KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, November 2, 2016

dinturtle

Tun Mahathir - Akta Rahsia Kerajaan BUKAN Untuk Tutup Jenayah ( Video )


TAHNIAH Parti Pribumi Bersatu Malaysia di atas perlantikan saf kepimpinan pusat yang pertama siang tadi ! Pastinya majlis tadi bakal menjadi sejarah politik tanahair ... Saya hadiahkan di bawah protret khas mereka untuk simpanan anda.

Buat masa ini tidak perlulah kita komen lagi akan pilihan barisan itu, Kita nak bergerak ke depan .... makanya berikanlah masa dan peluang kepada mereka untuk membuktikan pemilihan yang dibuat adalah tepat dan sememangnya mereka layak dipilih.

                           ************************

Tadi juga berlangsung sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah dan perlantikan kepimpinan Bersatu.

Portal2 juga sudah melaporkan isu2 yang dibangkitkan cuma bab komen Tun Mahathir kepada soalan yang saya kemukakan berkaitan Imuniti Parlimen VS Akta Rahsia tidak diberi liputan. 

Jom layan apa kata Tun -



KLiK untuk ke Youtube

Saya dapati bahawa 'Rahsia Kerajaan' ini semuanya dicampuraduk dengan semua perkara. Umpamanya rahsia kerajaan adalah rahsia yang terlibat dengan urusan kerajaan.

Pasti anda ingat sebelum ini ketika isu 1MDB mula panas .... dengan bangganya macai mendakwa 1MDB adalah sebuah syarikat berhad yang tidak ada kaitan dengan kerajaan. Jangan kaitkan dengan kerajaan, kata macai.

Kemudian sepertinya ada arahan dari Najib supaya dipertahankan 1MDB dari segala kritikan, bukan saja kerajaan malah parti Umno pun turut diheret oleh Najib dalam kemelut 1MDB.

Serius .... tang mana yang skandal 1MDB ini ada kaitan dengan kerajaan ? Selain dari kerajaan menjadi penjamin, segala urus tadbir dan keputusan2 kewangan semuanya kita lihat TERASING dari kawalan kerajaan.

Kabinet pun tak tahu apa2 mengenai 1MDB sehinggalah pada bulan Mac tahun lepas ketika 1MDB sudah terdesak tidak ada lagi pihak yang mahu beri pinjaman, barulah terhegeh2 mengadap kabinet. Itu pun sepertimana disebut oleh Muhyiddin, Arul Kanda hanya datang sehelai sepinggang dan beri taklimat tanpa sebarang nota atau fakta ( KLiK )

Wakil Kementrian Kewangan juga mengakui semasa disoal oleh PAC bahawa mereka tidak terlibat dan tidak pernah dijemput untuk sebarang mesyuarat pun oleh 1MDB.

Jadi kita boleh pertikaikan apakah 1MDB ini menjadi begitu rahsia kerana ada kaitan dengan urusan kerajaan atau kerana kaitan dengan MO1 atau Najib ? Di mana kewajarannya 1MDB menjadi Rahsia Kerajaan ?

Tetapi kalau jenayah berlaku dalam kerajaan, pegawai kerajaan tidak dikehendaki menyembunyi, bahkan kalau dia menyembunyi, itu adalah satu cover up.

Benda yang disebut dalam parlimen itu adalah public knowledge, sudah pun diketahui oleh semua orang. Dia tidak menyatakan sesuatu, dia menanya. Bertanya berkenaan dengan sesuatu. nak bertanya pun tak boleh kah ?

Jadi saya nampak pendekar ni, dia cakap lebih. Bila ada orang serang aja, dia tepis. Dia jadi goalkeeper untuk kerajaan. Kerajaan tak payahlah nak tahan bola masuk pintu gol. Dia tolong tahan walaupun tidak ada asas sama sekali.

Pendapat saya, kalau ada jenayah berlaku dalam kerajaan, menjadi tanggungjawab siapa yang tahu berkenaan jenayah itu membuat laporan kepada pihak tertentu.... samada pegawai tertinggi ataupun kepada polis. 

Saya berpendapat bahawa Akta Rahsia Resmi ini telah disalahgunakan banyak kali. Laporan daripada MACC, daripada Bank Negara, daripada Auditor General ... itu bukan perkara yang patut dirahsiakan.

Bahkan DS Najib sendiri berkata, dia menyuruh supaya Auditor General membuat kajian berkenaan dengan kewangan 1MDB, dan lepas itu kita boleh tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tetapi apabila selesai Auditor General membuat laporan, dianya tidak beritahu kepada kita. Dia ( Najib ) mungkir janji. Dan kononnya perkara ini rahsia kerajaan. Apa yang nak dirahsiakan kerana ini duit negara. Kita tahu dah hilang.

Benda itu semua pihak sudah mengaku termasuk dunia mengaku bahawa duit Malaysia ini berbilion2 sudah hilang ! Dan kononnya kita perlu ... jangan bercakap, jangan sentuh perkara itu.

Ini bukan tujuan Akta Rahsia Kerajaan.




Kepimpinan Awal PPBM 2/11/2016

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 3, 2016 at 7:24 AM delete

Masalahnya Hakim2 melayu semuanya bodoh2 belaka. Tak dpt bezakan antara rahsia kerajaan dan jenayah yg dilakukan olih penjawat awam spt pencuri duit 1MDB, pencuri duit pencen dan pencuri duit kerajaan.

Hakim2 bodoh ni akan dapati salah walaupun perkara yg dibangkitkan tu adalah perbuatan jenayah pencuri duit 1MDB.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 3, 2016 at 8:46 AM delete

Halangan terbesar adalah Apandi Ali. Dia tak akan dakwa Najib meski pun ada bukti bukti sahih. Majlis Raja Raja Melayu pun tak boleh campur tangan bahkan untuk memanggil apandi ali yg di lantik oleh Agong memberikan tajlimat atas siasatan SPRM pun tak dapat dibuat. Hanya surat yg menjadi viral satu masa dahulu itulah menjadi satu bukti keprihatinan Raja Raja terhadap skandal Najib ini.Apandi ali lah yg sebenarnya punyai kuasa budi bicara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 3, 2016 at 8:50 AM delete

Tiada kaitan dengan hakim Melayu..masa bila masuk mahkamah..kes 1MDB tak pernah dibicara lagi di Malaysia..macam mana hakim nak buat keputusan..Masalahnya Ag kata takda kes..isu berbeza..kes 1mdb memang bermasalah..berdoa untuk selamatkan Malaysia..Kita sokong Tun ..satu lawan satu..pru14..insyaAllah menang...

Reply
avatar
KZSO
AUTHOR
November 3, 2016 at 10:22 AM delete

Nasihat saya kepada kepimpinan awal ppbm ialah kuruskan badan kepada yang obes ataupun ternampak lebihan berat badan...barulah nampak mengancam! TSMY pon dah nampak sedikit slim..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 3, 2016 at 10:27 AM delete

Bersama Tun dan PPBM.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 3, 2016 at 6:36 PM delete

Rahsia kerajaan kepala bana pandirkaa ...

1mdb adalah sebuah syarikat ianya bukan kementerian 1mdb atau jabatan 1mdb pak pandirkaa ada paham tak akta rahsia rasmi kerajaan tu apa?

Reply
avatar