringgit termasuk projek HUTANG keretapi pantai timur.

Sebelum kita pun ikut sama memuji2 Najib, suka saya tanyakan beberapa soalan - 

Apa yang kita tahu mengenai perjanjian2 yang telah Najib sain dengan negara China itu ? Betul ke bagus untuk negara kita ? 

Anda YAKIN dan PERCAYA kepada kewibawaan dan kemampuan  serta kecerdikan Najib untuk mempertaruhkan nasib masa depan rakyat dan negara Malaysia dalam perjanjian bernilai bilion2 ?

SAYA TIDAK YAKIN !

Apa ceritanya dengan 1MDB ? Apakah kita sudah tahu segalanya yang berlaku mengenai 1MDB ? Bagi saya, sebelum kita boleh benarkan Najib sain apa2 projek yang bernilai besar dengan mana2 negara pun, kita kena SELESAIKAN kes 1MDB terlebih dulu.

Ini adalah KRISIS KENYAKINAN kepada integriti dan kemampuan Najib selaku Perdana Menteri kita. Kita kena terlebih dahulu bersihkan nama Najib daripada sebarang tuduhan salahlaku dan pecah amanah selaku PM sebelum membiarkan Najib terus memperjudikan nasib rakyat dan negara dalam komitmen bernilai berbilion2 ringgit !
                                                   *****************************

Saya berikan satu contoh yang seharusnya buat kita berfikir banyak kali apakah kita boleh percaya kepada Najib lagi -

Mkini

Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pihak lagi akan memfailkan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.


Tak ramai yang perasan laporan di atas ..... Tindakan Najib yang membantah usaha Azmin untuk menggugurkan status rahsia OSA laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB seharusnya buat rakyat Malaysia bertanya - KENAPA BANTAH ?

Kenapa Najib mahu terus menjadikan laporan itu sebagai rahsia kerajaan ? Atas alasan apa ?

Kerajaan tidak pula berikan alasan kenapa laporan itu masih perlu terus menjadi rahsia kerajaan. Asalnya ia dijadikan rahsia kerana tidak mahu berlaku sebarang kebocoran berpilih sebelum laporan PAC dibentangkan di parlimen. Laporan PAC sudah lebih 6 bulan dibentangkan di Parlimen, kenapa laporan itu masih terus dirahsiakan ? ? ?

Jelas dan terang sekali bahawa ADA perkara yang Najib mahu rahsiakan dari pengetahuan rakyat mengenai skandal 1MDB.

Selagi kerajaan Najib tidak mahu telus dan bersikap terbuka dalam skandal 1MDB, seharusnya kita jangan benarkan Najib sain apa lagi transaksi kewangan bernilai besar atas nama negara ! Risikonya terlalu besar buat rakyat dan generasi kita yang akan datang.

Bentangkan dan bincangkan terlebih dahulu dalam Parlimen sebelum kerajaan beri sebarang komitmen rakyat kepada projek2 yang bakal menjerut leher rakyat di kemudian hari.

Trust Factor rakyat kepada kerajaan Najib sudah hancur ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 4, 2016 at 4:47 PM delete

Benar tu,kita tak blg bg penyamun najib buat urusan besar utk Malaysia

Reply
avatar
Feizal Lasim
AUTHOR
November 4, 2016 at 7:06 PM delete

Hutang negara bertimbun beratus2 BILLION saban tahun yg menjadi bukti kepandaian Umno-Bn memerintah Malaysia.Hakikatnya Najib nak bagi Tun M cemburu dgn kejayaannya mengumpul hutang negara.Ini dpt dilihat sejak hari pertama MO1 berkuasa hingga skrg.Penyelesaiannya = negara perlu membuat satu team forensik akaun dibawah Parlimen setelah kekalahan Umno-Bn pd PRU14.Antara tugas utama menyita & merampas harta & aset haram dlm & luar-negara sejak Najib memerintah.Ini termasuk penjawat awam yg bersenkongkol,Umno-Bn.Tiada tamat tempoh utk team tersebut.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 4, 2016 at 10:37 PM delete

Inilah namanya gali lubang tutup lubang sebab nak bayar hutang

siapa yang belum join bersatu apa tunggu lagi??

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
November 4, 2016 at 10:54 PM delete

Apabila saya baca dan teliti setakat yang di tulis dan di khabarkan didalam berita tentang berbagai perjanjian yang di lakukan olih PM ( Pencuri Mega ) kita dengan pihak Republic of China ( ROC ) , saya berasa gundah gulana , kecut perut dan tidak keruan .

Bukannya apa ... tetapi labih kepada mala petaka yg akan mendatang yang wujud dari berbagai perjanjian itu . Kalau di teliti , projek berates billion itu bukannya tergulong dalam kategori Foreign Direct Investments ( FDI ) . Kita tidak perlu telalu khuatir jika dia dlam bentuk FDI di mana liability kepada Malaysia agak minimal atau tiada langsung .

Dalam kes projek kereta api laju kepantai timur , segala kos di tanggung olih kerajaan Malaysia , samaada pembayaran terus atau tertangguh . Sebagai mana di ketahui , ROC mempunyai "currency reserve" yang terbesar di dunia . Tidak hairan pembayaran permulaan di tangguh selama 7 tahun , mereka tidak kisah . Tapi jangan lupa , interest tetap berjalan . Kita kena sedar dan faham mereka bukan bodoh dan boil macam Pencuri Mega kita !!

Itulah kemushkilan yang harus di kaji dan di tatapi .... apa yang akan terjadi selepas itu ?? Percaya cakap cakap Najib ( serta pinjilat2 dia ) bolih mendatangkan mala petaka yang amat dahsyat kepada rakyat Malaysia terutama generasi hadapan . Bagi saya , kepercayaan terhadap manusia bernama Mohd Najib Razak ni sudah berkubur dengan berlapikkan konkrit di atasnya !!!

Cuba bayangkan PLUS highway yg di bina atas dasra BOT ( Built ,operate & transfer ) pada kos lebih kurang 6 billion , sehingga kini macam cerita yg tak berpenghujung . Anda bayangkan lah system keretaapi ke pantai timur bernilai 55 billion ????

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 4, 2016 at 11:07 PM delete

Hanya kuasa rakyat bantahan mogok seluruh negara guling hancur musnahkan najib bn umno

Semakin hancur negara
Keris pahang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 4, 2016 at 11:25 PM delete

Najib kleptokrasi akan pulun habis-habisan harta negara selagi boleh sebab dia dah tahu akan kalah pada pru14 nanti... PM yg baru nanti la kena pecah kepala fikir mcmna nak bayar hutang negara. Najib boleh lari duduk luar negara enjoy duit curi dah berbilion disimpan.

Reply
avatar
mohd faiz
AUTHOR
November 5, 2016 at 12:10 PM delete

Bro din company yang najib bagi kontrak hutang dah di blacklist banyak negara.. Buat jambatan keretapi 9 bulan terus runtuh.. Ni link nya.. http://www.independent.com.mt/articles/2014-07-21/news/blacklisted-chinese-bridge-building-company-has-history-of-backhander-deals-5915475969/ syabas najib!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 5, 2016 at 1:06 PM delete

Anak Melayu, tunggu apa????

HINDRAF membantah, kamu tunggu, bukan masalah kamu, kamu cukup makan.
BERSIH membantah, kamu menunggu lagi, masih bukan masalah kamu kut? cukup makan kut?
Asalkan Bangsa sendiri selamat, tak apalah lah, tutup mata, tutup telinga, sumbat mulut.

Sekarang sudah bangun? Sudah beranikah diri? Tunggu apa?
Jangan tunggu sampai tak ada bubur & katakan TAKDIR.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 5, 2016 at 10:46 PM delete

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang cerdek dan sayangkan Negara,mari bersama2 kita bersatu dan kita jatuhkan Najib dengan kadar segera......kita tak boleh main2 lagi,kita perlu bertindak sekarang!!.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 2:33 AM delete

najib peduli apa semua itu..dia perlukan cash yang banyak untuk beli dedah..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 6, 2016 at 11:24 AM delete

Ya betul, bukan sekadar Najis sahaja tapi juga kunchu2nya yang cuba memperbodohkan Rakyat. Apabila mengundi nanti jatuhkan mereka semua, pencuri, penyamun, pemakan dedak. Mereka ini tidak patut digelar YB.

Reply
avatar
Salwah Abdat
AUTHOR
November 6, 2016 at 11:26 AM delete

Najib satu sen haram tak ada guna punya orang lah.......!!

Reply
avatar
Sedih
AUTHOR
November 6, 2016 at 11:03 PM delete

PM kita patut bawak sekali Yang Berhormat Jamal Ikan Bakar @Jamban dengan delegasi ke China. Si Jamal boleh perkenalkan Visi May 13 baju Merah dengan 'parang terbang', kpd Pemimpin2 China, mungkin boleh menarik lebih lagi pelaburan dari China. Jangan lupa bagitau kat China, YB Jamal Jamban & samseng2 adalah macai2 peribadi PM.

Reply
avatar
Hasra Raj
AUTHOR
November 7, 2016 at 8:30 AM delete

Kalaulah semua menteri besar dan ketua menteri mcm km sarawak dulu najib dah down u..u...
😂

Reply
avatar